Isnin, 17 Oktober 2011

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS PERINGKAT N.KEDAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiMTrlSu4GWEIghalCIHoADDLfPDpOXxpTMdZZdovZZSFOpFa14k_TpbgG1th36RiRTmeWlg3A-vWO3duAlxRWnkdJyFGlnAxuTSVMZamhtNYcEdULbU5qot_na1T-ZSfcvfS6ICBfnTk/s760/header+poster+60thn-280911A+copy.jpg

NAJIB TIDAK TAHU DEFINISI ADIL DALAM PILIHANRAYA

19 Dzu al-Kaedah 1432 / 17 Oktober 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato’ Seri Mohd Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Dato’ Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Dalam sejarah pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat. Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin UMNO perolehi setakat ini?

Dalam soal undi pos, PAS telah banyak kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah. PAS pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah PRU. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? Memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO-BN. DPPM ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya?

Dalam soal berkempen, apakah Najib lupa bahawa UMNO-BN selalu bertindak berat sebelah. Seluruh jentera kerajaan dikerah bagi berkempen dalam sesebuah pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil atau umum. Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya kecil atau umum adalah milik UMNO-BN. Adakah Najib mahu menafikan hal ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam pilihanraya?

Mungkin juga Najib terlupa takrifan projek ‘mee segera’ setiap kali pilihanraya berlangsung. Secara tiba-tiba DUN atau Parlimen terbabit bertukar menjadi kawasan yang mendapat projek runtuh, sedangkan sebelum daripada itu tidak pernah kawasan tersebut dijenguk. Bagi BN, ia adalah baik kerana untuk rakyat, Tetapi rakyat mentakrifkannya sebagai rasuah pilihanraya. Agensi penting seperti SPR dan SPRM pula seakan buta melihat segala macam kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Mungkin ini adil menurut Najib.

Adil yang paling benar bagi Najib adalah merahsiakan tarikh pilihanraya umum. Tarikh pilihanraya seakan suatu rahsia besar yang perlu dielak dari dikongsikan bersama rakyat Malaysia. Biarlah pembangkang ‘terkulat-kulat’ membuat persiapan apabila secara tiba-tiba pilihanraya umum dipanggil pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Najib. Bagaimana jika Pakatan Rakyat melakukan hal yang sama, dan BN yang menjadi pembangkang pula dalam keadaan tidak bersedia apabila tiba-tiba berlaku PRU?

Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi ia membuktikan bahawa rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok, maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang diterima rakyat.

Ini adalah sedikit dari pelbagai bukti kepincangan yang berlaku dalam Pilihanraya era BN. Najib seakan menghidap ‘sindrom penafian’ bahawa BN sejak sekian lama, merosakkan sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Buat Najib, belajarlah mengenal erti keadilan dari perspektif rakyat dan umum, bukan dari kacamata BN semata-mata!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemandu Teksi pun BN nak kencing.....

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN… – Oleh Daing Yahya
Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, “Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh”.
 
Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.

Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah:
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
  • Subsidi kadar faedah dua peratus untuk teksi baru buatan tempatan.
  • Pemberian bantuan menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 hingga 10 tahun dan RM1,000 lebih 10 tahun)
Kerajaan BN mendakwa semua insentif ini memberi manfaat kepada pemandu teksi bajet dengan penjimatan berjumlah RM7,560.
Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini?

Tampi padi untuk dapatkan beras
Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara.

Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga. Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan ‘duit kopi’.

Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi.

Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka? Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan.

Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah. Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi. Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu.

Respon pemandu teksi
Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya “ lepas ni aku tak nak ‘kayuh’ lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat ‘pilot’ macam aku ni, penat je kayuh cab orang ”
Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi…

‘kayuh’ – memandu / bawa teks
‘cab’ – teksi
‘NR’ – Najib Razak.
‘pilot’ – pemandu teksi

Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan. Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik. Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah.

Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi. Hairan bagaiman kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi.

Tawaran Pakatan Rakyat
Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi – memberi permit penuh kepada pemandu teksi.

Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi. Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka Felda mendapat hak milik tanah.

Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut. Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari.

Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi.

Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi? Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO?

Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri? Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja.

Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya. Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup. – Roketkini.com

PAS Mula Mengibar Panjinya Di Terengganu.

 
Inilah pertama kali gua menyertai satu perhimpanan besar yang dianjurkan oleh PAS pada Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan temanya 'Terengganu Maju Islam Berdaulat Negeri Kebanjikan' pada 14&15 Oct 2011 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu. Ianya hanya kebetulan kerana pada tika itu gua mempunyai urusan di Negeri Terengganu. Gua hanya berkesempatan melihat program yang dianjurkan oleh PAS pada hari ke 5, iaitu 15 Okt yang mana pada malam tersebut PAS melancarkan 5 daripada sebahagian manifestonya,gua tidak langsung membawa peralatan gua dan yang hanya gua bawa ialah hp gua aje. Di bawah lu baca sendiri ler manifesto PAS Terengganu.....
  1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman.
  2. Menyelesaikan isu tanah yang dirampas/diambil oleh kerajaan BN.
  3. Cuti bergaji 30 hari kakitangan kerajaan kematian suami.
  4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam 3 tahun kepada rakyat Terengganu.
  5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin. Baca seterusnya
Apa gua dimaklumkan inilah program kali ke 3 dan terakhir dengan slogan 'PAS Ganti Umno' yang mana poster, banner, signboard telah dipacak sepanjang perjalanan gua di Negeri Terengganu Darul Iman. Gua malas nak ulas perkembangan politik di Terengganu walau pun banyak maklumat yang gua dapat dari pihak PAS dan Umno celaka. Gua akan tulis apabila waktu mengizinkan kerana ia amat menyeronokkan dalam senario politik Terengganu yang gua nampak cukup hebat ini.


Gua selitkan sikit video 'PAS Ganti Umno celaka'
 
 
 
 
 
 

Inilah kerja barua umno celaka dalam usaha mereka untuk menyekat kebangkitan PAS di Terengganu.
Hello bro,  Apa lu tengok, ada nampak gunung Rosmah puaka ker...!!!!
 
 

Apakhabar Mat Said???. Gua belum sempat jumpa lu lagi nanti gua call lu, kita jumpa di tempat biasa. Gua tak sempat merasai air Zam-Zam yang lu agihkan kat rakyat Terengganu tetapi berkotak-kotak masih berada dirumah JKKKKKK lu, Sumber

Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seramai 17,000 rakyat Trengganu yang penganggur dijanjikan dengan peluang pekerjaan sekiranya PAS diberi peluang dan mandat untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata berdasarkan kajian yang dibuat sebanyak 4% atau 17,000 belia di negeri Terengganu tidak memiliki sebarang pekerjaan.

[Gambar - Tiga tonggak utama kepimpinan PAS Terengganu dari kanan, Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul Rashid]

Katanya, walaupun kadar pengangguran tersebut merupakan kadar yang tertinggi diseluruh negara, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa bagi mneyelesaikan masalah tersebut.

"Orang Terengganu, 4% (atau) 17,000 anak-anak muda tidak ada kerja, kerajaan yang ada sekarang ini tidak buat apa-apa, (bekas Menteri Besar) Dato' Seri Idris Jusoh berjanji 30,000 pekerjaan baru nak diwujudkan, tapi sampai sekarang tak berjaya,"ujarnya.

Menurutnya, sejak Umno/BN merampas kerajaan dari PAS pada tahun , banyak kilang-kilang yang ditutup diantaranya kilang papan lapis Permint Plywood dan Metro Pacific.

Oleh sebab itu, katanya, ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan.

Oleh itu, menurutnya, dalam masa tiga tahun pemerintahan PAS berjanji akan mengujudkan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, Terengganu kini terus dibelenggu dengan masalah kemiskinan dengan 15.4% penduduknya masih di bawah paras kemiskinan.

Ia merupakan, jelasnya, kadar kedua 'tercorot' diantara negeri-negeri diseluruh negara.

Katanya, kadar tersebut berbeza, meningkat dua anak tangga kepada nombor empat daripada bawah, ketika PAS memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

"Masa kita (PAS) memerintah pada tahun 1999 hingga 2004, nombor dua tercorot (ketika itu) naik dua anak tangga Kita berjaya meningkatkan (mengurangkan) kadar keminskin tidak seteruk seperti sebelumnya ketika Umno memerintah,"jelas Haji Wahid.

Menurutnya, dengan hasil negeri yang banyak melalui wang royalti, PAS akan memperbetulkan 'masalah sosial' itu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu.

Sehubungan itu, katanya, antara usaha yang dijanjikan dalam manifesto PAS adalah, cukai pintu rumah kediaman akan dikecualikan sebegaimana yang dilaksna pada zaman pemerintahan lalu.

Selain itu, menurut Haji Wahid, menggantikan tanah tapak rumah yang diambil oleh kerajaan merupakan pembelaan terhadap rakyat teraniaya juga merupakan agenda yang dijanjikan PAS termasuk dalam 'ngeri berkebajikan'.

Katanya, rakyat menjadi bertambah miskin apabila tanahnya diambil untuk projek-projek pembangunan oleh kerajaan sekiranya tidak diganti semula.

"Pasal isu tanah ini, kita tengok rakyat miskin, dia sudh tidak ada harta (apabila tanahnya diambil) saya beri contoh, di Kampung Gelugor Raja, dia dah janda, suami tak ada, anak ada empat, lima orang,

"apabila kerajaan ambil tanah, walaupun dibayar pampasan, dia (janda itu) nak cari tanah lain (untuk tapak rumah) tak ada (tidak cukup untuk membeli),"katanya.

Oleh yang demikian, menurutnya, PAS akan membuat perancangan suapaya setiap tanah tapak rumah rakyat yang diambil akan diganti semula, di kawasan yang sama. -BO



Umno Kelantan berebut kerusi

Oleh M FAQIH

Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu kini heboh dikatakan ingin bertanding atas tiket BN pula.Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, bekas pemimpin Semangat 46, Berjasa, Umno dan kini ‘Bebas mesra BN’ itu menjadi pemimpin paling kerap beralih parti.

Biarpun dicanangkan sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat.

“Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Dato’ Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong.

“Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen,” kata satu sumber di sini.

Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman.

Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan masingmasing tidak mahu mengalah.

Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu.

Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad.

“Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisasisa pengaruh Ibrahim.

“Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen,” kata seorang pemerhati politik dari Tendong.

Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya.

Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.

Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat.

“Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat,” kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban.

Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.

Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Dato’ Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu.

Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru.

Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu dikatakan tidak diiktiraf Ku Li.

Di Tanah Merah pula Ketua Bahagian, Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak mungkin mendapat laluan mudah di kerusi parlimen memandangkan bekas anggota parlimen penggal lalu, Dato’ Shaari Hassan dikatakan sudah keluar masuk kampung.

Shaari bersama beberapa penyokongnya digantung Lembaga Disiplin Umno. Ia dilihat ada kaitan dengan usaha Ikmal menghalang kehadirannya di Tanah Merah.

Shaari juga tidak keseorangan apabila abangnya, seorang korporat, Dato’ Ismail juga dikatakan berganding bahu bagi menentang Ikmal.

Di Kuala Krai pula, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato’ Nik Sapeia Nik Yusof turut mengintai peluang kerusi parlimen memandangkan bekas calon BN di situ, Prof Dato’ Dr Che Musa Che Omar difahamkan tidak lagi berminat dengan Umno.

Pertembungan juga berlaku di Pasir Puteh apabila tindak tanduk Ketua Bahagian, Zawawi Othman tidak disenangi pemimpin Umno lain.

Di Rantau Panjang kudis lama di bahagian itu kembali bernanah semula apabila beberapa bekas anggota jawatankuasa bahagian disingkir ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin

Utusan diperintahkan bayar RM60,000 kepada YB Khalid


Akhirnya Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerosakan kepada MP Shah Alam, YB Khalid Samad. Sebabnya kerana menerbitkan  artikel ynag bersifat memfitnah Khalid di akhbar itu dua tahun lepas. Hakim memerintahkan bayaran tersebut kepada Khalid selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Penulis asal artikel Zul Nordin, tidak disaman oleh Khalid. Pada 30 September lalu Khalid telah menang dalam samannya ke atas akhbar pro UMNO itu  ekoran hakim memutuskan bahawa Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa plaintif difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel tersebut. Semasa mengemukakan samannya tahun lepas, Khalid  menamakan Ketua Pengarang kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
 

UMNO jadi PONDAN bila berdepan dengan GERAKAN...!!

Sebelum ini dok sebok 24 jam mengatakan yang Cina nak menganiyai orang melayu di Pulau Pinang..... (Tak kiralah DAP, ka MCA atau Gerakan)......
NONE


Dan yang paling sakit menusuk jiwa, PAS diperkuda oleh DAP....

Namun, disegi realitinya politik di Pulau Pinang, siapa yang dok serang pimpinan Cina negeri Pulau Pinang,,, dalam dok serang, dok menyalak marah kena Ci-a Pulau Pinang,, alih-alih UMNO tak akan tuntut jawatan KM Pulau Pinang...

Nampaknya Parti Gerakan untunglah ya,, dengan adanya anjing-anjing baka melayu membantu mereka.

Mereka tak payah nak sibuk-sibuk bertekak sesama mereka, sekadar buat lakonan Ketua Wanita Gerakan yang juga Ahli Parlimen Grik menghentam Presiden Koh Sku Koon,,

Malah mereka juga berani bersuara,, awai-awai lagi dah sebut nak kan kerusi Parlimen Taiping,, amboi hebatnya mereka,,, kenapa UMNO diam,,, tanpa jawapan,, senyap sunyi sepi (3S), bersuaralah wahai UMNO,, aku rindu dengan suara bantahan mu..... sejak bila UMNO dah mula jadi melayu pondan bila berhadapan dengan Gerakan..

Malulah sikit wahai Melayu UMNO Pulau Pinang..........ManjungMari
 

Mai Aziz Bari dengan Guan Eng habih 1Malaysia pakat "melalak" masa depa kata "natang" sekoq pon tak bunyi apa..!!

DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini.

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.

Jangan lupa kisah ini.....
Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”


Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?

Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.


Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...
Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

TG Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’


KUALA LUMPUR, 16 Okt ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurut Mursyidul Am PAS, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau dalam pandangan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

“Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka,” katanya.

Katanya, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. TMI

TERBUKTI PR LEBIH BAGUS DRP BN... TENGOKLAH SENDIRI !!!

Siapa kata BN pandai memerintah ???
Terbukti PAKATAN RAKYAT jauh lebih baik.....

PAS lancar 'Protes BN' di Sabah

pas protes bn campaign launching sabah 161011Pemuda PAS hari ini melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang di Kota Kinabalu peringkat Sabah, yang antaranya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu itu.

Pengerusi biro hal ehwal Sabah dan Sarawak dewan itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kempen yang dikenali "Protes BN" itu akan digerakkan ke seluruh negeri melalui ekspo, siri jelajah dan penyebaran risalah.

"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini," katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.

Beliau menyeru semua pihak turut mengambil bahagian dalam kempen itu.

Ahmad Kerdee berkata,  beliau menjangkakan pada tahun depan caj 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikuatkuasakan.

Hadir sama dalam majlis perlancaran itu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu dan beberapa exco Pemuda PAS. -M'kini

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam

Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SH

Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita...


Tsu Koon Buat Muka Walfare.
1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang.

Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama

Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau.

Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul.

Ayat ‘Agree to disagree’ atau ‘tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat’ kepada Tsu Koon.

Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang.

2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama.

Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti

Siapa Mamat Nii..Sehingga MB Zambry "Ketakutan"..??










InsYaAllah..Rakyat Perak akan kembali merasai pemerintahan PR dibawah
kepimpinan YB Haji Nizar Selepas PRU13 nanti...maklumat terkini daripada
sumber yang boleh dipercayai,masalah dalam UMNO Perak bertambah parah
kerana ramai yang mempertikaikan calon-calon UMNO yang telah tersenarai dalam
PRU13 nanti,ditambah pula banyak kawasan yang menjadi kubu kuat Umno selama
ini sudah mampu ditembusi oleh Pakatan Rakyat...Yang pasti 18 kerusi DUN yang
dikuasai oleh DAP tidak akan berkurang,malah kerusi PR akan bertambah,InsYaAllah!!

Kesal harga barangan runcit melambung

KULIM - Kenaikan harga ayam dan barang keperluan yang mendadak meresahkan pengguna terutamanya mereka yang berpedapatan rendah sekitar daerah ini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kulim memantau harga ayam dan barangan keperluan yang melambung tinggi.

Menurutnya, walaupun harga siling telah dikeluarkan tetapi masih ada dalam kalangan peniaga yang tidak mengendahkan sehingga membebankan pengguna.

“PPDNKK seharusnya membuat pemeriksaan di sekitar pasar awam dan pasar malam dan sekiranya harga yang dipamerkan penjual tidak mengikut garis panduan diletakkan oleh kerajaan, pihak kementerian boleh mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan di Terengganu baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, kita terlalu sibuk memberikan bantuan ke negara luar yang terlibat dengan bencana alam dan kebuluran tetapi harga barangan di negara sendiri terlalu mahal.

“Bayangkan pengguna memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan. Apakah mereka mampu membeli ikan dengan kadar harga melebihi RM5 manakala ayam dijual melebihi RM10 sekilogram.

“Jangan dianaktirikan rakyat sendiri. Saya minta agensi kerajaan terlibat turun padang dan memantau permasalahan ini. Tidak munasabah sekiranya ada pegawai di kementerian pengguna yang tidak tahu permasalahan ini sedangkan mereka juga seorang pengguna,” katanya.[Sinar Harian