(Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media
selepas penyerahan memorandum)
IPOH: Ekoran dakwaan
media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar
Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan
memorandum kepada Istana Perak hari ini.
Penyerahan itu diketuai oleh
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Alhiss dan Naib Ketua Dewan
Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.
Blogger Pisau.net sebelum ini
mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada DAP
Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB.
Laporan itu
kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan
menyerang Tuan Guru Nik Aziz.
Beberapa hari lalu, blogger Pisau.net
memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga
di Kelantan"
Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja
Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu".
SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan
kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.
Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut
dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih
teruk” dalam tindakan berkenaan.
“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman
lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang
tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan
apa yang saya buat ini salah?
“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi
mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda
Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.
Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis
negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan
masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi
keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang
asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi
pengundi.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap
di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada
Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang
asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran
Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam
negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad
pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing,
semata-mata untuk tujuan pilihan raya. - KD
Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat
suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum
ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid
Samad.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan
tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak
RM10,000-00.
Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini
adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji
Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan
bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.
Mahkamah Rayuan pada 24 Mei
2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi
RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Pada 21 November 2011
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah
memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009
bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid
Samad.
Antara lain artikel tersebut menulis: “Ahli Parlimen
Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak
Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan
pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas
hati penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan
umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan
kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini
sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan
kuil,"katanya.”
Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah
memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa &
Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah
beliau.
Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel
tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut
diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam
supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu
penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah
Alam.
Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di
mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.
Di Mahkamah
Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh
peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan
tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah
Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.
Sekaligus rayuan
tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman
1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00
wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah Rayuan
juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid
Samad.
Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari
ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid
Samad berakhir.
Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad
diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa &
Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee
Mohan.
Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis
Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos
perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid.
-HD