Ahad, 20 Januari 2013

PAS mohon Sultan Perak dakwa pemimpim Umno

 



(Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum)

IPOH: Ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan memorandum kepada Istana Perak hari ini.

Penyerahan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Alhiss dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.

Blogger Pisau.net sebelum ini mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada DAP Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB.

Laporan itu kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz.

Beberapa hari lalu, blogger Pisau.net memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan"

Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu".



Tiada ulasan:

Catat Ulasan