Rabu, 10 Ogos 2011

Orang Cina Haram berpuasa?

| |
Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.

"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.

Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.

Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.

Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.

Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.

Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.

Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

PROGRAM QURANIC GENARATION


PROGRAM ILMU SEPANJANG RAMADHAN





 

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809



10 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

harakahdaily/-

APA YANG KAU CARI KIH KIH

Hidup biar seperti!!
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar

Jangan macm ini!!! Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut:
-------------------Kami bersedia jadi saksi-----Zaman Hang Tuah pun 5. Zaman IT pun 5 juga kih kih

INILAH PENYEBAB UMNO/BN SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK KEKAL KUASA

Media gagal perlekeh ’Negara Berkebajikan’

Oleh: Harakahdaily
Isu Negara Berkebajikan yang cuba dicetus polemik media harian ternyata gagal apabila orang ramai sudah lama memahami konsep yang diketengahkan PAS itu.

Malah tanggapan media kononnya dasar perjuangan PAS sudah berubah juga gagal kerana dasar itu tidak pernah bertukar sejak gerakan Islam terbabit ditubuh pada 1951 sehingga sekarang.

Sebaliknya usaha dilakukan media proUmno berjaya mengetengahkan tema muktamar PAS pada Jun lalu dalam masa singkat ke ke seluruh negara.

Bagaimanapun bagi menjelaskan lagi isu berkenaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berjaya menyiapkan sebuah buku yang dinamakan ‘Negara Berkebajikan’.

Buku yang mengandungi tujuh topik itu membincangkan secara lebih terperinci ciri-ciri negara berkebajikan.

Pada bab akhir dikupas tajuk ‘Agenda PAS ganti Umno’. Buku berkenaan diterbitkan Pejabat Presiden PAS dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Buku setebal 86 halaman merupakan pendekatan PAS dalam usaha mengangkat gerakan tajdid siyasi khususnya dalam mempelopori konsep ’Negara Berkebajikan’.

Buku tersebut juga turut mengupas perbezaan di antara Negara Berkebajikan dengan Negara Kebajikan yang dipelopori barat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan Negara Kebajikan yang diasaskan golongan sekular.

”Ia juga berbeza dari fahaman yang dianuti masyarakat terbanyak,” katanya ketika melancarkan buku tersebut di sini baru-baru ini.

ORANG GILA PUN TAK PERCAYA DENGAN JAWAPAN SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.

"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu SMS.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.

"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.

 

Siapa Kata TG Nik Aziz Ketinggalan Zaman IT? Cuba Tengok Gambar Ni

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/281743_263119793698072_100000001601905_1148089_6123432_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/229779_244082188958036_100000687708823_830126_4207330_n.jpg

TG Nik Aziz sempat membaca berita-berita terkini dari gajet terbaru dan terkini. Ini menutup mulut pemimpin-pemimpin umno kelantan yang mengatakan TG ketinggalan zaman dan buta IT.

Umno buta hati!

Fitnah : Akhbar Mingguan Diarah Bayar Pemimpin Pas RM 1.4 Juta

KOTA BHARU, 10 Ogos: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan akhbar Mingguan Watan membayar sebanyak RM1.4 juta kepada tiga pemimpin PAS Kelantan terhadap kes saman fitnah.
 
Perintah itu dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Nariman Badruddin dalam kamar.

Ketiga-tiga plaintif iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa dan Datuk Anuar Tan Abdullah diwakili peguam Hisham Fauzi.

Bagaimanapun peguam defendan, Rosli Abu Zarim tidak hadir hari ini.

Pemimpin PAS terbabit menyaman akhbar berkenaan berhubung laporan berunsur fitnah disiarkan Mingguan Watan bertarikh 21-27 Disember 2008.

Mereka menyaman M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Mingguan Watan pada edisi ke-17 bertarikh 21-27 Disember 2008 menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap ketiga pemimpin tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Adun BN di Perak bertindak sebagai Penasihat Jabatan Pengarang.

Berita itu disiar di halaman hadapan bertajuk “Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” ditulis M Goenawan.

Akhbar mingguan itu mendakwa “Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.

“Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd.”

Ekoran penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah menghantar surat dan memberi notis selama 14 hari untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.

Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 menyiarkan berita pihaknya tidak perlu memohon maaf.

Sebaliknya seperti mencabar PKINK supaya menghantar surat pembetulan dan penjelasan fakta sekiranya berita yang disiarkan itu tidak tepat.

Malah dalam berita sama ditulis, akhbar berkenaan tidak takut kepada ugutan kerana mendakwa berpegang kepada prinsip dan asas kewartawanan.

Kes saman tersebut sebelum ini dibicara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sejak Febuari 2009.

Hisham berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis bagi mengarahkan responden membayar gantirugi tersebut dalam tempoh tujuh hari.

”Notis tersebut InsyaAllah akan dikeluarkan esok,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam notis saman ketiga-ketiga pemimpin PAS terbabit menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada akhbar Mingguan Watan.

Pada keputusan hari ini juga Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi memerintahkan Mingguan Watan membayar sebanyak RM675,000 kepada PKINK dalam saman yang dibuat secara berasingan.

Sebelum ini PKINK menyaman Mingguan Watan dan menuntut ganti rugi RM5 juta.Hrkh

Harga minyak dunia turun: Kerajaan BN mungkir janji?

WarkahDaily – Tersebutlah kisah sebuah kerajaan yang tidak mahu menanggung beban kewangan yang besar akibat membantu rakyat sendiri bagi mendapatkan harga subsidi petrol dengan alasan harga minyak dunia semakin melambung tinggi.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu telah memberitahu bahawa kerajaan akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Naik harga minyak dunia, naiklah harga petrol di Malaysia, turun harga minyak dunia, turunlah juga harga petrol di Malaysia. Rakyat terpaksa akur secara paksa rela kerana kerajaan BN dah aturkan.

Tercatat, bila harga minyak dunia naik, cepat je kerajaan BN menaikkan harga petrol di Malaysia tanpa memikirkan beban yang dihadapi rakyat yang mempunyai pelbagai lapisan dan latarbelakang kesusahan hidup yang perlu ditanggung termasuk kenaikan harga barangan keperluan.

Yang menjadi masalah, bila harga minyak dunia turun, lambat je tindakan kerajaan mahu menurunkan harga petrol berdasarkan harga pasaran dunia.

Dipetik dari merdekareview.com, harga minyak mentah dunia dilaporkan turun ke paras USD86 setong pada Jumaat lepas. Penurunan itu mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011 disebabkan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

Jadi, kenapa harga petrol di Malaysia masih lagi di takuk lama, tidak berubah ke arah penurunan berdasarkan rekod penurunan harga minyak dunia yang dialami sekarang. Bila harga minyak dunia naik, cepat je naikkan harga petrol. Tapi disebaliknya jika harga minyak dunia turun. Apakah kerajaan BN mungkir janji terhadap rakyat?

Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.

Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam

Pasai apa pulak EZAM & The Gang's Al-Kataki dok offer nak jadi saksi kes liwat..!!

Musykil: Apa Motif 'Ezam Mohd Noor' Serta Empat Lagi 'Bekas Pemimpin PKR' Kata Najib Razak Dan Rosmah Itu Tidak Relevan Jadi Saksi Kes Liwat II!

Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (foto) yang beriya-iya kononnya dia sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar. Kenyataan itu di siarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini atas tajuk "5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar". Soalnya, kenapa Ezam begitu "desprade" mahu menjadi saksi sedangkan namanya tidak termasuk dalam senarai atau pun "tidak relevan".

Apakah beliau mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu agar mengalih perhatian rakyat terhadap tindakan peguam bela Anwar yang mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes tersebut. Selain dari Ezam turut dilaporkan menawarkan diri menjadi saksi ialah Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman. Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela itu adlah adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka (Najib dan Rosmah) tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Soalnya, benarkah Najib dan Rosmah tidak relevan dipanggil sebagai saksi?. Bukankah diawal kes ini dihebohkan dulu Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri ada mengaku yang Saiful ada menemuinya untuk memohon biasiswa. Itu pun selepas beberapa gambar anak muda itu bergambar di hadapan pejabat beliau disebarkan. Malah, najib juga mengaku Saiful datang ke rumahnya dalam keadaan terketar-ketar dan kesejukan untuk mengadu dia telah diliwat Anwar. Itu isunya, dan ini bermakna Najib adalah antara orang terawal yang mendapat tahu "Saiful Bukhari" kononnya telah diliwat.

Sila klik untuk besarkan imej gambar kenyatan DSP Jude Pereira di atas
[Bukti kedua, kenapa Najib dan Rosmah relevan untuk jadi saksi kes liwat II ini ialah kerana nama mereka juga disebut-sebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika prosiding perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu telah dibuat oleh Pegawai Penyiasat kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira. Beliau berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut keterangan beliau di mahkamah pada 11 Mac 2011 yang lalu. Maka, dalam hal ini pemilihan Najib sebagai saksi adalah relevan dengan kes. Kenapa mereka semua mengatakan ia tidak relevan?. Kebenaran apakah yang mahu disembunyikan?.

Rakyat melihat semua adengan ini sebenarnya. Jika Anwar bersalah maka hukumlah dia dengan seadilnya. Namun, dia juga berhak memanggil saksi yang relevan dengan kes dan bukannya saksi yang mencipta spekulasi seperti mereka berlima]. [
http://pahangdaily.blogspot.com]

Undang2 Murtad : UMNO LIDAH BERCABANG!!!

2 KALI UNDANG-UNDANG MURTAD DICADANGKAN DI PARLIMEN OLEH PAS, UMNO YANG TOLAK
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.

"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.

"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

"Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen?

"Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad.

"Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu.

"Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam,” katanya