Khamis, 17 November 2011

Gambar-Gambar Kemewahan Istana Negara Yang Baru...

siasahkini
 
Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata  SK bila tengok gambar-gambar nieh.

Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok... perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu...
 
Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri...di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru...





































http://siasahkini.blogspot.com

SUMBER: http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/11/gambar-gambar-kemewahan-istana-negara.html

Rahim Thamby Chik Buat Onar Lagi

Siapa tidak kenal dengan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur. Dia yang kemudian dilepaskan mahkamah atas campur tangan politik, kini cuba mencari nama dengan mencipta sensasi baru pula - kononnya ada usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya.

Sketsa terbaru dicipta Rahim ini adalah yang kedua selepas usaha menyebarkan video seks yang konon membabitkan Datuk Seri Anwar dengan pelacur China gagal untuk meyakinkan rakyat beliau punya masalah moral. Lagu yang sama juga pernah didendangkan pembelot Bayan Baru, Zahrain Mohamed pada Julai, rujuk sini.
Hanya kerana Kuli kelihatan aktif memperjuangkan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, itu bukan alasan terkukuh untuk mengatakan Kuli sudah layak memimpin Pakatan Rakyat apatah lagi menjadi Perdana Menteri jika berjaya memerintah negara nanti.

Untuk memimpin Pakatan Rakyat perlukan lebih dari sekadar kelihatan popular dalam isu-isu tertentu, untuk memimpin Pakatan Rakyat perlu tahu bagaimana menyatukan kepelbagaian idealogi yang terdapat pada komponen-komponen utama yang membentuk Pakatan Rakyat hari ini.

Kuli semasa memimpin Semangat 46 (S46) pernah cuba mewujudkan 2 gagasan parti politik iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dianggotai S46, PAS, Berjasa, HAMIM dan KIMMA serta Gagasan Rakyat (S46, DAP, PBS & PRM) untuk bersaing dengan BN dalam kempen pilihanraya 1995.

Kewujudan 2 entiti politik pembangkang berlainan yang masing-masing diketuai S46 itu sendiri adalah bukti kegagalan Kuli untuk menyatukan pelbagai parti politik di Malaysia seperti mana yang dilakukan Anwar hari ini melalui pembentukan Pakatan Rakyat.

Kegagalan pembangkang mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 1990 dalam pilihanraya umum 1995 adalah bukti kepada kenyataan itu. S46 itu sendiri dibubarkan pada 1996 dengan Kuli menjilat ludahnya kembali untuk menyertai UMNO.

Justeru mana mungkin Kuli boleh mengatasi Anwar dalam hal memimpin Pakatan Rakyat dan negara jika kita berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan lagi bila
Kuli sudah menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada UMNO walaupun terasa diketepikan pucuk pimpinan apabila pandangannya tidak diterima.

Jadi tak usahlah Rahim Tamby Chik cuba menimbulkan keregangan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan curiga pula. Walau apa pun terjadi, Anwar adalah bakal Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat. Tiada siapa pun, apatah lagi Rahim Tamby Chik yang boleh menafikan kenyataan itu

Kembalikan Cikgu Maarof ke sekolah asal- DS Nizar.

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kementerian Pelajaran didesak supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di Johor.
Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan September tahun lalu.

Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh jawatankuasa itu.

"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang mewakili PAS tahun lalu.

Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer.

"Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak.

Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya terbabit dalam pilihanraya," katanya.

Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tata Tertib terbabit.

"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?" tegasnya

sumber harakahdaily.net

HUKUM ISLAM UNTUK KAWAL KADAR ANAK LUAR NIKAH

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.
DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.
Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.
DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.
Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan pemuda PASWilayah Persekutuan

Kekayaan Negara untuk Pemimpin dan Anak Beranak Mereka

Apa hak kita orang Melayu untuk bersuara? Kita orang Melayu tidak boleh mempersoalkan kehidupan pemimpin2 kita.

Mereka hidup kaya raya dengan wang berlimpah ruah. Kita hidup dalam kesempitan, dengan kenaikan harga barang yang tidak berhenti.

Kita lihat bagaimana kekayaan negara diperlakukan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan anak dan keluarga pemimpin.

Pada waktu yang sama, kita terpaksa mengikat perut bagi menjamin anak-anak kita tidak kelaparan.

Anak-anak pemimpin UMNO tidak perlu bekerja keras namun dapat peluang dan projek yang berjumlah jutaan, belas juta, puluh juta, ratus juta.

Kita pula terpaksa bekerja suami isteri kerana pendapatan suami sahaja tidak mencukupi.

BAyangkan, anak Dr Mahathir rugi berniaga. PETRONAS boleh keluar duit cash RM1.6 billion untuk menyelamatkan anak dia dari bangkrap. Itu dulu waktu kita masih kaya.

Di zaman kita kaya dengan hutang seperti sekarang, rupanya budaya tersebut masih berterusan. Projek bernilai RM250juta dengan mudah boleh diserahkan kepada Shahrizat dan anak beranak untuk ditadbir.

RM250juta!!!. Begitu mudah wang rakyat difaraid sesama keluarga dan suku sakat merekauntuk mengkayakan diri2 mereka.

Kita rakyat tidak layak merasa kekayaan seperti itu. Hanya pemimpin dan anak beranak mereka sahaja yang layak.

Sebab apa? sebab kita orang MElayu. Orang Melayu tiada hak untuk mempersoalkan kekayan pemimpin2 mereka.

Orang Melayu wajib hidup susah demi kekayaan pemimpin2 mereka.
 
SUMBER: http://www.malaysiawaves.com/2011/11/kekayaan-negara-untuk-pemimpin-dan-anak.html

Isu Projek Fidlot RM250 Juta

Seperti Nak Usai Pukat Rusuk Yang Basah
MUNGKIN ramai yang bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya Pengerusi Eksekutif NFC, Dr Mohamad Sallah tampil memberi penjelasan berhubung isu yang melanda dalam projek lembu gemuk yang heboh seharian dua ini. Dr Mohamad Salleh adalah orang terbaik untuk memberi penjelasan.

Kata Abdullah sebagai suami kepada Sharizat Jalil dan orang paling bertanggungjawab mengenai projek bernilai RM250 juta paling sesuai dan berhak untuk memberi penjelasan kerana dia tahu ke mana dan untuk apa duit itu diagihkan. Abdullah juga meminta pihak tertentu bertanya kepada Dr Mohamad Sallah dan tidak menyalahkan Sharizat. Tindakan Abdullah itu sepertti mahu membela Sharizat sahaja.
Sehingga hari ini Dr Mohamad diam membisu. Beberapa pihak lain yang bangun menjawab dan menjelaskan isu itu bagi pihak NFC yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat itu tidak menyelesaikan masalah. Malangnya semakin dijelas ia semakin merebak dan mendedah banyak perkara yang disimpan di bawah karpet terselak ke dunia umum.

Misalnya penjelasan dan pembelaan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin mengatakan pembelian kondo bernilai RM9.8 juta adalah untuk pelaburan. Jawaban itu menambahkan lagi keserabutan dan kebingungan. Penjelasan Khairy itu tidak seperti cuba menghuraikan pukat yang berserabut dan kebasahan. Makin dihurai makin serabut dan kehilangan punca.

Orang mempertikaikan jawaban Khairy itu. Apa perlunya beli kondo dengan lembu. Orang tidak percaya lembu akan tidur di kondo, ia jauh lebih pelik dari usaha nak tanam padi atas bumbung di era Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Khairy menjawab pembelian kondo bernilai RM9.8 juta itu ialah untuk pelaburan. Jawaban itu merendahkan wibawa Khairy yang sebelum ini mampu mengeluarkan pendapat yang hebat.

Kenapa Dr Mohamad diam membisu? Dan wajarkan beliau menjelaskan. Saya rasa wajar Pengerusi Eksekutif itu tampil membuat penjelasan secara berterus terang. Beliau perlu membentangkan kertas putih mengenai projek berkenaan. Keserabutan minta isterinya harus dilengsaikan.

Dr Mohamad kena bagi tahu siapa yang mencadangkan dan siapa yang menilai kertas prosal projek itu. Siapa yang menganggotai jawatankuas teknikal kemudian memperkaui kepada Menteri Kewangan. Khabarnya peruntukan sebanyak RM450 juta dikeluarkan oleh menteri kewangan. Harus juga dijelaskan berapakah bayaran untuk fee di atas kemurahan menteri kewangan meluluskan peruntukan khas itu?

Menteri Kewangan ketika itu ialah Abdullah Badawi sendiri. Tetapi kita percaya yang bertanggungjawab ialah menteri kewangan ke II, Muhamad Nor Yaacob. Muhammad Nor lah yang akan mengurus dan mengeluarkan wang. Muhammad Nor pula tentu tidak saja-saja mengeluarkan wang berkenaan kalau tidak ada arahan dan desakan dari pihak tetrentu.

Apakah kumpulan dinamakan Tingkat Empat terlibat dalam projek ini? Dr Mohamad kena muncul dan buat penjelasan. Bagi saya cadangan Abdullah itu nampak telus dan jujur, tetapi ada sedikit kebimbangan dengan kejujuran untuk menyelamatkan Sharizat tiba-tiba orang lain pula terbalut dengan getah naangka. Nyanya nanti.

Yang jelasnya walaupun Dr Mohamad akan jelas yang sakit kini ialah Sharizat, sebab Dr Mohamad adalah suaminya. Hendak tidak hendak, suka atau tidak persepsi umum akan mengatakan projek itu Sharizat ada berkepentingan. Sharizat kena melupai kepada projek Rumah Penangih atau Pengemis, sebaliknya mengambil masa menjawab berhubung perkara itu. Cadangan atau desakan agar Sharizat melepaskan jawatan menteri adalah tindakan paling berkesan.

Celakanya di sini bagi Sharizat ialah apabila Noh Omar mendedahkan projek berkenaan milik keluarga Sharizat. Pendedahan Noh itu satu pendedahan yang berani tanpa mempedulikan kawan dan menyeronokkan lawan. Apakah Noh sendiri juga sedang berbelit dengan masalah yang sama, dan penjelasan itu untuk meperlihatkan dia tidak ada apa-apa kepentingan di dalam perniagaaan. Ataupun Noh ingin mengenakan Abdullah Badawi dalam pendedahan itu.

Pertanian adalah perniagaan. Jadi baik di zaman Udin anak Yassin jadi menteri, zaman Mustapa Mohamed jadi menteri, sampai ke zaman Noh Omar, pertanian adalah perniagaan. Maka tidak peliklah kalau peruntukan untuk lembu (pertanian) digunakan untuk beli kondo, kerana pertanian adalah perniagaan. Membeli kondo adalah perniagaan. Dan di era Noh ini sudah pasti perniagaan masih rancak dijalan. Itu projek Ikan Bakar Sekincan cuba selidik dan selelaka apakah ia juga ada kena mengena dengan kementerian pertanian. [wm.kl.9:24 am 16/11/11]

TAHNIAH NAJWA BT MUHYIDDIN YASSIN

Anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin Menangi AIM 2011 Kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go





Note: Pandai Timbalan Perdana Menteri Malaysia mendidik anak untuk mengikut ajaran agama islam... Tahniah muhyiddin.. apa agaknya yang akan terjadi pada islam di Malaysia jika Muhyiddin sempat untuk menjadi PM ?

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 24).

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim

"Samseng" umno Ganggu Ceramah DSAI Dengan Letupan Mercun


BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.



Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan.



Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup  berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.



Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar



Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku. Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu.
  
Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim.



Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin  Ahmad dan Tuan Mahazan

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat. Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi. Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis.



”Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat.



”Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis” ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah.

Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan. Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional.

  
”Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !” soalnya lagi.




Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa.



Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat. / ibn_bacoks


P/S: umno Johor dah semakin kecut, mereka tak dapat menerima hakikat bahawa zaman telah berubah, era umno sebagai parti dominan Melayu telah berlalu. Semuanya angkara kerakusan pemimpin umno sendiri yang terlalu banyak mengkhianati orang melayu.

Penyelewengan Satim dan Barisan Nasional Dibongkar MB

SHAH ALAM : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

Terkini!! Parti Gerakan Bubar

Disebabkan ramai ahli telah cabut lari, Parti Gerakan Padang Serai Terpaksa Dibubarkan.

Kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, naib pengerusi Parti Gerakan cawangan Padang Serai, Kok Ee Foh mengumumkan pembubaran parti itu setelah kebanyakan ahli mengambil keputusan meninggalkan parti itu. 
Menurut Ee Foh, sebelum ini Bekas Pengerusi parti Tan Hiang Lye mengambil tindakan yang sama setelah kecewa dengan pucuk presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dianggap cakap tak serupa bikin. Ee Foh berkata dengan keputusan dibuat parti gerakan yang ditubuhkan sudah tidak wujud dan ini akan melemahkan Gerakan di Kedah.

Bagi Sk ini adalah satu khabar berita yang baik bagi Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. Difahamkan ahli Parti Gerakan yang seramai 3000 ribu orang telah lari meninggalkan parti dan kini menjadi bebas. Diharapkan seluruh jentera Pakatan Rakyat dapat membuat sesuatu di kawasan Padang Serai ini bagi menarik lebih ramai ahli bersama Pakatan Rakyat disamping dapat membantu mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Dulu dia dijulang

Dulu dia dijulang

Sekarang
KERAJAAN Filipina mencabar sebuah Mahkamah Agong kerana membenarkan mantan presiden negara tersebut, Gloria Macapagal Arroyo untuk berlepas keluar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Arroyo, 64 mendakwa dirinya menghidap penyakit tulang namun dihalang daripada meninggalkan negara lantaran tuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini telah menghalang cubaan bekas presiden negara tersebut untuk berlepas keluar negara bersama suaminya dari lapangan terbang Manila.

Bagaimanapun, Mahkamah Agong telah mengeluarkan keputusan bahawa pengharaman itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

ARROYO dilihat menutup mukanya bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa
Arroyo kini menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kerajaan semasa Filipina bimbang Arroyo akan menghilangkan diri jika dibenarkan berlepas keluar negara.

Jurucakap presiden, Edwin Lacierda berkata Arroyo yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penipuan pilihanraya akan dilayan dengan cara bermaruah.

"Namun kami akan tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan beliau meninggalkan negara" ujarnya tegas.

Lacierda berkata "ini semua hanyalah sandiwara, mereka hanya mahu mendapatkan simpati orang ramai".
Sumber: [Free Malays]


ReJaM© "Balasan untuk pemimpin yang merompak hak dan harta rakyat semasa berkuasa..."