Jumaat, 5 Ogos 2011

PR patut lupakan sistem biometrik

Oleh Haji Abdul Subky Latif
Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem bhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkihtZyPqK8vOdm7DHazZ8VUdZ0xVBOH3HHVPbem-ajAfrCtzLN9VHoS_XfnxkEQV1gV7gm9tLhdNZC7zzfmqWi5H_1_h6GHBaAVOAA5MF0ArpCZe4yTU2QnUzuV05u5KDz5a4FTa6GXwi/s400/biometrik.jpgiometerik sebagai alternatif kepada penggunaan dakwat kekal patut dilupakan.

Tidak ada parti pembangkang sebagai pelanggan utama kepada SPR yang bersetuju dengan cadangan itu sekali pun ia satu sistem berteknologi canggih.

 

Penolakan pembangkang itu disokong pula oleh setiap yang menyokong gerakan Bersih 2.0 yang menuntut diadakan reformasi a tau transformasi sistem dan perjalanan pilihan raya di negara ini.
Sekali pun jentera biometrik itu dapat menjamin ia dapat mengesan apa yang hendak dikesan bagi mengelakkan penyelewangan, tetapi faktor kelemahan makhluk bernama manusia yang sentiasa terdedah kepada segala tipu daya, jadi punca utama penggunaan sistem biometrik itu ditolak.
Manusia itu sendiri adalah punca segala fitnah, maka segala yang boleh mendatangkan fitnah wajah dijauhkan.

Jika banyak negara di dunia tidak memakai sistem itu, maka Malaysia pula mahu mempelopori pemakaiannya bagi menunjukkan ia lebih maju dibidang teknologi, ia tidak menjadikan Malaysia mendahului lain-lain negara. Ia tidak menjadi pilihan banyak pihak ialah kerana faktor manusia yang sentiasa terdedah kepada fitnah dan penyelewengan.
Dalam diri kejadian manusia itu s endiri dilengkapkan dengan nafsu. Nafsu itu boleh menguasai manusia yang sesungguhnya juga ada kelemahan pada kejadiannya. Hanya para nabi sebagai manusia pilihan Tuhan dijamin dapat mengawal hawa nafsunya.
Oleh kerana dalam banyak masa pengendali SPR itu lebih diragui kejujuran dan daya keadilannya, maka tiada jaminan ia dapat memenuhi amanah mengendalikan mesyin biometrik seadil-adilnya.
Bukan manusia tidak boleh mempercayai sesama manusia, tetapi manusia hanya mempercayai s etengah manusia dan tiada manusia yang dipercayai oleh semua manusia. Justeru itu manusia mengelakkan penggunaan alat manusia tidak sepakat mempercayainya.
Setakat ini rata-rata manusia di dunia sepakat penggunaan dakwat kekal adalah kaedah yang terbaik bagi memanimakan penipuan dan penyelewengan. Ia adalah satu kaedah yang prematif tetapi ia amat sesuai dengan kejadian dan kehidupan manusia dalam semua zaman.
Jika cara untuk membuat keputusan seperti sekarang berlaku di zaman Nabi SAW, dan sekalian sahabat Nabi itu tebal-tebal belaka imannya, dan penggunaan dakwat kekal itu adalah kaedah paling sedikit fitnahnya, saya percaya nabi yang tidak sukakan fitnah menggalakkan keadah yang paling tidak mendatangkan fitnah atau yang paling kurang fitnah.
Tetapi dalam perkara yang terdedah kepada fitnah, nabi tidak galakkan sama sekali.
Katakanlah isu penggunaan biometrik dan penggunaan dakwat kekal, tidak berlaku di zaman nabi. Pilihan terbaik bagi umat Islam ia minta panduan dari majlis fatwa, apakah panduan yang majlis fatwa boleh beri?
Tidak lain majlis fatwa beri panduan, pakailah sistem yang paling kurang fitnah dan keburukannya.
Ada empat negara besar di dunia yang ramai penduduk Islamnya yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan rayanya iaitu Mesir, Indonesia, Pakistan dan India. Sekali pun majoriti rakyat India bukan Islam, tetapi penduduk Islamnya lebih ramai dari kebanyak negara Islam.
Sepakat para ulama negara tersebut membenarkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan rayanya.
Mungkin ketika pilihan raya pertama di masa penjajah dulu — tahun 1955 — penjajah British tidak terfikir akan adanya penyelewengan dan penipuan seperti yang diamalkan di Unted Kingdom, maka ia tidak merasa perlu memperkenalkan dakwat kekal.
Tetapi setelah Malaysia ada pengalaman selama 50 tahun mengendalikan pilihan raya, semuanya tahu ia terus terdedah kepada penyelewengan manusia, ia menjadi-jadi disebabkan oleh ketiadaan sistem kawalan yang berkesan dan pengendali pilihan raya tidak berupaya menyekat penyelewenan, maka sistem kawalan itu amat diperlukan.
Penggunaan dakwat kekal yang prematif itu tetap relevan dan terbaik setakat ini diterima pakai oleh banyak negara di dunia.
Maka apa yang menjadikan kerajaan Malaysia dan SPR menjadi begitu bebal mengelakkan penggunaannya?
Ia terus berdolak dalik mengelakkannya sejak ia mula dikemukakan selepas merdeka. SPR telah mati angin untuk menolaknya dalam PRU 2008 dulu. Ia telah memesan dakwat. Sudah ada dakwat itu. Tetapi ia masih tidak dapat hidayat lalu membatalkannya dua tiga hari sebelum mengundi.
Ada perbalahan antara Perdana Menteri masa itu dengan SPR tentang alasan pembatalannya.
Kali ini kerajaan dan SPR menggunakan dalih lain. BN dan SPR tiada dalih yang kuat untuk menyangkal pengundi hantu dan penyelewengannya. Ia cuba mengalih kepada penggunaan sistem biometerik sebagai usaha menjadi PRU 13 paling telus, adil dan bersih.
SPR membuat janji-janji manis. Ia dilihat seperti menanam tebu di bibir. Tetap ia berdegil untuk menolak dakwat kekal. Jika diadakan pungutan suara kehendak SPR itu akan ditolak. Tetapi rakyat tidak merasa perlu untuk menuntut diadakan pungutan suara mahu dakwat kekal atau alat biometrik.
Tuntutan yang mudah guna saja dakwat kekal dan lupakan saja sistem biometrik

Umno - Bn Gadai Maruah Negara ?

Oleh Angkasanuri
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/spr.jpgSejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan bimbang. Ternyata telahan saya berasas apabila satu persatu tembelang 'keikhlasan' kerajaan mendaftar pendatang tanpa izin terbongkar.

Sepantas membuat mee segera, pendatang tanpa izin di negara ini boleh mendapat status penduduk tetap sebelah pagi dan menjadi warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di sebelah petang.
Cuba bayangkan apa yang berlaku kepada negara ini jika penipuan dan konspirasi ini tidak terbongkar? Maruah dan keselamatan negara ini terancam dan berada di ambang bahaya. Hanya kerana takut hilang kuasa Umno/BN sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengadai dan memperjudikan nasib dan maruah negara. Adakah ini yang dimaksudkan oleh pemimpin atasan Umno tidak lama dulu bahawa akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya?

Hari ini pihak SPR cuba lepas tangan dengan menunding jari kepada kesilapan Jabatan Pendaftran Negara yang menjadi punca kekalutan yang berlaku. Patutlah Umno/BN cukup takut dengan BERSIH 2.0 kerana mereka kini sedang bergelumang dengan tangan-tangan terpalit najis untuk memporak perandakan negara ini.

Episod Projek IC untuk pendatang tanpa izin ini mengulang taktik kotor projek IC untuk pendatang tanpa izin di Sabah yang pernah mengemparkan negara satu ketika dahulu.

Saya sebagai rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan sama sekali pada kerajaan yang ada. Harapkan pagar pagar makan padi! Saya berharap DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong yang menjadi benteng terakhir negara ini agar campur tangan supaya malapetaka seterusnya tidak berlaku kepada negara ini. Langkah awal sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini
http://angkasanuri.blogspot.com/

Berikan pandangan yang jujur - Bolehkah Najib bertahan?

Oleh Aspan Alias

UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.

Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.
Anoloji ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi.

Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik.

Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini.

Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan ‘stop gap’ untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara.

Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama.

Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri.

Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat ‘expedient’ bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini.

Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama.

Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah).

Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala ‘budding leaders’ telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘viable’ kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini.

Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya.

Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang.

Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri.

Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang.

Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri.

Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, ‘nasib lu lah Najib’.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kontroversi terbaru membabitkan kes Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya, membuktikan tuntutan Bersih 2.0 adalah wajar.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengulas isu Mismah yang mendaftar sebagai pemilih dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), meskipun memegang status PR, lapor KeadilanDaily.

Nama Mismah yang memegang My Kad PR berwarna merah, turut tertera dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimanapun statusnya sebagai PR ditukar selepas isu itu didedahkan laman portal Malaysiakini kira-kira empat jam selepas itu.

Selain itu, PAS tampil mendakwa di Selangor sahaja, sebanyak 1,100 pengundi berstatus PR yang tidak layak mengundi, berada dalam daftar pemilih SPR.

Menurut Maria, insiden terbaru itu membuktikan SPR perlu benar-benar melakukan pembersihan senarai pengundi, satu daripada lapan tuntutannya.

Malah, katanya, parti-parti politik Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyerahkan senarai pengundi yang didapati mengundi sebanyak dua kali bagi mengesahkan kepincangan daftar pemilih.

“SPR perlu semak semula semua nama dalam senarai pengundi yang mereka miliki.

“Sudah tentu (ia bukti tuntutan kita wajar), kita sudah bagi mereka bukti malah sebelum ini kita sudah tunjukkan satu senarai pengundi yang boleh mengundi dua kali,” kata Maria Chin.

Lanjutan daripada kontroversi ini, Maria menggesa agar SPR menubuhkan jawatankuasa terpilih yang turut dianggotai parti-parti politik tanahair untuk mengkaji masalah seperti ini dalam senarai pengundi.

“SPR perlu berikan perhatian dan mereka kena tubuhkan satu jawatankuasa khas.

“Jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada wakil daripada parti-parti politik dan mereka akan mengkaji masalah-masalah seperti penduduk tetap yang menjadi warganegara dalam masa yang singkat ini,” katanya.

Menurutnya lagi, cadangan itu telah dipanjangkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sewaktu debat bersama Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 26 Julai lalu di Shah Alam.

“Kami bagi masa kepada beliau selama tiga bulan untuk mengkaji perkara ini dan menyiapkan satu laporan tentang masalah-masalah yang membelenggu senarai pengundi sekarang ini,” katanya.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil Bersih jika SPR tetap berdegil tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah itu, Maria berkata Bersih akan ‘merujuk perkara itu kepada rakyat’.

“Kita akan balik kepada rakyat dan tanya apa mereka mahu kita buat,” kata Maria Chin

Kanister: Polis baca tajuk, tak baca kandungan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Editor dan wartawan akhbar Suara Keadilan hari ini disiasat di bawah seksyen 505(b) berikutan menyiarkan berita bertajuk ‘FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei.’

Berita itu diterbitkan pada 19 Julai oleh Keadilan Daily, portal berita versi Suara Keadilan.

Editor, Fazallah Pit dan wartawan Ahmad Fadli Mohd Nazari diambil keterangan kira-kira 20 minit secara berasingan di Balai Polis Dang Wangi, dekat sini petang tadi.

Mereka ditemani peguam Latheefa Koya, Fadiah Nadwa Fikri dan N. Surendran.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Latheefa yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai kanister pemedih mata yang digunakan dalam himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu berkata, polis langsung tidak menyiasat mengenai apa yang didakwanya sebaliknya orang yang menulis dan menyiarkan berita pula disoal siasat.

Beliau juga kesal dengan pihak polis yang seolah-olah tidak menyiasat langsung kandungan berita tersebut.

"Saya bukan persoalkan dari mana datangnya kanister itu.Tidak kiralah dia dikeluarkan di Israel, Afrika atau sebagainya tapi yang harus dilihat ialah kandungannya yang nyata membahayakan manusia.

"Polis hanya baca tajuk artikel, tapi tak baca isi kandungannya, nampak mereka tidak membuat persediaan langsung," katanya.

Fadiah pula berkata, tujuh soalan yang ditanya pihak polis langsung tidak menjurus ke arah siasatan mengenai kanister yang boleh membunuh nyawa tersebut.

"Soalan-soalan yang ditanya berkisar mengenai bidang tugas editor contohnya adakah awak mengedit berita, apa tugas awak dan sebagainya yang tidak menyentuh mengenai dakwaan kanister itu," katanya.

Sementara itu, Fazallah berkata, pihaknya tetap mempertahankan kredibiliti berita yang disiarkan itu meskipun tidak memenuhi kehendak polis dan kerajaan.

"Kami buat semakan sebelum menyiarkannya berita itu, bukan siar membuta tuli dan Suara Keadilan tetap mempertahankan berita itu," katanya.

Kanister yang digunakan pihak polis untuk menyuraikan himpunan Bersih 2.0 turut digunakan oleh askar Israel.

Syarikat pengeluarnya telah tiga kali disaman kerana menyebabkan kematian orang awam

'Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam'

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, malam semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.

NONEMenurut beliau, berdasarkan maklumat bahawa terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan, Jais menghatar anggota penguatkuasaannya bersama polis bagi menjalankan siasatan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

NONEBeliau berkata pada majlis itu, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapanya ada diselitkan perkataan “Quran” dan “pray”.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis itu akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

NONEMereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.