Isnin, 19 Mac 2012

TAZKIRAH&KHUTBAH JUMAAT

Akidah Yahudi lebih bahaya

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu.

Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis.
Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.
Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa:

".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi?

Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting.

Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah).

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam?

Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam?

Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT.

Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

Bekas Komando 69 PGK serah borang ahli Pas kepada Tuan Guru Presiden


IPOH : Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa.

Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit TUDM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden.

Aksi-aksi beliau semasa penyerahan borang-borang tersebut telah sempat saya rakamkan. Mari saksikan adegan tersebut:-


Mohamad Ismail melutut di hadapan Tuan Guru untuk memulakan penghormatan beliau


Songkok yang dipakai telah ditukar kepada beret Komando PGK yang disertakan dengan logo Pas


Beret dipakai kemas dikepala


Beliau bangun dengan penuh tertib dan hormat setelah memakai beret tadi


Tabik hormat seorang bekas anggota komando PGK kepada Tuan Guru Haji Hadi




Bersalaman sebelum menyerahkan borang


Borang diserahkan kepada Tuan Guru Presiden bagi menandakan beliau dan rakan-rakannya ingin bersama di dalam jemaah Islam parti Pas. Takbir!!!


Betapa Jahatnya Kerajaan UMNO/BN terhadap Rakyat Kelantan

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/420521_10150653263483046_215868293045_8822569_1334582958_n.jpg
 

Ustaz Azhar di kepung Polis !!


Ribuan muslimin & muslimat hadir mendengar kuliah Maghrib dari Ust.Azhar Idrus di Masjid Negeri Pulau Pinang...Hebat orang P.Pinang serta hebatnya Aura Ustaz Azhar Idrus .

 
 
Lihat Pak - Pak Polisi pun jadi peminat Ustaz Azhar bergambar bersama Ustaz Azhar.


La Peminat rupanya !! ingatkan kena kepung pasal buat ceramah tanpa permit...........

Skandal Terbaru Kerajaan Najib : RM976.6 juta

Penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan Wang Rakyat yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh Rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd.

 
Selain geran tersebut, dianggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.


Mana wang Rakyat RM976.7 juta ?
Dikembalikan...?  atau “Lu tolong gua… Gua tolong lu…”
 
Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi keuntungan kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.  Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.
 
 
Kembali dana rakyat
 
Kita mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat?
 
Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat.
 
Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.
 
Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Najib memang bijak memanipulasikan wang... apa sahaja guna wang, termasuklah nak tarik sokongan Rakyat... guna wang...!

"Lu ingat Rakyat ni apa........???" 

Rakyat bijak menilai ...

Mat Zain Ibrahim dedah hubungan 3 Tan Sri dalam isu Anwar..!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir1D_KJYmiCnwQixwMYk54hdAd3CyljZA8YoQOW-4gxjhjgE_0a975Jqe4PAPDXdaFfG9VUo2cYgQEwhw2tzWzBg1UjQIqXgQcviAD38UAciFPlF9o38GNX9kNlySRGbjmv8b2pWS6xVs/s400/anwar-aug11.jpg
KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.
Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.
“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.
Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-.
Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.
“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.
“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.
“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.
“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10014

PM cuba mesra mahasiswa, Ahmad Said ?

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi BERSIH 2.0 di Mesir.
 
Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat AUKU di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi "pak turut" beliau sahaja.

Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.

Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup UMNO-BN.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup UMNO-BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU 13.

Disediakan oleh ;
Dr Raja Ahmad al-Hiss
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Najib ‘buang tabiat’ menjelang PRU13

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan Presiden Uhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW0pQSWvrMMb-TIRprYcD0Nc9Hp1PoKchrXp76roQa8tZrCq77enD1CznZnqH7tzpVCgvWSH9A3hhA4yfbDW-8MQXBv3y29wD-TB3diaLEc37X2Q7Fu2NpIi7LJErz5v957BEVTR4DEfk/s400/Nasrudin+Hassan+Tantawi.jpgmno, Najib Tun Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai ‘buang tabiat’.
 
Sambil berkata, ianya ‘agak luar biasa’ bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh di puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada PRU13 nanti.

“Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka.
 
Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti “buang tabiat”.

“Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah,” katanya

Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, barubaru yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada PRU12.

Permohonan maaf secara terbuka itu kali kedua dalam tempoh enam hari, kali pertama Najib bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Mengulas lanjut, Ustaz Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu.

Daftar pemilih jadi nyawa BN

Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat dahttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/Mohd-Khairuddin-Othman.jpglam PRU13 nanti. Pelbagai taktik dan strategi dilakukan termasuk yang kotor-kotor. Salah satunya, daftar pemilih yang disifatkan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman sebagai ‘nyawa PRU13’ bagi Umno- BN.
Ikuti temubual wartawan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau.

Wartawan: Berlaku pertambahan mendadak pengundi baru di Selangor khususnya di kawasan luar bandar berbanding 2008. Apakah ini salah satu taktik terancang Umno-BN merampas Selangor?

KHAIRUDDIN: Kita dapat mengenal pasti pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan di Selangor. Ada yang melebihi 20 peratus seperti Hulu Selangor dan Subang. Kita lihat peningkatan ini sebahagian gerak kerja Umno-BN untuk menawan Dun.

PAS berasa sangat pelik kerana daftar pemilih bertambah dengan mendadak. Selain itu kita juga dapati senarai daftar bagi suku keempat tidak ada langsung senarai orang yang sudah meninggal.

PAS persoalkan peranan SPR ini. Bagaimana SPR menapis orang yang layak mengundi atau tidak. Tidak mungkin ada perubahan senarai pengundi itu secara tiba-tiba.

Kita persoalkan bagaimana SPR menapis daftar itu?
Apabila disemak ada di antara mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan baru mendapat kad pengenalan biru.

Apa yang pelik mereka ini tidak tahu pun nama mereka ada dalam daftar pemilih.

Jadi kita berharap SPR dapat mengkaji kembali perkaraperkara seperti ini. Terlalu banyak perkara yang timbul mengenai daftar pemilih di Selangor ini.

Difahamkan banyak juga kes pendaftaran pengundi baru alamat tidak lengkap...

Alamat tidak lengkap berlaku kerana SPR sendiri. Pada 2007, setiap lokaliti itu ada alamat lengkap. Bagaimanapun, ia dipecah-pecahkan tanpa mengikut alamat. Persoalannya ialah kenapa SPR berbuat demikian?

Kenapa diundur daripada format yang bagus kepada format yang tidak bagus dalam daftar pemilih tersebut. Kita mahu SPR menjawab perkara-perkara yang timbul seperti ini sebelum kita menghadapi pilihan raya.

Perkara ini perlu diselesaikan kerana timbul krisis keyakinan di kalangan rakyat dan mula timbul keraguan terhadap badan yang melaksanakan pilihan raya ini.

Apa tindakan Pakatan Rakyat jika inilah taktik kotor Umno- BN untuk merampas kembali Selangor?

Nyawa PRU13 kali ini ada pada daftar pemilih. Umno-BN tahu itu. Sebab itulah mereka menggunakan habis-habisan nama-nama untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih. PAS diperingkat Pakatan Rakyat akan memantau dengan cara yang sama.

Setiap suku pendaftaran ditutup kita akan semak, bantah dan pergi rumah ke rumah. Selagi ada peluang membuat bantahan, kita akan bantah.

Apakah PAS telah mengadakan perbincangan rasmi dengan SPR mengenai perkara ini?

Kita telah beberapa kali melakukan pertemuan dengan SPR. SPR memberi keyakinan kepada kita untuk memperbetulkan daftar pemilih ini.

Tapi pembetulan itu tidak jugak berlaku. Nama salah dan nombor kad pengenalan salah serta pelbagai keraguan lagi timbul. Sebab itu kita cadangkan diwujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji balik daftar pemilih ini.

Selain taktik ini untuk Umno-BN rampas Selangor, Perdana Menteri juga dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka dengan rakyat Selangor. Apakah taktik ini akan ‘mencairkan’ rakyat untuk mengundi BN?

Semua orang melihat permohonan maaf beliau itu tindakan politik Najib.
Memang Najib nampak terdesak. Jika dia betul-betul mengambil berat tentang rakyat, lepaskan hak di Kelantan dan lepaskan duitduit di Kedah yang ditahan itu.

Beri peruntukan kepada ahli parlimen walaupun di kalangan pembangkang jika Najib benarbenar ikhlas. Tindakan Najib itu seolah-olah tidak ikhlas dengan rakyatnya. Jika betul dia ingin bersama rakyat, buktikan kepada rakyat Kelantan.

Selangor juga tidak akan terancam dengan permohonan maaf Najib itu. Ini kerana rakyat membandingkan prestasi antara kerajaan sekarang dan kerajaan BN dahulu.

Saudara yakin, Pakatan lebih baik daripada BN?

Selama empat tahun Pakatan Rakyat memerintah, kita telah berhabis berjuta ringgit untuk pelbagai program yang membantu rakyat seperti Skim Usia Emas termasuklah memberi bantuan air percuma.

Apa yang kita lakukan ini tidak dilaksanakan Umno-BN yang memerintah lebih 50 tahun.

Rakyat tahu Umno mempunyai masalah dalaman yang cukup besar di Selangor. Umno tidak mempunyai kepimpinan di Selangor.

Sebab itulah Najib masih menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh membawa mereka dalam pilihan raya.

Dan kita akan memantau sama ada Najib membuktikan atau tidak pelaksanaan di sebalik permohonan maafnya itu. Sudah terbukti 20 tahun rakyat Kelantan ditindas.

Umno-BN berterusan menggunakan ‘politik samseng’ untuk ganggu setiap program Pakatan Rakyat.Apakah Pakatan hanya mengambil sikap berdiam diri memandangkan tindakan seperti ini sejak dahulu telah berlaku?

Samseng Umno ini sejak dahulu lagi telah wujud. Ia bukan muncul kebelakangan ini sahaja. Dalam setiap pilihan raya kecil akan ada tindakan ganas seperti ini. Dan Umno Selangor dilihat tersepit dalam menghadapi PRU13 ini.

Mereka akan terus menggunakan taktik untuk menakutkan pengundi dan mengganggu gugat Pakatan Rakyat. Di pihak Pakatan Rakyat akan terus memantau tindakan ini dan akan membuat laporan polis. Kita tahu jentera kita juga kuat. Jangan sampai berlaku huru-hara di Selangor ini

BUKTI Umno memang guna duit untuk dapatkan undi

KUALA LUMhttp://dppwp.files.wordpress.com/2012/01/kadir_sheikh-fadzir3.jpgPUR: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.
 
Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.
Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi. "Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya .

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

Muamalat dengan Yahudi

Oleh Nasrudin bin Hassan

Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada inhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNJOhhh5NqVqxYjZ09_lhdNR0RBNCrbnbsSRZNgs345GyrKrbVUHGzO17snCEm8aZ-ls3_iDOolmKFcdBSb1XOXSRi77G_ZDhEaOyRqRO-yVxdEsFWpwk34TTXZNNFSi0XofnhCDCxxAE8/s1600/NasrudinHassan-GreenBG-450pixel.jpgdividu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.
Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "

" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "

Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS