Isnin, 19 Mac 2012

Daftar pemilih jadi nyawa BN

Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat dahttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/Mohd-Khairuddin-Othman.jpglam PRU13 nanti. Pelbagai taktik dan strategi dilakukan termasuk yang kotor-kotor. Salah satunya, daftar pemilih yang disifatkan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman sebagai ‘nyawa PRU13’ bagi Umno- BN.
Ikuti temubual wartawan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau.

Wartawan: Berlaku pertambahan mendadak pengundi baru di Selangor khususnya di kawasan luar bandar berbanding 2008. Apakah ini salah satu taktik terancang Umno-BN merampas Selangor?

KHAIRUDDIN: Kita dapat mengenal pasti pertambahan pengundi baru di beberapa kawasan di Selangor. Ada yang melebihi 20 peratus seperti Hulu Selangor dan Subang. Kita lihat peningkatan ini sebahagian gerak kerja Umno-BN untuk menawan Dun.

PAS berasa sangat pelik kerana daftar pemilih bertambah dengan mendadak. Selain itu kita juga dapati senarai daftar bagi suku keempat tidak ada langsung senarai orang yang sudah meninggal.

PAS persoalkan peranan SPR ini. Bagaimana SPR menapis orang yang layak mengundi atau tidak. Tidak mungkin ada perubahan senarai pengundi itu secara tiba-tiba.

Kita persoalkan bagaimana SPR menapis daftar itu?
Apabila disemak ada di antara mereka yang mempunyai kad pengenalan merah dan baru mendapat kad pengenalan biru.

Apa yang pelik mereka ini tidak tahu pun nama mereka ada dalam daftar pemilih.

Jadi kita berharap SPR dapat mengkaji kembali perkaraperkara seperti ini. Terlalu banyak perkara yang timbul mengenai daftar pemilih di Selangor ini.

Difahamkan banyak juga kes pendaftaran pengundi baru alamat tidak lengkap...

Alamat tidak lengkap berlaku kerana SPR sendiri. Pada 2007, setiap lokaliti itu ada alamat lengkap. Bagaimanapun, ia dipecah-pecahkan tanpa mengikut alamat. Persoalannya ialah kenapa SPR berbuat demikian?

Kenapa diundur daripada format yang bagus kepada format yang tidak bagus dalam daftar pemilih tersebut. Kita mahu SPR menjawab perkara-perkara yang timbul seperti ini sebelum kita menghadapi pilihan raya.

Perkara ini perlu diselesaikan kerana timbul krisis keyakinan di kalangan rakyat dan mula timbul keraguan terhadap badan yang melaksanakan pilihan raya ini.

Apa tindakan Pakatan Rakyat jika inilah taktik kotor Umno- BN untuk merampas kembali Selangor?

Nyawa PRU13 kali ini ada pada daftar pemilih. Umno-BN tahu itu. Sebab itulah mereka menggunakan habis-habisan nama-nama untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih. PAS diperingkat Pakatan Rakyat akan memantau dengan cara yang sama.

Setiap suku pendaftaran ditutup kita akan semak, bantah dan pergi rumah ke rumah. Selagi ada peluang membuat bantahan, kita akan bantah.

Apakah PAS telah mengadakan perbincangan rasmi dengan SPR mengenai perkara ini?

Kita telah beberapa kali melakukan pertemuan dengan SPR. SPR memberi keyakinan kepada kita untuk memperbetulkan daftar pemilih ini.

Tapi pembetulan itu tidak jugak berlaku. Nama salah dan nombor kad pengenalan salah serta pelbagai keraguan lagi timbul. Sebab itu kita cadangkan diwujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji balik daftar pemilih ini.

Selain taktik ini untuk Umno-BN rampas Selangor, Perdana Menteri juga dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka dengan rakyat Selangor. Apakah taktik ini akan ‘mencairkan’ rakyat untuk mengundi BN?

Semua orang melihat permohonan maaf beliau itu tindakan politik Najib.
Memang Najib nampak terdesak. Jika dia betul-betul mengambil berat tentang rakyat, lepaskan hak di Kelantan dan lepaskan duitduit di Kedah yang ditahan itu.

Beri peruntukan kepada ahli parlimen walaupun di kalangan pembangkang jika Najib benarbenar ikhlas. Tindakan Najib itu seolah-olah tidak ikhlas dengan rakyatnya. Jika betul dia ingin bersama rakyat, buktikan kepada rakyat Kelantan.

Selangor juga tidak akan terancam dengan permohonan maaf Najib itu. Ini kerana rakyat membandingkan prestasi antara kerajaan sekarang dan kerajaan BN dahulu.

Saudara yakin, Pakatan lebih baik daripada BN?

Selama empat tahun Pakatan Rakyat memerintah, kita telah berhabis berjuta ringgit untuk pelbagai program yang membantu rakyat seperti Skim Usia Emas termasuklah memberi bantuan air percuma.

Apa yang kita lakukan ini tidak dilaksanakan Umno-BN yang memerintah lebih 50 tahun.

Rakyat tahu Umno mempunyai masalah dalaman yang cukup besar di Selangor. Umno tidak mempunyai kepimpinan di Selangor.

Sebab itulah Najib masih menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh membawa mereka dalam pilihan raya.

Dan kita akan memantau sama ada Najib membuktikan atau tidak pelaksanaan di sebalik permohonan maafnya itu. Sudah terbukti 20 tahun rakyat Kelantan ditindas.

Umno-BN berterusan menggunakan ‘politik samseng’ untuk ganggu setiap program Pakatan Rakyat.Apakah Pakatan hanya mengambil sikap berdiam diri memandangkan tindakan seperti ini sejak dahulu telah berlaku?

Samseng Umno ini sejak dahulu lagi telah wujud. Ia bukan muncul kebelakangan ini sahaja. Dalam setiap pilihan raya kecil akan ada tindakan ganas seperti ini. Dan Umno Selangor dilihat tersepit dalam menghadapi PRU13 ini.

Mereka akan terus menggunakan taktik untuk menakutkan pengundi dan mengganggu gugat Pakatan Rakyat. Di pihak Pakatan Rakyat akan terus memantau tindakan ini dan akan membuat laporan polis. Kita tahu jentera kita juga kuat. Jangan sampai berlaku huru-hara di Selangor ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan