Khamis, 28 Julai 2011

Awat VIDEO nie tak laku la pulak..???

Video polis Bersih 2.0 tak laku

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.
Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau

Shahrizat Masih Primitif.........!!!

Kenyatan Media: Ybz-Shahrizat Masih Primitif (27 July 2011)

Respon kepada kenyataan media Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sewaktu Konvensyen Persidangan Wanita 2011 di Putrajaya semalam - saya menyifatkan bahawa nampaknya Shahrizat masih ditahap primitif dan sangat kuno dalam memahami tuntutan sebenar wanita di negara ini.

Kenyataan beliau yang membandingkan dasar 30 peratus ini dengan agihan kebajikan juga seolah menghina keupayaan golongan pekerja wanita di negara ini. Selaku taraf Menteri kenyataan seperti ini tidak sepatutnya diucapkan.

Kerajaan juga nampaknya cuba mengelirukan rakyat. Hasrat sasaran 30% kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah korporat bukanlah sesuatu yang baru, malah suatu yang langkah yang terkebelakang sebenarnya. Ini kerana, sedia maklum bahawa penilaian merit memang sudah menjadi budaya korporat dalam mengukur dan mengetengahkan pencapaian seseorang pekerja, tidak kira lelaki mahupun wanita.

Kerajaan seharusnya berganjak dari sistem kuota sebegini. Penilaian berasaskan merit harus dimula dan disegerakan. Inilah yang diamalkan negara-negara membangun dan maju dan kerajaan harus diimplikasikan oleh kerajaan sebenarnya.

Kemampuan kerajaan juga layak dipersoalkan. Buktinya, sehingga kini Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Umno dan BN sendiri masih belum bersedia untuk menyediakan kuota 30 peratus kuota buat wanita.

Malah, kerajaan sendiri juga gagal untuk melaksanakan apa yang dimeterai sewaktu Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di setiap peringkat - dari peringkat Menteri dan Kerajaan, Kementerian dan Jabatan sehinggalah ke peringkat pertubuhan dan organisasi, walaupun telah ditandatangi selama hampir 15 tahun lamanya.

Maka saya bimbang dasar yang mahu dicapai ini kelak akan digunakan untuk memanipulasi sektor korporat demi kepentingan politik mereka semata-mata.

Sasaran kerajaan ini bukan sahaja tidak memajukan pekerja wanita yang berada di sektor awam, tetapi juga merencatkan perkembangan penglibatan wanita dalam korporat juga.

Gesaan saya agar kerajaan regulasikan akta berkenaan perkara ini. Sekaligus ianya akan mampu berikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada semua pekerja wanita di negara ini, dan tidak hanya sektor korporat semata-mata.

Apa yang diharapkan sebenarnya ialah suatu reformasi dari pembudayaan merit sektor swasta ini ditranversikan kepada sektor perkhidmatan awam agar pembangunan pekerja wanita di negara ini lebih seimbang antara keduanya.

Beliau seharusnya sedar dengan semua perkara ini dan bertindak dengan lebih progresif, dan tidak sebaliknya iaitu terus-terusan membuat ucapan kuno dan primitif sebegini. Jelas, beliau adalah suatu kekecewaan buat wanita di negara ini.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
http: //
www.twitter.com/@ybz99

Ulama Umno macam habis madu sepah dibuang

Wahabi: Ulama Umno macam habis madu sepah dibuang, kata Pemuda PAS

July 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Julai – Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan rasa simpati terhadap 40 ulama muda Umno yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas walaupun “gigih mempertahankan kerajaan.”
Ketuanya Nasrudin Hasan berkata langkah Putrajaya melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan ulama muda Umno itu membuktikan usaha yang dilakukan kumpulan itu selama ini tidak dihargai.
“Tidak semena-mena setelah ulama muda Umno mengerahkan segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan Himpunan Bersih 2.0 kini mereka pula disenaraikan sebagai Wahabi dan lebih malang dikatikan pula sebagai pengganas.
“Ternyata usaha ulama muda Umno langsung tidak dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata dan saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno ini adalah untuk menyelamatkan diri mereka daripada terus dilabel sebagai Wahabi dan pengganas atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Nasrudin, sekiranya benar MKN telah mengarahkan para mufti dan agensi agama untuk memantau pergerakan ulama muda Umno, kumpulan itu boleh disifatkan sebagai sangat malang.
“Andai benarlah bagai yang dikata saya sungguh bersimpati dengan nasib 40 ulama muda Umno ini, sudahlah mereka jatuh terperosok dalam perangkap Umno kini mereka pula tertimpa tangga yang mereka panjat sendiri untuk mencari ruang selesa dalam Umno parti yang mereka sangka mampu menyelematkan kedudukan mereka.
“Andai maklumat umum yang saya terima itu tiada kebenarannya, maka atas dasar dan asas apa sekalipun 40 ulama muda yang menyertai Umno tempoh hari, setelah dipuja dan dijulang sebagai pembawa rahmat dan manisan buat Umno, kini usaha mereka dibalas racun berbisa apabila mereka terus dilabel sebagai Wahabi dan pengganas,” katanya.
Selain 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau oleh para mufti dan agensi agama.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada MKN berhubung perkara itu.
Nasrudin juga menyindir Pemuda Umno kerana tidak membela tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Asri.
“Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?” soalnya.
Bagaimanapun, Nasrudin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.
“Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.
“Berbaloi digelar ‘pengganas’ oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka,” katanya.
Beliau juga bersyukur apabila Asri tidak “terpedaya” walaupun dihulur “bantal empuk” menyertai Umno bersama kumpulan ulama muda Umno.

SPR menelanjangkan kerajaan BN

Melihat video Apa Selepas 9 Julai ramai yang bersetuju bahawa Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR dilihat terlalu mempertahankan institusi yang diwakilinya. Tidak ada sebarang nada merendah diri terhadap apa jua kekurangan atau kelemahan pada SPR. Dia seolah meminta dikasihani dengan selalu menjawab bahawa SPR tidak mempunyai kuasa untuk memenuhi segala tuntutan Bersih 2.0 walaupun bersetuju bahawa sebahagian dari tuntutan itu adalah wajar.

Satu soalan cepumas dari moderator sendiri, Wan Ji yang bertanya adakah SPR bersetuju bahawa segala permasalahan berkaitan dengan mengadakan piliharaya yang bersih adalah sebenarnya berpunca dari kerajaan yang memerintah? Datuk Wan Ahmad sebagaimana yang diduga cuba mengelak untuk menjawab persoalan tersebut. Jawapannya selalu berkisar pada keterbatasan kuasa SPR. Barangkali bosan dengan jawapan yang begitu klise Datuk Ambiga bertanya jika SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perjalanan pilihanraya pihak manakah pula yang sepatutnya memainkan peranan memantau piliharaya? Datuk Ambiga berpendapat SPR sebenarnya mempunyai kuasa tetapi tidak menjalankan peranan mereka. Jika benar-benar SPR beriltizam mengadakan satu piliharaya yang bersih serta adil Bersih 2.0 serta rakyat semua akan menyokong SPR. Malang sekali itu tidak berlaku.

(p/s: Jika SPR tidak ada kuasa menjalankan piliharaya yang adil serta bersih barangkali kita mungkin boleh mengharapkan pasukan polis untuk berunding. Tapi belum pun butir bicara bermula pihak polis akan mengeluarkan arahan.

KAMU SEMUA DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK BERSURAI. JIKA TIDAK KAMI AKAN GUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA KAMU SEMUA BERSURAI. KLING…KLING…KLING LOCENG FRU PUN BERBUNYI. TAK SEMPAT NAK TENGOK JAM DAH 5 MINIT KE?

Atau barangkali satu jabatan di sebelah pejabat Perdana menteri. Orang cakap Jabatan FLOM. Dengar cerita jabatan ini cukup berpengaruh. Terutama sekali bab-bab membeli-belah tanpa tawar menawar dan tiada cukai pulak tu. Setakat RM 24 juta tu bila-bila masa boleh lulus.

Itulah Malaysia tanah air ku. Ayat yang selalu Abang Mat (Mohammad Sabu) cakap. Malang sekali orang kampong dan orang Felda cukup berkenan dengan situasi ini.
http://dun26bangi.blogspot.com

Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini



Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham. - Malaysiakini

Serah Memorendum: Jika Kat Agong Pun Tak Dapat Apatah Lagi Kat Najib, Bukankah Najib Lebih Tinggi Dari Agong.


Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.NONEMohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.
NONENajib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.NONE“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut. MK

(video) RAKYAT DITANGKAP SEBAB NAK JUMPA PM..?

Malapetaka tidak akan reda selagi UMNO tidak dihumbamkan ke dalam tong sampah ...

oleh : Isham Rais
SETIAP tahun pada 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini – 15 Mei 1948 – adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini, warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah mereka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah malapetaka untuk Semenanjung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957, Hari Malapetaka telah dirayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M dan huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara.

Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial British telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawah jagaan Raja England dan bukan lagi di bawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu, British telah bertemu dengan bijih. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini, maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan: di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula mencapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini, Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan di antara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama, ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjuangan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada Ogos 1945, sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malays National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan ditetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malays National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahirkan setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini, sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah menggoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malays National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukkan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malays National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hizbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini, para pembaca telah dapat memahami perjalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malays National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malays National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada tahun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malays National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa: mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malays National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Chin Peng bangun mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malays National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malays National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya, kalau perbuatan ini bukan kerja barua British, maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia, pada 31 Ogos 1957, penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini, kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Kampung Plentong, Chubadak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir, tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Bandar Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari Parlimen menyatakan lebih dari seribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda, biar saya tunjukkan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini.

Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malays National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17714

Saifuddin Abdullah gesa kerajaan ambil berat tuntutan Bersih

Datuk Saifuddin Abdullah, timbalan menteri Pengajian Tinggi terus menunjukkan pendirian politik yang kontroversi dalam kalangan parti pemerintah apabila menggesa tuntutan Bersih 2.0 diambil berat oleh kerajaan.

Beliau yang menulis dalam akhbar Sinar Harian hari ini menegaskan demikian dalam tulisannya bertajuk Pandangan Alam Politik yang Bijaksana.

Dalam tulisannya yang positif terhadap perubahan yang sering dinilai sebagai politik baru itu, Saifuddin menjelaskan transformasi politik perlu berlaku selepas 9 Julai, tarikh protes besar-besaran Bersih 2.0.

"Apa selepas 9 Julai? Jawabnya ialah transformasi politik - mengandungi pandangan alam politik yang bijaksana, inovasi demokrasi, pemikiran politik progresif dan komunikasi politik terbaik," tulis Saifuddin.

Ahli Parlimen Temerloh itu ialah penulis buku Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia, yang membawa fahaman politik yang lebih terbuka inklusif.

Karyanya itu menerima ulasan positif pihak yang menyokong perubahan dan politik yang lebih liberal, terutama dalam kalangan penyokong pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau juga dilihat sebagai menteri Umno yang bijak hasil wacananya yang diterbitkan, termasuk di pelbagai media.

Beliau dikenali sebagai mempunyai ide-ide yang agak bebas dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno, sehingga mencetuskan kritikan dari dalam parti, yang paling jelas melalui beberapa blog pro-Umno yang popular.

Saifuddin dilihat mempunyai hubungan baik dengan ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan hubungan itu walaupun kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Barisan Nasional.

Akhbar Sinar Harian, yang sering menerbitkan pandangan-pandangan bertentangan dengan pemerintah turut menjadi sasaran penyokong kerajaan kebelakangan ini.

Syarikat penerbit akhbar tersebut sering mengadakan program forum mengetengahkan tokoh pembangkang seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Datuk Ambiga Sreenevasan dan agamawan yang mempunyai pandangan kritikal terhadap pentadbiran Najib, Dr Asri Zainul Abidin.

Saifuddin juga pernah dikritik sebagai "kuda trojan PKR" dalam Umno, mengaitkan hubungannya sejak di sekolah menengah dengan Anwar dan beberapa personaliti media yang didakwa propembangkang.

Beliau juga mencetuskan rasa kurang senang dalam parti ekoran kenyataannya di Tweeter menjelang 9 Julai yang dibaca sebagai menunjukkan sokongan kepada perhimpunan itu, yang diharamkan pihak berkuasa.

Tindakan keras hadapi Bersih, Najib disabotaj?

Hari ini, sekumpulan diketuai pemuda PKR ditahan di stesen KL Sentral, dalam perkembangan terbaharu berkaitan tuntutan Bersih dan tekanan pihak berkuasa terhadap gerakan ini.

Peristiwa yang meningkatkan lagi kemarahan terhadap pentadbiran Najib berlaku sekitar masa yang sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggerakkan persediaan secara agresif untuk BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakan pihak berkuasa terhadap kempen Bersih sejak sebelum 9 Julai lalu sepenuhnya mengikut garisan keras berbentuk amaran, sekatan dan tangkapan yang dilihat sebagai taktik mencetuskan ketakutan supaya ramai akan mengelak daripada menghadiri perhimpunan itu.

Tindakan-tindakan pihak berkuasa sehingga kini mudah dijangka, iaitu berbentuk sekatan dan tekanan tanpa sebarang ruang kompromi yang dilihat ramai termasuk pemimpin-pemimpin dalam Umno dan BN sendiri sebagai mampu memberi kesan negatif terhadap BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pihak berkuasa dilihat telah bertindak berdasarkan sikap dan bahasa lama politik kuasa, tanpa melayan langsung hak-hak demokratik pihak penggerak Bersih, sehingga pentadbiran Najib terlalu mudah menerima liputan negatif di media.

Penerusan sikap kerajaan itu, sehingga semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-13, berpotensi menjejaskan lagi imej pentadbiran Najib.

Setakat ini, hanya seorang pemimpin Umno yang menunjukkan sikap agak positif terhadap Bersih, iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau walau bagaimanapun dikecam sesetengah pihak dalam parti ekoran sikapnya itu

Pemilihan hanya satu bentuk tindakan oleh pihak berkuasa mendorong sesetengah pihak melihatnya sebagai tindakan sabotaj dalaman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Kerajaan BN telah menghadapi impak negatif ekoran laporan media tempatan dan antarabangsa semasa protes Bersih pada penghujung 2007. Tindakan kerajaan kali ini telah mengakibatkan kesan negatif yang sama, malah dijangka lebih buruk disebabkan tekanan yang dikenakan hingga selepas perhimpunan 9 Julai.

TV9 pecat Ustaz Zamri, rancangan Adik & al-Quran dihentikan siaran

WarkahDaily – Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya

Haha... Ulama Umno la katakan...

Wahabi: Isunya bukan Umno tapi ada pihak mahu cantas, kata ulama
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
 
 
Ulama muda Umno mengetepikan saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu, sebaliknya mahu mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilapor mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Malah kata mereka, isunya bukan Umno tetapi ada pihak yang tidak suka dengan keanggotaan pihaknya dalam parti itu dan mahu mencantas dengan menggunakan label Wahabi.

“Saya sebenarnya tidak mahu beri apa-apa komen kerana kita tunggu untuk mengadakan perbincangan dengan MKN, bila ada perbincangan mungkin akan ada jalan keluar.

“Kita masih menunggu (untuk jumpa MKN), kita dalam proses ke arah itu, saya tidak mahu nak cakap banyak... kita mahu selesaikan masalah ini secara harmoni,” kata jurucakap ulama muda Fathul Bari Mat Jahya.

Mengenai saranan Asri (gambar), Fathul Bari menegaskan “ini bukan pasal Umno.”

“Tuduh Wahabi bukan satu masalah sebab dulu sebelum masuk Umno juga orang dah tuduh.

“Apa yang berlaku ini hanya perbezaan pendapat dan pandangan, mungkin ada orang yang tak suka dan mahu cantas dengan labelkan orang sebagai pengganas,” katanya.

Selain 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu, Asri juga disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau oleh para mufti dan agensi agama.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada MKN berhubung perkara itu.

Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Asri berharap ulama-ulama muda Umno mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Beliau juga terkejut apabila ada pihak yang menganggap ulama muda menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Dalam tulisan di laman Facebooknya kelmarin, Asri berkata “pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih.”

“Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya.”

Malah kata Asri, “(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik...”

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak

Oleh Mohd Sayuti Omar
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis1pEkbUp-Clm7WbPI_Pt_h54nNuumF9YxZwyBDhlpOdmci57ctdTtnS4VtYvVBJfz5lbHDBQ42yJHFcjdglF9eMYtwLb5ZpWUlm8Tuqf_Mbw5GnrhbVP08C3Z2RXdzdanFxRA46isfb97/s1600/Wan+Ahmad+Wan+Omar++2.jpgvasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.


Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.

Bagaimana pun terima kasih atas keberanian Wan Ahmad yang sedia jadi pelepah nyiur untuk tahan muka berdepan dengan khayalak. Nampak Wan Ahmad marah benar sehinggakan hendak mengolahkan semula para hadiri yang mengejek dan mengboo beliau. Bagus juga sekurang-kurangnya Wan Ahmad dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah dan dimaklumkan kepada bosnya Abdul Aziz Yusuf. Patut Aziz datang sama.

Kesediaan SPR untuk berdilog dengan Bersih hari ini juga menyebabkan saya jadi bengong dan pelik. Sebelum ini polis dan Najib dan Udin anak Yassin mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram. Tetapi hari ini sedia pula si Wan Ahmad untuk berdialog dengan pertubuhan haram.

Saya rasa pemikiran SPR, polis dan juga Najib sudah 'masam' benar, sudah tidak dapat hendak bezakan apa-apa lagi, sudah jadi macam todi. Apakah ini menandakan negara kita sudah celaru. Satu masa kata Bersih haram satu masa boleh dibuat kira pula. Yang mana satu betul. Cara kerajaan hendak hancurkan Bersih macamlah nak lepas anak kera yang berbelit di kaki.

Kerana saya menyokong keberanian Ambiga saya ucapan tahniah kepada Ambiga. Biarlah kamu hindu dan India tetapi ternyata keberanian kamu lebih baik dari Melayu bersongkok mereng dan beragama Islam yang bermazhab ahli sunnawa jemaah yang bergaduh sesama sendiri.
 

Buka Kamus Kalau Tak Faham "Demonstrasi" - Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam.
“Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan,” kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.

Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu.

Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan.

“Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad,” katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan.

Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.

“Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi.

“Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan.

“(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah,” kata Saifuddin. -KD

SPR hadapi krisis kepercayaan: Saifuddin

SHAH ALAM – Lapan tun-tutan Bersih 2.0 tidak timbul jika semua semua pihak di negara ini mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.

Berikutan itu, menurutnya, SPR perlu bertindak segera mendekati rakyat bagi mengembalikan rasa kepercayaan terhadap badan berkenaan.

“Usaha SPR perlu dipertingkatkan. Ia (wacana) satu permulaan yang sangat baik. SPR perlu tingkatkan komunikasi, memperbanyakkan lagi majlis penerangan, menggunakan teknologi media baru, dan juga mungkin memerlukan perunding perhubungan awam untuk memperbaiki kaedah komunikasi dengan rak-yat,” katanya.

Wacana itu membariskan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan ahli akademik terkemuka, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dengan Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator. -SH

APA SELEPAS 9 JULAI? NI DIA JAWAPANNYA...



Ingat lagi mamat-mamat ni pada 9 Julai?

...dan mamat ni?

dan ini jawapannya...
SELEPAS 9 JULAI MEREKA KEMBALI MERANA...
KAH! KAH! KAH!
SETELAH DIPERGUNAKAN OLEH UMPORNO BUAT SEKETIKA
KINI AHLI PATRIOTAIK SEUMUQ HIDUP
MENUNGGU BERSIH 3.0 DENGAN PENUH SABAQ
DEMI SEHELAI T-SHIRT PATRIOTAIK
KAH! KAH! KAH

You yang layan kami macam musuh

Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.

Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.

Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.

Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.

Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.

Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.

Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.

"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.

"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.
HD