Rabu, 20 April 2011

Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan Ingatlah Sejarah Penubuhan PAS.


Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.

Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.

Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.

Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini.

"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.

"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.

Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini.

"Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya.

Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat.

Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv.

"Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya.

Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju.

Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang.

"Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau

Menyelak Kejahilan & Kezaliman UMNO Selepas PRN Sarawak

Memahami kejahilan politik BN Oleh Hafiz Zainuddin

Kita tidak boleh menuduh rakyat Sarawak telah silap membuat pilihan. Atas kefahaman dan penilaian tertentu, mereka telahpun menggunakan ruang demokrasi yang disediakan sebaik mungkin. 

Yang pasti, Pakatan Rakyat nyata kecundang apabila gagal menggantikan BN malah menafikan majoriti 2/3 pun masih jauh.

Sama sekali PRN Sarawak kali ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada PR yang begitu yakin untuk menafikan majoriti 2/3 BN sekaligus membuktikan bahawa congakan awal oleh Zentrum meleset. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya menunjukkan peningkatan undi kepada PR adapun BN masih selesa dengan kemenangan 55 kerusi dari 71 kerusi bertanding.

Secara umum, rakyat Sarawak masih selesa dengan BN dengan mandat baru yang telah diberikan.

Pada masa yang sama menjelaskan bahawa strategi kempen BN nampaknya gagal mempertahankan majoriti sedia ada walaupun jentera BN bertungkus lumus berkempen. Isu video seks nyata tidak memberi kesan kepada minda rakyat Sarawak malah populariti Najib dan Muhyiddin juga tidak mampu membendung kecenderungan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kemenangan beberapa kerusi tambahan untuk Pakatan Rakyat juga melucutkan gelaran Sarawak sebagai fix deposit buat BN.

Kemenangan DAP menggusarkan?

Hampir 80% dari 15 kerusi yang di menangi Pakatan Rakyat didominasi oleh DAP. Ternyata, DAP berjaya mengubah sentimen rakyat yang selama ini menyokong SUPP yang mewakili sebahagian besar masyarakat Cina Sarawak. Kesimpulan pertama yang boleh dibuat dari kemenangan besar DAP ini ialah, masyarakat Cina komited dalam meneruskan agenda perubahan dengan memberikan sokongan padu mereka kepada calon-calon Pakatan Rakyat manakala PAS dan PKR pula telah mula diterima di Sarawak dengan peningkatan undi di kawasan-kawasan tertentu. Atas kejayaan besar ini DAP telah dimangsakan oleh media.

Apa lagi yang oleh diperkatakan dengan kemenangan besar DAP ini baik di Semenanjung mahupun di Sarawak?Sudah tentu kemenangan DAP ini menimbulkan rasa kurang senang dari BN yang telah hilang sokongan dan kepercayaan dari masyarakat Cina seolah-olah masyarakat Cina memberi signal kepada kerajaan bahawa "kami tidak perlu lagi diwakili di peringkat federal", "kami boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa".

Perubahan berani yang dilakukan oleh masyarakat Cina Sarawak telah disalah erti sebagai sebuah "kebangkitan Cina". Malah kemenangan DAP ini digambarkan sebagai menularnya "politik perkauman". Persoalannya, apakah jika masyarakat Cina memberi kemenangan kepada SUPP dianggap kemenangan untuk Melayu? Walhal calon-calon yang bertanding mewakili SUPP juga di kalangan masyarakat Cina. Apakah yang sebenarnya cuba digarapkan oleh media perdana negara ini dengan dakwaan yang begitu dangkal dan menjatuhkan imej profesional mereka. Sekiranya kita benarkan dakwaan ini, apa pula yang boleh dijelaskan dengan kemenangan PAS di Kedah dan bertahannya kerajaan PAS di kelantan selama lebih 20 tahun?

Kemenangan PAS dicemburui

Situasi politik dan budaya di Malaysia masih lagi berlegar disekitar faham perkauman sempit malah BN sangat selesa dengan "tradisi" ini. Isu kaum sering kedengaran di negara ini untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar. Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan menyatakan bahawa "persaingan kelompok atasan diberi wajah kaum".

Masyarakat Bumiputera dan Melayu harus disedarkan dari salah faham ini. Ayuh kita lihat sebagai contoh; Jika PAS yang memenangi sesebuah kawasan atau negeri, orang Melayu akan dituduh sebagai golongan yang tidak mahu bersyukur dengan jasa kerajaan, jika PKR yang menang, rakyat akan dituduh pula sebagai menyokong pengkhianat bangsa dan jika kemenangan itu di pihak DAP (sudah tentu kawasan Cina), kemenangan itu ditafsir sebagai "kebangkitan Cina" Dan menunjukkan seolah-olah masyarakat Cina tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan atas dominasi ekonomi yang diperoleh. Apakah kita rakyat Malaysia juga perlu termakan dengan isu-isu sebegini?

Bukan kaum, tapi diskriminasi politik

Saya ingin bertanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; apakah rakyat tidak punya hak untuk memilih sehingga jika ia tidak berpihak kepada pemerintah mereka akan dituduh sedemikian rupa? Haruskah rakyat di negara ini terus diperbodohkan dengan pandangan-pandangan berbaur perkauman yang tidak sihat dan ia dibiarkan berleluasa?

Kita masih lagi dalam bahang suasana PRN Sarawak. Kemenangan besar DAP sebenarnya menjelaskan bahawa masyarakat Cina mahu untuk berubah dan berani melakukan perubahan. Apa yang berlaku kepada masyarakat Bumiputera pula, mereka punya azam untuk berubah tetapi masih terperangkap dengan hegemoni Melayu-Melanau dan dibatasi dengan sikap sinikal dan takut apatah lagi masih dimainkan dengan politik projek "jalan raya" yang nampaknya masih belum selesai.

Soalnya sekarang bukanlah "kebangkitan Cina". Orang Cina telahpun bangkit dari kemiskinan mereka sejak selepas merdeka lagi. Keputusan PRN Sarawak sebenarnya menunjukkan bahawa masyarakat Cina cuba bersikap lebih realistik dan berani melakukan perubahan. Selain itu, ia juga membuktikan kepada kita bahawa masyarakat Cina lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan politik tanah air. Saya bukanlah memuji tetapi inilah yang harus kita semua fikirkan bersama. Ya, agar kita seluruh rakyat Malaysia lebih realistik dan berani menyatakan pendirian terhadap isu-isu penyelewengan dan salah urus tadbir pemimpin-pemimpin negara.

Memang, Bumiputera-apalagi orang Melayu diutamakan dalam arus pembangunan nasional agar dapat bersaing dengan masyarakat yang lain. Akan tetapi, dilema yang dihadapi bukan diskriminasi dari sisi kaum tetapi apa yang berlaku adalah diskriminasi politik. Lihat sahaja apa yang pernah berlaku di Terengganu berkaitan royalti minyak yang ditukar kepada Wang Ihsan apabila PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Begitu juga diskriminasi berbelas-belas tahun kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam hal peruntukan kewangan dalam projek bekalan air bersih yang sehingga kini menjadi tanda soal.

Nampaknya isu perkauman ini sengaja terus dibangkit dalam mempertahan monopoli politik BN agar dilihat perjuangan mereka relevan sehingga sekarang. Apakah kemiskinan sebahagian masyarakat bumiputera di bandar dan di kawasan pedalaman di hadapan mata kita membuktikan BN benar-benar memperjuangkan nasib golongan ini? Dan apakah kita masih tidak malu kerana masih dicengkam dengan hegemoni kaum ini? Sejarah telahpun membuktikan kebenaran dan telah sampai masanya untuk kita merevolusikan minda! -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. 

Tuai Rumah mengaku disogok RM 10,000 agar undi BN (video)


Kepada pemimpin dan penyokong gerombolan songkok tinggi, korang tak payah nak banggalah dengan kemenangan Barisan Nasional 2/3 kononnya dalam pilihanraya Sarawak. Barisan Nasional kalau tak main kotor, tak sogok duit memang tak sah. Dengan segala jentera kerajaan dibuat macam jentera Barisan Nasional, duit rakyat diguna untuk menyogok pengundi.

Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR macam biasa jadi alat perkakas Barisan Nasional untuk menipu rakyat dan menolong Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa agar boleh terus merompak harta rakyat. Gua nak ingatkan lu orang Barisan Najis! Kami mahu pilihanraya yang telus, yang bebas dan adil. Kalau lu orang tak boleh buat pilihanraya yang adil dan bersih, lu orang tunggu rakyat bangkit buat Pilihan Jalanraya!

Di bawah ni bukti rakaman Pengakuan seorang Tuai Rumah tentang bagaimana Barisan Najis menyogok pengundi untuk memberikan sokongan kepada Barisan Najis pada pilihanraya Sarawak yang lepas. Bukak mata luas-luas Rakyat Malaysia! Jangan terus diperbodohkan dengan Barisan Najis!


RentaP© "Barisan Najis, Barisan Neraka, Bangsat..."

MUKHRIZ PENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

ALOR SETAR, 19 April — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau (gambar), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

“Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,” katanya pada sidang media di sini.

Dipetik laporan Bernama Online, Azizan berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.

UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung, namun permohonan mereka ditolak.

“Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

“Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh,” kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

“...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

“Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

“Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus,” katanya. - MI

Note: Kalau bapak dah mamak pembelit dah tentu anaknya keling penyabit... kah kah kah kah.. kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi.. maklumlah keturunan keling..kah kah kah kah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Aku terus berkuasa sampai mampus...padan muka ....

ha ha ha...padan muka ko najib laki rosmah....aku terus berkuasa...aku terus jadi kutua menteri....ko boleh buat ape?...jangan sibuk nak atur urusan orang serawak.... aku lebih tau ape yang patut aku buat...aku belum cukup kaya lagi...anak bini aku pun belum cukup kaya lagi....rakyat aku belum cukup aku zalimi lagi...kesusahan mereka itu adalah bonus bagi aku...ko tau tak?....

menurut depa kata hanya selepas 30 minit sahaja keputusan PRN serawak melam semalam...taib mahmud segera mengaturkan majlis angkat sumpah menjadi ketua menteri serawak untuk sesi seumur hidupnya sedangkan sepanjang kempen baru ni kita dengar bahawa kerusi KM tu akan diganti dengan penyamun yang lain namun bagi penyamun tua ni dia tak akan boleh duduk senang dengan perkhabaran dari najib itu....lantas dia mengatur apa yang telah diatur yang telah kita saksikan semalam...najib laki rosmah pun masih belum kering peluh di ketiaknya ....sumber berita

depa kata : ketua menteri akan diganti selepas PRN ni.....
aku kata : tak sempat depa nak ganti pun...penyamun tua ni dah lantik dirinya sebagai Km untuk sesi sampai mampus.....

Tindakan menyertai Umno adalah tepat!


Tindakan sundal mulong ni sertai Umno amat bertepatan dengan perangainya.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan sifat Badrul Hisham yang mempunyai hubungan dengan wanita lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bercerai talak satu dengan isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Badrul, 51 dan Ramizah, 40 mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan memiliki lima anak hasil perkongsian hidup.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat, sebelum berpaling tadah dan menjadi Adun Bebas.
Badrul kemudian menyertai Umno secara rasmi pada Mei 2010 .
Beliau sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat, malah menunjukkan rekod buruk kehadiran dalam sesi DUN Selangor.
Pergolakan perkahwinan Badrul mula menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan permohonan fasakh mengikut seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003

Kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Mahathir

Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 19hb April 2011:

Kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Mahathir

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa 'masyarakat Cina' akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Tun Dr Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau mimilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

* Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

Gadis Turki Islam Pertama Berbogel Untuk Playboy

Berlin - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

Ceramah Mat Sabu Sabtu ni

Calon Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd bin Sabu akan berceramah di Parit Buntar Sabtu ni.

Aku yakin ceramah kali ni tentu ramai punya. Kat belah Parit Buntar kalau setakat penceramah biasa-biasa memang tak ramai.

Tambah-tambah pulak baru habih pilihanraya negeri di Sarawak. Tentu ramai nak dengar Mat Sabu hurai pasai pilihanraya Sarawak. Apa realiti sebenar yang berlaku di Sarawak.

Pasai apa DAP boleh menang besar di Sarawak tapi PKR cuma menang 3 kerusi walaupun bertanding di 49 kerusi. Pasai apa pulak calon PAS semua kalah.
Aku harap ceramah Mat Sabu malam Sabtu ni akan lagi ramai dari ceramah isu video lucah 2 minggu lepas. Jangan lupa mai pulak, kalau boleh ajak sekali jiran hangpa.
Jangan lupa bawah duit lebih sikit untuk Derma Jihad untuk tabung muslimat. Muslimat PAS Parit Buntar yang cukup aktif ni memang perlu dana untuk lebih aktif lagi. Tambahan pulak dengan PRU13 yang dah tak lama lagi dah, memang perlu banyak dana untuk macam-macam program yang depa nak buat.

Sebelum tu, malam ni di Markaz PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai akan ada ceramah oleh Naib Presiden PAS, YB Sallehudin Ayob.



 Cenangau Daunkari

Khutbah Jumaat Bersungut Sebaran Filem Lucah

Oleh Hj Subky Latif

KHUTBAH Jumaat Wilayah Persekutuan 08 April 2011 telah menyentuh wabak gejala tayangan filem lucah dalam usahanya membincangkan perkembangan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan negara.

Subjek filem lucah yang dikhutbahkan adalah satu sentuhan secara umum, tidak khusus menyentuh filem lucah VIP yang menggemparkan negara sekarang.

Makmum tentunya tidak ngantuk dengan khutbah itu kerana ia adalah filem yang berputar di sekitar golongan VIP. Ia disebar beerterangan oleh kumpulan VIP, mengenai individu VIP dan sasaran sebaran asalnya juga di kalangan VIP.
Khutbah itu mengecam wabak penyebaran filem budaya kuning itu. Sekali pun ia adalah perkara haram dan haram dari segi agama Islamnya disentuh secara umum dan sambil lalu.

Wabak itu memang telah merayap lama dalam masyarakat secara senyap dan tidak seteruk wabak dadah dan mat rempit, jarang atau boleh dikatakan tidak menjadi berita gempar yang disensasikan. Jika tidak kerana filem terkutuk yang memfitnah Anwar Ibrahim itu, mungkin ia tidak menjadi tema khutbah Jumaat.

Apabila subjek itu disentuh, terbeliak semua mata jemaah dan masing-masing teringatkan filem milik kumpulan Datuk T.

Filem lucah yang banyak itu tersebar sulit tetapi filem lucah Datu T itu tersebar luas dan belum ada sesiapa ditahan kerana menonton dan menayangnya.

Orang surau bertanya saya adakah saya menontonnya kerana ia disebarkan melalui saluran internet tertentu. Ternyata lebai-lebai surau lebih maju dan mendahului saya mengikutinya.

Entah bagaimana saya tertengok secara sepintas lalu dan secepat kilat keratan filem itu di salah satu stesyen TV kita ketika TV itu menyentuh isu itu.

Kalau slot kilatnya boleh terlihat di TV, maka filem yang tidak diluluskan oleh lembaga penapis filem itu dihalal sebarkan. Ertinya filem lucah yang terlarang dan diharamkan selama ini telah masuk ke semua premis. Mungkin dewan solat di masjid dan surau saja ia tidak sampai.

Jika ia boleh ditayang di hotel istana Seri Carcosa, saya tidak fikir tembok Istana Negara cukup kalis dengan sampah itu. Dan dapat dibayangkan Seri Perdana yang didiami oleh Perdana Menteri dan suri Wanita Pertamanya ikut menjadi panggung eksklusif.

Jika Datuk Mursyidul Am kita yang membenci filem itu digesa menengoknya, tiada mustahil ada Sahibus Samahah menengok curi.

Apabila ada lebai yang termakan penzina jantan dalam filem lucak Datuk T itu adalah Anwar, maka saya ditanya boleh percaya atau tidak?

Sayang yang belum melihatnya adalah orang terakhir sebelum Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mempercayainya.

Dan apabila saya tertengok keratan kilat video itu di TV, ternampak belakang si jantan yang berdiri dan si betina yang baru berpakaian. Ada pun satu lembaga lagi melintas. Ranjangnya tidak berorang, mungkin maksiat itu baru selesai.

Tanggapan saya, ada tiga lembaga dalam bilik laknat itu. Satu belakang si jantan, satu lagi si betina dan satu lagi yang melintas.

Kalau jantan yang ditengok belakangnya itu adalah Anwar, maka bodohlah Anwar buat kerja itu disaksikan oleh orang ketiga. Babak zina yang disaksikan oleh orang lain di mana-mana lokasi ia dinamakan tiger show. Masakan orang secerdik Anwar boleh jadi pelakun tiger show! Kalau Anwar buat kerja itu, dia mesti lakukan sesulit-sulitnya. Kerja itu amat bahasa bagi imej dan maruah besar yang ada padanya. Empat puluh tahun dia bina imej mulia, masakan dia mahu musnahkan dengan menjadi penzina terbuka.

Pada saya Anwar tidak bodoh. Adakah semua percaya dia orang bodoh? Kalau Ketua Polis Negara boleh tunduk kepada pandangan pakar, maka tidak terfikirkah para pakar Anwar boleh jadi sebodoh itu. Lebih teruk dari bodoh Pak Pandir.

Dengan semua perkembangan atas video keparat itu, saranan khutbah jadi seperti tidak berkesan.

Khutbah menyarakan supaya semua menyokong usaha kerajaan membenteras tayangan dan sebaran filem lucah. Kerajaan dikatakan berhempas pulas membenteras gejala filem lucah.

Khutbah amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membendung semua aspek memajukan filem lucah. Berterima kasihlah sekalian kepada kerajaan dan usaha kerajaan khususnya dalam perkara lucah itu.

Secara sambil lalu saja khutbah menyebutkan filem itu haram dan berdosa besar kepada Islam. Tetapi yang banyaknya ialah usaha kerajaan memerangi wabak itu secara bersungguh dan berterusan. Yang banyak jaga ialah tentang salahnya perbuatan itu dari segi undang-undang negara serta menyebutkan denda dan hukum atas kesalahan itu.

Tidak disebut dan tidak dianjurkan supaya sekalian umat Islam menentang gejala filem lucah itu mengikut kehendak Islam. Semua Tuan Mufti dan para khatib bahawa hukum zina pada Islam begitu dan begini. Tetapi tidak mufti dan khutbah menganjurkan supaya pelaksana hukuman dan kuat kuasa undang-undang dibuat mengikut yang ditentukan oleh Islam.

Bukan sekadar denda dan penjara yang ditentukan oleh khanun jenayah oleh sebuah kerajaan awam yang ada.

Khutbah itu betul-betul menanamkan rasa takut orang kepada peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan, tetapi menanamkan rasa gerun kepada undang-undang yang disediakan oleh Islam.

Takut pada kerajaan semasa belum dihukum dan sebelum mati. Seberat mana pun hukumnya berakhir setelah mati termasuklah hukum mati. Habislah takutnya apabila mati.

Tetapi takutkan hukum Allah sebukan sekadar sebelum mati tetapi selama-lamanya selepas mati. Hukuman menonton dan menayang filem lucah, seberat mana pun tidak seberat balasan hukum yang dikenakan oleh Islam selepas mati.

Tidak berakhir hukuman itu pada hari mati, tetapi yang lebih berat ialah hukuman selepas mati.

Khutbah saran jangan tengok filem lucah. Tetapi kumpulan Datuk T ajak orang ke Seri Carcosa tengok filem lucah. Yang dilarang ialah menayang dan menonton. Yang membuat filem lucah tidak ditangani.

Zaman dulu larangan kepada maksiat bukan sekadar apabila maksiat itu dilakukan. Justeru ada maksiat berpunca dari menyembah pokok besar, sekali pun pokok besar itu mengindahkan taman dan besar sumbangannya kepada alam sekitar, tetapi pembesar memerintahkan pokok besar itu ditebang sebagaik usaha mencegah maksiat itu dari sumbernya.

Orang besar yang berterang-terang mengatakan filem lucah yang memfitnah Anwar itu haram hanya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia.
Ada wakil rakyat mendesak supaya ia ditayangkan di Dewan Rakyat supaya sekalian Yang Berhormat dalam melihatnya dan seterusnya membahasakannya.

Tan Sri Pendikar berkara, di sisi Islam filem lucah adalah haram, maka dia menolak menayangkannya. Tetapi Speaker berkuasa di Parlimen saja. Dia tidak berkuasa di luar Parlimen.

Yang berkuasa di luar Parlimen ialah polis. Dan polis saja yang dapat menghalangnya. Kalau Tan Sri Pendikar jadi Ketua Polis Negara, mungkin dia buat seperti yang dibuatnya di Parlimen.

Menjadikan filem lucah sebagai thema khutbah Jumaat adalah langkah yang betul, tetapi khutbah yang baru disampaikan itu memerlukan satu sambungan lagi supaya ia tepat dengan yang diperlukan oleh masyarakat zaman ini.

Bukan sekadar memuji kerajaan kerana adanya peruntukan pencegahannya tetapi sebagai medan penting bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh umat, ia mesti menyebutkan sama masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh kerajaan sehingga pencegahan itu tidak dapat berjalan.

Sayang khutbah menyuruh jangan didedar dan ditayang filem lucah tetapi ada saluran sesawang menyalurkan video lucah paling meletup hingga seramai-ramai dapat melihat dan dapat dosa kerananya. Ia menjadikan khutbah itu tenggelam selepas solat itu selesai