Rabu, 20 April 2011

Ceramah Mat Sabu Sabtu ni

Calon Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd bin Sabu akan berceramah di Parit Buntar Sabtu ni.

Aku yakin ceramah kali ni tentu ramai punya. Kat belah Parit Buntar kalau setakat penceramah biasa-biasa memang tak ramai.

Tambah-tambah pulak baru habih pilihanraya negeri di Sarawak. Tentu ramai nak dengar Mat Sabu hurai pasai pilihanraya Sarawak. Apa realiti sebenar yang berlaku di Sarawak.

Pasai apa DAP boleh menang besar di Sarawak tapi PKR cuma menang 3 kerusi walaupun bertanding di 49 kerusi. Pasai apa pulak calon PAS semua kalah.
Aku harap ceramah Mat Sabu malam Sabtu ni akan lagi ramai dari ceramah isu video lucah 2 minggu lepas. Jangan lupa mai pulak, kalau boleh ajak sekali jiran hangpa.
Jangan lupa bawah duit lebih sikit untuk Derma Jihad untuk tabung muslimat. Muslimat PAS Parit Buntar yang cukup aktif ni memang perlu dana untuk lebih aktif lagi. Tambahan pulak dengan PRU13 yang dah tak lama lagi dah, memang perlu banyak dana untuk macam-macam program yang depa nak buat.

Sebelum tu, malam ni di Markaz PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai akan ada ceramah oleh Naib Presiden PAS, YB Sallehudin Ayob.



 Cenangau Daunkari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan