Selasa, 23 Ogos 2011

Wacana "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?", 24 Ogos, 11 pagi, Shah Alam


http://www.omaq.org/v3/wp-content/uploads/2011/08/Hujah-Ulama-Politik.jpg

Wacana Ilmiah Sinar Harian.

Tajuk "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?"

Ahli Panel :
1. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
3. Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)


Moderator :
Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Tarikh : 24 Ogos 2011

Waktu : 11.00 pagi - 1.30 tengah hari

Tempat : Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam

BERSAMA TG SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

Tuan Ibrahim, Harussani, Fathul Bari & Dr.Asri duduk semeja rabu ini

Dijangka pertemuan 4 ulama’ ini bakal memanaskan kerusi kerusi di dewan Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf Shah Akam 24 ogos nanti.
Majlis wacana anjuran Sinarharian itu dijadual bermula 11 pagi kemasukan adalah percuma dan agak terhad, dimana 4 tokoh agama ini bakal membahaskan apakah peranan Ulamak yg terjun ke arena politik sama ada untuk berdakwah atau untuk terus berpolitik.

Tuan Ibrahim Tuan Man yg juga selaku Ketua Penerangan Pas Pusat sebagai ahli panel bersama Mufti negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan ulamak muda Umno Ust.Fatul Bari.

Moderator pula digalas oleh Dr.Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis.

Nampaknya Tuan Ibrahim bakal berhadapan dengan tokoh muda Umno Ust.Fathul Bari lepasan Al Azhar Mesir itu, dan dijangka mendapat asakan dari Mufti perak.

Tokoh muda Ust.Fathul Bari sebelum ini ‘melonjak’ dengan kekuatan nya yg mempertahankan Datin Rosmah Mansor yg menjadi penaung pertunjukan fesyen Islam,yg banyak bercanggah dengan tuntutan Islam dan merosakan agama yg syumul itu sendiri. Kata nya “Bukan Datin Rosmah yg anjur, beliau Cuma sebagai penaung saja” kata pakar hadith lepasan Al Azhar itu.

Tak banyak bezalah “ei.. saya tak minum arak, saya hanya pemandu saja” begitulah kekuatan ulama’ muda kita, boleh kita nilaikan sendiri.

Jika kita rasa ingin untuk menyaksikan hujah hujah dimajlis ilmu itu, eloklah kita menghadiri nya. Kita pun sedikit sebanyak sudah agak kenal siapa itu Mufti Perak dan Dr.Asri dan Tuan Ibrahim.

Mahathir kata Najib 'TIDAK PATUT DIPILIH' untuk terajui negara?


Bagaimana agaknya perasaan Najib jika beliau tahu pemimpin UMNO yang dulunya menyarankan beliau sebagai pengganti kepada Pak Lah untuk menerajui UMNO sebagai Presiden kini sudah berfikir sebaliknya bila melihatkan prestasinya yang tidak boleh dibanggakan langsung..
Dengarkan apa jawapan Tun Mahathir bila diajukan soalan ini “Apakah Tun masih berpegang kepada prinsip bahawa Najib berhak mengganti.. err.. selaku Presiden UMNO yang baru atau Tun sudah mempunyai pandangan yang berbeza kerana sikap Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini lebih kepada angguk dan ya sahaja?”

Walaupun dahulu saya kata yang patut mengganti ialah Datuk Seri Najib.. tapi tah mengapa saya tukar fikiran.. Saya tidak mahu errr.. sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti dan Negara kita, kerana saya berpendapat orang yang TIDAK PATUT DIPILIH untuk memerintah Negara ini JANGAN KITA PILIH

Bila ada pihak yang bersorak gembira dengan kenyataan Tun Mahathir itu.. tidakkah ini membuktikan memang wujud dua kem di dalam UMNO.. dua kem yang membuktikan bahawa UMNO memang berpecah..

SMS seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang pernah menimbulkan kontroversi suatu masa dulu yang di terima oleh aku darinya semalam walaupun aku bukan ahli UMNO..

"Kepada ahli UMNO yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut terhadap buruk lakudengan keadaan yang dahsyat seperti rasuah dan kronisma yang berlaku dalam UMNO dan BN, kita mesti bertindak segera sebelum sampai ketahap sukar dipulih semula BERHENTILAH, CUKUPLAH yang kaya tersandar yang miskin terlantar..."

Pencacai UMNO Penang jangan jealous kalau hangpa tak dapat SMS tu... Itu dari pemimpin yang sedar.. pencacai bagimana?? masih tak sedar lagi ka?

Pemimpin tu pakai 'S Class' (S Class tu kereta Merc.. tak tulis karang pencacai UMNO nganga pulak..)

Kita Selalu Dengar Gajah Naik Minyak, Tapi Pernahkan anda Dengar Gajah "Naik Miang". Tengok Gambar Ini:

Ambik kau siapa suruh pakai skrit.....

Kat Malaysia Macamana...???



hahahaa.... kat Malaysia ada ke macam nih....????

Suruhanjaya Diraja lebih wajar ditubuhkan reform sistem pilihanraya

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetap berpendirian penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.

Beliau berkata, berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini, Suruhanjaya Diraja boleh disertai oleh banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“Kalau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, ia boleh membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya ahli Parlimen sahaja.

“Jawatankuasa Khas terhad kepada ahli parlimen sahaja, NGO seperti Bersih tak boleh sertai, tak boleh bawa pakar-pakar perlembagaan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang, beliau berkata jawatankuasa khas itu tidak membawa sebarang makna.

“Bila kerajaan nak tubuh jawatankuasa khas ini (mereka) kena hormatlah. Maksudnya kena tunggu jawatankuasa ini selesaikan perbincangan mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan kerajaan perlu mematuhi cadangan yang dibuat jawatankuasa ini sebagai menghormati Parlimen,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Namun katanya, kerajaan seolah-olah hanya mahu ‘menurunkan suhu politik’ yang panas dengan tuntutan rakyat melalui cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu.

“Bila Najib kata kerajaan tidak terikat dan boleh bubar Parlimen bila-bila masa bermakna jawatankuasa itu hanya ditubuhkan untuk menurunkan suhu politik yang menunjukkan kemarahan rakyat terhadap isu yang berkaitan pilihan raya ini.

“Tapi bila tubuh, Parlimen bubar, hilanglah fugsi jawatankuasa itu untuk kemukakan cadangan untuk kebaikan pilihan raya,” katanya.

Nazri hina Parlimen

Sementara itu, beliau turut mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina Parlimen apabila mengeluarkan kenyataan mendahului Parlimen mengenai jumlah ahli Parlimen yang akan menganggotai jawatankuasa khas tersebut.

“Tak wajar menteri yang menjga hal ehwal Parlimen membuat kenyataan mendahului Parlimen dengan buat kenyataan jumlah anggota jawatankuasa berapa daripada BN dan Pakatan Rakyat.

“Dia yang tentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.Menteri sendiri menghina dan tidak menghormati Parlimen,” katanya.

Tambahnya adalah sesuatu yang lucu apabila pihak yang dipertikaikan ketelusannya yang akan menjadi pengerusi jawatankuasa khas yang akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.

“Sedangkan yang dipertikaikan dalam sistem pilihan raya ialah kerajaan tapi tiba-tiba kerajaan jadi pengerusi,” katanya.

Justeru Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa tersebut atau sebaliknya

Kenapa tak persoalkan akidah Najib?

Masih ingat lagi, juak-juak UMNO (laknatullah alaihim ajmain) riuh memburukkan YB Khalid Samad kerana beliau memasuki gereja? Apa yang mereka tak kata pasal YB Khalid? Macam-macam tohmahan dilontarkan.. Sehingga mereka mengatakan YB Khalid pro-Kristian.

Sehingga ada yang membuat gambar macam ini - ianya adalah kepakaran nombor wahid bagi anjing-anjing kurap UMNO - photoshop. Seorang YB betina merangkap perempuan jalang di Perak (ADUN Sungai Rapat) pun memasukkan gambar ini ke dalam blognya.

Tapi bagaimana pulak dengan ini? Najib sendiri pergi berjumpa dan beramah mesra dengan kepala Katholik di Vatican City. Bertemu semata-mata mahu mendapatkan sedikit pandangan.

Pemimpin-pemimpin Pakatan dituduh pro-kafir, pro-Hindu, pro Ambiga dan segala macam cemuhan. Macam mana pulak dengan ini? Apakah Najib juga pro-Kristian?

Ramadhan - Umno semakin letih !!


Mengalahkan budak darjah tiga berpuasa. Umno cukup keletihan!  Letih setelah 54 tahun berkuasa & berusaha,  segalanya makin sia-sia.  31 Ogos semakin hampir.  Jelas, usia Umno jugak hampir kepenghujungnya.  Mungkin benar,  inilah keraian hari merdeka terakhir buat Umno sebagi peneraju.  Pack lah apa yg patut di Putrajaya tu.  Kerana,  tibanya GE13,  segala-gala akan bertukar.  Giliran rakyat yg dahagakan pembaharuan,  menguasai negara. Ini bukan cerita dongeng lagi.  Mereka tahu!

Usaha2 drastik Umno,  mencipta berbagai program secara kulit,  menjelaskan lagi kata2 bahawa suasana semakin terdesak.  Felda dilambakkan dgn RM berbillion janji.  Transformasi demi transformasi yg longgar terus di cipta sebagai gula2 pilihanraya.  Inilah wajah Umno sejak merdeka lagi.  Tergopoh gapah menghamburkan duit apabila menghadapi pilihanraya.  Namun,  percayalah,  rakyat kini mata dah tak kabur.  Dgn berbagai saluran punca maklumat,  usaha2 retro Umno ini pasti akan makan diri sendiri.

Wahai rakyat yg inginkan pembaharuan,  bersedialah utk memikul giliran kita memerintah negara sendiri.  Melalui wakil kita,  Pakatan Rakyat,  marilah kita betulkan segala kepincangan yg telah dibuat Umno selama 54 tahun ini.  Jgn termakan adu domba mengenai siapa yg akan menguasai,  kerana sistem dah tetapkan siapa yg dpt lebih,  dialah yg punya kelebihan berdasarkan perlembagaan!  PAS,  DAP & PKR !  Anda pegang amanah ini !!!

DISEBALIK ISU JAIS VS DUMC

Saya baru menonton klip rakaman video pemeriksaan JAIS di majlis kesyukuran (thanksgiving) di DUMC. Tujuan klip tersebut ialah untuk mengutuk dan memburukkan PAS dengan peristiwa tersebut hanya kerana PAS tidak mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS atau menghentam DUMC.

Saya tak faham kenapa PAS disalahkan didalam hal ini. Sila baca kronologi peristiwa dalam artikel YB Dr Dzulkifli dalam blognya dan juga dalam harakahdaily. DHA buat kenyataan sebagai exco agama menyokong tindakan JAIS. Kalau saya jadi dia pun saya akan percaya kepada pegawai jabatan saya. Kemudian YB KS diminta beri komen, beliau menjawab akan tunggu laporan dari DHA. Sebagai pemimpin, kita tidak boleh terus bantai atau sokong mana-mana pihak sebelum mendapat maklumat lanjut terutamanya dalam isu yang boleh menaikkan suhu kemarahan pelbagai pihak.

Bergantung kepada media mana yang melaporkan, sudah ada bias dalam laporan. Mkini dan MI dgn versi mereka (pro DUMC), UM dengan versi pro JAIS. Pemimpin PAS seperti biasa mengambil sikap berhati-hati dan tidak emosi dalam membuat kenyataan akhbar, telah mengambil pendekatan untuk mendapat penjelasan drpd semua pihak. Sementara menunggu untuk berjumpa dgn DUMC dan JAIS, banyak bahan bukti telah didedahkan melalui media cetak dan maya (sedangkan JAIS belum siap dan beri laporan kpd MB). Siapakah yang membocorka bahan bukti dan apa tujuannya? Tidak lain kerana hendak melancarkan perbicaraan melalui media dan menerapkan tanggapan mengikut selera pihak tertentu. Niat PAS utk berjumpa kedua-dua pihak tidak tercapai kerana perkara tersebut telah dipolitikkan dan kedua-dua pihak menangguhkan pertemuan.

Maka pada ketika itu PAS membuat pendirian meminta JAIS mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terbabit kerana hangat diperkatakan terdapat bukti-bukti kukuh. Lagi lama ditangguhkan, suhu kemarahan pelbagai pihak akan naik dan mungkin tercetus perkara yang tidak diigini. Pihak tertentu mungkin suka kekacauan tercetus supaya senang ditebar jala ISA seperti pernah berlaku dalam 1980an dahulu. Pemimpin PAS YB KS dan Mat Sabu diantara yang ditahan ISA kerana menentang satu persidangan antarabangsa kristian yang hendak diadakan di ibu kota.

Bayangkan sekiranya PAS lompat masuk ke dalam “bandwagon” mengutuk DUMC yang belum dibuktikan bersalah. Dalam keadaan umat kristian Negara ini turut merasakan mereka dimangsakan dan api kemarahan mereka juga meningkat dengan rentetan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka (hendak menjadi Negara ini Negara kristian) dan umat Islam pula merasakan anak cucu mereka dalam proses untuk dimurtadkan, apa pun boleh terjadi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaungi rakyat berbilang bangsa dan agama perlu objektif dalam pertimbangan mereka. Yang hairan mana suara yang mengutuk Perdana Menteri atau pimpinan UMNO yang diam seribu bahasa?

Pihak-pihak yang kutuk PAS bukan sangat nak perjuang isu murtad tapi mengambil kesempatan ini untuk memberi tanggapan yang PAS sudah tidak perjuangkan Islam seperti tertera dalam rakaman video tersebut. Semua ini pelan saraf menghadapi PR untuk memastikan orang Melayu Islam marah kepada PAS apabila fakta sebenar diselewengkan.

Perasaan semua penganut agama perlu dijaga dalam negara majmuk seperti Malaysia. Bukan sahaja penganut Islam. Yang bersalah adalah segelintir penganut kristian, tapi cara pemberitaan telah memberi gambaran semua orang kristian jahat kerana hendak memurtadkan orang Islam. Seorang ahli DHPP beragama kristian katolik mengaku yang ada kumpulan evangelis yang memang berusaha menyampaikan ajaran kristian kerana dalam kitab mereka diperintahkan ajaran Christ disebarkan.

Beliau tidak setuju dengan kumpulan-kumpulan tersebut kerana melanggar perlembagaan Negara ini. Malah menurut beliau mazhab katolik tidak bersetuju dengan pendirian kumpulan-kumpulan Evangelis tersebut. Hari ini (22hb Ogos), Sinar menyiarkan pengakuan bekas padri kristian yang memeluk Islam mengaku pernah memurtadkan orang Islam ke agama kristian dan dia kini berusaha untuk “memurtadkan” orang kristian ke Islam. Apakah pemberitaan sebegini tidak menghiris perasaan orang kristian? Kalau suatu masa dahulu, sebelum 2008, semasa BN mendapat sokongan kuat rakyat, berita sebegini tidak akan disiarkan. “Self censorship” para penyunting akhbar tidak akan mahu menanggung risiko permit mereka akan ditarik balik kerana sifat sensitif berita yang akan menimbulkan kegelisahan rakyat jelata.

Tidak timbul PAS nak jaga undi org kristian kerana kebanyakan orang kristian adalah pengundi bandar dan PAS bertanding di kerusi-kerusi melayu majoriti iaitu diluar bandar. Di sabah dan sarawak pun PAS bertanding kawasan majoriti Islam. Kalau PAS nak jaga undi orang melayu Islam dan nak main politik dalam isu ini, PAS akan turut menghentam kristian. Pemimpin PAS tidak lah dungu sangat nak jaga undi 10% undi kristian dan hilang undi majoriti Melayu Islam.

Yang jelas ada pihak yang gian sangat nak gambarkan PAS sudah tidak perjuang Islam dan nak biarkan orang Islam murtad. Rasional lah sikit. Isu murtad bukan baru. Sudah lama bahan-bahan bacaan kristian ada di tempat umum. Di hotel-hotel , bible gideon ada dalam semua bilik hotel. Bukan kerajaan tidak tahu semua ini. SB yang begitu efisien mencari maklumat pembangkang sudah pasti memberi laporan mengenai pusat-pusat pengkristianan kepada kerajaan. tapi tiada tindakan pun yang diambil. YB kulim mulanya terkenal dengan menjaja isu ini bila dia berceramah lama sebelum beliau terlibat dengan politik. Mufti perak juga membuat pendedahan tp cuba lihat balik apa respon pihak kerajaan. Diam seribu bahasa.

PAS tidak mahu main politik dalam hal ini. Bila kita memerintah tahulah kita bagaimana hendak memastikan orang islam tidak mudah dimurtadkan. Kita pastikan benteng akidah dibina supaya di mana sahaja anak muslim pergi dia boleh mempertahankan akidahnya. Di Selangor, semenjak DHA menjadi exco agama kita lihat bagaimana penyuburan majlis ilmu dimasjid-masjid dan surau berlaku. Ada yang komen solat terawih di masjid negeri terasa seperti suasana di tanah suci!. Apa pun kita kena ingat murtad tidak boleh dihalang oleh undang2 semata-mata. Berdetik sahaja dalam hati mensyirikkan Allah swt kita sudah murtad. Ramai yang tak sedar tergelincir dari Islam tanpa perlu masuk kristian. Bila kita sanggah hukum Allah, kita sudah murtad.

Bila kita hina hukum Allah, kita sudah murtad. Undang-undang boleh menghalang penyebaran agama lain kpd org Islam dan ianya hanya akan berjaya jika akidah muslim lemah atau orang Islam sudah hilang harga diri muslim apabila terlalu miskin dan jahil atau lemah iman (hadith yang bermaksud kefakiran hampir kepada kekufuran). Apakah akidah melayu muslim yang berpegang kepada iktiqad dan yakin yang melayu tidak boleh hidup dan maju tanpa UMNO tidak terjejas?

Kenapa JAIS atau JAKIM tidak bertindak terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan hukum hudud hukum kuno, hukum hudud tidak sesuai dengan zaman dan seumpamanya. Saya minta NGO-NGO Islam yang begitu beria-ia benar mengutuk MB untuk menggali sejarah politik tanahair dan menggesa JAKIM bertindak keatas kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang menghina Islam dan "memurtadkan" umat Islam dengan memberi gambaran kepada umat Islam yang memberi rezeki kepada rakyat adalah mereka!

Tumbangnya Regim Gaddafi Di Libya, Najib Perlu Buka Mata Seluas-luasnya

Trippoli, Libya - Pemberontak dan penduduk Libya meraikan kejayaan mereka di Dataran Hijau di sini semalam selepas mereka menawan kebanyakan kawasan di ibu kota negara berkenaan.

SEJUMLAH penduduk berhimpun di Benghazi, Libya semalam untuk meraikan kejayaan para pemberontak memasuki bandar Tripoli.
Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan.

Pergolakan di Libya bermula pada Februari lalu apabila sejumlah penduduk berhimpun di Benghazi dan Al Baida pada Februari lalu bagi menuntut kebebasan hak asasi manusia sebelum bertukar menjadi peperangan di antara pemberontak dengan tentera Gaddafi.

Setakat ini, hanya terdapat beberapa penentangan kecil oleh saki baki tentera Gaddafi di sini.

Terdahulu, stesen televisyen Libya menyiarkan rayuan Gaddafi kepada rakyat negara itu supaya bangkit demi mempertahankan pemerintahannya.

Pejuang pemberontak kini menawan anak lelakinya yang juga pewaris Gaddafi, Seif al-Islam.

Seif dan bapanya sebelum ini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda kerana jenayah kemanusiaan.

Seorang lagi anak lelaki pemimpin itu berada dalam tahanan rumah.

"Semuanya sudah berakhir si rambut kerinting (Gaddafi)," jerit beratus-ratus lelaki dan wanita yang berhimpun di Dataran Hijau lewat kelmarin.

Orang ramai yang gembira dengan kekalahan Gaddafi, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan melambaikan bendera tiga warna pemberontak.
Sebahagian mereka membakar bendera hijau rejim Gaddafi dan melubangi sebuah poster yang menampilkan imejnya.

Beberapa pemimpin pemberontak berkata, kemenangan mereka selepas kebuntuan dalam perang saudara di Libya sejak enam bulan lalu, dicapai menerusi kerjasama di antara pemberontak, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Tripoli.

Pejuang-pejuang pemberontak dari barat Libya mara lebih 30 kilometer dalam masa cuma beberapa jam kelmarin dengan menawan beberapa buah bandar dan sebuah pangkalan tentera semasa menuju ke sini.


ORANG RAMAI yang menaiki sebuah trak mengibarkan bendera baharu Libya bagi meraikan ketibaan para pemberontak di Tripoli semalam.

Pada masa yang sama, penduduk di bandar raya ini yang dibekalkan senjata oleh pemberontak secara rahsia, bangkit menentang rejim Gaddafi.

Apabila pemberontak tiba di sini, satu batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk mengawal bandar raya ini bertindak menyerah diri kepada mereka.

Seorang pegawai kanan kepimpinan pemberontak, Fathi al-Baja berkata, komander batalion berkenaan berpaling tadah selepas saudara lelakinya dihukum bunuh oleh Gaddafi beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pelan untuk menawan bandar raya ini dirancang sejak tiga bulan lalu dengan bantuan NATO dan pemberontak di sini.

Menjelang semalam, pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya ini termasuk Dataran Hijau.

Rampasan Dataran Hijau merupakan kejayaan simbolik buat mereka.

Kawasan tersebut merupakan lokasi perhimpunan pro-Gaddafi yang diadakan hampir setiap malam dengan pemimpin Libya itu menyampaikan ucapannya di Kubu Merah di sebelah dataran berkenaan.

Gaddafi ialah pemimpin dunia Arab yang paling lama memerintah.

Beliau mentadbir negara Afrika Utara yang dihuni cuma enam juta penduduk dan kaya dengan minyak itu selama 42 tahun.

Sejak bertahun-tahun lamanya, pemimpin beliau dituduh mendalangi pengeboman pesawat 747 milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Pan Am yang meletup di Lockerbie, Scotland dan membunuh 270 orang. - AP

Ulasan GB

Tumbangnya kerajaan Ghadaffi di Libya apabila kebebasan hak asasi manusia dinafikan dan apabila rakyat sudah tidak lagi menerima corak pemerintahan yang diamalkan yang bersifat diktator dan menindas.

Ia sepatutnya membuka mata pemimpin Malaysia seluas-luasnya! Ia boleh berlaku di negara ini negara ini jika rejim BN pimpinan Najib terus menafikan kebebasan hak asasi manusia seperti yang ditunjukkan di dalam mengharamkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sedangkan perhimpunan aman dijamin oleh Perlembangaan dan disahkan oleh SUHAKAM

Masjidilharam dibesarkan lagi




JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas. - AFP

GAMBAR Masjidilharam di Mekah yang dirakam dari udara pada 20 Ogos lalu. - REUTERS

Mamat nak ngelak cukai di utara sana berbunyi plak... bro Melayu mana Melayu UMNO kaa yg pecahnya...

Naib Canselor UUM: Perpecahan Melayu makin parah
August 22, 2011

SINTOK, 22 Ogos — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah meliputi segenap lapisan termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik, malah dalam pertubuhan bukan kerajaan juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dipetik Bernama Online.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

“Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang,” katanya.

“Jadi saya harap supaya gologan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama,” kata beliau sambil menambah, “jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis.”

“Itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur,” kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

Katanya, sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan “ulama upahan, ulama pengampu.”

“Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa,” katanya.

Takkanlah harga kangkung ditentukan oleh pasaran dunia ...

Cadangan CAP pasai JUDI nie kompom MCA geng UMNO tu tak setuju punya..!!

Kos perjudian atasi hasil pendapatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini bahawa kementerian itu menganggap perjudian satu penyakit dan ketagihan yang serius, sesuatu yang telah lama CAP perjuangkan.

Kami merasakan bahawa ini adalah satu permulaan yang baik dan satu langkah untuk menuju ke arah yang betul tetapi perundangan yang tegas diperlukan untuk mengelakkan orang ramai mendekati dan mudah untuk berjudi.

CAP ingin menarik perhatian terhadap kesan perjudian dan menggesa kerajaan menangani dengan segera masalah ini. Kami kesal dengan tindakan 'tunggu dan lihat' atau sebarang inisiatif yang menangani simptom atau kesan negatif perjudian dengan tidak mempedulikan sumber atau faktor penyebab.

Ketagihan terhadap perjudian merentasi etnik, usia, status sosioekonomi dan jantina. Berjudi untuk keseronokan atau untuk menghabiskan masa lapang dengan mudah boleh menjadi ketagih, yang kemudiannya dikaitkan pula dengan bahaya terhadap mental, sosial dan fizikal.

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil, cukai, dan untuk lain-lain keperluan keluarga sebagai ganti digunakan untuk berjudi. Ketagihan itu telah menyebabkan hilangnya wang simpanan, tabungan pendidikan anak-anak, bayaran perumahan, tabungan persaraan, dan wang untuk urusan penting yang lain.

Mereka terpaksa berbohong kepada sesiapa sahaja atau meminjam daripada keluarga dan rakan atau lebih malang lagi meminjam daripada along untuk mengekalkan tabiat berjudi mereka.

Perjudian boleh menghancurkan atau memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka.

Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka, menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan kos dalam sektor keadilan jenayah.

Kos sosial perjudian amat besar dan jauh mengatasi faedah ekonomi kepada kerajaan. Dikatakan bahawa masalah seorang penjudi memberi kesan kepada 7 - 17 orang yang lain, menunjukkan sebahagian besar penduduk menghadapi bahaya daripada masalah perjudian seperti kemusnahan kewangan, kehancuran perhubungan, keganasan rumah tangga, aktiviti jenayah, kemurungan dan bunuh diri. Kesan penagihan judi amat luas dan dalam.

CAP juga mengalu-alukan rancangan penubuhan majlis negara pada tahun ini untuk melihat pelbagai layanan dan program kesedaran pendidikan untuk menangani “masalah perjudian” di negara ini.
Bagaimanapun kami merayu kerajaan agar melaksanakan langkah yang berikut:
Tarik balik cabutan khas

Menggalakkan perjudian bukanlah jawapan kepada rangsangan ekonomi atau mengumpulkan sumber hasil kerajaan daripada cukai aktiviti perjudian.

Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), Toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi. Kerajaan perlu dilihat menangani masalah ini sebagai ganti menghasilkan dan membolehkan ketagihan berjudi.

Pendekatan kesihatan awam

Kita perlu mempunyai pendekatan kesihatan awam yang digunakan untuk mengatasi bahaya perjudian termasuk masalah judi. Contohnya di New Zealand, Kementerian Kesihatan di sana mempunyai 'Program Kesedaran dan Pendidikan Masalah Perjudian' untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan bagi mendapatkan bantuan untuk mereka yang memerlukan.

Melalui program kesihatan awam, kerajaan boleh menyedarkan masyarakat untuk memahami bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian, bagi menghasilkan komuniti dan keluarga yang lebih selamat.

Pada masa yang sama, kaki judi perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko. Ini akan membantu menghapuskan bahaya yang dicetuskan oleh individu atau keluarga oleh perjudian.

Perundangan

Kita memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat dan tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang telah menular dalam masyarakat moden termasuk perjudian dalam talian. Hampir kepada kasino dan amalan perjudian lain secara langsung berkaitan perjudian.

Peraturan perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan.

Matlamat utama 'kerajaan rakyat' seharusnya adalah untuk mengurangkan insiden perjudian dan masalah perjudian dan kesan ketagihan judi terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

Kita perlu menimbangkan bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi - kos terhadap setiap orang tidak dapat diukur dan pertimbangan peningkatan kedai judi yang boleh didapati dan kekurangan perlindungan terhadap tabiat itu.

Kerajaan telah mewujudkan kaki judi yang telah menjadi ketagih kepadanya setiap minggu dan cabutan khas yang dibenarkan. Adalah tidak benar perjudian memacu pembangunan ekonomi dan kosnya terhadap keluarga, masyarakat dan negara mestilah dipertimbangkan dengan serius.

Lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar, kami amat berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian.

SM Mohamed Idris
Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
http://www.malaysiakini.com/letters/173783

Cadangan CAP pasai JUDI nie kompom MCA geng UMNO tu tak setuju punya..!!

Kos perjudian atasi hasil pendapatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini bahawa kementerian itu menganggap perjudian satu penyakit dan ketagihan yang serius, sesuatu yang telah lama CAP perjuangkan.

Kami merasakan bahawa ini adalah satu permulaan yang baik dan satu langkah untuk menuju ke arah yang betul tetapi perundangan yang tegas diperlukan untuk mengelakkan orang ramai mendekati dan mudah untuk berjudi.

CAP ingin menarik perhatian terhadap kesan perjudian dan menggesa kerajaan menangani dengan segera masalah ini. Kami kesal dengan tindakan 'tunggu dan lihat' atau sebarang inisiatif yang menangani simptom atau kesan negatif perjudian dengan tidak mempedulikan sumber atau faktor penyebab.

Ketagihan terhadap perjudian merentasi etnik, usia, status sosioekonomi dan jantina. Berjudi untuk keseronokan atau untuk menghabiskan masa lapang dengan mudah boleh menjadi ketagih, yang kemudiannya dikaitkan pula dengan bahaya terhadap mental, sosial dan fizikal.

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil, cukai, dan untuk lain-lain keperluan keluarga sebagai ganti digunakan untuk berjudi. Ketagihan itu telah menyebabkan hilangnya wang simpanan, tabungan pendidikan anak-anak, bayaran perumahan, tabungan persaraan, dan wang untuk urusan penting yang lain.

Mereka terpaksa berbohong kepada sesiapa sahaja atau meminjam daripada keluarga dan rakan atau lebih malang lagi meminjam daripada along untuk mengekalkan tabiat berjudi mereka.

Perjudian boleh menghancurkan atau memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka.

Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka, menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan kos dalam sektor keadilan jenayah.

Kos sosial perjudian amat besar dan jauh mengatasi faedah ekonomi kepada kerajaan. Dikatakan bahawa masalah seorang penjudi memberi kesan kepada 7 - 17 orang yang lain, menunjukkan sebahagian besar penduduk menghadapi bahaya daripada masalah perjudian seperti kemusnahan kewangan, kehancuran perhubungan, keganasan rumah tangga, aktiviti jenayah, kemurungan dan bunuh diri. Kesan penagihan judi amat luas dan dalam.

CAP juga mengalu-alukan rancangan penubuhan majlis negara pada tahun ini untuk melihat pelbagai layanan dan program kesedaran pendidikan untuk menangani “masalah perjudian” di negara ini.
Bagaimanapun kami merayu kerajaan agar melaksanakan langkah yang berikut:
Tarik balik cabutan khas

Menggalakkan perjudian bukanlah jawapan kepada rangsangan ekonomi atau mengumpulkan sumber hasil kerajaan daripada cukai aktiviti perjudian.

Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), Toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi. Kerajaan perlu dilihat menangani masalah ini sebagai ganti menghasilkan dan membolehkan ketagihan berjudi.

Pendekatan kesihatan awam

Kita perlu mempunyai pendekatan kesihatan awam yang digunakan untuk mengatasi bahaya perjudian termasuk masalah judi. Contohnya di New Zealand, Kementerian Kesihatan di sana mempunyai 'Program Kesedaran dan Pendidikan Masalah Perjudian' untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan bagi mendapatkan bantuan untuk mereka yang memerlukan.

Melalui program kesihatan awam, kerajaan boleh menyedarkan masyarakat untuk memahami bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian, bagi menghasilkan komuniti dan keluarga yang lebih selamat.

Pada masa yang sama, kaki judi perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko. Ini akan membantu menghapuskan bahaya yang dicetuskan oleh individu atau keluarga oleh perjudian.

Perundangan

Kita memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat dan tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang telah menular dalam masyarakat moden termasuk perjudian dalam talian. Hampir kepada kasino dan amalan perjudian lain secara langsung berkaitan perjudian.

Peraturan perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan.

Matlamat utama 'kerajaan rakyat' seharusnya adalah untuk mengurangkan insiden perjudian dan masalah perjudian dan kesan ketagihan judi terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

Kita perlu menimbangkan bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi - kos terhadap setiap orang tidak dapat diukur dan pertimbangan peningkatan kedai judi yang boleh didapati dan kekurangan perlindungan terhadap tabiat itu.

Kerajaan telah mewujudkan kaki judi yang telah menjadi ketagih kepadanya setiap minggu dan cabutan khas yang dibenarkan. Adalah tidak benar perjudian memacu pembangunan ekonomi dan kosnya terhadap keluarga, masyarakat dan negara mestilah dipertimbangkan dengan serius.

Lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar, kami amat berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian.

SM Mohamed Idris
Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
http://www.malaysiakini.com/letters/173783