Selasa, 23 Ogos 2011

Ramadhan - Umno semakin letih !!


Mengalahkan budak darjah tiga berpuasa. Umno cukup keletihan!  Letih setelah 54 tahun berkuasa & berusaha,  segalanya makin sia-sia.  31 Ogos semakin hampir.  Jelas, usia Umno jugak hampir kepenghujungnya.  Mungkin benar,  inilah keraian hari merdeka terakhir buat Umno sebagi peneraju.  Pack lah apa yg patut di Putrajaya tu.  Kerana,  tibanya GE13,  segala-gala akan bertukar.  Giliran rakyat yg dahagakan pembaharuan,  menguasai negara. Ini bukan cerita dongeng lagi.  Mereka tahu!

Usaha2 drastik Umno,  mencipta berbagai program secara kulit,  menjelaskan lagi kata2 bahawa suasana semakin terdesak.  Felda dilambakkan dgn RM berbillion janji.  Transformasi demi transformasi yg longgar terus di cipta sebagai gula2 pilihanraya.  Inilah wajah Umno sejak merdeka lagi.  Tergopoh gapah menghamburkan duit apabila menghadapi pilihanraya.  Namun,  percayalah,  rakyat kini mata dah tak kabur.  Dgn berbagai saluran punca maklumat,  usaha2 retro Umno ini pasti akan makan diri sendiri.

Wahai rakyat yg inginkan pembaharuan,  bersedialah utk memikul giliran kita memerintah negara sendiri.  Melalui wakil kita,  Pakatan Rakyat,  marilah kita betulkan segala kepincangan yg telah dibuat Umno selama 54 tahun ini.  Jgn termakan adu domba mengenai siapa yg akan menguasai,  kerana sistem dah tetapkan siapa yg dpt lebih,  dialah yg punya kelebihan berdasarkan perlembagaan!  PAS,  DAP & PKR !  Anda pegang amanah ini !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan