Rabu, 16 Mac 2011

Surat buat Dr M: “Melayu tak lagi percayakan anda!”


Tun Mahathir,
Usaha-usaha kami untuk cuba menggambarkan anda dalam bentuk gambaran yang lebih neutral atas segala tuduhan yang ditujukan kepada anda, telah gagal. Orang ramai tidak bersetuju dengan pandangan anda.
Bukan kerana pandangan anda radikal, tetapi kebanyakan orang tidak mempercayai anda lagi. Para pembaca setia anda, sebahagian besarnya eksekutif korporat, ahli perniagaan serta dari pelbagai lagi lapisan masyarakat tidak lagi mempercayai segala kata-kata anda.
Mereka betul: pandangan anda tidak membawa makna kepada mereka. Sesiapa yang dikaitkan dengan anda juga akan dipandang buruk.

Itulah kesimpulan ramai. Dan ya, pandangan anda teruk, walaupun anda tidak cuba untuk memprovokasi, ataupun mungkin? Berulang kali, pandangan anda diambil perhatian dengan amat serius, dan ia menyebabkan ramai orang, terutamanya bukan Melayu merasa amat bimbang.
Hubungan anda dengan Perkasa, menukar perasaan tidak suka orang ramai kepada rasa yang penuh dengan kebencian. Nama anda membawa begitu banyak kepahitan, kekecewaan dan penderitaan hinggakan mereka sentiasa menghantui anda.

Hari ini, anda dikenali bagi pelbagai alasan yang tidak sepatutnya. Segala yang anda perkatakan, hanya membuat bukan Melayu menentang anda. Anda mungkin terperanjat jika satu hari nanti Pakatan Rakyat mungkin berterima kasih pada anda kerana menyerahkan Putrajaya kepada mereka.
Malangnya, orang Melayu tidak berapa suka dengan apa yang anda perkatakan tentang kami. Pandangan anda bahawa orang Melayu memerlukan topang adalah satu penghinaan dan ia amat memalukan. Bagaimanapun, anda memutar belit kata-kata dan mengatakan bangsa Melayu lebih unggul.
Unggul dalam apa?! Unggul dalam menjadi cacat dan lumpuh … sehinggakan kerajaan perlu mewujudkan akses dari penyertaan ekonomi ke tandas bagi kami?

Anda sering menyuruh kami terus bersabar dan tetap menyokong Umno yang memberi kami begitu banyak topang. Apa yang kami terima hanyalah topang kayu yang bernilai RM2 sebatang, yang begitu mudah dimakan anai-anai. Topang aluminium yang canggih dan terkini hanya diperuntuk untuk elit Umno.
Tolong henti memberitahu bukan Melayu bahawa mereka mendapat manfaat dari DEB, dan bahawa kami mendapat manfaat hak Istimewa yang dikhususkan untuk kami. Tanyalah sesiapapun orang Melayu, dan apa yang akan mereka katakan. Apa itu?
Tanyalah orang Melayu apa yang kerajaan lakukan untuk mereka, dan mereka hanya akan memperkata satu manfaat. Seperti yang saya katakan dulu, hanya bukan Melayu sahaja yang percaya orang Melayu mempunyai hak Istimewa.

Beberapa ribu biasiswa perlu dikongsi bersama dengan beberapa ratus ribu pelajar Melayu setiap tahun, bukannya hak istimewa. Subsidi baja juga bukannya hak istimewa. Tanah Rizab Melayu juga bukan milik kami.
Ia dimiliki beberapa pemilik tanah yang kaya, dan tanah itu juga tidak berharga. Orang Melayu tidak akan membelinya sebagai pelaburan, kerana ia tidak boleh dijual kembali kepada bukan Melayu kaya, untuk keuntungan.

Dan mitosnya menjadi Bumiputra ialah seseorang mempunyai akses kepada pinjaman bank hanyalah  pembohongan. Bank lebih suka memberi pinjaman kepada bukan Bumiputera atau sesiapa sahaja yang mempunyai rekod pembayaran kembali yang lebih baik.
Diskaun pembelian rumah tidak menguntungkan orang Melayu. Ini memanfaatkan oportunis Melayu kaya. Majoriti Melayu masih lagi tinggal di rumah kampung kayu dengan atap bocor. Saham yang diberi kepada orang Melayu, akan secara automatik dibeli bukan Melayu menggunakan kad pengenalan orang Melayu untuk hanya RM50.

Dan, adakah DEB memberi sebarang manfaat kepada orang Melayu? Kerajaan sememangnya bergurau; Orang Melayu masih menunggu DEB datang mengetuk pintu mereka. Anda tidak boleh mengharapkan seorang petani untuk menjadi pengarah sebuah syarikat antarabangsa, menikmati 30 peratus saham.
Dan hari ini, anda boleh mengira kurang seratus syarikat gergasi dengan 30 peratus saham Melayu. Dan dengan 100 orang Melayu mendapat manfaat dari DEB, apa yang terjadi kepada 15 juta orang Melayu lapar yang lain?

Ketuanan Melayu. Yang saya sokong jika ia berkaitan dengan kerabat diraja, Raja dan Negara. Tetapi untuk menyokong pemimpin politik yang serakah dan masih berfikir bahawa mereka berhak memerintah selamanya, sedangkan merobek negara kita atas nama Ketuanan Melayu, adalah tolol.
Bumiputera kita masih lagi bekerja sebagai pemandu, nelayan, petani, penyapu jalan, pemeriksa jalan, pekerja kumbahan, tidak membuatkan kita merasa seperti raja. Tidakkah kita sepatutnya duduk di takhta, dan memberitahu semua orang: pancung kepala mereka?

Satu-satunya saat kita merasa seperti raja ialah ketika kerajaan merangkak, cuba berjabat tangan, lengkap dengan hadiah pilihan raya, memberitahu betapa istimewanya kita, dan melutut supaya mengundi mereka.
Dan seperti orang bodoh, kami terpedaya dengan kata-kata manis dan mengundi mereka sekali lagi seperti di Kerdau dan Merlimau.
Orang Melayu hari ini lebih teruk, berbanding bukan Melayu kerana kecuaian semata-mata, janji-janji palsu dan salah tanggapan yang orang Melayu mempunyai hak istimewa.

Anda terus melaga-lagakan rakyat Malaysia sesama sendiri, dengan mengatakan orang Melayu ada hak istimewa. Kemudian, anda memberitahu orang Melayu bahawa bukan Melayu tidak senang dengan orang Melayu kerana memiliki hak istimewa, dan saya seharusnya mempertahankan keberkecualian anda.
Kerana itu, Tun, orang Melayu terus menerima anda sebagai orang Melayu kerana anda seorang Islam. Dan, kami memaafkan anda kerana tidak dapat membantu kami, tapi tolong berhenti memberitahu bukan Melayu bahawa kami adalah istimewa, melainkan kami benar-benar istimewa.

Ya, orang Melayu adalah istimewa dalam cara mereka sendiri. Sebahagian besar kami adalah bangsa yang patuh pada undang-undang, takutkan Tuhan, penurut, naif, pendiam, lemah lembut dan penyabar walaupun tidak satu pun hak istimewa ini, dinikmati kami. Kami masiah berharap agar satu hari nanti, kami dapat menikmatinya di syurga.

Kami tidak seperti orang-orang bodoh Umno yang membaling batu pada kenderaan, meletakkan paku di jalan raya, bertindak seperti penjahat dan gangster, serta menyalah guna kepercayaan kami untuk mendapatkan apa yang kami inginkan. Jadi, tolonglah, jangan bandingkan kami dengan Umno.
Jika bukan Melayu terus mengkritik bangsa kami, agama kami dan ketiadaan perasaan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu, maka andalah yang harus dipersalahkan.
Semoga Berjaya, dan semoga Tuhan memberkati.
Iskandar Zulkarnain
*** diterjemah dari artikel Malaysia Chronicle.
KeadilanDaily


Rosmah patut minta maaf pada k'jaan, rakyat Jepun

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.
 
Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

“Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain,” katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.

Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

“Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya,” ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.

Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

LAGI KES SAMUN EKOR


NI BUKAN GAMBAQ MOTOR PAK CIK YANG KENA SAMUN EKOQ TU...

DEY MACHA!!!
SAMAN EKOR KA SAMUN EKOR?
AKU PUN DAH KONPIUS DAH...
KAH! KAH! KAH!


BALING 14 Mac 2011 – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.

Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.
Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi.
sumber
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1GiYvG9C0

10 perkara kenapa anda tak perlu percaya kes Anwar


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheKvnABqaqCrSRGGShHSftLnz0KsbVkflXX72iGRmith8e719oHsTTPVrnu-XijckEzgWLLPtzfE4b9k0fBNm-P7ui5tZWbEUjFXLQRI5jyJGoBT9Bwsgqv94BBrZwtXR_pUyqw6x8DM8/s400/Liwat+gate.jpg
“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri….

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..
2. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.


Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai


Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji.


Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.


Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.


Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.

Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis.


Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful.


Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

sumber - tranungkite.net

Ahamdulillah akan naik lagi..!!

Tarif elektrik mungkin naik dalam 6 bulan

Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEIa dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah

Radiasi nuklear Jepun akan tiba di Malaysia?

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario full meltdown?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut bertanya apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia.
“Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?” soalnya lagi.
Pada masa yang sama, katanya Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.
Ini ekoran pagi ini dunia dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun.
Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6.14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario full meltdown semakin mungkin berlaku.
Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda

DNA, Sumpah Laknat dan Qazaf

Tengah hari semalam dalam berita baik TV3 mahupun lain-lain media, riuh rendah dengan berita tentang sekumpulan manusia yang mendakwa mewakili NGO atau NGOk mengadakan demonstrasi meminta Anwar memberikan sample DNAnya kepada Mahkamah.

Ada juga yang sedikit bodoh meminta agar Mahkamah tidak bersikap ‘double standard’ dalam membicarakan tuduhan yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dengan memberikan keistimewaan kepada DS Anwar Ibrahim.
Sedangkan selama ini kita telah melihat sikap ‘double standard’ oleh pihak Mahkamah yang jelas lebih memihak kepada Saiful dan tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada Anwar hinggakan segala urusan beliau samada di dalam mahupun di luar negeri bergantung kepada hari perbicaraan.

Dan menurut pengerusi NGOk itu lagi Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.- sepenuhnya sila baca di
SINI

Demo oleh kumpulan NGOk ini sebenarnya telah berlaku atau diadakan di tiga tempat iaitu di hadapan HQ PKR di Selangor, di perkarangan Komtar dan juga di hadapan Masjid Seberang Jaya..

Agak menghairankan kenapa tiba-tiba muncul kumpulan NGOk itu meminta Anwar menyerahkan DNA kepada Mahkamah sedangkan itu adalah tugas pasukan pendakwaraya dalam membuktikan bahawa DNA Anwar telah berada didalam jubur Saiful.

Adalah satu tindakan yang bodoh jika Anwar memberikan DNAnya kepada pihak Pendakwaraya, kerana kita tahu tugas mereka ialah membuktikan bahawa Anwar bersalah jadi mereka akan menggunakan apa saja cara bagi membuktikan DNA Anwar memang berada didalam jubur Saiful.

Kenapa pihak pendakwaraya tidak mahu membandingkan DNA yang mereka temui didalam jubur Saiful yang disyaki sebagai DNA Anwar dengan DNA atau data dari DNA yang telah pihak berkuasa perolehi ketika menahan Anwar secara sah dalam kes liwat yang pertama dulu?

Sejauh mana kita yakin terhadap pihak pendakwaraya bahawa mereka tidak akan menyalahguna atau memanipulasi DNA baru Anwar yang dituntut diserahkan oleh kumpulan NGOK itu jika Anwar menyerahkan DNAnya?

Selain meminta Anwar menyerahkan DNA kumpulan NGOk itu juga telah mencabar Anwar agar bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful bagi mengatakan kononnya beliau telah diliwat tetapi mengapa mereka iaitu kumpulan NGOk itu tidak melakukan demonstrasi ketika permohonan Anwar untuk mengadakan perbicaraan kesnya itu di Mahkamah Syariah melalui Qazaf ditolak?

Antara Qazaf dan Sumpah laknat itu didalam Islam Qazaf seharusnya diutamakan kerana ianya bersandar kepada hukum-hukum Allah bukannya ‘Sumpah Laknat’ yang hanya lebih kepada kepercayaan atau budaya orang-orang melayu semata-mata.. lagipun ‘Sumpah Laknat’ yang dilakukan oleh Saiful itu sendiri dipertikaikan oleh ramai ulama.

Kata TG NIk Aziz “Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tatapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika mereka bersumpah.”

“Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam Mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud” kata Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria.

Kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya pula “Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an, menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan qazaf adalah menyalahi hukum syarak.”

Manakala kenyataan yang agak keras dari Ustaz Dr. Badrul Amin pula berbunyi “Apa maknanya bersumpah dengan Al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan Al-Quran. Rujuk kes Rafidah Aziz yang sanggup bersumpah dengan Al-Quran mengatakan kononnya beliau tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia mengetahuinya. Apa maknanya bersumpah dengan nama Allah jika seseorang itu tidak takut dengan Allah?”

Kesemua kata-kata di atas adalah ulasan Ulama dan Ustaz tersebut mengenai isu ‘Sumpah Laknat’ Saiful ketika Munajat 2008.

Jadi nasihat siapa yang seharusnya Anwar terima dalam hal sumpah laknat ini? Desakan dari NGOk yang jelas tidak faham kewajaran ‘Sumpah Laknat’ itu atau nasihat dari Ulama?

Entahlah… mungkin kumpulan NGOk itu mengadakan demo setelah mereka percaya apa yang ditulis oleh penulis upahan UMNO
di sini.

- Anak Sungai Derhaka

Haiwan lebih peka amaran Tsunami...






Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah 'dihadiri' dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco , ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

"Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini", ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

"Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)", kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

Lihat gambar-gambar diatas yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico :
Mengimbau semula kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu, peristiwa hitam tersebut telah meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Lanka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan, kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella.

Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut. Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku.

Ketika tsunami melanda Sri Lanka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Acheh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.

* p/s ~ haiwan adalah makhluk yg diberikan anugerah oleh Allah Taala dapat merasai akan bencana dan dpt melihat, mendengar di alam lain malahan berzikir kepada Yang Maha Pencipta. Jika manusia yg hina ini dapat anugerah seperti haiwan-haiwan di muka bumi ini, pasti manusia akan terus kembali ke jalan yang benar

Video...Pejuang Islam Yang Di Geruni..!!

Lelaki Itu Mahu "Bogelkan" Ummi Hafilda Sekali Lagi

Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. -mk

IMBASAN

Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu
Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kanan)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.

Bekas OCPD Diarah Bayar RM200 Ribu Kepada Pemimpin PAS

Kuantan - Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.
Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan. -HD

Aziz hilang kelayakan jadi Pengerusi SPR. Kenapa?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Gesaan agar dianjurkan segera perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil buat kali kedua tidak boleh dipandang ringan. Ia memang satu keperluan yang cukup mendesak. Persiapan rapi mesti dibuat bagi memastikan demonstrasi raksasa kali ini lebih besar dan meriah berbanding himpunan Bersih, 10 November 2007, yang menyaksikan lebih 50,000 orang berarak ke Istana Negara.

 
Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bertukar pengerusi, daripada Abdul Rashid Abdul Rahman kepada Abdul Aziz Yusof (dan juga lupa setiausahanya dulu, Wan Ahmad Wan Omar, yang dikatakan licik mengatur 'komplot' bagi menyukarkan siapa jua saingan BN, kini menjadi timbalan pengerusi), proses pilihan raya di negara kita terus berjalan secara berat sebelah, jauh daripada menyediakan "padang permainan yang sama rata".
 
Memandangkan pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan gelanggang pertarungan "hidup-mati", sudah pasti SPR akan terus diperkudakan dan menjadi perkakas paling efektif untuk BN meraih kemenangan.

Jika pilihan raya kampus, yang langsung tidak memberi kudis buat survival kuasa BN pun dimanipulasi dengan cukup kotor, dengan taktik licik memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi Pro-Umno, apakah kita begitu daif untuk mengharapkan SPR dibenarkan menjalankan tugas dan fungsinya secara profesional, bagi mengendalikan pilihan raya dengan bebas dan adil?

Imbau sejenak apa yang dilakukan SPR selepas Umno dikejutkan dengan prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1999. Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, khususnya di Kedah, dijalankan menurut kehendak strategis Umno-BN. Lokasi pengundi bukan Melayu sengaja dimasukkan ke dalam beberapa kawasan Parlimen yang dikuasai PAS, seperti Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerai, dengan andaian mereka tidak akan menyokong calon PAS dalam PRU 2004.

Lebih buruk, empat negeri majoriti Melayu, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis langsung tidak mendapat tambahan kerusi Parlimen kerana dibimbangi ia hanya akan meningkatkan jumlah wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat. Pada 1999, bilangannya meningkat daripada tujuh orang pada 2005 kepada 27. SPR bekerjasama erat dengan Umno yang tersepit ketika itu.

SPR juga didakwa terbabit secara sedar dan aktif dalam memanipulasi senarai daftar pemilih di Terengganu. Pengundi baru didaftarkan dengan jumlah yang luar biasa. Kadarnya langsung tidak selari dengan pertumbuhan penduduk Darul Iman. Dipercayai sejumlah besar "pengundi hantu" diwujudkan, hasil kerjasama bersepadu di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain ramai yang mengundi lebih daripada sekali. Targetnya semata-mata untuk merampas kembali Terengganu yang dikuasai PAS pada 1999.

Situasi genting buat Umno di antara tahun 1999 dan menjelang pilihan raya 2004 tidaklah sekritikal apa yang bakal dihadapi BN dalam PRU13 nanti. Pada 1999, BN masih mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hanya terlepas dua negeri, sedangkan pada 2008, BN buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga dan tumbang di lima negeri (enam jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Realiti BN kini bagai telur di hujung tanduk.

Kalau sekadar bertujuan merampas Terengganu -- negeri yang kaya dengan hasil petroleum itu -- Umno-BN bertungkus-lumus memperalatkan jentera dan kemudahan kerajaan khususnya "SPR serta konco-konco", selain mengamalkan rasuah politik secara berleluasa, maka cuba kita bayangkan apa yang sanggup dilakukannya bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa, terutama di peringkat persekutuan? Apakah BN tidak merencanakan taktik dan teknik tertentu (pastinya di luar batas undang-undang) bagi merebut kembali negeri-negeri Pakatan Rakyat?

Misalnya, Selangor, negeri termaju di Malaysia, yang selama ini menjadikan menteri besarnya (di bawah Umno) begitu berpengaruh daripada segi politik dan cukup kaya raya melalui amalan rasuah dan salahguna kuasa. Apakah anda fikir Najib Razak selaku ketua perhubungan Umno dan Noh Omar, timbalannya, hanya sibuk mengatur ceramah untuk diisi Ezam Mohd Noor, bagi menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan personaliti Anwar Ibrahim?

Beberapa insiden yang sempat dihidu, seperti dirakamkan wartawan Harakah Selangor, Saidah Hairan di pejabat JPN Shah Alam, mengenai proses pendaftaran pemilih warga Sabah untuk "diagih-agihkan" di Selangor, hanya cebisan kecil kisah konspirasi BN-SPR-JPN. Kita belum dapat membongkar grand design lebih besar, yang mungkin tidak terfikir oleh kita tentang modus operandinya, seperti pemimpin PAS tidak pernah menjangka usaha licik Umno Terengganu untuk menumbangkan kerajaan PAS pada 2004.

Beberapa hari lalu, di Paya Jaras, Sg Buloh, dikesan satu lagi komplot dalam usaha BN merampas Selangor, yang dipercayai turut membabitkan JPN. Pendatang tanpa izin, termasuk dari Kemboja dikatakan telah diberikan MyKad dan akan didaftarkan sebagai pengundi untuk kawasan terpilih.

Selain itu, difahamkan beberapa universiti tempatan turut "bersubahat" dengan BN bagi mendaftarkan pelajarnya sebagai pemilih, dengan menyasarkan kawasan tumpuan di Selangor. Jentera BN sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya tertentu untuk ditempatkan pengundi baru dari kalangan mahasiswa itu.

Minggu lalu, beberapa pemimpin KeADILan mendedahkan peningkatan mendadak pengundi pos di beberapa kerusi Dun Perak. Angka terbesar dicatatkan di Dun, Pangkor, yang diwakili Menteri Besar. Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri tentera ditukar status menjadi pengundi pos walaupun mereka tidak pernah memohonnya.

Faktor undi pos sejak sekian lama menjadi penyelamat BN di kawasan tertentu. Dalam tuntutan Bersih pada 2007, dicadangkan sistem pengundian pos dimansuhkan dengan segera kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

Ketika wibawa SPR dipersoal secara terbuka, pengerusinya Abdul Aziz Yusof mencetuskan polemik baru. Beliau tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006. Utusan Malaysia, 9 Mac, meletakkan tajuk, "Kempen tujuh hari pada pilihan raya di Sarawak?"

Aziz berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu. Ujarnya, kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau selama lapan hari pun sudah cukup mencetuskan kebimbangan dan kekecohan menerusi kemunculan isu pergolakan politik dari Timur Tengah.

"Semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, ramai penduduk tempatan melahirkan rasa terkejut dengan cara pendekatan yang dibawa oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung. Di Merlimau dan Kerdau begitu juga apabila sentimen kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya dikaitkan dengan suasana negara ini sehingga membangkitkan provokasi dalam kempen. SPR sedang mengkaji semua ini. Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka, maka ia mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini," kata Aziz.

Mengulas kemungkinan tempoh berkempen dipendekkan di Sarawak, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, yang juga tokoh yang sering bercakap tentang amalan demokrasi tempang di Malaysia menegaskan: "Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula. Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan."

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap respon Aziz yang mendakwa tempoh kempen terlalu lama boleh mengundang amalan politik tidak sihat dengan mengaitkannya dengan pergolakan politik Timur Tengah sebagai tidak releven.

Katanya, jika diimbas kembali senario Pilihan raya Umum 2008 yang berlangsung selama dua minggu, ia berjalan dengan aman. Tambahnya, ketakutan pihak SPR sengaja diperbesarkan, malah dianggap mempersendakan peranan polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang malam menjaga ketenteraman awam.

Hakikatnya, ujar Ustaz Idris, tempoh kempen pilihan raya singkat sengaja dituntut berikutan rekod kekalahan teruk BN bila mana kempen pilihan raya diadakan dalam tempoh yang panjang. BN Sarawak, tambahnya, ternyata tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mengekalkan majoriti besar dalam Dun sekiranya kempen pilihan raya diadakan selama dua minggu atau lebih.

Bagi saya, Aziz bukan lagi berbicara sebagai Pengerusi SPR, yang bertanggungjawab memastikan proses pilihan raya adil, bebas dan telus. Beliau seolah-olah sudah menjadi kerabat rapat Taib Mahmud, yang sedang memikirkan jalan untuk mempertahankan kuasa BN di Sarawak. Dalam bahasa kasar, Aziz kini berbicara dengan lidah Umno.
Dalam SMS kepada saya, pensyarah media, Dr Abu Hasan Hasbullah memberi respons: "SPR bukan diktator baru yang menjadi pemerintah bagi negara ini. Kuasa SPR hanya sebagai suruhanjaya yang bekerja menguruskan pilihan raya adil buat rakyat, bukannya senapang Gaddafi yang boleh membuli rakyat sesuka hati. SPR telah menjadi terlalu biadab terhadap demokrasi, perlembagaan dan negara dengan mengambil alih kuasa penentu siapa pemerintah."

Lagi pun, bukankah isu kemudahan perhubungan dan faktor geografi di Sarawak sudah cukup untuk memanjangkan lagi tempoh kempen, sekurang-kurangnya 21 hari seperti dituntut Bersih?

Lebih aneh apabila Aziz cuba mengaitkan dengan corak kempen parti politik di Sibu, yang pastinya ditujukan kepada pembangkang. Dalam pilihan raya kecil Parlimen itu, DAP berjaya merampas kerusi majoriti pengundi Cina berkenaan daripada BN. Najib (yang aktif turun berkempen menabur pelbagai janji dan "ugutan" di sana) dan Taib memang terkedu dengan kemenangan gemilang Pakatan Rakyat itu. Ia dibimbangi menghasilkan gelombang positif buat pembangkang dalam pilihan raya umum negeri Sarawak yang dijadualkan tidak lama lagi. Rakyat menyaksikan kempen di sana berjalan baik dan aman. Lalu, mengapa Aziz mahu mempermainkan sentimen pengundi Sarawak terhadap "orang Semenanjung"? Bukankah ada taktik BN yang tersembunyi dalam kenyataan Aziz itu?
Mengenai sentimen kebangkitan Timur Tengah, Aziz sepatutnya menyedari bahaya pilihan raya ala Hosni Mubarak yang nampaknya mula menular di sini. Rakyat Mesir dan Tunisia turun ke jalan-jalan raya, berdada dengan pasukan keselamatan dan mempertaruhkan nyawa mereka kerana sudah bosan, muak dan marah dengan proses pilihan raya korup sejak puluhan tahun. Rakyat di Malaysia juga mungkin bangkit "memberontak" jika sistem demokrasi di negara ini turut korup. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat sering menegaskan bahawa mereka tetap memilih untuk melakukan perubahan dengan menukar kerajaan melalui peti undi, dalam pilihan raya yang adil dan bebas.

Saya mengingatkan, sepatutnya Aziz menyedari peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan: "Pada melantik ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

Adakah orang seperti Aziz telah mendapat kepercayaan awam? Sekurang-kurangnya bagi saya, beliau belum menepati kriteria yang dijelaskan oleh peruntukan Perlembagaan itu

Penduduk Kg Baru: Kalau Tak Berjaya Di Parlimen, Kami Jumpa Sultan


KUALA LUMPUR 15 MAC : Penduduk Kampung Baru tidak akan berdiam diri jika kampung halaman mereka mahu dibangunkan sesuka hati tanpa persetujuan dan perbincangan yang telus.

Malahan, mereka tidak keberatan untuk bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika itu merupakan salah cara untuk mempertahankan tanah warisan mereka.

Salah seorang wakil penduduk berkata, mungkin istana sahaja yang mampu menyelesaikan masalah mereka sekiranya ia tidak berjaya diselesaikan di peringkat parlimen.

"Kalau kita tak berjaya di parlimen, kita menghadap Sultan Selangor, kalau itu juga tidak berjaya kita akan rayu seluruh penduduk Kampung Baru, kita adakan reformasi untuk membela tanah Kampung Baru ini,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Majlis menyaksikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan kepada penduduk Kampung Baru.

Namun malangnya, majlis yang sepatutnya turut disertai ahli parlimen BN itu, tidak berjaya menarik minat mereka untuk bersama-sama mendengar suara hati rakyat Kampung Baru.

Menurut Munir Nazir pula yang menetap di Kampung Baru sejak tahun 70-an lagi berkata, kerajaan sepatutnya melupakan hasrat untuk melakukan pembangunan di
kawasan yang menjadi lokasi kediaman dan sumber rezeki penduduk Kampung Baru.

"Di sini saya hendak memberitahu, tolong beritahu kepada menteri-menteri yang dikatakan Menteri Wilayah itu, anak-anak Kampung Baru yang ada di sini, kalau tidur
tolong jangan bangunkan, anak-anak Kampung Baru kalau dia bangun susah nanti, tolong sedarkan Menteri Wilayah itu," kata Munir.

Beliau turut mengingatkan, jika kerajaan tetap berdegil mahu pembangunan dijalankan di satu-satunya kampung di ibu negara itu, pemilik dan pewaris Kampung Baru hendaklah dibayar dengan pampasan setimpal dan menyiapkan kawasan penempatan baru yang berbaloi seperti yang dimiliki sekarang.

"Kalau dibiarkan kawasan pasar minggu dibangunkan, biarkan kami dipindahkan tempat yang munasabah dan kami dibayar dengan baik baru dipindahkan, bukan halau begitu saja duduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR),"katanya lagi

PR Perak buat aduan polis terhadap demo haram umno Perak

IPOH, 15 MAC - Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan Polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS, DAP dan PKR di Jalan Medan Istana Ipoh pada Ahad lepas.
Demonstrasi yang dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sebagai ahli UMNO bersama Dato Hamidah Othman, Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita UMNO Malaysia.
Beberapa orang wakil yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang diwakili YB Sivakumar (DAP), Sdr Ismad Shahril (PAS), YB Chan Ming Kai (PKR), YB Wong Kah Woh (DAP), dan Ustaz Hafez Sabri (PAS) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, untuk membuat laporan tersebut

Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA beliau. Kumpulan demonstrasi haram ini juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan “subjudice” seperti anda kata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis di atas poster kumpulan demonstrasi haram itu.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah, Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.

Tindakan demonstrasi haram yang diketuai Dato Hamidah Othman itu, jelas menunjukkan bahawa UMNO bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang menguruskan kes tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak, hal ini penting supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram ini tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan kes ini.
Berita & Foto kiriman Mohd Hafez Sabri