Isnin, 25 Julai 2011

Kenyataan Mat Sabu sahih, Polis mengeliru

bumiperak
APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis.

Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis.

Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor).


Namun pada 21 Julai seminggu selepas Mat Sabu membuat Laporan Polis, pihak Polis tampil dengan video pendedahan kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis [Utusan].

Jelas sekali di dalam hal ini pihak Polis tidak cerdik di dalam menjawab isu ini. Polis menyatakan video kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Sedangkan di dalam report 7 hari sebelum itu Mat Sabu mendakwa dirinya dilanggar oleh kereta Waja Polis. Apa kejadah pulak Polis cerita pasal Land Rover?

Di bawah ini pengakuan Mat Sabu semasa temuramah pada 13 Julai 2011 di ibu pejabat Suhakam. Saksikan sendiri pada sela masa 1:38 hingga 1:43 secara jelas Mat Sabu mengatakan bahawa "sebuah kereta lagi datang, kereta Waja merempuh motorsikal yang membawa saya" 

-MiloSuam

Kezaliman Berakhir Hanya Selepas BN Berkubur


Isteri kepada salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr D Jeyakumar, R Mohana Rani menyifatkan hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional,"kata beliau dalam satu ceramah di Ipoh.
Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.

Walau bagaimanapun, peguam kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan.

"Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan, angkat tangan anda (sebagai sokongan),"kata Kit Siang. -tvsnews

Ulasan GB

Semakin ramai yang menyedari bahawa polis dan kerajaan BN itu kejam dan zalim.

Selepas perhimpunan Bersih tempohari yang turut berkata demikian ialah sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, yang secara tajam menyatakan Najib memang kejamlah...

Polis, Najib dan UMNO nak nafi apa dan bagaimana lagi?
 

PDRM Buat Filem BERSIH2.0 Bagaikan Seekor Khinzir Mendakwa Taiknya Suci

Setelah sekian lama tunggu barulah polis menayangkan rakaman mereka tentang himpunan Bersih 2 yang kononya mereka punya tulen dan asli manakala yang pembangkang punya palsu dan telah diubahsuaikan. Adakah munasabah, dalam youtube dan internet ditayangkan pada hari himpunan itu berlaku, sempatkah untuk diubahsuaikan? Bagaimana pula rakaman yang dibuat oleh Media antarabangsa seperti BBC dan Al Jazeera?

Mereka ubahsuai juga ke rakaman mereka sebelum ditayangkan ke seluruh dunia? Yang pastinya semua rakaman polis itu lah sebenarnya yang diubahsuai dan semua kenyataan polis adalah karut umpama cuba menegakan benang yang basah. Rakyat bukan bodoh sekarang ini.

Begitu juga tentang punca kematian Baharuddin yang dikatakan patah tulang rusuk dan gigi. Kenyataan polis adalah meragukan kerana pihak hospital belum lagi mengeluarkan lapuran bedahsiasat tetapi polis dah tahu lebih awal. Nampak sangat pihak hospital telah diarahkan supaya mengeluarkan lapuran kelak sama seperti apa yang di nyatakan oleh polis nanti. Tidak pernah lagi kita dengar ada orang mati disebabkan oleh CPR, namun begitu, jika benar pihak hospital puncanya atau siapapun puncanya menyebabkan Baharudin mati, keluarga beliau harus mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atau siapa saja. Tetapi tidak akan ada orang percaya bahawa beliau mati disebabkan oleh CPR.|

Begitu juga isu gas pemedih mata yang digunakan oleh polis. Polis menafikan jenama yang sama digunakan oleh pihak Zionis terhadap penduduk Palestin, jika bukan dari mana datangnya kelongsong gas itu? Adakah dikirimkan oleh rakyat Palestin melalui pos laju pada hari tersebut? Seluruh dunia sudah melihat keganasan polis melalui rakaman Al Jazeera dan BBC, tiba-tiba polis cuba hendak menafikanya. Lucu dan memalukan. Maruah polis jatuh teruk akibat terlalu mengikut arahan UMNO.

Insaflah wahai polis, kita ada agama, ada Nabi dan ada Allah. Kita akan ditanya nanti, nak jawab macamana? Nak minta maaf kat sapa? Puak-puak UMNO hanya lepas tangan saja nanti. Mereka dah kayaraya, harta dan wang bertimbun tapi polis apa yang ada? Mereka anak beranak seronok sakan, sekejap melancung ke luar negara dan kemana saja. Polis juga menjadi mangsa cacimaki, sumpah seranah dan menjadi musuh rakyat. Bagaimana anak-anak polis ingin berdepan dengan masyarakat akibat perbuatan ayah mereka yang mengikut telunjuk UMNO itu?

Kesihanlah pada anak-anak itu. Mereka melihat apa yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat dan mendengar segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap ayah mereka. Dimana mereka nak sorokan muka? Bagaimana pula jika anak-anak polis itu diperlakukan sama seperti yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat sekarang ini?

Pastinya mereka akan menyalahkan ayah-ayah mereka kelak. Mengapa kita sanggup melihat anak menjadi mangsa akibat angkara kita yang tidak peduli dan seolah-olah kita tidak punya agama dan tidak takut pada dosa dan neraka?

Apa-apa pun kenyataan atau rakaman yang dibuat oleh polis, majoriti rakyat negara ini tidak akan percaya dan tidak akan terpedaya. Pengalaman yang berlaku dalam negara membuktikan bahawa polis negara kita tidak lagi boleh dipercayai (kecuali polis trafik). Mereka akan lakukan apa saja penipuan, ugutan, merekacipta bukti, fitnah dan pembohongan semata-mata untuk untuk menutup segala keganasan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat, dan yang paling memalukan ialah mereka melakukan semua itu adalah semata-mata untuk melindungi penyelewengan dan kezaliman pemimpin UMNO untuk terus berkuasa. Sebaliknya segala jenayah, penipuan, rasuah, penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ke atas hasil rakyat dan negara di tutup malahan dilindungi pula oleh pihak polis.

Bagaimana pun elok dicadangkan sekiranya ada peruntukan undang-undang yang boleh membawa kes jenayah dan keganasan yang dilakukan oleh polis ini ke Mahkamah Tribunal Jenayah antarabangsa, maka eloklah diseret Menterinya, Ketua dan Timbalan Polisnya, pegawai yang memerintah pada hari himpunan bersih termasuk komander FRU dan Cawangan Khas. Rakyat tidak boleh selama-lamanya membiarkan polis menggunakan kuasa dengan sesuka hati, seolah-olah mereka boleh buat dan bertindak apa saja terhadap rakyat yang menentang UMNO. Bumi Malaysia ini bukan hak UMNO dan bukan hak polis. Kita tidak boleh lagi mengharapkan polis untuk menjaga keamanan negara, keselamatan rakyat kerana sudah banyak bukti menunjukan bahawa polis bekerja atas perintah UMNO dan mengikut undang-undang yang ditentukan oleh UMNO bukanya undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang pemimpin UMNO kata dan arahkan, itulah undang-undang buat polis, SPR, SPRM, mahkamah, pendakwaraya dan semua agensi kerajaan yang lainya. Siapa bantah, bersiaplah untuk ke penjara atau dibelasah separuh nyawa atau akan di fitnah dengan cara bukti yang direkacipta.

Inilah akibatnya apabila berada di bawah telunjuk UMNO yang merasakan mereka punya kuasa dan boleh buat dan arahkan apa saja. Yahudi/APCO dan Zionis dijadikan idola. Peraturan ala komunis digunakan semula semata-mata kerana kuasa dan harta.Akhirnya rakyat menjadi mangsa. Mudah-mudahan Allah jatuh dan hancurkan UMNO dengan segera supaya rakyat tidak terus menderita.
sumber
 
http://abusyahirah.blogspot.com/2011/07/pdrm-buat-filem-bersih20-bagaikan.html

Teruknya Perdana Menteri kita pergi pasar "nite" rayu undi.

 
Hj Anuar Tahir sedang berceramah di Kg Sg Petai,Ckt Jering,Parlimen Bukit Gantang.

Pada malam kelmarin Hj Anuar Tahir AJK Pas Pusat,orang perlis memberitahu DS Najib pergi melilau dekat Perlis.

Kasihan Najib Razak,baru balik dari luar negara,sepatutnya duduk di Pejabat untuk pentadbiran negara.

"Najib ,pegi "pasar nite",rayu undi"kata Haji Anuar Tahir . Perdana Menteri tugasnya amat
besar,mengurus negara,bukannya sekadar bersalaman.

Pakatan kekal pendirian tolak SPR guna biometrik

SHAH ALAM, 25 Julai — Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik.

Kata beliau, segala aspek berkaitan mengenai keupayaan, aplikasi, teknikal, kesan dan kosnya masih di peringkat kajian.

“Kita bekerjasama dengan pakar yang terlibat bagi memastikan keupayaan sistem ini berkesan apabila dilaksanakan kelak.

“Sistem biometrik yang digunakan imigresen berlainan dengan SPR kerana penggunaan kami adalah untuk pilihan raya,” kata beliau lagi.

Wan Ahmad berkata, sistem tersebut telah dikaji sejak 2010 oleh pakar yang dilantik bagi memastikan keupayaan dan tempoh yang dapat digunakan.
Akhbar yang sama memetik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sistem biometrik mampu membuktikan pilihan raya negara ini telus dan adil.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini.

Laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mod Said berkata  sistem biometrik jabatannya, yang akan digunakan oleh SPR, untuk pengesahan pengundi kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.
 

Utusan Jilat Tahi Sendiri


Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.


Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.

Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk “Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan”.

Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.

Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.

Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.

Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.

Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.

Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

“Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.

“Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai,” katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).

Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan

Video Halal Dan Bersih : Kempen Terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA'



Tindakan pihak polis menayangkan video bersih 2.0 versi yang telah diedit sehingga lunyai untuk memaparkan 'kebaikan' polis sahaja adalah satu tindakan yang menunjukkan kebodohan terlampau polis dalam 'peperangan' di zaman siber masakini. Inilah akibatnya kalau polis hanya mengikut skrip lakonan yang disediakan oleh kerajaan umPORNO/BeEND yang hanya sesuai digunakan pada era zaman menentang komunis pada tahun 50 an dulu.

Kenapa kejadian sebenar yang berlaku dalam avenue K tidak ditunjukkan langsung oleh pihak polis.Polis hanya menunjukkan keadaan  di pintu masuk avenue K sahaja pada hari kejadian,kerana jika rakaman itu diambil dari semua kamera CCTV yang terdapat disitu ianya akan menunjukkan keadaan sebaliknya.Sedangkan banyak lagi kamera CCTV yang terdapat di dalam bangunan tersebut.

Video insiden yang menimpa Mat Sabu juga tidak ditunjukkan dengan jelas.Hanya kenderaan pajero polis  sahaja yang kelihatan disana dan menutup pandangan sebenar.Sedangkan pegerakan sebenar kereta proton waja polis tidak kelihatan dengan jelas dan terlindung.

Polis juga membuat kenyataan akan membuat lakonan semula BERSIH 2, di bukit Jugra, Banting. Tentulah lakonan tersebut dipenuhi dengan adegan-adegan layanan lembah lembut dan berbudi bahasa  oleh pihak polis terhadap peserta-peserta bersih.

Idea video dan lakonan semula ini hanyalah kerja sia-sia dan bodoh kerana bukti sebenar iaitu beratus-ratus video dan gambar sebenar di tempat kejadian telah pun tersebar di internet sejak daripada hari kejadian himpunan bersih 2.0 itu berlaku.

Semua warga dunia yang cerdik minda telah mentertawakan kebodohan polis malaysia selepas melihat kualiti kandungan video bersih versi polis tersebut.Nampaknya pihak polis telah menyemarakkan kempen terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA'
-MAFIABOSS

Saksikan Video Bersih Versi Polis Yang Ntah Ape-Ape..
(VIDEO TERBITAN PDRM LAGI HALAL DAN BERSIH)

(VIDEO TERBITAN PDRM LAGI HALAL DAN BERSIH)

Kuala Lumpur-Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

NONE“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.
Nasib polis

NONEBeliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

NONEMenurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.

“Sedangkan satu dunia tahu bahawa timbalan presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.
Video polis sahih

rais yatimSemalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

NONEMengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

Antara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

funeral baharudin bersih protesterSalleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.
RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta NONEmenunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," kata polis.
 

PERTEMUAN MESRA - SAYANGI KEDAH SEJAHTERA

Bersih 2.0 :Drama kejar mengejar aku, Mat Sabu, polis

oleh Mohamed Hanipa Maidin
 
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/mat%202.jpgKali ini aku ingin ber­kongsi cerita pra, semasa dan pasca himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kita mulakan dengan fasa pra perhimpunan. Aku dan Mat Sabu berada di luar negara kerana bererehat sebentar dek terlalu banyak kes Mahkamah yang melibatkanku (peguam) dan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu (anakguam) yang juga Timbalan Presiden PAS.
Di luar negara kami berbincang adakah Mat Sabu perlu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 8 Julai iaitu sehari sebelum Himpunan Bersih. Mat Sabu agak risau dicekup pada 8 Julai di Pulau Pinang maka ter­lepas untuk menyertai himpunan Bersih. Aku katakan pada Mat Sabu bahawa kami perlu hadir pada 8 Julai di mahkamah.
 
Maka pada hari tersebut, kami berdua berlepas ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang pada jam 6.55 pagi. Di Pulau Pinang aku dan Mat Sabu hadir di Mahkamah Tinggi bagi rayuan kes oleh Pendakwaraya ke atas keputusan Mahkamah Majistret di Jawi yang membebaskan Mat Sabu dan sembilan yang lain. Tapi jahatnya pihak pendakwaraya, mereka hanya merayu kes Mat Sabu sahaja.

Alhamdulillah di Pulau Pinang Mat Sabu tidak ditangkap. Ramai yang menyapa Mat Sabu tanpa mengira bangsa di Pulau Pinang dan semua bersemangat bercerita tentang Bersih dan tindakan polis yang mereka kata agak kururang siuman. Jam 6.30 petang, kami sampai di Subang. Kenderaan dan petugas keselamatan PAS menanti kami. Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami membeli baju warna kuning yang bakal dipakai di perhimpunan Bersih 2.0 keesokan harinya.
Pemandu yang membawa kami beritahu banyak sekatan jalan polis dan jika naik kereta tidak selamat. Dua buah motosikal disediakan untuk kami. Sampai di sebuah stesen minyak, Mat Sabu membonceng motosikal untuk dibawa ke sebuah hotel di ibu kota dan aku pula dibawa ke rumah. Kami berjanji akan jumpa malam itu di hotel.
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku membersihkan diri dan jam 12 malam berjumpa Mat Sabu di sebuah hotel di ibu kota.
Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel. Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).
Tiba-tiba aku terima SMS dari sahabat PAS Johor yang secara kebetulan dapat maklumat daripada seorang kawan lain yang berada di hotel penginapan Mat Sabu. SMS itu berbunyi; “Beritahu akhie Hanipa jangan balik ke hotel kerana polis sedang cari dia.”
Aku forwardkan SMS itu kepada Mat Sabu. Aku minta kawan yang minum bersama aku untuk lihat keadaan di hotel. Kawan aku pergi ke hotel dan beritahu ramai polis berkeliaran. Aku menelefon Dr Mohd Hatta Ramli dan beliau minta aku dan Mat Sabu ke Masjid Negara jika boleh lepas dari kepungan polis. Aku beritahu Mat Sabu apa yang Dr Hatta beritahu. Mat Sabu kata kita ke sana untuk solat Zohor. Maka petugas keselamatan menyediakan dua motor dengan dua penunggang. Aku naik satu motor dan Mat Sabu naik satu motor yang lain.
Sebaik sahaja Mat Sabu berjaya turun ke bawah (polis tidak menyedari Mat Sabu sudah terlepas), kedua-dua motor memecut deras membawa kami. Aku amat gayat membonceng motor yang dipandu laju. Tiba-tiba motor yang membawa Mat Sabu berhenti kerana dalam jarak 100 meter ada sekatan jalan polis. Kami cuba masuk ke kawasan perumahan dan tidak semena-mena kenderaan pacuan empat roda polis dan dua kereta peronda meluru laju dan membrek di hadapan motor kami.
Kami cuba berpatah balik tetapi dikepung dan pacuan empat roda polis dengan sengaja melanggar motosikal yang dinaiki Mat Sabu. Aku nampak bahagian depan jip Pajero itu melanggar kaki Mat Sabu.

Kedua-dua motosikal yang kami naiki jatuh dan beberapa anggota polis bertindak ala gangster menerpa kami sambil berteriak. Aku dijatuhkan dan muka aku ditekan oleh polis sehingga ter­kena roda motosikal. Aku lihat Mat Sabu dalam kesakitan dan memberitahu polis bahawa dia tidak boleh berjalan.
Tanganku digari ke belakang dan dimasukkan ke dalam kereta peronda. Aku protes tangkapan tersebut dan memberitahu polis yang aku seorang peguam. Namaku juga tiada dalam perintah mahkamah. ACP Fairuz (yang juga aku kenal kerana akulah peguam yang menyoal balas beliau dalam kes himpunan Protes) hanya mengatakan beliau “ikut arahan”. Jawapan standard polis.

Kami berempat dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana Mat Sabu kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Di Jinjang aku dikenali oleh beberapa anggota polis yang bekerja di mahkamah dan mereka agak terkejut kerana aku ditangkap. Apabila merereka kata pada aku “maaf tuan’ polis yang lain pula terkejut. Aku bersyarah panjang pada polis tentang hak orang yang ditangkap dan sedikit sebanyak mereka akur.
Aku dimasukkan ke dalam sel bersama-sama dua pemandu motosikal yang membawa kami. Di dalam sel, rupanya sudah ada merereka yang ditangkap kerana perhimpunan Bersih. Apabila aku ingin bersolat Zohor, polis arahkan aku berpindah sel. Aku dibawa ke sel baru dan di situ aku terserempak dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sel seorang diri. Aku juga melihat seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar juga dalam sel seorang diri. Aku diletakkan dalam sel bersebelahan Mahfuz. Kami bertiga dikurung di sel berasingan seorang diri (solitary confinement).

Tidak lama kemudian Tian Chua pula dimasukkan ke dalam sel di sebelah aku. Selepas itu Mat Sabu pula dimasukkan ke dalam sel di depan sel kami. Beliau hanya berkain pelekat dan kaki berbalut.

Mat Sabu berjalan terdencot-dencot. Tidak lama lepas itu Sivarasa Rasiah pula dimasukkan dalam sel di sebelah sel Mat Sabu. Maka kami ber­bual (sahut-menyahut) dengan nada ria antara satu sama lain.

Nampaknya, polis boleh menahan kami tetapi tidak boleh mencabut kegembiraan kami menentang kezaliman polis dan BN.

NAJIB nak mai Guar Chempedak nak buat kenduri kahwin anak dia kot?

Najib Sertai Kenduri Rakyat Di Kedah Khamis Ini

ALOR SETAR, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan makan tengah hari dengan duduk bersila bersama-sama rakyat Kedah, adalah antara program yang disusun sempena lawatan beliau ke negeri ini Khamis ini.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam Program Kenduri dijadual berlangsung di Padang Awam Guar Chempedak, yang dijangka dihadiri 10,000 orang.

Menurut pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan ke Masjid Taman Wira, Mergong pada sebelah pagi.

Masjid tersebut mendapat peruntukan kerajaan pusat untuk pembesarannya sebanyak RM1.2 juta.

Najib kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan, kata Ahmad Bashah.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan, katanya dalam kenyataan media di sini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan," kata Ahmad Bashah.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai, katanya.

-- BERNAMA

Ulamak perlu pimpin masyarakat

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 24 Julai 2011 –Seseorang ulamak ataupun pemimpin hendaklah memimpin masyarakat selari dengan kehendak Allah dan mereka hendaklah menjiwai agama serta tidak mengabaikan duniawi.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad berkata, ulama juga perlu menjiwai ilmu yang ada supaya masyarakat mendapat manfaat darinya. Ilmu yang ada perlu disampaikan kepada masyarakat supaya mereka juga mendapat manfaat darinya dan bukan untuk diri sendiri sahaja.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian penutup Kolokium Ulama di Kolej Universiti Insaniah.

“Bekalan ilmu ini perlu diwariskan kepada orang lain kerana inilah amalan yang tidak akan terputus hingga ke akhirat seperti menyampaikan tazkirah kepada orang ramai dan menjadi imam di. Ada ulamak yang hanya memberikan tumpuan terhadap kerjayanya sahaja tetapi tidak pandai untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

“Selain itu, umat Islam juga perlu menghidupkan kembali pentadbiran cara ulamak iaitu mentadbir alam ini sambil mengembangkan agama Islam dan tidak menyekutukan Allah disamping tidak mengambil ideologi lain selain Islam sebagai pegangan,” ujarnya.

Tambah Ustaz Abdul Ghani, barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai pengangan hidup maka mereka tidak mendapat apa-apa melainkan kerugian

Fakta Benar Perlukan Kesimpulan Betul

FAKTA BENAR PERLUKAN KESIMPULAN BETULProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Antara masalah besar sesetengah pihak dalam memahami ilmu ialah membuat kesimpulan yang salah terhadap sesuatu fakta yang benar. Kesimpulan itu sebahagiannya berpunca dari pemikiran lama yang sudah tersedia wujud dalam benaknya, atau atas satu kepentingan tertentu yang dia memang inginkan orang lain berfahaman begitu. Maka, sekalipun fakta itu benar, tetapi kesimpulannya salah maka keputusan hidup atau fatwanya akan salah.
 
Mengiktiraf Dan Menyokong

Banyak contoh yang boleh disebut dalam hal ini. Antaranya, ada pihak yang tidak dapat membezakan antara mengiktiraf hak dan menyokong sesuatu perkataan atau perbuatan. Mengiktiraf bukan bererti menyetujui apa yang dilakukan. Umpamanya, sebagai muslim kita mengiktiraf hak bukan muslim untuk mengamalkan agama mereka. Ini bukan bererti kita bersetuju dengan isi kandungan agamanya. Al-Quran sendiri melarang kita memaksa orang masuk ke dalam agama ini. Firman Allah (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Ertinya, membiarkan, atau mengiktiraf hak untuk sesuatu pihak menganut agama yang diyakini bukan bererti kita turut sama mempercayainya. Begitulah dalam banyak perkara dalam kehidupan ini. Kemudian, mengiktiraf dalam satu perkara bukan bererti mengiktiraf dalam semua perkara. Dulu saya telah tulis artikel Izin Bukan Bererti Redha. Malang sekali mereka yang dangkal gagal memahami hakikat ini. Mereka akan menuduh sesiapa yang mengiktiraf hak seseorang atau sesuatu pihak bererti dia telah menyokong atau menyertai pihak berkenaan, bahkan dituduh menyokong semua tindakannya yang lain.
Hasilnya, apabila ada yang mengiktiraf hak bukan muslim untuk menyuarakan pandangan mereka, atau meminta beberapa hak mereka maka ada yang menuduh ‘dia bersekongkol dengan orang kafir’. Lebih buruk lagi; dia redha dengan kafir maka dia menjadi kafir. Inilah contoh kedangkalan kefahaman.
Dalam politik pula, ada menteri yang dimarahi oleh partinya kerana mengiktiraf hak rakyat untuk berkumpul, bersuara dan mengadakan demonstrasi aman. Menteri itu dianggap tidak setia dengan parti dan berpihak kepada pembangkang. Inilah kedangkalan pemikiran fanatik politik.

Wira Jadi-Jadian

Apabila muncul seseorang tokoh agama yang ingin menjadi wira bagi mempertahankan segala tindakan pemerintah, sedangkan dia sendiri ‘tidak dalam’ fahamnya mengenai isu politik, maka dia membuat kesimpulan yang salah tentang banyak perkara berkaitan politik. Antaranya, apabila kita menyebut rakyat berhak untuk membantah atau tidak bersetuju, atau mengkritik tindakan atau dasar kerajaan secara aman, dia memahami kita membenarkan rakyat memaki-hamun atau memerangi pemerintah. Lalu, dibacakan dalil-dalil tentang larangan memaki-hamun dan memerangi pemerintah.
Memang, saya sendiri menentang sejak dahulu para penceramah parti pembangkang yang memaki-hamun kerajaan. Apatahlagi, mencerca pemerintah dalam isu-isu peribadi. Nas-nas agama terang dalam hal ini kerana dikhuatiri mudarat yang lebih besar.

Namun, jika mereka tidak memaki atau memerangi dan hanya keluar dengan aman, maka –dari segi nas agama- kita tidak boleh haramkan selagi tidak disertai dengan keganasan. Jika kita hendak nasihat, maka beritahu mereka jangan buat perkara-perkara haram semasa aktiviti tersebut. Jangan kerana ada orang yang kemalangan semasa pulang berhari raya maka kita haram orang menaiki kereta untuk pulang ke kampung. Sebaliknya, nasihat mereka untuk berdisiplin ketika memandu.

Betapa banyak demonstrasi dalam dunia ini telah menghasilkan perubahan yang positif dan menambahkan keamanan dunia. Antaranya, usaha yang dilakukan oleh Martin Luther King. Demokrasinya yang berjaya mengubah ketidakadilan, penindasan warna kulit dan pelbagai lagi kepada negara yang lebih baik dan aman. Dalam demonstrasi itu, Martin Luther King dalam ucapannya yang bersejarah “I Have A Dream” pada Ogos 1963 menyebut:
“I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of the former slave owners will be able to sit down together at the table of brotherhood…i have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character. I have a dream today” (Speeches That Changed The World, m.s 152).
Hari ini Amerika berterima kasih atas usahanya itu. Bagaimana mungkin untuk kita simpulkan semua demonstrasi membawa kerosakan dan kehancuran?!. Jika kita tidak bersetuju pun, kita kena mengiktiraf hak mereka yang bersetuju. Mengharamkan sesuatu atas andaian semata, tidaklah kukuh dari segi syarak. Sebab, dalam urusan muamalat kesemuanya berasaskan ‘harus atau dibolehkan sehingga terbukti ia haram’.

Beza Umum dan Peribadi

Memaki orang memang haram. Memaki pemerintah juga haram. Apa yang dilakukan oleh sesetengah puak dalam kalangan politik adalah perbuatan yang jelek. Islam memelihara akhlak dan budi. Kata Anas bin Malik r.a:
“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (Riwayat al-Bukhari).
Namun, kita hendaklah sedar dan faham bukan semua kritikan itu maki hamun. Apatah lagi dalam kerangka negara demokrasi yang dibentuk oleh kerajaan sendiri, kritikan atau bantahan terhadap tindakan kerajaan adalah sesuatu yang diizinkan oleh pelembagaan itu sendiri. Jika tidak, wakil-wakil rakyat di DUN dan Parlimen tidak boleh bersuara untuk didengari oleh pemerintah dan rakyat. Kalaulah kritikan semuanya diharamkan oleh agama, tentulah kerja ahli Parlimen mengampu semua yang kerajaan buat sahaja.
Lebih hodoh lagi, sang wira ini telah mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka. Dia gagal membeza antara mengkritik urusan peribadi pemerintah dan mengkritik tindakan pemerintah yang membabitkan kepentingan awam. Jika fatwa ini digunapakai, maka setiap tokoh agama, atau politik yang ditanya pendapat mereka oleh media tentu tiada ruang bersuara yang berbeza dengan kerajaan.

Misalnya, ada kerajaan yang ingin melanjutkan pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi. Saya percaya, jika tokoh ulama ini ditanya oleh awam, atau media, atau jika dia menjadi ahli Parlimen pasti dia akan berkata: “Saya tidak boleh mengkritik atau membantah ulul amri di khalayak ramai kerana itu haram”. Maka mandullah negara, rosaklah rakyat. Sedangkan para sahabat seperti Salman al-Farisi bangun membantah tindakan Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab dalam majlis terbuka. Demikian juga sahabat yang lain. Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.
Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:
“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.
Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.
Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.
Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?! Ya, adapun soal maksiat peribadi, seperti akhlak buruk pemerintah, atau keluarga mereka yang tidak membabitkan kepentingan negara, maka di situ kita dilarang mendedahkan atau menceritakan keaiban orang lain di khalayak ramai. Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti itu. Di sini Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).
Apa yang dibuat oleh sesetengah pihak dengan menceritakan aib peribadi pemimpin di khalayak ramai adalah menyanggahi syarak. Namun, itu bukan alasan untuk kita mengharamkan mengkritik pemimpin dalam perkara yang membabitkan soal kemaslahatan umum rakyat. Fatwa mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka adalah sikap mengampu yang berlebih. Maka, amatlah penting untuk membuat kesimpulan yang betul atas fakta yang dilihat. Jangan, lain fakta, lain kesimpulannya. Fahami teks dan konteks, nas dan realiti.

Beza Antara Singapura India dan Malaysia

 

  • Tok Wan
    Singapura bagi kerakyatan kpd Aleksandar Duric, Qiu Li, Mustafic Fahrudin dan Shi Jiayi,yg mmg diketahui latar belakang mereka sbg pemain bolasepak profesional, untuk memenangkan pasukan mereka, setidak-tidaknya ada hasil juga semalam. Tapi, mcmana pula dgn sebuah negara tertentu yg beri kerakyatan kpd pendatang yg tidak diketahui latar belakangnya (penyamun ka perompak ka perisik ka apa ka), semata-mata utk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa? Apakah ada jaminan yg baik utk kedaulatan negara berkenaan dan kepentingan rakyatnya?

    http://www.kedahlanie.info/

    Masa buat kerja lupa kata hangpa tu makan gaji duit rakyat..bila kantoi menteri pun tak mau tolong..!!

    Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’
    KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.

    Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

    Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

    Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.

    “Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”

    “Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.

    Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.

    “Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.

    “Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik,” kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.

    Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.

    “Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.

    “Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.

    “Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.

    Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

    Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

    Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan.
    “Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah,” katanya