Isnin, 25 Julai 2011

PDRM Buat Filem BERSIH2.0 Bagaikan Seekor Khinzir Mendakwa Taiknya Suci

Setelah sekian lama tunggu barulah polis menayangkan rakaman mereka tentang himpunan Bersih 2 yang kononya mereka punya tulen dan asli manakala yang pembangkang punya palsu dan telah diubahsuaikan. Adakah munasabah, dalam youtube dan internet ditayangkan pada hari himpunan itu berlaku, sempatkah untuk diubahsuaikan? Bagaimana pula rakaman yang dibuat oleh Media antarabangsa seperti BBC dan Al Jazeera?

Mereka ubahsuai juga ke rakaman mereka sebelum ditayangkan ke seluruh dunia? Yang pastinya semua rakaman polis itu lah sebenarnya yang diubahsuai dan semua kenyataan polis adalah karut umpama cuba menegakan benang yang basah. Rakyat bukan bodoh sekarang ini.

Begitu juga tentang punca kematian Baharuddin yang dikatakan patah tulang rusuk dan gigi. Kenyataan polis adalah meragukan kerana pihak hospital belum lagi mengeluarkan lapuran bedahsiasat tetapi polis dah tahu lebih awal. Nampak sangat pihak hospital telah diarahkan supaya mengeluarkan lapuran kelak sama seperti apa yang di nyatakan oleh polis nanti. Tidak pernah lagi kita dengar ada orang mati disebabkan oleh CPR, namun begitu, jika benar pihak hospital puncanya atau siapapun puncanya menyebabkan Baharudin mati, keluarga beliau harus mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atau siapa saja. Tetapi tidak akan ada orang percaya bahawa beliau mati disebabkan oleh CPR.|

Begitu juga isu gas pemedih mata yang digunakan oleh polis. Polis menafikan jenama yang sama digunakan oleh pihak Zionis terhadap penduduk Palestin, jika bukan dari mana datangnya kelongsong gas itu? Adakah dikirimkan oleh rakyat Palestin melalui pos laju pada hari tersebut? Seluruh dunia sudah melihat keganasan polis melalui rakaman Al Jazeera dan BBC, tiba-tiba polis cuba hendak menafikanya. Lucu dan memalukan. Maruah polis jatuh teruk akibat terlalu mengikut arahan UMNO.

Insaflah wahai polis, kita ada agama, ada Nabi dan ada Allah. Kita akan ditanya nanti, nak jawab macamana? Nak minta maaf kat sapa? Puak-puak UMNO hanya lepas tangan saja nanti. Mereka dah kayaraya, harta dan wang bertimbun tapi polis apa yang ada? Mereka anak beranak seronok sakan, sekejap melancung ke luar negara dan kemana saja. Polis juga menjadi mangsa cacimaki, sumpah seranah dan menjadi musuh rakyat. Bagaimana anak-anak polis ingin berdepan dengan masyarakat akibat perbuatan ayah mereka yang mengikut telunjuk UMNO itu?

Kesihanlah pada anak-anak itu. Mereka melihat apa yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat dan mendengar segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap ayah mereka. Dimana mereka nak sorokan muka? Bagaimana pula jika anak-anak polis itu diperlakukan sama seperti yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat sekarang ini?

Pastinya mereka akan menyalahkan ayah-ayah mereka kelak. Mengapa kita sanggup melihat anak menjadi mangsa akibat angkara kita yang tidak peduli dan seolah-olah kita tidak punya agama dan tidak takut pada dosa dan neraka?

Apa-apa pun kenyataan atau rakaman yang dibuat oleh polis, majoriti rakyat negara ini tidak akan percaya dan tidak akan terpedaya. Pengalaman yang berlaku dalam negara membuktikan bahawa polis negara kita tidak lagi boleh dipercayai (kecuali polis trafik). Mereka akan lakukan apa saja penipuan, ugutan, merekacipta bukti, fitnah dan pembohongan semata-mata untuk untuk menutup segala keganasan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat, dan yang paling memalukan ialah mereka melakukan semua itu adalah semata-mata untuk melindungi penyelewengan dan kezaliman pemimpin UMNO untuk terus berkuasa. Sebaliknya segala jenayah, penipuan, rasuah, penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ke atas hasil rakyat dan negara di tutup malahan dilindungi pula oleh pihak polis.

Bagaimana pun elok dicadangkan sekiranya ada peruntukan undang-undang yang boleh membawa kes jenayah dan keganasan yang dilakukan oleh polis ini ke Mahkamah Tribunal Jenayah antarabangsa, maka eloklah diseret Menterinya, Ketua dan Timbalan Polisnya, pegawai yang memerintah pada hari himpunan bersih termasuk komander FRU dan Cawangan Khas. Rakyat tidak boleh selama-lamanya membiarkan polis menggunakan kuasa dengan sesuka hati, seolah-olah mereka boleh buat dan bertindak apa saja terhadap rakyat yang menentang UMNO. Bumi Malaysia ini bukan hak UMNO dan bukan hak polis. Kita tidak boleh lagi mengharapkan polis untuk menjaga keamanan negara, keselamatan rakyat kerana sudah banyak bukti menunjukan bahawa polis bekerja atas perintah UMNO dan mengikut undang-undang yang ditentukan oleh UMNO bukanya undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang pemimpin UMNO kata dan arahkan, itulah undang-undang buat polis, SPR, SPRM, mahkamah, pendakwaraya dan semua agensi kerajaan yang lainya. Siapa bantah, bersiaplah untuk ke penjara atau dibelasah separuh nyawa atau akan di fitnah dengan cara bukti yang direkacipta.

Inilah akibatnya apabila berada di bawah telunjuk UMNO yang merasakan mereka punya kuasa dan boleh buat dan arahkan apa saja. Yahudi/APCO dan Zionis dijadikan idola. Peraturan ala komunis digunakan semula semata-mata kerana kuasa dan harta.Akhirnya rakyat menjadi mangsa. Mudah-mudahan Allah jatuh dan hancurkan UMNO dengan segera supaya rakyat tidak terus menderita.
sumber
 
http://abusyahirah.blogspot.com/2011/07/pdrm-buat-filem-bersih20-bagaikan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan