Rabu, 20 Julai 2011

Ku Li Sokong Tuntutan Bersih 2.0

SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
 
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
 
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.
 
Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.
 
Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.
 
Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.
 
“Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
 
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
 
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
 
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
 
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
 
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
 
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
 
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
 
“Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap,” di dalam media, kata beliau.
 
“Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam,” kata Ku Li.
 
“Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya,” tegas beliau.TVS
 

FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN

Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.
Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya. “Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi.-
KD

CERAMAH UMUM&Agihan Borang Felda Plantation 100 Hari Pemerintahan PR Peringkat Negeri Perak



Peguam: Serangan ke atas pengawal cubaan bunuh

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

NONEBeliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.
Masih trauma

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.
Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.
NONEKatanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.
Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

NONEPada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

[Baca berita penuh]

RAKYAT itu BOS dan KERAJAAN sekadar PENGURUS.. jadi jika PENGURUS pecah amanah..BOS simpan buat apa lagi!!!!!

Rakyat adalah majikan, kerajaan hanya pengurus

20 July 2011

KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Majikan kepada kerajaan adalah rakyat Malaysia sebagai pengundi dan pembayar cukai yang berhak menyokong atau membantah apa-apa tindakan kerajaan.

Setiasuaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong kerajaan yang memungut cukai dari rakyat memperuntukkan sebahagian hasil itu kepada polis untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan-kepentingan politik pihak tertentu.

“Kerajaan UMNO-Barisan Nasional pula bukanlah tuan, sebaliknya hanyalah ‘pengurus’ yang dipilih oleh rakyat.

“Jika kerajaan dipilih dalam pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, maka kerajaan itu tidak sah dan ianya bukan sebuah sistem yang bersifat demokratik. Maka rakyat sebagai majikan atau boss bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan ini,” katanya kepada Roketkini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata orang ramai tidak boleh mempersoalkan tentang mengapa Ordinan Darurat masih diguna pakai sehingga hari ini, atas alasan keselamatan negara.

Sehingga hari ini, akta zalim seperti ordinan itu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih lagi diguna pakai untuk menahan mana-mana individu yang dianggap menentang kerajaan BN tanpa melalui perbicaraan.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, semua perkara yang berlaku lewat 40 tahun ini berpunca daripada kerajaan BN sendiri yang menggubal Ordinan Darurat tersebut berdasarkan keputusan politik semata-mata.

Beliau mengingatkan kembali mengenai Ordinan Darurat 1969 yang dilaksanakan kerajaan selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Apabila Parlimen kembali bersidang pada Februari 1971, ini bermakna darurat 1969 sudah berakhir.

“Malangnya, undang-undang darurat itu, seperti juga ISA, tidak pernah dibatalkan, dan ini membawa maksud yang jelas bahawa kerajaan akan menggunakan apa sahaja tindakan untuk kekalkan kuasa,” katanya mengulas mengenai ordinan tersebut yang digunakan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Pada 24 Jun lalu keenam-enam mereka telah ditahan atas tuduhan cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan pada 2 Julai mereka dilepaskan sebelum ditahan semula di bawah Ordinan Darurat.

Kenam-enam anggota PSM tersebut ialah Dr. Michael Jeyakumar, R.Sarat Babu, M.Saraswathy, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Choo Chon Kai.

Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menambah, perkara yang dibangkitkan Nazri itu berbalik semula kepada tuntuan pilihan raya bersih dan adil yang dituntut rakyat Malaysia.

Jelas beliau lagi, jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang, segala akta-akta yang menindas rakyat seperti Ordinan Darurat, ISA dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan dihapuskan sama sekali.

“Selain itu, media akan diberi ruang untuk bersuara sejajar dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan Perlembagaan,” katanya. – Roketkini.com

Demokrasi di Malaysia makin pincang

Mohd Syahid

Ahli parlimen merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan dan masalah mereka. Konsepnya wakil yang dipilih ini adalah pekerja untuk rakyat dan rakyat adalah tuannya. Seharusnya wakil yang dipilh oleh rakyat ini memainkan peranan penting dalam membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat.

Namun ada sesetengah wakil rakyat ini membalas pengharapan rakyat dengan mengkhianati amanah yang diberi. Mereka membolot harta rakyat sesuka hati mereka demi kepentingan peribadi. Membina mahligai berjuta-juta ringgit di saat ramai rakyat di sekeliling rumah mereka menanti saat rebah ke bumi. Berbelanja kelengkapan peribadi ribuan ringgit di saat ada rakyat menjadi peminta sedekah yang mencari sesuap nasi untuk anak di rumah.

Kos kehidupan yang meningkat dan kenaikan harga barang lebih menghimpit golongan miskin ini. Kajian yang dilakukan mendapati pendapatan isirumah di bawah RM 2000 boleh dikatakan sebagai golongan miskin.

Dalam keghairahan mengejar status negara maju namun Malaysia masih mempunyai jurang pendapatan yang besar. Ibarat pepatah Melayu menyebut ‘menang sorak kampung tergadai’. Lebih parah apabila budaya rasuah dan ketirisan wang telah menyebabkan negara rugi berbilion ringgit. Malah rasuah juga berlaku kesan daripada demokrasi yang cacat. Demokrasi Malaysia masih bersifat sempit dan belum matang sepenuhnya.

Menyentuh tentang isu 6 orang termasuk seorang Ahli Parlimen Sungai Siput (U), Dr Jayakumar yang ditahan dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969. Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Sebelum itu, beliau ditahan kerana didakwa melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

Saya berpandangan kalau benar beliau bersalah sepatutnya beliau dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, Biarkan mahkamah yang menentukan bersalah atau tidak. Adalah tidak adil jika beliau ditahan berhari-hari tanpa belum dibuktikan bersalah lagi. Malah penahanan beliau membantutkan tugas beliau sebagai ahli parlimen.

Keruntuhan demokrasi juga turut menjalar ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) apabila pentadbiran KUIN telah bertindak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menggantung pengajian lima orang pelajarnya kerana didakwa mengadakan demontrasi berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

Di Mesir pula seorang mahasiswa Mohd Firdaus Madzlan telah dibuang daripada universiti adalah disebabkan beliau menganjurkan Bersih 2.0 di Mesir baru-baru ini. Tindakan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan negara, iaitu hak setiap warganegara untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Oleh itu, saya mengharapkan supaya pemimpin negara lebih serius dalam menagani rasuah dan mengamalkan kehidupan yang lebih bersederhana.

Selain itu, berdasarkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia saya juga berharap pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Dalam Negeri dapat mempertimbangkan semula penahanan mereka selaras dengan status Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan mengkaji semula mana-mana akta yang melanggar nilai demokrasi di Malaysia seperti AUKU, Ordinan Darurat dan ISA.

Pak Menteri Penipu

Suhaimi Taib
Mengapa kita biarkan diri ditipu
Janji manis palsu, “satujambatan RM20 juta akan dibina.”
berbuih tumpah dari mulut Pak Menteri
sebelum pilihan raya tak bersih --dan kini,
masih tak bersih.

Hari ini mulut-mulut rakyat terlopong
Kerana ditipu buat kesekian kalinya
oleh penguasa petualang negara.

Pilihanraya tak besih datang lagi
Pak Menteri terhegeh-hegeh
Berjanji lagi, “tahun ini jambatan RM20 juta akan dibina.”
Rakyat di hulu negeri tersengih gembira

beberapa purnama berlalu
masih tidak ada jambatan untuk laluan
merentas desa dan kota.

Penoreh getah ditipu lagi
Kerana usianya seusia pohon getah tua
susunya sudah hampir habis ditoreh

Telinganya tersumbat sebelah
media senget dan muka berbukah
melepak di goboknya saban hari.

Malu anak watan rasa ditipu
Jika dirinya tengadah
Anak muda biar genggam bara
Abunya biar beku di tangan
Namun Pak Menteri penipu
sergahlah dengan sapaan amaran.

17 Julai 2011
Kuala Terengganu

Kami nak FORUM : SPR dan BERSIH 2.0 di siarkan secara Live

SPR — Ambiga muncul pentas sama, personaliti bukan isu kata Wan Ahmad

July 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Bersih 2.0 akan bertemu di pentas yang sama minggu depan sementara Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata isunya bukan personaliti, tetapi peluang menerangkan kepada rakyat isu yang menjadi fokus sekarang.

“Kita akan hadir, saya akan hadir pada forum itu,” kata timbalan pengerusi SPR itu ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.

Wan Ahmad (gambar) bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga akan muncul pada wacana “Apa Selepas 9 Julai?” anjuran akhbar Kumpulan Media Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian, di Shah Alam Selasa depan.

Pertemuan kepimpinan SPR dan Bersih 2.0 itu merupakan kali pertama selepas perhimpunan 9 Julai yang memfokus kepada lapan tuntutan berkaitan pembaharuan pilihan raya.

Turut menyertai mereka ialah Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai perkara menyentuh pilihan raya negara ini.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan di mana-mana forum sahaja... kalau diberi ruang kami akan gunakan untuk memberi penjelasan... itulah ruang yang diberikan, dan kami akan menggunakan ruang itu,” kata beliau lagi.

Penganjuran wacana ini dilihat mendapat reaksi berbelah bahagi.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Abdul Jalil Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, pihaknya memilih isu tuntutan Bersih 2.0 sebagai tajuk kerana ia masih menjadi bahan perbincangan walaupun dua minggu sudah berlalu.

“Kami menyediakan ruang perbincangan secara intelek kepada orang ramai, membincangkan isu ini secara terbuka... khalayak boleh tanya soalan kepada panel,” kata beliau.

“Ya, ini kali pertama kedua-dua kepimpinan SPR dan Bersih bertemu secara rasmi selepas perhimpunan 9 Julai, peluang bagi mengetahui isu ini secara mendalam,” kata Abdul Jalil yang turut mengesahkan kesemua ahli panel sudah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Menurut Abdul Jalil, wacana merupakan program bulanan pihaknya membincangkan isu-isu semasa.

“Sebelum ini, wacana kami menyentuh isu rasuah, isu fitnah dan kali ini kami merasakan isu tuntutan pembaharuan pilihan raya... ini bukan soal politik, tetapi lebih kepada perbincangan akademik, secara intelek... kita menyediakan peluang kepada tokoh-tokoh dan juga orang ramai berbincang dengan waras dan intelek,” kata beliau.

Beliau juga mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan wacana kali ini membincangkan isu perhimpunan 9 Julai.

“Tentu ada pihak yang menentang, mereka yang tidak berpuas hati tetapi kita tidak terikat... kita hanya buka medan perbincangan,” kata Abdul Jalil.

Beberapa tulisan blog pro-Umno didakwa mengecam penganjuran wacana ini yang menemukan SPR dan kepimpinan Ambiga.

Usaha mendapatkan Ambiga belum berhasil dan difahamkan berada di luar negara.

Bersih 2.0, yang menurut Putrahaya telah diharamkan sejak 1 Julai lalu, mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai, dengan mendakwa disertai sekitar 50,000 orang, di sebalik sekatan ketat pihak polis.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu mengemukakan lapan tuntutan iaitu mrminta SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor

Kerana Mereka.. Rosak nama PDRM..



Bagi aku.. adalah tidak patut jika kita melabelkan semua anggota PDRM itu zalim dan tidak bertimbangrasa, apa yang mereka lakukan itu hanyalah kerana menurut arahan..

Apa yang menjadikan mereka bertindak zalim itu adalah kerana mengikut perasaan
Tetapi oleh kerana tindakan segelintir dari mereka yang bertindak mengikut perasaan maka buruklah nama PDRM, umpama kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..

Gambar diatas adalah gambar seorang anggota Polis? yang bertindak mengikut perasaan..

Lihat video-video dibawah yang memperlihatkan kepada kita anggota-angota Polis yang melanggar SOP mereka..
sumber




Kenapa katak ini menangis?


UiTM belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan presiden PERKASA supaya Anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

NONEMenurut naib canselornya, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar UiTM tidak memilih nama ataupun membuat sebarang cadangan anugerah berkenaan.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.

Menurut beliau senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan,

“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.

Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

NONE“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata Sahol Hamid.

Isnin lalu, Impak pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri .

perkasa first agm 270310 kerisSelain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Bagaimanapun tindakan menamakan anugerah itu sempena naman pemimpin yang kontroversial itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pelbagai pihak. -M'kini

Kelantan Cheng Ho 2011 yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan





Kemeriahan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah pengunjung yang berkunjung ke Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho 2011 pada malam semalam walau cuaca mendung dan hujan membasahi bumi Serambi Mekah yang diberkati Allah s.w.t ini.

Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho 2011 akan berakhir pada 23 Julai 2011 (sabtu ini)
Fitnah dan laporan palsu mengenai Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho 2011 ini tersebar saentaro alam maya oleh mereka yang cemburu dengan kejayaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kita kasihi.

di bawah adalah URL laman blog yang memfitnah dan membuat laporan palsu mengenai Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho 2011 anjuran kerajaan negeri Kelantan
 
fitnah 1
fitnah 2
fitnah 3
fitnah 4

Video Dibawakan khas oleh:
husam tv
sumber: www.husammusa.com

BERS✔H Akhinya Berjaya Serah Dokumen 8 Perkara Kepada Agong

Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.

Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.
'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.

Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.

Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.

Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.

Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.

Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.

'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.

Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.

Bersih hands over memo to King

The Bersih's eight-point memorandum was delivered to the palace on Friday by two members of the steering committee.

KUALA LUMPUR: Election watchdog Bersih 2.0 has finally delivered its eight-point memorandum to the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Richard Yeoh and Liau Kok Fah, members of the Bersih 2.0 steering committee, gave the memorandum to an aide of the King’s private secretary on Friday afternoon.

“The memorandum called for electoral reforms,” Liau told FMT today.

Bersih 2.0’s eight-point memorandum calls for a cleaning of the electoral roll, the reformation of the postal ballot, using indelible ink, a minimum of 21 days for campaigning, free and fair access to media, the strengthening of public institutions such as the Election Commission, and putting a stop to corruption and dirty politics.

It also calls for the release of the six leaders of Parti Sosialis Malaysia (PSM), including Member of Parliament Dr Michael Jeyakumar Devaraj, who has been detained under the Emergency Ordinance.

The Bersih 2.0 rally held on July 9 saw tens of thousands people dressed in yellow taking to the streets to call for fair electoral processes.

However, the Bersih steering committee members were not able to march to the palace to deliver their memorandum as they had been arrested earlier by the police. -FMT

Demonstrasi kena diteruskan, negara jadi neraka kalau Umno terus perintah

Cuba baca laporan mengenai "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009". Laporan tu meletakkan Malaysia nombor lima dalam senarai "Top 10 countries with the highest measured cumulative illicit financial outflows between 2000 and 2008". Laporan tu juga menyatakan:
Financial flows from Malaysia have more than tripled from $22.2 billion in 2000 to $68.2 billion in 2008. This growth rate, seen in few Asian countries, may be a result of significant governance issues affecting both public and private sectors.
Bagai biasa, sebahagian orang Umno yang bongok akan jawab, 2008 zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) perintah. Sudah jadi satu trend dalam Umno untuk meletakkan semua kesalahan kepada Pak Lah. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tak salah walaupun Najib orang dua dalam kabinet Pak Lah manakala Muhyiddin pula salah seorang menteri kanan.

Tak habis-habis dok salahkan Pak Lah sahaja, depa ingat rakyat bongok macam depa dan percaya silat bangang lidah penipu depa.

Tu satu hal, kalau berlaku aliran wang yang keluar atau cabut lari dari negara ini, sama ada secara haram atau halal, hampa ingat tu duit bakaq a.k.a. ~penarik beca ka? Selain tauke-tauke yang mengkulikan dan merogol ketuanan Melayu, golongan lain yang paling kaya dalam negara ini ialah kepala-kepala Umno dan Barisan Nasional (BN), anak beranak serta kroni-kroni mereka. Itu dua kelompok kaya yang paling utama dalam negara ini.

Kalau duit keluar, sukar dinafikan duit itu adalah duit kelompok paling kaya yang bawa pelari duit depa keluar dari negara ini. Kalau duit pelabur atau peniaga yang cabut lari (maksudnya ditarik keluar dari negara ini), tu orang panggil capital flight. Ni illicit financial flows.

Lagi lama Umno dan BN perintah negara ini, negara ini akan menjadi neraka kepada kita dan syurga kepada kepala-kepala Umno dan kroni-kroni mereka. Oleh kerana demonstrasi ala demonstrasi Bersih baru-baru ini berjaya menjadikan Umno menggelejat ketakutan, demonstrasi seperti itu mesti diteruskan.

Umno adalah mungkar terbesar dan jahat terbesar dalam negara ini. Lawan yang tu dulu. Lain-lain kita kira kemudian.
 
http://penarikbeca.blogspot.com/2011/07/demonstrasi-kena-diteruskan-negara-jadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29

PR tidak tolak pembangunan, tetapi PR tolak penyelewengan.


17 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA PEJABAT ADUN TITI SERONG/
PEJABAT SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menjelaskan kepada BN bahawa mereka perlu cermin wajah sendiri terlebih dahulu, supaya BN dapat melihat sendiri betapa hodohnya wajah mereka sebagai sebuah parti yang sarat dengan taktik dan strategi kotor dalam berpolitik.

Saya menafikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan sudah menjadi lumrah Pakatan Rakyat untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata tidak berpaksi kepada realiti,

Pakatan Rakyat positif terhadap sebarang kemajuan khususnya untuk rakyat, akan tetapi dakwaan beliau nampaknya sekadar untuk menlindung segala kelemahan pentadbiran negara lebih 50 tahun ditangan BN..

Sebetulnya Pakatan Rakyat menolak sebarang pembangunan UMNO-BN yang merugikan rakyat,apalagi disebabkan oleh amalan salah guna kuasa BN terhadap wang rakyat.

Kebanyakan projek mega yang dilaksana oleh UMNO-BN memang dengan alasan dan bermatlamat untuk menyenangkan rakyat sebagaimana tertera dalam setiap objektif proposal tender yang dikemukakan, akan tetapi tidak ramai rakyat yang tahu wujud “tangan bawah meja” yang menyapu wang rakyat secara tidak sah.

Malah terlalu banyak tender yang diagihkan tidak melalui proses yang telus dengan mengabaikan polisi tender terbuka yang boleh menjamin wang rakyat secara selamat.

Sebagai contoh, negara memperuntukkan RM111 juta untuk projek Permata Negara kendalian Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur, siapa yang untug melalui bajet ini? Sedangkan telah wujud program yang sama iaitu tadika KEMAS yang juga melibatkan penyaluran dana yang besar dalam setiap kali bajet dibentang..

Di ibu kota misalnya, rakyat telah “disajikan” dengan pemandangan besar Menara Berkembar Petronas, tidak cukup dengan pembaziran tersebut,rakyat akan disajikan lagi dengan menara warisan pula, adakah rakyat dapat manfaat dari RM5 bilion untuk bina menara tersebut?

Realitinya UMNO-BN sering kali membawa suatu yang tidak diperlukan rakyat, itulah rasionalnya mengapa Pakatan menolak sebilangan besar projek mega oleh umno-bn.

Sebenarnya masih banyak program yang melibatkan kepentingan ramai dan rakyat bawahan , namun sering diabaikan kerana tidak menguntungkan kroni dan pihak tertentu.

Semuga harapan itu dapat dilaksanakan sekiranya rakyat memberi harapan dan kemenangan kepada Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pusaT dalam PRU ke 13 akan datang.

DRS, KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 19 julai 2011

Video : Ceramah Saifuddin Nasution & Anwar Ibrahim



DATO' TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

18 Sya'ban 1432 H | 19 Julai 2011

Untuk makluman kepada semua, Dato' Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.

Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Laman web UiTM padam iklan anugerah Ibrahim Ali

SEMALAM Website Rasmi UiTM ada menyiarkan iklan berkenaan anugerah Ibrahim Ali (RM5,000) yang ditaja sendiri oleh Bapak Katak itu kepada mana-mana pelajar yang boleh menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan seperti dirinya [Anugerah Katak].


Akibat dikecam dan dibidas teruk oleh pelbagai pihak berhubung anugerah lawak dan menjadi antara berita paling kelakar bulan ini [Malaysiakini], laman sesawang yang menggunakan sub domain impak.uitm.edu.my itu telah memadam iklan anugerah lucu tersebut [Impak UiTM].

Semalam ada [Google Cache] hari ni dah hilang [Impak UiTM]. Elok Ibrahim Katak bagi anugerah tu kepada ahli-ahli Perkasa sahaja, tak pun bagi jelah kat diri sendiri.

ReJaM© "Universiti bukan tempat mendidik pelajar menjadi katak yang rasis"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/laman-web-uitm-padam-iklan-anugerah.html#ixzz1SbHs7JCj

Blogger kesan IC sama tapi 2 nama pemilih

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.

Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

"Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.

Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri.

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'.

"Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya.

Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.

Kerajaan Negeri kedah akan bayar subsidi bil elektrik dan air untuk semua masjid di negeri Kedah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg35UxhTKyUiecAzwuV7dZIGjI0r7wV1TAbMCH6E_fyrpsS17-vOr0DjAKnGYOemJsRCkLJhX1B2Vl9lXQyZ-oxyeZk-b1QrA51_iT1K2dI1yUFkOE0W0XJJBcJDJOEhkP9u5nuMTc85ISI/s1600/19jul11+001.jpg
Kerajaan Negeri kedah melalui Pejabat Agama Daerah akan bayar subsidi bil elektrik dan air untuk semua masjid di negeri Kedah.

Jika ANWAR @ NIK AZIZ yg buat perjumpaan macam nie mau 30hari 30malam dok ulang dalam TV3suku dan RTM sebagai ejen Kristian&mcm2 ejen lagila

http://media1.malaysiakini.com/285/4c19084d7fbf634882571602c45e1c8a.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTLy_eAwRx-D0Sno2acQOu1j2_rEXGXmCjZzEH8mOJRpZ9s5xonB4tMW5gaI8cRFqN6NKX2uYYj0EpV0B7ti_Y4fbjZSRAawnKclX5P7Ye9ER6d19BeqMmGBMll0I_kibDEDESc8x13fs/s1600/loya18f9ca549ba6963509b5318c810242c2.jpg

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/05/seruan_bangkitlah_melayu-utusan_malaysia.jpg


Jika ANWAR @ NIK AZIZ yg buat perjumpaan macam nie mau 30hari 30malam dok ulang dalam TV3suku dan RTM sebagai ejen Kristian, katanyee...!!!