Selasa, 27 September 2011

Fuyoo.... ini macam kalo... habis KO Najib..!


Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.

Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu. - Sumber Harakah..

Hudud Tak Sesuai Dalam Masyarakat Majmuk? Kamal Koh Bidas Kenyataan Ahmad Zahid

Tolak hudud, tolak hak Muslim

PETALING JAYA: Golongan yang menolak pelaksanaan hukum hudud telah menolak hak asasi manusia, menafikan hak masyarakat Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Haji Kamal Koh berkata, mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.
“Kenapa kita mesti mengorbankan hak kita, mengenepikan hak kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain,”? soal beliau ketika diwawancara oleh FMT mengenai isu hudud yang menjadi polemik dewasa ini.

Kamal Koh berkata, dalam negara demokrasi, kuasa terletak pada rakyat majoriti dan pendapat majoriti harus didengar dan diikut. Di negara ini, orang-orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam merupakan penduduk majoriti.

“Seharusnya undang-undang Islamlah yang layak dilaksana dan digunapakai di negara ini, jika kita mengambilkira jumlah penduduk majoriti,” terangnya.

Beliau berpendapat isu hudud ini menyerlahkan masalah keyakinan orang-orang Islam sendiri tentang kelebihan dan kebaikan undang-undang Islam. Mereka mempersoalkan – bolehkah undang-undang ini dilaksanakan di negara ini?

“Ini merupakan krisis keyakinan,” kata beliau sambil membidas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menyatakan hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ujar beliau, “segolongan masyarakat mempunyai persepsi yang negatif dalam menangani hukum hudud kerana peranan media arusperdana yang sering memperlekeh isu ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk menukar persepsi negatif ini kepada positif.”

Kamal Koh menyoal,
“apabila Allah SWT mewajibkan pelaksanaan hukum hudud, adakah Allah tidak tahu di Malaysia ini terdapat masyarakat majmuk, yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain?

“Adakah Allah tidak tahu tentang perkara ini? Bukankah Allah yang mencipta masyarakat majmuk itu dan Dia juga yang mencipta hukum hudud?,”
soal beliau lagi.

Seperti takut hantu

Katanya, sebenarnya mereka yang menentang hukum hudud adalah seperti kata (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru) Datuk Nik Aziz (Nik Mat), “takut hudud seperti takut hantu.”

“Orang yang tidak faham hukum hudud atau tidak mengenal hantu, akan menentangnya secara membabi buta,” kata Nik Aziz.

Menurut Kamal Koh, penentangan Pengerusi DAP Karpal Singh juga tidak mempunyai asas kerana Nik Aziz mengumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sebuah akhbar arus perdana semalam melaporkan bahawa Nik Aziz berkata kerajaan negeri mahu melaksanakan undang-undang itu melalui sistem mahkamah syariah.

Ini ekoran dari sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan juga menurutnya, tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud dan qisas seperti mana yang disuarakan oleh pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr. Aziz Bari.

Menurut Aziz Bari, undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan tidak menghalangnya.
Kamal Koh juga mempersoalkan mengenai undang-undang negara yang diterima pakai sekarang ini sebagai warisan dari sistem undang-undang penjajah British.

“Negara kita seolah-olah belum merdeka kerana masih terikat dan terpaksa menerima pakai undang-undang penjajah (yang digubal oleh Lord Reid) yang dianggap sesuai untuk masyarakat majmuk dan undang-undang itu berkuasa (supreme) atas segala-galanya,”
tegas beliau.

Kamal Koh juga menyarankan supaya kesedaran politik Islam dipertingkatkan di kalangan orang Melayu-Islam sendiri dan orang-orang bukan Islam juga harus diberi penerangan dan kesedaran tentang betapa indahnya undang-undang ciptaan Ilahi ini.

Nik Aziz pernah menyifatkan undang-undang Islam ini seperti nasi beriani. Orang-orang yang hanya makan nasi biasa tetapi tidak pernah makan nasi beriani tidak akan tahu betapa nikmat dan lazatnya nasi beriani. -FMT

Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan - Zahid Hamidi

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.

"Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Kami Anak 1Malaysia' membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.

Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.
"Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu," tambahnya. - BERNAMA

PANAS!! Sindrom menipu Utusan telah menjangkiti Akhbar Cina?

Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal.


Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.

Hasil kerja : Milo Suam

ISU HUDUD... KENAPA NAJIB MENEMPAH KEMURKAAN ALLAH?


ALLAH berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36, "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata."

Seorang ulama dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka mereka ini tergolong secara langsung sebagai manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Pernah kah kita terbaca atau terjumpa catitan sejarah bahawa terdapat manusia yang menang dalam peperangan menentang Allah? Waliya uzubillah. Saya belum pernah terjumpa buku atau mendengar kuliah yang menyatakan manusia pernah menang dalam peperangan menentang hukum-hukum Allah.

Apa yang saya pernah dengar dan pernah tengok dengan mata sendiri ialah manusia dan bumi dihancurkan Allah angkara keangkuhan dan kesombongan manusia yang menganggap diri mereka lebih hebat dan lebih bijak dari Allah s.w.t.

Allah berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41, "Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. (Timbulnya perkara-perkara itu) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian balasan dari perbuatan-perbuatan buruk mereka yang telah dilakukan, agar supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Pemimpin tertinggi UMNO terlalu sombong dan bongkak apabila dengan tegas menyatakan bahawa Kerajaan Pusat akan menghalang percubaan untuk melaksanakan undang-undang hudud seperti yang diinginkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Pemimpin UMNO selanjutnya bertegas bahawa hudud tidak sesuai dipraktikkan kerana suasana dinegara ini tidak mengizinkan undang-undang ciptaan Allah ini diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang bertegas menolak perlaksanaan hukum hudud sebenarnya didorong oleh rasa takut akan kehilangan sokongan MCA dan GERAKAN. UMNO sekarang berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'.

Para pemimpin UMNO lebih bersedia mencari redha MCA dan GERAKAN dengan menempah kemurkaan Allah. Maka tunggulah tiba saatnya nanti Allah menentukan sesuatu yang tidak terduga sama sekali oleh para pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak, yang tidak sedar diri bahawa udara yang mereka hirup setiap detik adalah anugerah Allah, nyawa yang mereka miliki adalah pinjaman dari Allah, yang boleh ditarik pada bila-bila masa yang Allah kehendaki.

Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS adalah pemimpin yang terus relevan sepanjang masa. Ketegasan Tok Guru Nik Aziz yang sanggup kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP, kerana penentangan YB Karpal Singh atas kesungguhan PAS mahu melaksanakan hudud, membuktikan kepada umat Islam bahawa Tok Guru bersedia menerima kemurkaan manusia dengan menempah keredhaan Allah!

Tok Guru tidak takut kehilangan kuasa kalau kuasa yang dimiliki hanya untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bersifat maksiat kepada Allah. Kenyataan Najib kononnya Kerajaan BN sekarang berkewajipan melindungi 'Maqasid Syariyyah', adalah palsu dan bohong semata-mata.

Apa yang berlaku pada malam 17 September yang menyaksikan berlangsungnya konsert 'Suarakami' di Stadium Merdeka yang turut disertai oleh Najib dan isterinya sama sekali bertentangan dengan prinsip 'Maqasid Syariyyah' yang salah satunya untuk melindungi aqidah dan kehormatan umat Islam.

Bohong! Cuba lihat siapa dia penyanyi yang dijemput untuk menjayakan konsert tersebut kalau bukan 'Awang Hitam' dari USA, dengan ukiran tatoo di badan mereka! Apakah ini dia contoh 'Maqasid Syariyyah' yang dicanangkan oleh Najib dan pemimpin tertinggi UMNO?

Remaja Islam yang menyertai konsert tersebut tiada bezanya dengan remaja bukan Islam yang tidak mempedulikan pergaulan bebas yang hanya mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Akhirnya, remaja Islam akan terus bergelumang dengan dosa yang tiada kesudahannya dimana kes-kes buang bayi terus bercambah, pelajar sekolah menggugurkan kandungan, dan pelbagai dosa yang amat menggerunkan umat Islam negara ini.

Semoga talian hayat UMNO beakhir dan tamat menjelang PRU ke-13 dan negara ini semoga menuju sebuah negara ini dipimpin ke arah 'baldatun tayyibatun warabbun ghafuur.’/IBN ABDULLAH - sabahkini.net

Gambar : Najib Naik Basikal... Koh Tsu Koon pula dinaiki Basikal..

Korang nak tahu kenapa Koh Tsu Koon dalam gambar disebelah ini diketawakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Zainal Abidin Osman yang gambarnya kelihatan dibelakang Guan Eng itu?... tengok kat bawah..

Sebelum itu.. gambar-gambar ini telah dirakam pada hari Ahad lalu di dalam satu program yang dinamakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown anjuran Kwang Wah Yit Poh.

Sebahagian berita dari Bernama.

Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri.

Sementara itu, Koh yang juga pengerusi Barisan Nasional negeri, terlibat dalam satu kemalangan kecil yang berlaku di hadapan Pantai Molek di Georgetown ketika mengiringi Najib mengayuh basikal.

Koh ketika ditemui pemberita berkata kejadian itu berlaku apabila satu kemalangan membabitkan dua remaja di hadapannya dan beliau tidak sempat mengelak.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri.- Bernama


Cari makan punya pasal.. tak tahu berbasikalpun digagahi juga.. bayangkan kalau yang tersungkur itu Bik Mama...

Astaghfirullah, Ngerinya aku Dengan Hasil Tarbiyah UMNO Ini

Firman Allah S.W.T:

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab:” (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?(QS. Luqman 21).

Orang-orang munafik menolak hukum-hukum Allah S.W.T kerana sesungguhnya mereka adalah kufur di dalam hatinya walaupun penampilan luar mereka seperti muslim. Ayat di atas mengungkap sikap mereka yang sebenar, yakni menghalangi orang Islam untuk berhukum kepada Hukum Allah S.W.T. Na’udzubillahmindzalik!

PAS Gesa Suruhanjaya Diraja Siasat Gani Patail Segera

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan "penyelewengan proses perundangan" oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan, antaranya berhubung tuduhan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan proses perundangan" kes Altantuya Shariibuu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau "tidak nampak ada kesediaan" Abdul Gani untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan tersebut kepadanya.

Mahfuz berkata peguam negara itu "tidak sukar" untuk mengambil tindakan saman contohnya kepada Mat Zain yang sentiasa berada dalam negara berbanding Raja Petra yang berada di luar negara.

Tafsiran berbagai-bagai

"Tidak sukar kalau Tan Sri Abdul Gani hendak bersihkan nama untuk menyaman orang seperti ini yang membuat dakwaan salah laku beliau.

"Oleh kerana Tan Sri Gani Patail nampaknya tidak ada kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada orang ini, bermakna dakwaan-dakwaan itu tinggal dalam keadaan yang mempunyai tafsiran berbagai-bagai, yang terus memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita," katanya.

NONESehubungan itu, tegas Mahfuz, menjadi tanggungjawab kerajaan "membersihkan keadaan ini" melalui penubuhan siasatan diraja demi menjaga nama baik dan kemuliaan institusi istana dan Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz menggesa kerajaan menubuhkan panel siasatan tersebut dengan segera dan jika tidak, beliau akan mengumpulkan tandatangan pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen dan NGO, untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dakwaan tersebut "bukan isu politik" sebaliknya merupakan soal keluhuran dan kewibawaan institusi dan peguam negara.

"Bagi saya laporan ini (di media dan internet) sudah cukup, yang terpapar dalam internet, surat-surat yang dikeluarkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, saya kira sudah cukup kuat untuk pihak berkuasa dalam negara kita ini mengambil langkah yang sewajarnya.

Laporan dan kenyataan berkaitan dakwaan terhadap Abdul Gani turut diedarkannya kepada pemberita.-Hrkh