Sabtu, 18 Disember 2010

Pakatan Rakyat mahu ‘segar diri’ di Kepala Batas

penang pakatan convention 211110 audience 02 KUALA LUMPUR, 18 Dis — Konvensyen kebangsaan pakatan rakyat di Pulau Pinang esok akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.

Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat WikiLeaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat.”

“Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.

Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.

Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.

Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu APCO, dan R. Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan “sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami.”

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

“Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu WikiLeaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta,” katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang.

“Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan,” kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas,” katanya.

Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan “lebih banyak calon yang profesional dan beretika” dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, “masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap.” — Bernama

Sokonglah lagi BN jika anda rasakan merekalah parti membela AGAMA BANGSA & NEGARA



Dalam krisis DUN Perak, ia menujukkan bahawa sidang DUN boleh dipersoalkan - Karpal

Karpal: Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

NONEMenurutnya, mereka akan mengemukakan saman “secepat mungkin” sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang,” kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

“Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.
Perlembagaan paling tinggi

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius,” katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

NONE“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.
Tiada kelas

“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

NONE"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

“Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

“Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

“Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu,” kata Karpal.

DPPWP Anjur Kempen Protes Kenaikan Harga Bahan Api & Gula

Pemuda PAS KL lancar kempen protes harga bahan api, gula naik
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun padang mengedarkan risalah membantah kenaikan harga bahan api dan gula yang diumumkan Putrajaya awal bulan ini.

Ia akan dilancarkan di pekarangan Kompleks Sogo di sini pukul 5 petang hari ini.

Kempen turun ke padang itu mengajak rakyat mengajar kesombongan kerajaan pusat Barisan Nasional yang dianggap sewenang-wenangnya menaikkan harga barang-barang keperluan itu tanpa prihatin pada derita hidup kalangan rakyat bawahan, kata pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen.

“Rakyat khususnya golongan bawahan menanggung derita yang tidak berkesudahan akibat kenaikan ini.

“Dalam keadaan kerajaan baru bercadang mengkaji kenaikan gaji sesetengah pekerja kerajaan, harga barang terus melambung. Apakah nasib rakyat khususnya warga kota bagi menampung kehidupan mereka,” kata beliau.

Herman berkata, sayap PAS itu mengajak rakyat agar bersama-sama berubah dengan mengajar kesombongan kerajaan Umno-BN melalui kuasa undi dan suara mereka.

“Hanya dengan cara ini dapat mengajar kerajaan BN agar berubah dan prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Menurut Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga akan menjelajah ke seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengedarkan risalah kesedaran mengenai kenaikan harga barang asasi rakyat tersebut.

“Pemuda PAS Wilayah mengharapkan agar warga yang prihatin untuk turun bersama-sama pelancaran kempen dan edaran risalah pada hari tersebut,” katanya.

Berkuat kuasa 4 Disember lalu, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg. -TMI

Dokumen yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Najib

Mungkin pada waktu ini, salinan-salinan dokumen berikut telah tersebar melalui pelbagai blog, maka diulang-siar bahan yang dipetik daripada blog ke blog untuk kita sama-sama sebarkan.

Pengunjung yang memiliki akaun FaceBook, sila klik 'SHARE' di akhir muka surat ini. Cetak, fotokopi dan sebarkan sama ada melalui edaran atau tampalan di papan-papan kenyataan yang dapat dibaca oleh RAKYAT!


Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia


Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini?


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

1. Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International



Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara?

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan?
Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia
adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? (Baca di sini)
 
3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd
s

sumber klik di sini

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban. sri aman land grab

Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit. “Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu.

Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang. “Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd. Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib. Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.” Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu. -M'kini

Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar. -Hrkh