Sabtu, 18 Disember 2010

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban. sri aman land grab

Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit. “Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu.

Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang. “Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd. Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib. Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.” Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan