Isnin, 9 Mei 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA SURAU 13 TAHUN KEBAWAH

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,
video

Setinggi kesyukuran di atas kurniaan Illahi di atas inayahNya mengizinkan kejohanan ini berlangsung dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pasukan dari Surau Asy-Syuro, Al Ikhwan, Al Hidayah, At Taqwa, Al Ansar, Al Ikhlas, Nurul Iman dan Maahad Tahfiz Kg Sg Buaya di atas komitmen yang padu dan semangat kesukanan yang jitu.

Tahniah ke atas semua pemain di atas persembahan yang cukup menarik disepanjang kejohanan ini berlangsung yang akhirnya memberikan keputusan seperti berikut:-

Johan - Surau Al Ansar
Naib Johan - Surau Al Ikhlas
Tempat Ketiga - Surau Al Ikhwan

Semoga semangat ini diteruskan dalam kehidupan dan mendapat rahmat Allah Subhanallahu Ta'ala.

Wallahu'alam
 

KEJOHANAN BOLASEPAK PAS ZON SG BUAYA














Tun Mahathir: Ingat I PM lagi!!! dah konpem...

| |
Jenis manusia bongkak payah nak tobat. Orang lain buat semua salah, dia aje yang betul. Tun Dr Mahathir orang yang mempopularkan bahawa orang melayu mudah lupa. Kita ingat beliau yang darah cap mamak tak lupa. Hari ini Allah tunjukkan bahawa beliau juga pelupa. Beliau lupa bahawa Allah gelarkan kejadian manusia sebagai ‘insan’ itu kerana pelupa.

Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri. Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.

Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012
Datuk Seri Najib Razak hanya wajar mengadakan pilihan raya umum tergempar tahun depan memandangkan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tambahan empat negeri.
KUALA LUMPUR, 8 Mei

“Ia (pilihan raya umum) tidak harus diadakan tahun. Bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri, kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas perdana menteri ini berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.
“Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012,” katanya.

Hari ini kata beliau, persekitaran semasa - perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. “Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak. “Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskpun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.


Perpecahan kaum pula angkara siapa? Siapa yang membakar dan penasihat kepada PERKASA? Siapa yang meniupkan perkauman melampau selama ini? Kalau diberitahu kepada Tun Mahathir, beliau akan berkata: Eh! Ye ke! I dah lupa!!! Senang-senang diharapkan orang UMNO ambik baliklah Tun untuk jadi Presiden Umno semula. Berilah beliau peluang kedua?
Kita tak tahu pulak beliau pelupa. Rupanya dah nyanyuk agaknya. Beliau mengatakan bahawa perpecahan kini teruk berbanding zaman beliau? Bukankah beliau yang mengamalkan politik Machievelli atas dasar ‘pecah & perintah’. Bukankah dizaman beliau orang melayu mula membenci UMNO. Dizaman beliaulah Umno diharamkan. Zaman beliaulah pecahnya Umno dan lahirnya Semangat 46. Zaman beliaulah lahirnya kezaliman. Bermulanya kronism, hancurnya sistem kehakiman, terkongkongnya media, rasuah berleluasa, pengadaian hak orang melayu. Zaman beliau juga lahirnya PKR. Daripada APU kepada PKR. Dizaman beliaulah orang mula meluat dengan UMNO. ISA bermaharajalela. Orang Pas ditukar, didiskriminasi, ditindas, dipenjara bahkan dibunuh. Perkapita SAR dirampas, Islam dihina, hukum Islam dipersenda. Makbulnya doa Arwah Fadhil Nor. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir akan dia melihat kesan dan hasil kejahatan tangan beliau.

Penjawat awam diugut dalam diam?





(mohon dirahsiakan email aku ni)

Salam bro,

Aku saban hari hantar wife kat Putrajaya, Kompleks C. Then sebelum nih kat tepi pagar masuk tu adalah satu banner bergambar najib ngan menteri putrajaya tu tengku ape ke nama dia tu. Tulisannya - When you drink, remember your source. Gila punya kelakar la bunyi dia. Tak best langsung dan tak de ritma pun. Saban hari juga la jadi bahan kutukan antara aku ngan wife.

Then hari nih bila aku lalu kat tempat yang sama, banner ngan tulisan pun dah tukar pulak. Bunyi dia lebih kurang - dont bite the hand that feed you. kiranya maksudnya jangan la lawan atau tikam orang yang bagi korang makan. Kali nih aku nampak macam ada unsur ugutan tu. Kiranya kepada penjawat awam - korang jangan lupa yang korang kerja dengan kerajaan dan jangan lupa yang kerajaan yang bayar gaji korang.

Tapi nih aku nak ingatkan pulak. Jangan lupa yang gaji korang tu dari rakyat yang bayar cukai dan rakyat tu adalah korang (penjawat awam) tu jugak. So peduli apa dengan menteri tu. menteri bertukar ganti tapi kerajaan / penjawat awam tak bertukar. kan.

Terasa bangsat sangat muka dua orang yang ada kat dalam banner tu.

Sekian.

ReJaM© "Setiap harilah penjawat awam kena ugut kalau macam ni..."

Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa

malaysia people rakyatDosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN.

Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

najib on kuala terengganu by election 060109 04Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.
Upah yang tinggi

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

azlanSemuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

malaysia parliament parlimenKini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.
Mengenyit mata

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat!
utusan malaysia kritsian agama rasmiSebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat!

Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

anti ppsmi rally 070209 rally 02Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.
Tak akan dipatuk di lubang sama

Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.
NONEOleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah.

NONEGelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.
 
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik

ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (
Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com

Tiga Ulama Diarah Turun Dari Pesawat Amerika


Washington - Tiga orang ulama, termasuk seorang tokoh Muslim kelahiran AS, yang akan menghadiri persidangan mengenai Islamofobia diturunkan dari pesawat domestik AS kerana kekhuwatiran mengenai keselamatan. Demikian kata ketiga ulama tersebut ketika akan melakukan penerbangan pada Sabtu (7/5).

Dua orang ulama naik satu pesawat dari Memphis, Tennessee, menuju Charlotte, North Carolina, pada Jumaat (6/5). Tapi, keduanya dipaksa kembali ke terminal sehingga "pemeriksaan tambahan" dapat dilakukan ke atas diri mereka.
"Kami melakukan langkah pengamanan dan keselamatan secara sungguh-sungguh. Peristiwa itu kini sedang dilakukan penyelidikan," kata jurucakap Atlantic South Airlines (ASA), Jarek Beem.

Ia menambahkan kedua lelaki tersebut diterbangkan dengan pesawat berikutnya. ASA sedang menyelidiki kejadian tersebut. ''Kami dengan tulus meminta maaf atas ketidakselesaan yang mungkin ditimbulkan oleh kejadian ini,'' kata Beem.

Imam Al-Amin Abdul-Latif, kelahiran AS dari Long Island, juga dilarang naik pesawat American Airlines dari New York ke Charlotte pada Jumaat malam. Ia diberi tahu agar kembali ke bandar udara LaGuardia untuk naik pesawat pada Sabtu pagi.

"Tapi, kemudiannya dia dilarang lagi naik pesawat tanpa penjelasan," kata anak lelaki Abdul-Latif, Abu Bakr Abdul-Latif, kepada AFP. "Pagi ini kami pergi ke syarikat penerbangan dan agen tiket memberi tahu ayah saya bahawa syarikat penerbangan tersebut tak mengizinkan dia terbang naik pesawat syarikat itu. Itu lah kata-kata perempuan agen tersebut."

"Tak ada dapat ayah saya lakukan," kata anaknya, yang pergi ke persidangan Charlotte tanpa ayahnya.

Masudur Rahman, warga tetap AS dari India dan mantan imam Memphis yang mengajarkan bahasa Arab di University of Memphis, mengatakan bahawa beliau dan seorang ulama lagi, warga tetap AS dari Mesir yang mengenakan pakaian Islam dari pundak sampai mata kaki, dikeluarkan dari pesawat ASA 5452 dan diwajibkan menjalani pemeriksaan keselamatan baru.

"Tapi, ketika kami kembali memasuki pesawat, penyelia Delta mengatakan,'Maaf, pilot tak mengizinkan kalian masuk'," kata Rahman.

Delta berunding lama dengan pilot pesawat, lalu memberi tahu Rahman. Dia diberitahu bahawa sebagian penumpang mungkin merasa tak selesa dengan kehadiran mereka di pesawat tersebut.

"Saya kira mereka tentu saja sedih dengan besarnya ketidak-selesaan mereka. Tapi, kalian tahu bahawa mereka mengerti apa yang sedang terjadi di dunia dan terutama sangat sensitifnya keadaan setelah terkorbannya Usama bin Ladin," kata Ibrahim Hooper dan Council on American-Islamic Relations kepada CNN.

Siapa Bermain Api, Dia Yang Terbakar Nanti!

Utusan bermain api

KUALA LUMPUR : Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

“Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul,” ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini. -HD
DAP Selangor: Umno guna Utusan hasut Muslim benci Kristian

Kuala Lumpur, 8 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet pentadbiran Najib, DAP Selangor percaya laporan Utusan Malaysia semalam berniat jahat dan mahu menimbulkan rasa kebencian umat Islam terhadap penganut Kristian.

Sambil menyifatkan laporan akhbar milik Umno itu sebagai fitnah, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan beberapa blogger yang mendedahkan laporan palsu itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Laporan muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro Umno.

“Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

“Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, sepatutnya Hishammuddin dan Rais mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan bukan bersikap seolah-olah lepas tangan dalam perkara itu.

Selain itu, Kok juga kesal dengan tindakan kedua-dua menteri itu yang bersikap berat sebelah dalam menangani polemik terbaru itu.

“Lebih mengecewakan lagi,
Hishammuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba mententeramkan keadaan hening ini, tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan,”
kata Exco Kerajaan Selangor ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishammuddin dan Rais sepatutnya seharusnya (dengan) serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia,” kata beliau.

Semalam Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tambah Kok,
langkah Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut dilihat mahu menghasut rakyat terutamanya orang Melayu agar terus menyokong Umno.

“Saya percaya Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan Umno di mata orang Melayu.

“Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk,”
katanya sambil menambah, “saya menggesa Hishammuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia.” -TMI

Siapa yang bermain api itu?

Utusan Malaysia.

Maka usah khuatir, dia sedang membakar dirinya sendiri.

Samalah untuk parti yang mendokongnya, UMNO, dan pemimpin mereka yang menjadi dalangnya.....

p/s
dengar cerita ada rumah pemimpin UMNO terbakar hari ini... GB

Foto Salah Satu 'Istana Raja-raja Umno' Yang Terbakar

Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

Kebakaran itu hendak menunjukkan kepada kita betapa besarnya 'istana raja-raja Umno'. Ini salah seorang kalangan 'raja-raja Umno yang memiliki 'istana', begitu juga dengan 'raja-raja' yang lain. Ini banglo empat tingkat yang jarang-jarang dimiliki 'rakyat biasa'. Tahniah kerana kesungguhan dan kerajinan mereka mampu memiliki 'istana', tak gitu!!
Sabar Ku Nan, apalah sangat...banglo lain kan masih ada!!