| |
Jenis manusia bongkak payah nak tobat. Orang lain buat semua salah, dia aje yang betul. Tun Dr Mahathir orang yang mempopularkan bahawa orang melayu mudah lupa. Kita ingat beliau yang darah cap mamak tak lupa. Hari ini Allah tunjukkan bahawa beliau juga pelupa. Beliau lupa bahawa Allah gelarkan kejadian manusia sebagai ‘insan’ itu kerana pelupa.
Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri. Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.
Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri. Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.
Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012
— Datuk Seri Najib Razak hanya wajar mengadakan pilihan raya umum tergempar tahun depan memandangkan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tambahan empat negeri.
KUALA LUMPUR, 8 Mei
“Ia (pilihan raya umum) tidak harus diadakan tahun. Bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri, kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Bekas perdana menteri ini berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.
“Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012,” katanya.
Hari ini kata beliau, persekitaran semasa - perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. “Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak. “Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskpun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.
Perpecahan kaum pula angkara siapa? Siapa yang membakar dan penasihat kepada PERKASA? Siapa yang meniupkan perkauman melampau selama ini? Kalau diberitahu kepada Tun Mahathir, beliau akan berkata: Eh! Ye ke! I dah lupa!!! Senang-senang diharapkan orang UMNO ambik baliklah Tun untuk jadi Presiden Umno semula. Berilah beliau peluang kedua?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan