Selasa, 10 Januari 2012

Hasan Akidah: Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya, dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian rupa. Amboi sehebatnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukul polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai sebesar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan kesal itu Hasan Akidah bermadah pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv tv penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecil-kecilkan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa kerja Pas.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menduga sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Kenapa apakah Inchek Ibrahim itu lebih afdal dari mereka? Atau mereka sekadar hadir untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkajian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya 'renyuk' sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah tangga dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakab. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular dan penuh profesional itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya, jiwa yang besar dan hebat. Sebenarnya jiwa Hasan Akidah tidak disirami kefahaman terbiyah bersiasah dalam Pas.

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menggantungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya dan memecat Saari Sungib sebagai Ketua Penerangan. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan tindakan kenapa tidak dengan beliau? Kalau dia sayang jemaah dan wala' kepada ketua dia akan akur dan diam.

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning dan menggunakan kuasa prerogatif sebagai presiden. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor lagi.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi di rumahnya, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya. Hasan Akidah mampu memperbetulkan akidah Umno.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah. Selama ini Hasan Akidah dan penasihatnya mendakwa Hasan Akidah mempunyai ramai penyokong, nah buktikan.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Senator Boy Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Senator Boy itu juga menjadikan Anwar sebagai halangannya dalam perjuangan. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan Hasan Akidah yang terlalu idealis itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil? Kononya seramai 3,000 NGO itu akan berhimpun di perkarangan mahkamah semalam, rupanya yang hadir tidak sampai 30 orang dan ketuanya sendiri entah melarikan diri ke gua mana.

Petua untuk Hasan Akidah dari saya sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Ingatlah apabila salentia menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! [wm.kl.9:00 am 09/01/12]

Posted by mso.im

Anwar Ingatlah Lekuk Di Mata Ini Wujud Kerana Menangisimu

Ulasan Pembebasan Anwar

Oleh: Mohd Sayuti Omar

[kemaskini] Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi suntikan semangat baru kepada Pakatan Rakyat. Pembebasan itu yang dinanti dengan penuh debaran serta dalam keadaan separuh mati seolah-olah memberi tambahan oksigen bertong-tong kepada Pakatan Rakyat. Gabungan itu sebelum ini yang sudah agak tergancat sedikit sekiranya Anwar dijatuhi hukuman bersalah kini boleh menarik nafas lega persis pesakit jantung yang baru menjalani by pas.
Malahan keputusan mahkamah itu yang menafikan Anwar meliwat pembacuh kopi memberi suntikan keyakinan kepada Anwar untuk muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Sudah tentu mereka yang sebelum ini sudah konfius, keliru dan putus harapan kembali memadukan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga tidak percaya dengan keputusan yang diterima hari ini.

Apakah keajaiban keputusan ini merupakan laluan-laluan ajaib yang akan membawa beliau ke kerusi perdana menteri?

Baik DAP dan Pas yang menjadikan rakan kepada PKR di mana mereka telah bersetuju meletakkan Anwar sebagai tunggak utama juga kembali bersemangat. Harapan yang mereka rasakan pudar dan samar sebelum ini kini bersinar kembali. Saya yakin individu yang goncang keimanannya terhadap perjuangan dibawa Anwar ekoran tuduhan itu akan kembali menguatkan pancangan mereka kepada parti dokongan masing-masing.

Tuhan itu Maha Adil dan maha segala-gala. Tidak sampai 24 jam Hasan Akidah mempersoalkan soal moral Anwar, meragui kesucian Anwar kerana kesuciannya lebih tinggi, tiba-tiba mahkamah memberi jawaban di atas keraguan itu. Apakah Hasan Akidah sedia untuk membetulkan akidahnnya terhadap Anwar ini? Kalau dia bermoral itulah yang patut beliau lakukan, memohon maaf secara terbuka kepada Anwar sebagai mewakili seluruh orang yang menjijikkan Anwar.

Seorang yang mempunyai integriti yang tinggi, bijaksana seperti Hasan Akidah tidak perlu berfikir lama untuk melakukan itu kerana itu juga tuntutan agama yang diperjuangkan Hasan Akidah. Namun apabila melihat Inchek Ibrahim mendampingi ia boleh menceritakan segala-galanya. Bagi Hasan Akidah, Inchek Ibrahim jauh lebih baik dari Anwar.

Kembali kepada pembebasan Anwar itu, teringat saya kepada kata-kata seorang rakan Fb saya, bahawa tarikh 09/01/12 itu adalah tarikh di mana berkebetulan pada ketika itu bulan sedang mengambang penuh. Iya tarikh itu memang keramat dan berkat. Yang sangat pentingnya keputusan mahkamah itu juga telah menutup rapat isu seorang bijaksana dalam Pas yang kini telah dinyahkan oleh parti berkenaan. Harapan Hasan Akidah untuk menjaja keburukan Anwar dengan keputusan yang diharap Anwar bersalah, punah ranah dan koyak rabak.

Apa yang berlaku hari ini hendaklah disambut dengan solat sujud dan pernyataan kesyukuran yang maha tinggi kepada Allah taala oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Yang bukan beragama Islam wajar berdoa kepada Tuhan masing-masing dengan cara dan ritual keagamaan tersendiri. Ini bukan soal pluralisme. Itu rakan Anwar yang berjubah lusah harus memahami kewajiban ini. Kebenaran itu mengatasi segala berapa jumlah yang dimasukkan ke dalam jubah anda.

Dalam pada itu kita ingin tahu sejujur mana pula pihak-pihak yang bermati-matian yakin dengan dakwaan oleh pembacuh kopi itu yang Anwar meliwatinya. Sebelum ini mereka telah menyampahkan Anwar, menghina Anwar dengan seribu penghinaan. Hari ini ternyata penghinaan mereka berdasarkan kepada pengakuan bohong oleh pengaduh telah memberi jawaban.

Apakah mereka seorang demi seorang akan berbaris ke rumah Anwar untuk memohon maaf? Meminta ampun kepada Anwar di atas keceluparan dan kemabukan kerana bencikan Anwar disebabkan mereka dihasut atau diupah sebuku garam? Tidak mungkin!

Barang kali mereka akan berbuat begitu secara senyap selepas Anwar dinobatkan sebagai perdana menteri. Mereka akan mendatangi rumah Anwar dari pintu depan dan belakang, rusuk kiri dan rusuk kanan. Mereka akan membawa jambangan bunga pujian dan sanjungan besar. Mereka akan bercerita sehingga Anwar akan terpesona dan memaafi mereka.

Biarlah kalau mereka datang membawa bunga manggar kemaafan kerana sifat Anwar begitu. Anwar akan memaafi dan mencium setiap setanggi yang dibawa kepadanya tanpa menyelidiki apakah setangi itu dicuri atau apa. Saya yakin Anwar tidak akan peduli segala cacian itu. Kepadanya perjuangannya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekuasaan yang kurafat, yang bidaah yang menzalimi rakyat. Anwar akan memaafi sesiapa saja yang memohon kepadanya.

Rakyat yang insaf hanya perlu mengucapkan terima kasih saja kepada Anwar. Dia telah mengorbankan segala-galanya dalam hidupnya untuk rakyat. Dia hampir kehilangan maruah kerana diserang bertubi-tubi. Bahkan dia hampir mati. Anwar menangis tidak siapa tahu melainkan Tuhan dan malaikat yang menjaganya saja.

Namun Anwar tidak mengharap balasan dari segala pengorbanan itu kerana pengorbanan itu adalah sunah bagi orang sepertinya. Tetapi apa yang Anwar dan kita semua harapkan dengan pengorbanan dan perjuangan itu, rakyat perlu menyatakan sokongan dan membalasnya dengan menjatuhkan kerajaan mitos yang dipikul 'pocong-pocong' yang ada hari ini.

Hendaknya dan sama-sama berdoa semoga tiada lagi cabaran dan dugaan selepas ini. Biarlah orang yang sekuturnan dengan Datuk Mandaliar, Pati Karma Wijaya, Si Kitol dan sesukunya sudah tidak ada lagi dan mereka sudah insaf dan keturunannya pupus serta merta. Biarlah negara ini merekodnya orang-orang jahat dan pemfitnah setakat apa yang ada hari ini. Jangan kita panjangkan senarai orang jahat dalam negara ini.

Ingatan kepada Anwar di dalam menerima sahabat yang baru, teman-teman penyokong yang baru jangan lupa kepada kawan lama. Ingatlah dan renunglah parut, kesedihan dan bekasan linangan air mata yang bertakak di bibir mata yang wujud kerana terlalu banyak menangis nasibmu. Jadikan itu sebagai memori dan tanda sayang dan kasih mereka kepada kamu.

Dan aku telah lama menyenaraikan satu persatu siapa yang mengkhiantimu, siapa yang suci hati kepadamu dan siapa yang sedang mencari lubang untuk memasuki ke rumah semula sesudah kau bebas. Aku sudah tahu dan aku akan menanam onak dan duri serta menyebur racun agar petualang itu tidak akan mendekati kediamanmu. [wm.kl.11:00 am 09/01/12]

Bongkar BN Kedah dulu-dulu : Tanah wakaf MAIK di Kompleks Sentosa serah kepada puak kapiaq hampir 100%!!

Betapa 'MUNAFIKNYA' mereka dalam isu tanah wakaf...

Tanah wakaf MAIK di Kompleks Sentosa serah kepada puak kapiaq hampir 100% (dulu depa jual arak) awat UMNO tak bantah???
Oleh: Watan Bercinta

Kononnya seorang pemegang amanah surau bersekongkol dengan MAIK dan menandatangani borang A14 , bahawa tidak dimaklumkan kepada 3 pemegang amanah tanah wakaf khas Madrasah Salihiah atau lebih dikenali sebagai pejabat Takaful Ikhlas. Mereka cuba mengaitkan kononnya dengan isu jenayah walhal jawatankuasa surau mahupun waris pewakaf asal sama sekali bukan pemegang amanah. Pemegang amanah yang sah ialah MAIK.

Apabila kaedah istibdal digunakan berdasarkan nasihat oleh Majlis Fatwa, MAIK tidak boleh ditakrifkan bertindak 'menjual' tanah sebaliknya hanya mendapat pampasan terhadap tanah yang ditukar status wakafnya.

Jika MAIK mahu didakwa bukan 'pemilik' tanah wakaf yang sah, maka pewaris mahupun pentadbir madrasah lebih-lebih lagi adalah bukan pemilik kerana hak pemegang amanah tidak diturunkan kepada mereka oleh pewakaf asal 100 tahun lalu, justeru MAIK adalah lebih berhak sebagai pemegang amanah. MAIK berhak memegang RM1.48 juta duit pampasan sementara mendapatkan wakaf yang baharu. Sebarang pertikaian berhubung bidang kuasa atau bidang amanah MAIK bolehlah dibawa ke mahkamah bagi mencuba kekuatan intelektual ataupun akademic exercise tetapi pihak yang 'menduga' harus ingat bahawa mereka berdepan dengan institusi yang established iaitu MAIK, Mufti, Majlis Fatwa dan Pejabat Tanah, mahupun mana2 pegawai KCS kerana semua entiti itu bernaung di bawah Tuanku Sultan. Orang politik (MB mahupun Exco) boleh datang dan pergi tetapi entiti yg established itu dipaksa berdepan dengan UMNO sebagai seteru. Di sinilah kecetekan politik UMNO yang membiarkan diri diperbodohkan Perkasa. Mereka cuba mengalih elemen kepandiran menentang pembangunan secara membutatuli kepada isu pecah amanah dan penipuan. Berjaya atau tidak itu soal lain tetapi kedangkalan perhitungan, khususnya perhitungan politik itu 'sudah tentu'.

Dengan penuh bongkak mereka bertanya, "Sekarang siapa yang susah??????" Seandai mahkamah berpihak kepada mereka pun (dengan kebarangkalian yang sangat kecil) maka kepuasan yang mereka perolehi hanyalah perseteruan terhadap entiti yang established. Tak apalah mereka boleh mencuba, sekurang2nya mereka akan tahu selepas ini bahawa kalau menang pun mereka jadi arang, kalau kalahpun... mungkin lebih baik sikit dari arang. Kita serahkan kepada mahkamah.

6 February Jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Alor Setar, proses 'hearing' writ saman ke atas MAIK, PENTADBR TANAH KOTA SETAR DAN Kerajaan Negeri Kedah. Mereka cuba mengembeling kekuatan seluruh UMNO negeri Kedah untuk hadir menunjukkan keangkuhan. Minggu lepas pun mereka mengumpan Ibrahim Ali untuk menarik sokongan, malangnya 16 tong nasi dan lauk terpaksa diagihkan kepada penduduk Taman Wira... Akibat kehadiran yang 'terlalu ramai'.

Mereka menyangka dengan mengeksploit elemen Islam seperti 'surau, solat hajat, munajat, maulidul Rasul, jihad dan perjuangan' terdapat umat Islam yang termakan umpan mereka. Mereka silap kerana orang ramai sedar bahawa antara elemen Islam dan kumpulan manusia hipokrit tidak boleh bersekali - janggal dan buruk benar tampaknya.

Mereka bercakap mengenai mempertahankan tanah wakaf dari berpindah kepada bangsa kafir walhal sewaktu mereka menjadi kerajaan dulu Kompleks Sentosa di Jalan Putra adalah dibina sepenuhnya di atas tanah wakaf MAIK. Sekarang bangunan itu dikuasai hampir 100 peratus peniaga kafir, bahkan di zaman BN dulu arak pun dijual di pasaraya yang beroperasi di situ. Sekurang2 Aman Central akan wujud satu floor untuk peniaga Melayu ala Pekan Rabu, di samping Melayu berhak berniaga dimana2 asal mampu.

Mereka bercakap mengenai surau yang dirobohkan di atas tanah wakaf tetapi mereka fikir orang tidak tahu perihal sebuah surau yang dirobohkan di atas tanah wakaf di Hutan Kampung demi untuk membina pejabat UMNO dan Kemas. Tanah wakaf yang disahkan oleh pihak masjid itu tidak diserahkan kepada MAIK dan disepikan begitu sahaja hanya kerana mahu disapu oleh UMNO. Sekurang2nya di Aman Central surau yang diroboh akan diganti dengan sebuah surau lebih besar, dapat lagi pampasan yang mampu bina 7 buah surau yang serupa.

Semua kepincangan ini akan kita dedahkan secara besar2an ke seluruh dunia nanti... Tunggu saja, biar dunia tahu betapa 'munafiknya' golongan yang yang memperkudakan elemen Islam untuk kepentingan politik sempit mereka.
 

DATO' HARUN DIN : PAS Tidak Melencong Dari Perjuangan Asal


Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” -
sumber

Anwar bebas, Najib belum...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.
“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” kata  Hakim Mahkamah Tinggi,  Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, semasa membacakan keputusan kes itu.
Buat seketika ramai yang terpegun kerana tidak mempercayai apa yang disampaikan itu tetapi akhirnya ribuan penyokong Anwar Ibrahim di luar mahkamah bersorak gembira apabila keputusan tersebut disah dan diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Keputusan tidak bersalah mengundang emosi ribuan yang hadir.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong dilihat menitiskan airmatanya, apabila mendapat tahu mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat.

Begitu juga dengan makcik-makcik dan anak-anak gadis yang turut bersama-sama berhimpun di luar mahkamah bagi menunjukkan solidariti kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Anak-anak muda bersorak kegembiraan merayakan keputusan mahkamah yang dianggap sebagai kemenangan rakyat.
Najib bersih konspirasi?

Semenjak awal bermulanya kes liwat ini, Datuk Seri Najib Razak – pada ketika itu timbalan perdana menteri, dikaitkan.

Kes tersebut timbul selepas Saiful Bukhari bertemu dengan Najib. Ahli parlimen Pekan itu juga seringkali berdolak-dalik apabila ditanya oleh wartawan mengenai Saiful.

Ada ketika, beliau berkata Saiful bertemunya untuk mengadu diliwat Anwar, apabila diasak oleh wartawan pada sidang akhbar lain, Najib berkata Saiful bertemunya untuk meminta sokongan bagi mendapatkan biasiswa pendidikan.

Bagi organisasi media, mereka tentu tidak akan lupa bahawa, pejabat timbalan perdana menterilah yang menghubungi mereka untuk memaklumkan tentang laporan polis yang dilakukan oleh Saiful Bukhari menuduh Anwar meliwatnya.

Persepsi tentang pembabitan Najib dalam konspirasi liwat ini diperkuatkan lagi apabila gambar Saiful Bukhari bersama Khairil Anas, pegawai khas kepada Najib di hadapan pejabat timbalan perdana menteri tersebar luas di internet.

Walaupun mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut, pembabitan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmanh Mansor dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu masih belum dibersihkan.

Mahkamah Malaysia bebas dan adil?

Sebagai respon kepada keputusan mahkamah berhubung kes Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, ia adalah bukti bahawa sistem kehakiman negara bebas dari campurtangan kerajaan.

Menurut Najib lagi, keputusan mahkamah juga bukti kerajaan tidak terlibat dengan konspirasi politik seperti yang didakwa oleh Anwar.

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang sekali lagi gagal untuk membawa ribuan penyokong untuk menghalang perhimpunan penyokong Anwar selepas gagal pada perhimpunan BERSIH 2.0 lalu mendakwa ketua pembangkang masih lagi belum selamat.

Kata Ibrahim Ali, jika Saiful kemukakan rayuan, Anwar belum tentu selamat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga mengingatkan kepada penyokong Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Anwar.

Menurut Mohamad, kes negeri Perak boleh dijadikan iktibar di mana mahkamah mempermainkan mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Pada ketika itu, mahkamah membuat keputusan Nizar masih menteri besar Perak yang sah. Dengan pantas kes tersebut dirayu dan mahkamah rayuan membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan mahkamah tinggi.

Masa depan Najib dalam Umno

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari mengundang kemarahan golongan “garis keras” atau “hardliner” dalam Umno.

Bagi golongan ini, Najib adalah seorang pemimpin lemah yang seringkali tunduk kepada permintaan pembangkang.
Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dilihat oleh golongan garis keras sebagai kelemahan Najib untuk berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Umum mengetahui bahawa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa besar seperti Amerika Syarikat memantau secara dekat perkembangan kes liwat ini.

Mereka (baca: golongan garis keras) masih lagi merindui zaman-zaman Umno sebuah parti yang benar-benar berkuasa seperti pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad.

Mantan perdana menteri, Tun Abdullah Badawi disingkirkan sebagai presiden Umno kerana dianggap lemah dan tidak mempunyai cirri-ciri seorang pemimpin diktator.

Najib juga kini mengalami sindrom yang sama. Cuma beliau agak bernasib baik kerana Dr Mahathir tidak mahu mengulangi kesilapan menyerang Pak Lah secara terbuka kerana tindakan tersebut akan menguntungkan Anwar.

Akan tetapi, ini bukanlah jaminan Najib akan mempunyai masa depan yang gemilang dalam Umno. Program reformasi yang digelar transformasi – ingin dilakukan Najib tidak mendapat sambutan golongan garis keras dalam Umno.

Kebangkitan Anwar

Pertuduhan liwat yang dihadapi sedikit sebanyak menjejaskan undi orang-orang Melayu / Islam terhadap Pakatan. Keputusan mahkamah membebaskan Anwar memberikan “rahmat” kepada Pakatan untuk menembusi masuk ke kubu kuat Umno terutamanya di kawasan pendalaman.

Anwar akan menggunakan keputusan mahkamah ini sebagai “modal” untuk beliau masuk ke kubu kuat Umno. Sebagai mantan pemimpin tertinggi Umno, beliau tahu “bahasa” yang sesuai untuk disampaikan kepada penyokong-penyokong kuat Umno.

Dengan sokongan padu daripada masyarakat Cina seluruh negara, Anwar hanya perlu mendapatkan sedikit lagi peratusan undi Melayu dicampur dengan sedikit kerusi Sabah dan Sarawak untuk membawa Pakatan ke Putrajaya.

Ini yang merisaukan Umno terutamanya golongan garis keras. Mereka tahu tentang kemampuan Anwar. Jika dibiarkan bebas, masa depan BN untuk terus memerintah Malaysia semakin gelap.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, politik Malaysia akan menjadi lebih menarik. Pertarungan politik di antara BN dan Pakatan akan menjadi semakin hebat. BN cuba  mempertahankan kuasa manakala Pakatan akan merampas kuasa.

Jika rayuan tidak dibuat oleh pendakwaraya terhadap kes liwat tersebut, pertarungan diantara BN - Pakatan akan berada pada tahap lebih tinggi dan bukan lagi di peringkat politik seks.

BN dan Pakatan akan memperkemaskan dasar masing-masing untuk memenangi undi daripada pengundi atas pagar yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti politik akan tetapi lebih melihat kepada dasar-dasar yang menguntungkan mereka.

- Amin Iskandar

PAS Terengganu tawarkan lagi manifesto PRU13 kepada rakyat

KUALA TERENGGANU – Setelah menawarkan lima manifesto pada 15 Oktober tahun lalu, PAS Terengganu bergerak maju ke hadapan dengan mengisytiharkan lagi ikrarnya kepada seluruh rakyat.

Tawaran yang dikemukakan itu, menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu sebagai ‘kerajaan menunggu’ bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu telah menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji mengembalikan royalti petroleum.

“Mad Said (MB Terengganu) kata dalam dewan (Sidang DUN) nak bayar royalti dalam bulan Mac 2011, kita tungu…tunggu…(rupanya) ‘menipu atas darat kering’,

“Perdana Menteri menipu, Mad Said Menteri Besar sendiri menipu,”ujarnya ketika berucap pada ceramah perdana, Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk, pada Sabtu 7 Januari.

[Gambar - Harapan kepada PAS sebagai kerajaan menunggu....termasuk anak kecil dalam buaian yang dibawa oleh salah seorang peserta ketika Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk]

Maka, kata Wahid, janji pertama daripada lima manifesto tambahan yang diumumkan ialah meneruskan usaha perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Yang keduanya, kata beliau, PAS Terengganu menegaskan akan mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.

Selain itu, PAS Terengganu berjanji akan memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan.

“kita juga berjanji untuk memberi 20 meter padu air yang pertama, ini telah dilaksanakan dengan jayanya di negeri Selangor, kita akan beri percuma, kalau guna lebih, kena bayar,”jelasnya.

PAS Terengganu juga melihat kekurangan sekolah-sekolah agama dibawah kerajaan negeri menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Menurut Wahid, sebanyak 14 buah sekolah agama, termasuk Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang telah berusia lebih seratus tahun, telah diserah kepada kerajaan pusat.

Atas permintaan rakyat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama, yang meningkat setiap tahun, kata Wahid, PAS berjanji akan menubuhkan sebuah sekolah disetiap daerah, sekiranya diberi mandat oleh rakyat utuk memerintah negeri Terengganu.

“Kita nak tambah sekolah menengah agama negeri disetiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok,

“sekolah agama dibawah kerajaan negeri tak, ada 14 (buah) dia (Umno/BN) serah ke (kerajaan) pusat,”tegasnya.

PAS juga berjanji akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu bagi menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

“KUSZA ditubuhkan pada zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar jadi Menteri Besar negeri Terengganu, KUSZA banyak berjasa, Terengganu adalah negeri yang mula-mula ada Institusi pengajian agama Islam di negara kita (kemudian) diikuti oleh negeri-negeri lain,

“tapi bila negeri-negeri lain semua ikut kita (Terengganu) kita serah (KUSZA) kepada (kerajaan) pusat, kononnya nak tubuh universiti,”katanya.

Penubuhan IPTI itu, tambah Wahid, akan dapat membantu anak-anak negeri melnjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi. -BO

 

Ribuan rakyat di Ceramah Anwar Di Tapak Ekspo Seberang Jaya



Sekitar Pidato Perdana ‘BEBAS ANWAR’ yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang membariskan beberapa Pemimpin utama Pakatan Rakyat sebagai penceramah pada 09 Jan 2012..

Pemimpin-pemimpin KeAdilan yang dibariskan sebagai penceramah yang terdiri dari YB Mohamed Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB TKM1 Datuk Mansor Othman dan YB Zuraida Kamaruddin telah tiba pada jam enam petang dalam satu konvoi yang melibatkan 30 buah kenderaan.

Setengan jam kemudian satu sidang Media telah diadakan bagi menjelaskan kronologi peristiwa apa yang telah berlaku di Mahkamah pada pagi DS Anwar Ibrahim dibebaskan.

YB Mujahid Yusoff Rawa telah hadir menggantikan TG Haji Hadi dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai penceramah yang terakhir.

Saksikan!! Ribuan rakyat membanjiri tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang
















Lagi gambar-gambar sila lihat dia SINI

(Video) Tabik Springg,..Nyonya Ni Minta Najib Cepat Mati Depan Polis..