Selasa, 1 Mac 2011

Mengapa Najib Marah al-Qardawi?

Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin

Syeikh al-Qardawi berfatwa bahawa darah Gaddafi boleh ditumpahkan kerana bertindak kejam dan zalim ke atas rakyatnya. Beliau turut berseru supaya tentera Libya tidak mendengar arahan dan perintah pemimpin kejam itu.

“Saya berseru kepada tentera Libya, jangan sama sekali mendengar arahannya supaya orang ramai di tembak. Saya katakan kepada kamu, sesiapa yang mampu di kalangan kamu untuk menumpahkan darahnya, lakukan. Sesiapa yang berupaya menembaknya, lakukan. Semua itu perlu supaya rakyat Libya boleh hidup tenang daripada kezaliman pemimpin gila ini.”

Menurut al-Qardawi, tidak harus taat kepada pemimpin dalam perkara yang menyanggahi syarak. Arahan Gaddafi supaya orang ramai di serang dengan jet pejuang adalah tindakan pencerobohan yang layak menerima hukuman bunuh.”
“Gaddafi sama sahaja dengan rakan sejawatnya daripada Mesir dan Tunisia. Dia tidak membaca sejarah. Kalau dibacanya pun tidak difahaminya. Kalau difahaminya pun tidak diamalkannya. Kedua-dua rakannya itu kecundang sebelumnya, tetapi dia tidak mengambil pengajaran.”

Jika rajin bacalah kenyataan al-Qardawi ini dalam laman webnya. Najib boleh meminta supaya Jamil Khir tolong bacakan dan terjemahkan untuknya. Kalau Rosmah ikut sama mendengarnya juga sangat bagus.

MB Pahang diminta jawab

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH - Pas mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara tahun lalu yang menyebut Kerajaan Negeri hilang sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan itu sekali gus menunjukkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sangat nyata.

Menurutnya, isu ini juga menunjukkan terdapat banyak 'modal' yang boleh dibangkitkan oleh Pas pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang sedang berlangsung, sekali gus menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu ketandusan isu.

"Kita hairan kerana dalam suasana anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengalami kerugian, menteri besarnya masih mengharapkan 50 peratus daripada keuntungan GLC disumbangkan kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Kerdau berkata, apa yang berlaku juga seakan-akan mengiyakan telahan pakar ekonomi bahawa Kerajaan Negeri berpotensi bankrap.

"Ia berlaku kerana empat syarikat GLC itu gagal membayar pinjaman mengikut jadual," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, laporan itu juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan terhadap GLC apabila mereka gagal membuat bayaran balik.

“Rakyat Pahang harus ingat bahawa Kerajaan Negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun dan kini menanggung hutang RM2.17 bilion,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas menuntut Kerajaan Negeri mendedahkan prestasi semasa GLC sebagaimana dilakukan oleh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. SH

BN Merlimau Kecemasan: Muhyiddin Terpaksa Turun Sekali Lagi

UMNO BN dilihat berada di dalam zon tidak selamat di dalam pilihanraya kecil Merlimau apabila talian hayat terpaksa digunakan dengan menurunkan semula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan pelbagai gula-gula pilihanraya dan janji.

Semalam, 86 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.
Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya

Calon BN Kerdau tidak faham Perjuangan Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/mohdnorhamzah.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya menjadikan golongan agama dan ulamak untuk mengumpan rakyat dengan tujuan mengekalkan sokongan politik terhadap parti mereka.

Menurutnya, golongan itu tidak diberi kedudukan tertinggi untuk menentukan hala tuju parti sebagaimana tuntutan agama.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka hanya diberi peluang dalam politik dan diberi peranan tertentu sahaja dengan kuasa yang terhad.

“Keadaan ini telah berlaku kepada ilmuwan seperti Profesor Datuk Dr Abdullah Md Zain, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Tan Seri Wan Mukhtar Ahmad dan Tan Sri Yusof Noor.

“Ulamak dalam UMNO tidak diberi kedudukan tinggi untuk tentu hala tuju parti dan mereka tetap dipimpin dari kalangan bukan ilmuwan atau golongan agama,” katanya mengulas kenyataannya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, situasi itu berbeza dengan Pas apabila golongan agama dan ilmuwan diberi tempat tertinggi dalam parti bagi menentukan dasar dan perjalanan parti berteraskan agama.

“Dalam PAS, Ulamak menjadi pemimpin dan diberi kedudukan tertinggi dalam kepimpinan untuk memimpin mengikut tuntutan al-Quran dan hadis,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Bukit Payung, berkata, keadaan sama akan berlaku kepada calon Umno-Barisan Nasional (BN) di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Mohd Nor turut menganggap calon BN lulusan Bahasa Arab itu lebih berminat kepada parti Umno-Barisan Nasional disebabkan tidak faham mengenai perjuangan Islam yang dibawa PAS, memandangkan beliau bukan dalam bidang Usuluddin.

“Dia tiada pengkhususan dan asas dalam Usuluddin dan sangat jauh daripada Ulamak Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang jelas menyatakan sekular terpinggir dan perlu ditinggalkan,” katanya. -BO

'YB" DS Rosmah - Sepatutnya Mesjid tarik orang UMNO bukan tarik pelancong

 
“YB” DS Rosmah Mansor percaya dengan lokasi strategik Mesjid Cina yang akan dibina di Jalan Davis Kuala Lumpur berserta pembinaannya berelemenkan kesenian yang unik Mesjid Cina tersebut mampu menarik pelancong ke negara ini.Rosmah,Mesjid Cina tarik pelancong

DS Rosmah juga berkata setakat ini mesjid yang dilihat berpotensi menarik pelancong ialah Mesjid Negara, Mesjid Wilayah Persekutuan, Mesjid Putra Putrajaya, Mesjid Terapung Tungku Tengah Zaharah, Mesjid Kristal Terangganu, Mesjid Ubidiah Kuala Kangsar, Mesjid Kampung Laut Kelantan dan Mesjid Ulu Melaka.

Adalah tidak salah bagi DS Rosmah melihat pembinaan mesjid-mesjid dalam negara ini dari sudut untuk menarik pelancong tetapi matlamat asal pembinaan mesjid juga hendaklah diambil-kira.

Peranan utama dari sudut pengisian ilmu dan pusat penyebaran agama Islam untuk menyatukan-padukan umat Islam dalam Negara ini harus juga diperhebatkan. Ini supaya mesjid tidak kosong dan hanya gah dengan keseniaan binaannya sahaja tetapi isinya tidak ada.

Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan rakan-rakan yang menyatakan Kerajaan BN pandai membina mesjid-mesjid yang hebat tetapi akhirnya pengisiannya dipenuhi oleh ‘ulama-ulama’ PAS dengan syarahan-syarahan dan khutbah politik yang memecah-belahkan masyarakat kononnya.

Tambahan lagi orang-orang UMNO sendiri amat jarang-jarang dan kurang berjamaah di mesjid yang mereka bina.

Hakikatnya hari ini mesjid di bandar-bandar lebih ramai jemaahnya dan berbagai aktiviti-aktiviti keagamaan berbanding dengan mesjid-mesjid di kampung-kampung yang cukup usang dan lengang.
 

3 DALIL MAHATHIR PENGKHIANAT MELAYU

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “pengkhianat Melayu”. Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan “secara sengaja dan terancang” bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

“Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus,” tulis Husam di blognya.

“Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

“Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!” kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

“Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

“Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu,” coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa “lebih jelas lagi pengkhianatan” Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

“95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

“Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

“Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik,” katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

“Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

“(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN,” katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan ‘ketuanan Melayu’ terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

“Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB ‘54 tahun Umno Khianati Melayu’” katanya.
kl-today

Habuan Ambil, Siapa Diundi Rahsia…

KETUA Angkatan Muda KEADILAN merangkap Pengerusi Perhubungan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempunyai cerita menarik bagaimana bijaknya seorang pengundi di Sibu pada pilihan raya kecil Parlimen di kawasan itu tidak lama dulu.

Kisah ini beliau dedahkan pada majlis ceramah umum Pakatan di Merlimau baru-baru ini yang turut membabitkan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Shamsul, di Sibu dia dengan rakan-rakan telah pergi berkempen ke rumah seorang penduduk yang kediamannya dilitupi bendera BN. Terlalu banyak, sehingga boleh dikatakan rumahnya diselimuti bendera BN.

Menurut Shamsul dia dan rakan-rakan pun berkempen bagai nak rak, menerangkan mengapa pengundi berkenaan perlu membuat perubahan, jangan memberi undi secara membabi buta kepada BN.

Selepas penat memberi penerangan mereka pun bertanya pemilik rumah tadi siapa yang akan diundinya pada pilihan raya nanti. Jawapannya ringkas: “Undi adalah rahsia, tetapi untuk maklumat kamu semua setiap bendera dipasang ini saya diberi RM50!”

Demikianlah cuba bayangkan kalau 100 bendera dipasang, bukankah dengan mudah si pemilik rumah tadi sudah dapat RM5,000! Wah, bukan main pandailah pemilik rumah itu.

Demikianlah, baik Shamsul dan Saifuddin mengingatkan adalah penting untuk mendapatkan pengundi seramai mungkin memangkah calon Pakatan Rakyat (di Merlimau, calonnya adalah daripada PAS) tidak kiralah sama ada mereka itu penyokong atau ahli Umno dan sekutunya seperti MCA dan MIC. “Yang penting undi mereka diberikan kepada calon Pakatan; soal sokongan atau ahli parti, itu soal masing-masing.”

Saifuddin berkata perkara itu sudah dibuktikan ketika beliau menghadapi pilihan raya kecil Lunas pada 2000. Katanya, pada pilihan raya umum 1999, calon KEADILAN kalah di tangan calon BN dengan majoriti lebih 6,000 undi tetapi pada pilihan raya kecil 2000, dia (Saifuddin) dapat menarik sokongan kira-kira 6,000 pengundi tadi seterusnya memberi beliau kemenangan dengan majoriti lebih 200 undi.
Berdasarkan contoh di Lunas, Saifuddin berkata, perkara yang sama boleh dilakukan di tempat lain termasuk Merlimau. Beliau berpendapat dengan senario pilihan raya dijalankan di padang yang tidak sama rata (seperti penggunaan jentera kerajaan, lambakan projek dan penguasaan media oleh BN), Pakatan perlu menggunakan pendekatan memujuk pengundi dari rumah ke rumah.

“Pastikan tidak ada seorang pengundi pun tercicir daripada didekati oleh petugas kita,” katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, penduduk di Merlimau sedang menikmati limpahan projek kilat yang biasanya dianggap tidak ada kena mengena dengan pilihan raya oleh pemimpin tinggi Umno BN. Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah menjanjikan sebuah SRJK (Tamil) yang lebih selesa manakala Ketua Menteri Mohd Ali Rustam sudah mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaiki rumah-rumah orang miskin. Demikianlah betapa baiknya pemimpin BN yang melihat kebajikan ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, ringkasnya projek-projek mereka bukan untuk memancing undi.

Sebenarnya cakap-cakap pemimpin Umno BN bahawa peruntukan dan projek untuk rakyat tidak ada kena mengena dengan pilihan raya (jika mereka benar-benar ikhlas) adalah bertepatan satu ayat al-Quran (Surah Al-Insan ayat 9) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk menghadapkan keredaaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”

Ya, wahai pemimpin Umno BN, taburlah wang, taburlah makanan, banyakkan projek dan lakukanlah pelbagai kerja-kerja kebajikan, tetapi sejajar dengan perintah Allah SWT melalui ayat 9 Surah Al-Insan ini, janganlah harapkan apa-apa daripada perbuatan baik kamu itu.

Jika ucapan terima kasih pun tidak diharapkan, janganlah kamu mahu memaksa rakyat mengundi calon kamu. Itu sudah melampau sebab perbuatan baik jangan diharapkan secebis balasan pun hatta terima kasih sekali pun.

Berhubung ayat 9 Surah Al-Insan ini, ada ulama membawakan kisah betapa ikhlasnya Sayidina Ali k.w. dalam memberi bantuan kepada orang miskin. Suatu hari Ali dan isterinya Fatimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sedikit pun makanan di rumah mereka.

Ali yang ke luar rumah selepas lama berusaha mendapat sedikit makanan tetapi ketika balik, dia telah menyedekahkan semua makanan itu kepada sejumlah peminta sehingga dia tidak membawa balik apa-apa pun kepada Fatimah. Namun kedua pasangan suami isteri itu masih bersyukur, mereka tidak meminta balasan di atas kebaikan mereka hatta terima kasih sekali pun. Mereka hanya menghadapkan keredaaan Allah SWT.

Oleh itu benarlah apabila ada pemimpin Umno BN kerap berkata sesuatu projek atau pemberian itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka ikhlas untuk membantu rakyat, jadi jangan harapkan ada-apa daripada rakyat lebih-lebih lagi undi mereka.

Ingat, selepas bantuan diberi, jangan berharap apa-apa langsung – jangan paksa rakyat mengundi calon anda. Contohilah Sayidina Ali k.w. yang tidak mengharapkan apa-apa pun daripada orang dibantunya hatta ucapan terima kasih. Dia hanya mengharapkan keredaan Allah; begitulah diharapkan kepada pemimpin Umno BN, semoga anda dapat mencontohi Ali k.w.!

lanh14.blogspot.com

Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat



Oleh Wak Jono

Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib.

Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik?

Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:

i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.

iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

Dalam kubuq Malaikat bukan nak tanya hang Melayu ka Cina..!!

Bangsa bukan penyelamat hingga liang kubur
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini di muka hadapan sebagai berkata “DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan Umno".

“Saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu.

“Malah saya melihat bagaimana Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Zambry, ahli Umno tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu.

“Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Tambahnya, tuduhan Zambry yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri.

Menurutnya, mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah lebihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.

Di sudut lain, tanya beliau adakah Zambry sedar sebagai seorang Islam bahawa tidak ada ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan Umno yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk meraih sokongan orang Melayu.

Jelasnya, dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang menggambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik.

Malah, ujarnya yang juga Adun Titi Serong tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk menggantikan BN di Putrajaya.

Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri menyebut perkara itu semasa berucap kepada ahli Umno yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam

Beza Antara Pemandu Lori dengan Pemimpin Yang Dok Perintah Malaysia Sekarang Ini...!!!

Pemandu Lori Ini Mukmin Yang Paling Agung

Ada seorang pak imam bernama Haji Salim pergi ke suatu tempat. Dalam perjalanan,dia singgah di sebuah warung makan tengah hari yang agak terkenal. Apabila dia masuk ke warung itu,ramai orang memenuhi meja. Terpaksalah Haji Salim duduk di meja yang dah orang. Oleh kerana hanya satu meja sahaja yang ada seorang,jadi Haji Salim duduk di meja itu. Meja itu diduduki oleh seorang lelaki berumur 20-an. Bajunya agak lusuh dan wajahnya penat.

Setelah meminta order,Haji Salim berkenalan dengan lelaki itu. Namanya Abi. Dia seorang pemandu lori dan makan-makan di situ dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur. Setelah lama berbual-bual,Haji Salim tertarik dengan kotak handphone yang ada di atas meja itu. Model handphone tu paling kurang harganya pasti RM1000. Mustahil seorang pemandu lori muda dapat beli handphone semahal tu. Mulalah Haji Salim rasa yang Abi ni pencuri. Tapi dia rilek je...

"Lawa handphone."Kata Haji Salim.

"Memang pun. Model terbaru ni."

"Berapa ribu harganya?"Tanya Haji Salim.

"Entah.Dalam RM3000 kot.."Jawab Abi.

"Mampu ke awak beli mahal-mahal ni?"Haji Salim mula memerangkap.

Tiba-tiba Abi ketawa. Haji Salim mula pelik dengan perlakuan dia. "Ini bukan handphone saya. Hari tu,ada seorang lelaki keretanya rosak.Masa tu di Perlis.Dia tumpang lori saya untuk ke bengkel. Mungkin sebab dia terlupa,dia tak sengaja tinggalkan handphone dekat dalam lori. Dia baru beli handphone ni. Dengan kotak-kotak sekali dia tertinggal.

Jadi saya yang dah sampai ke Kuala Lumpur,baru terperasan ada handphone tu kat sini. Masalahnya,saya tak tahu macam mana nak pulangkan balik. Jadi,kebetulan ada sim kad dalam handphone tu,saya pun try call lelaki tu. Dapat pulak. Dia suruh saya datang ke Perlis untuk bawak handphone tu. Tapi mustahil la saya nak ke sana. Bukan dekat..Lepas tu,dia kata dia akan beri kat sedara dia yang ada kat KL.

Sedara dia akan ambil handphone tu kat rumah saya. Masa tengah belek-belek handphone tu,saya kagum jugak dengan handphone ni. Belek punya belek,tiba-tiba sedara dia sampai kat rumah. Punyalah kelam-kabut,saya terlupa nak bagi sekali dengan kotak."

"Itulah masalahnya.Kalau tadi ada handphone,boleh call. Sekarang kotak je tinggal. Tak tahu macam mana nak pulangkan."

Haji Salim mengangguk mendengar cerita itu.Tapi,Haji Salim nak menguji sekali lagi. "Kenapa awak pulangkan kat dia? Dia dah lupakan awak. Ambil saja lah handphone ni.Bukan senang nak dapatkan handphone semahal ni."

Abi sangat terkejut dengan penyataan tu. "Tuan Haji..Kalau saya nak ambil,memang saya ambil. Saya boleh ambil.Tapi ingat,Allah mungkin tarik nikmat saya yang lain. Dia akan membalas perbuatan saya kat dunia. Kalau bukan kat dunia,kat akhirat. Kalau bukan membalas kat saya, tapi balas pada saudara mara saya. Tuan punya handphone ni tak ingat,tapi Allah tu Maha Melihat."

Haji Salim tersenyum mendengar kata-kata Abi. Dia berkata, "Abi,sesungguhnya engkau adalah pemandu lori paling mukmin pernah saya jumpa. Kerja kau adalah pemandu lori yang rendah darjatnya,tetapi keimananmu lebih tinggi daripada aku. Darjatmu lebih tinggi daripada saya di sisi Allah."

http://akumelayuislam.blogspot.com/

Istilah 'wang pembayar cukai'

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!”

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%201.jpg
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,
“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.
 http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%203.jpg
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Sewa tiga pesawat hantar pelajar Mesir pulang, duit poket RM500

 

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%202.jpg
ALOR SETAR, 27 Februari - Lebih 800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.

Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.

Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Dalam ucapannya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ujarnya, Kerajaan Negeri telah menyewa tiga pesawat Egypt Air untuk membawa para pelajar ini dengan empat penerbangan mulai 5 hingga 10 Mac ini. Penerbangan pertama pada 5 Mac ini membawa 224 pelajar diikuti penerbangan kedua seramai 222 pelajar, ketiga 222 pelajar dan selebihnya menerusi penerbangan ke empat.

“Kamu semua balik dan bersiap-siap datang pada 5 Mac ini berkumpul di Wisma Darul Aman dan bertolak dari sini ke KLIA, bye! bye di sini,” katanya disambut dengan tepukan kegembiraan seluruh hadirin.

Namun begitu, katanya, para pelajar terbabit hendaklah menunjukkan passport masing-masing kepada pihak pengurusan iaitu Yink bagi memastikan kepulangan mereka adalah menerusi Ops Piramid dan bukan secara kebetulan balik bercuti atau pulang melangsungkan perkahwinan

SAYA BUKAN DIUPAH UNTUK SERTAI PARTI PAS

 
 
 

DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS.

Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya

Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi.

Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini.

Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam.

"Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan".

Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya

TG Nik Aziz Seru Pengundi Beri Kepercayaan Kepada PAS-Pakatan Rakyat Tadbir Negara

 


Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.
Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.

Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, “saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.”

“Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.

Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.

“Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.

Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis,
PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.

“Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.


“Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

“Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

“Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam,” katanya lagi.

Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.

Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

“Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS,” katanya lagi.

“Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam,” katanya.

Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

“Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya,” kata Nik Aziz lagi.

Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.

Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. -TMI

TG Nik Aziz Seru Pengundi Beri Kepercayaan Kepada PAS-Pakatan Rakyat Tadbir Negara

Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.
Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.

Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, “saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.”

“Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.

Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.

“Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.

Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis,
PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.

“Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.


“Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

“Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

“Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam,” katanya lagi.

Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.

Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

“Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS,” katanya lagi.

“Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam,” katanya.

Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

“Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya,” kata Nik Aziz lagi.

Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.

Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. -TMI

Sekali lagi Rosmah membazirkan duit Rakyat!

Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi semalam." - Malaysiakini

Membazir duit rakyat yang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Bermewah - mewahan adalah perbuatan yang tersangat biadap jika ianya menggunakan wang rakyat.

Jika di Mesir dan Tunisia, rakyatnya pasti sudah berang dengan perangai dan sikap pemimpin mereka ini. Tambah - tambah kalau dari isteri mereka.

Hari ini Rosmah telah membuktikan dirinya tidak dapat dicabar. Rosmah dengan angkuh menggunakan wang rakyat. Menggunakan wang rakyat dengan menaiki helikopter di mana setiap kali menggunakan helikopter, sudah pasti kosnya mencecah ratusan ribu ringgit. Duit siapa? Duit Rosmah?

Duit kita semuanya itu. Malang bagi kita kerana Perdana Menteri kita membenarkan perbuatan membazir ini. Perdana Menteri kita yang berasal dari parti UMNO. Parti yagn sedang bertanding di Merlimau dan Kerdau. Malang kita wahai rakyat kerana kita terpaksa membayar semua perbelanjaan mewah Rosmah. Malang bukan?

Tapi tak mengapa, kerana kita yang memilih Umno dan Barisan Nasional. Terima saja nasib malang kita ini. Teruskan mengundi BN dan Umno. Benarkan mereka menggunakan wang kita dengan boros. Benarkan Rosmah berbelanja dengan mewah.

Selamat mengundi dan berbahagialah dengan membenarkan Rosmah belanjakan wang kita!!