Sabtu, 3 Disember 2011

PROGRAM ILMU DI SURAU AL-IKHLAS

ILMU: DANA DIDUNIA DAN AKHIRAT

Umno berhimpun untuk hentam pembangkang, tiada agenda rakyat


Dicatat oleh Tuk Kiyai
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Perjalanan Perhimpunan Agung Umno bukti jelas bahawa parti itu masih lagi angkuh dan tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar, rakyat memerhati dengan jelas persidangan itu yang disiar TV arus perdana secara meluas.

Terpalit dengan pelbagai skandal, yang terbaru skandal lembu NFC, rakyat mahu melihat sama ada Umno akan mengakui kesilapan mereka, kata Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai Jonah.

“Kita tak lihat ‘self-criticism’ ada berlaku dalam Umno. Soal laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan mereka.

“Kita lihat isu skandal lembu NFC, semua pertahankan. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Umno memulihkan imej mereka dan membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas berkhidmat untuk masyarakat.

“‘Denial syndrome’ masih lagi lagi menebal dalam Umno walau pun selepas 2008 dahulu mereka berikrar mahu berubah untuk mengembalikan sokongan rakyat,” kata Khairul Anuar.

Berbeza dengan Umno, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah bertekad untuk membariskan calon yang tidak akan mengkhianati perjuangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, KEADILAN sebelum ini dikhianati beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan berpaling tadah kepada Umno demi kepentingan peribadi.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional KEADILAN kelapan di Johor Bahru dua minggu lalu.

Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 29 November sehingga 3 November esok turut menyaksikan pelbagai kata-kata nista dihamburkan kepada Pakatan Rakyat.

Perkataan seperti ‘pondan’, ‘bapuk’ dan cubaan mengaitkan DAP dengan insiden 13 May diucapkan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar pimpinan tertinggi.

Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menyifatkan Umno memilih strategi ‘menyerang’ parti-parti Pakatan Rakyat kerana mahu menutup kelemahan dalaman mereka.

“Kalau tak menyerang, perwakilan akan sebut tentang masalah dalaman parti. Namun, kita lihat ia tetap dibangkitkan contohnya pemilihan ‘winnable candidates’ untuk pilihan raya. Inilah masalah dalaman Umno yang sangat kritikal,” kata Suhaizan.

Skandal NFC yang tidak dibincangkan mahu pun diberikan perhatian juga adalah bukti bahawa parti itu sebenarnya sedang ‘busuk menuju kehancuran’ – seperti digambarkan mantan Presidennya, Tun Dr Mahathir, kata Suhaizan.

“Masalah dalam Umno tetap tidak boleh selesai seperti politik wang dan juga politik tikam belakang. Pada masa sama, masalah rasuah tidak diberikan perhatian oleh Umno.

“Ini yang Mahathir sebut dahulu – Umno sedang membusuk dari dari dalam. Mereka sedang menuju kehancuran, masanya sahaja kita tidak tahu,” kata Suhaizan.

Read more:
http://kafesantai.blogspot.com/2011/12/umno-berhimpun-untuk-hentam-pembangkang.html#ixzz1fQxUCFn8

HUDUD: Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan

RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini.

Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi.

Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah.

"Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.

"Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dan Perhimpunan Umno sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden Umno itu.

Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.

Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang Umno. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.

Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden Umno ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.

Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa Cina untuk bersama beliau dan Umno. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia itu dilanggar secara “head-on” oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh “co-exist” dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?

Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap “mengecilkan padang” beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa Cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.

Bagaimanakah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga “hardliners” dalam Umno.

Apakah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap Umno dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi Umno yang menerajui BN itu. Umno kini tidak mempunyai “magnanimity” yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.

Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang Umnolah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum Cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh Umno sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk Umno sebagai parti tunjang kepada BN itu.

Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap Umno yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya Umno, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.

Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambilalih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam Umno sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.

Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita Umno, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu “centre” sebagai seorang nombor satu dalam Wanita Umno. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, “kenapa tidak sensing kainnya sekali?”

Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam Umno sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?

Saya di sini tidak berkeyakinan yang Umno mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita Umno. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan “effect” yang “negative” kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun Umno boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.

Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1 Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum Cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata Cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.

Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.

Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari Umno dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, Umno dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.

Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari Umno. Maka pimpinan Umno wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana Umno sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.

Pemimpin Umno boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan Umno. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam Umno dan BN.

Kalau Umno boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar Umno dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah Umno jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.

Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti Umno, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.

Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin Umno yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap “confidence” yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.

Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
 

Isu lembu, Sharizat, Umno dan kuasa media baru

 
ULASAN Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

NONEMesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

NONESkandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

azlanWalaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

azlanTidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.
azlanBerbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.

Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis / penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3, stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera dan juga dengan TV Selangor.

Sabaq Kak Jat...takkan marah sampai nak selak kain.....

Oleh : PUTERI BULAN
Riuh rendah bagai dilanggar geruda atau dilanyak gajah Tok Mia...bila Kak Jat kita mengamuk...

Amboi...kak Jat marah sungguh...muka merah sama warna tudung dan mulut...
Kak Jat kata dia dah tak larat nak senyum....tapi Puteri nak suruh kak Jat senyumlah juga...pasai senyum tu sedekah...hehehehhe...

Kak Jat merah sungguh bula Ketua Wanita Keadilan, Puan Zuraida menyuruh dia meletakkan jawatan...marah sungguh pada Rafizi kerana mendedahkan penyelewengan suaminya dalam NFC.

Adatlah...kalau benda tak benar mengapa harus marah menyinga ..macam lembu naik minyak....kalau tak betul..cool jelah kak Jat..biarkan mereka melatah...betul tak..?

Macam cerita budak-budak...bila bergaduh masing-masing nak betulkan diri sendiri..walhal memang betul bersalah...sanggup reka cerita kaitkan orang lain agar dia didapati tak bersalah dan tak kena marah dengan mak...hahahah,,,kak Jat pun lebih kurang macam tu jugalah..

Bukan setakat nak singsing lengan...dah nak selak kain pulak..Mengucap kak Jat..aurat tu...jangan pulak marah sampai lupa diri...lainlah kalau kak Jat ni spesis manusia melatah...
 

Puteri rasa macam suara sumbang je...bila kak Jat sebut .." kita wanita melayu, wanita bumiputera, wanita Islam....Muka kak Jat pun terang-terang bukan melayu tulen, apatah lagi nak mengaku wanita Islam...tudung pun tak sempurna....masih terselak sana-sini...

Puteri nak nasihatkan kak Jat..sebagai ketua wanita UMNO..jenguk-jenguklah kepincangan wanita-wanita dan puteri-puteri UMNO sendiri. Banyak sangat yang rebeh dan berlubang,,terlibat dengan skandal, kena tangkap basah, main kayu tiga, pergaulan bebas, minuman keras, pembaziran wang rakyat dan banyak lagi kepincangan yang mesti kak Jat tangani dan fikirkan.

Anak-anak kat rumah kena diberi perhatian...jangan asyik intai anak-anak jiran..anak-anak kat rumah bergelumiang taik...

Sepatutnya kak Jat fikirkan macamana nak tingkatkan jati diri wanita UMNO, macamana nak buang tabiaat mengharap habuan dan laba dalam setiap pekerjaan, macamana nak kikis perangai wanita UMNO yang berebut jawatan dan sanggup memijak kawan, ,macamana nak benteras penyakit-penyakit sosial yang melanda anak-anak pimpinan UMNO yang semakin kronik...itulah sepatutnya menjadi sebahagian agenda dalam perhimpunan agong...kalau setakat nak hentam pembangkang, nak hentam Pakatan Rakyat...kak Jat boleh buat statement di television, akhbar dan radio...tak perlulah nak gunakan platform perhimpunan UMNO..

Berbeza dengan Muktamar Tahunan Muslimat PAS, mereka lebih cenderung membincangakan gerakerja, motivasi diri, kelembapan kawasan dan cawangan, masalah-masalah yang boleh membantutkan parti, kekuatan dalaman dan pelbagai lagi untuk meningkatkan lagi prestasi kerja muslimat seluruh Malaysia.

Tulah sebabnya...Wanita UMNO ni semakin lama usianya..semakin menjadi haru biru..semakin rendah krebiliti...semakin merapu..meraban..mereben..

Sudah-sudahlah kak Jat...kak Jat mengamuk pun..pembangkang tak takut..tak gerun..ugutan-ugutan kak Jat pun bukan mennyengat sangat...asyik sebut ..ooooooooooooooo..

Kalau pembangkang takut pada wanita UMNO dah lama pembangkang bungkus tapi yang realitinya pembangkang tetap berdiri teguh sanggup berdepan dengan wanita UMNO dalam setiap situasi...

Cuma..yang Puteri nampak...kak Jat je macam takut semacam pada pembangkang...hehehhhe..jangan marah ye kak Jat...marah terlebih dan terlampau-lampau pun nanti cepat tua...

Allah itu memang akan bersama dengan makhlukNya di dunia ini tapi Allah hanya sayang dan kasih pada hambaNya yang bertaqwa, beriman, melakukan suruhan, meninggalkan larangan...

Kak Jat...lama sangat kat PWTC tu...nanti kebulur pulak lembu-lembu di kondo tu....

Inilah wajah UMNO...lagi suka kata kat DAP dari bahas bab Ekonomi

Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut.

Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.

Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula, beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang?

Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.

Mereka lebih suka mendengar pembahas membawa cerita lucu dan tidak mahu mendengar cerita serius seperti usul ekonomi ini.

Datuk Rosni Aziz dari Pahang mencadangkan pemimpin Umno dilantik sebagai Pengerusi GLC. Benarkah bila orang Umno jadi Pengerusi GLC, orang Melayu mudah ditolong? Cuba tanya Idris yang juga Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sudah banyak mana PNS menolong usahawan Melayu?

Ramai usahawan Melayu kecewa kerana PNS tidak semudah itu memberi pinjaman kepada usahawan Melayu, sebaliknya kroni menteri mudah dapat pinjaman walaupun tiada perniagaan yang mereka buat.

Wakil Sabah, Datuk Hasnor Ayub menceritakan kejayaan kerajaan Sabah mendapat pengiktirafan sijil bersih audit tiga tahun berturut-turut.

Sepatutnya wakil Sabah buat cadangan kepada Umno pusat apa yang mahu dibuat lagi di Sabah dan bukannya menceritakan apa yang dicapai oleh kerajaan Sabah.

Wakil Selangor, Sudirman Rahmat mengingatkan orang Cina jangan takut bila orang Melayu dapat projek kerana mereka juga dapat nikmat. Biasanya orang Melayu akan beri subkontrak kepada orang Cina.

Sementara itu, wakil dari Wilayah Persekutuan, Datuk Azim Zabidi mencadangkan penubuhan Perbadanan Tabung Kampung Baru bagi orang yang tidak bersetuju tanah mereka diambil kerajaan untuk dimajukan.Wakil Wanita, Normala Abdul Samad pula meminta kerajaan melaksanakan segera gaji minimum bagi pekerja-pekerja swasta.

Ketika usul ekonomi dibahaskan, Dewan Merdeka kelihatan kosong.

Ramai perwakilan berada di luar dewan. Mereka tidak berminat mendengar usul serius ini dibahaskan apatah lagi mereka tidak dapat gelak-ketawa seperti mana usul politik yang mana pembahasnya banyak mengelaurkan cerita lucu.

Isa Samad maki Ketua Peneroka FELDA (video)


ARTIKEL ini dihantar oleh seorang warga FELDA kepada MiLo SuaM menyeru orang-orang FELDA menolak Isa Samad yang pernah dihukum kerana kesalahan rasuah.

Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda.

Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad.

Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka.

Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.

Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandanga.

Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.

Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka.

Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan?

Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak.

Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata.

Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.

Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!

Sumber:
http://milosuam.blogspot.com/

TENTERA DAN POLIS PATUT MENGUNDI DI TEMPAT AWAM

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Datuk Hj Mahfuz Omar yang menggesa agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengubah tempat pengundian bagi anggota polis dan tentera ke tempat awam.
DPPWP menyokong cadangan ini memandangkan ia amat baik dan positif kepada sistem undi pos atau undi awal. Pelaksanaannya penting bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan,. manipulasi, penyelewengan, ugutan atau tekanan kepada anggota tentera untuk mengundi. Apa yang berlaku selama ini, ada rungutan dari bekas-bekas anggota tentera dan polis bahawa mereka tidak bebas untuk mengundi kerana dipantau oleh anggota berpangkat lebih tinggi di atas mereka. Secara tidak langsung ia sebagai suatu tekanan kepada mereka sehingga menyebabkan tidak berlakunya proses keadilan dan ketelusan dalam sistem undi pos. Dalam hal ini, pihak tentera dan polis mesti memberikan kebebasan sepenuhnya kepada SPR untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya tanpa campurtangan pegawai-pegawai atasan.
Pengundian di tempat awam boleh mengelakkan berlakunya pengundian lebih dari sekali sepertimana pendedahan yang pernah dibuat sebelum ini oleh bekas-bekas anggota tentera. Pengiraan dan penjumlahan dilakukan ditempat terbuka yang boleh disaksikan oleh wakil setiap parti. Kertas undi pasti tidak akan boleh diselewengkan kerana setiap wakil parti akan menyaksikan setiap proses pengiraan dan penjumlahan undi sebagaimana ia berlaku untuk pengundi biasa.
DPPWP juga mengharapkan Polling Agent dan Counting Agent disediakan oleh calon atau parti yang bertanding serta hanya anggota SPR sahaja boleh berada di dalam kawasan pengundian. Daftar pemilih pula mesti menggunakan daftar pemilih yang disediakan oleh SPR, dan bukan daftar pemilih khas oleh tentera atau polis. Ini kerana pernah terjadi dalam PRK Bagan Pinang, bagi undi pos, ada satu daftar pemilih khas yang digunakan dalam kem yang tidak bersamaan dengan daftar pemilih SPR.
Dengan cara sedemikian, diharapkan pengundi pos dari kalangan tentera dan polis akan mengundi secara bebas tanpa ada paksaan atau ugutan. DPPWP juga mengharapkan, dengan ini akan membebaskan sistem undi pos atau awam dari sebarang keraguan seperti yang berlaku sebelum ini. Setiap pengundi sama ada pengundi awam atau tentera dan polis mempunyai hak memilih calon dan pemimpin yang akan memimpin negara ini. SPR perlu hormati hak ini dengan mewujudkan suasana yang menimbulkan ketenangan, keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya.
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ayuh beramai-ramai ke Karnival Jelajah GeMS Bukit Sentosa 4 Dis 2011 ~Ahad~ bersama Shahir AF !

Maha Benar! UMNO Bukan Boneka!

hehehe.. UMNO Manyak kelusi tapi wa jugak jadi Ketua menteli maaa!!
Janji kasi plojek sama itu ketua-ketua UMNO kira setel laaaaa!!

hehehehe..

Kalau di Perak,
DAP menang banyak kerusi Dun,
tapi PAS yang dapat kerusi Menteri Besar..
UMNO gelar 'Boneka"..

Bagaimana di Pulau Pinang?
Sewaktu pemerintahan BN..

UMNO menang majoriti kerusi DUN di Pulau Pinang,
tapi GERAKAN juga yang dilantik sebagai Ketua Menteri!!

Kalau bukan Boneka apa pulak gelaran nak diberi pada UMNO Pulau Pinang?

jawab pencacaiiiiiii!! Jawabbbbb!!


wakakkaakakkaa!

UMNO nak mati ni makin macam-macam laaaaa..
budakbalun 02122011

Umno: DAP pasti lantik bukan Melayu PM atau ‘boneka’ jika Pakatan perintah

KUALA LUMPUR, 2 Dis — DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak.
 
Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik “perdana menteri boneka” sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat jatuh pada awal 2009 selepas tiga wakil rakyat masing-masing dua dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti.

“Mereka cuba dengan keras di Perak. Jadi, jika jawatan MB (menteri besar) pun mereka berminat, mengapa tidak jawatan PM (perdana menter)?

“Saya pasti itu yang mereka mahukan. Jadi, jika tidak boleh, mereka akan berkompromi dan meletakkan seseorang menjadi boneka seperti Nizar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini.-Minsider

DISEMBER 3 KLCC JOM TURUN



PAK SAMAD KETUAI PROTES AKTA PERHIMPUAN

Sasterawan Negara, A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi

Jangan buat kontroversi, susah kami nanti’

KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.
Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya.

Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka.

Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda.

Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90.

“Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah,” katanya. -FMT
Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno
KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.
Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.
“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.
“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.
Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.
Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.
“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.
Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.
“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.
“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.
Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.
Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.
“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.
Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.
“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lagi.
“Ada yang terlalu risau,” katanya.-TMI

Indeks Persepsi Rasuah negara terus merudum

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Prestasi terburuk Malaysia selama 10 tahun dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh Transparency International (TI) menggariskan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

“Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini lantas akan membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas.

Lebih teruknya, katanya kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas.

Pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara.

Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.

Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas.

“Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

“Serangan Umno terhadap sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, dan DAP sebagai penindas orang Melayu yang kononnya hendak menguasai negara, sampai penyokong DAP dilabel sebagai bangsat, merupakan tindakan terdesak untuk mengalih perhatian daripada kegagalan Umno untuk menangani masalah-masalah seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tambahnya, tidak pula ada kritikan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan terlebihan belanja sebanyak RM3.7 bilion oleh jabatan-jabatan kerajaan dan tidak pula disebut tentang skandal lembu dan kondo yang melibatkan keluarga seorang Menteri Persekutuan.

Katanya, soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa.
“Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, setiap pemimpin Umno hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.
Rakyat Malaysia, ujarnya menginginkan integriti dan bukan rasuah, tender terbuka dan bukan rundingan terus, tiada kenaikan tol dan bukan kenaikan tol yang membawa manfaat kepada syarikat-syarikat pengendali tol, kebebasan dan bukan penindasan, serta keluhuran undang-undang dan bukan ketidakadilan.
“Harapan untuk membasmi rasuah tidak akan tercapai selagi kita tidak mengambil langkah untuk menanganinya.

“Rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat boleh memilih sama ada untuk menyokong BN yang telah mencuri masa depan kita selama 54 tahun atau untuk menolak BN untuk mencegah masa depan anak-anak kita daripada dilenyapkan,” katanya. -Hrkh

Pakatan Rakyat Bakal Tumbangkan Bn di Pahang, Johor dan Melaka!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXvbA9HFSA-vwpZzBjsT7_XdIpolYSa8sBT5V8N1vXcGeP59yOFxXDBrhfaEJfrHxgnTif4PkUEA2wKtot1TSmv4kdjXzlz9UwNkdjXOM1Fk_z_OM5DvZd9md1LI19g7V7h917dT7f9VQg/s320/Copy+of+DSC_0097.JPGOleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkahkan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya  ke-13 (PRU13) akan datang.Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang

Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negerinegeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.

Kes Lembu NFC: PKR Pertikai Kenyataan Awal Polis "Bersihkan" Imej UMNO


NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

KUALA LUMPUR – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.
“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI
Setakat Ini Tiada Unsur Pecah Amanah Dalam NFC - TKPN

KUALA LUMPUR: Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.
"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.

"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya. -mstar

M'sia jangan ikut Amerika tak iktiraf Hamas

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Tiga ahli Parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu mendesak kerajaan Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan Malaysia juga harus mengiktiraf Kerajaan Hamas di Palestin dan tidak mengikut telunjuk  Amerika Syarikat (AS) yang memusuhi Hamas.

"Kami sebagai Ahli Parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya.

"Malaysia masih lagi tak iktiraf Hamas dan masih lagi iktiraf Fatah kerana ikut telunjuk Amerika Syarikat yang kata Hamas pengganas.

"Kerajaan  lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah beliau, kerana tidak mengiktiraf Hamas itulah segala bantuan ke atas Palestin disekat oleh AS.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyampaikan harapan Kerajaan Hamas agar tekanan terhadap AS ditingkatkan agar nasib malang rakyat Paletin dapat diubah.

Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno BN agar mengambil iktibar daripada penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan segala pemborosan dalam perbelanjaan negara.

"Paling sedih betapa mereka hidup dalam kesempitan tapi di Malaysia, kerajaan begitu boros dari segi perbelanjaan, rasuah dan ketirisan sering berlaku.

"Sebagai contoh, untuk rawatan kumbahan mereka hanya perlu 1.5 bilion sahaja tapi kita guna 28 bilion sebagai ketirisan. Jadi jangan cakap soal nak tolong Palestin kalau tak ada keinsafan untuk ubah cara pemerintahan," katanya.

Dua lagi Ahli Parlimen yang turut serta dalam delegasi bersama 70 Ahli Parlimen dari 40 negara di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Timur Tengah 16 November lalu itu ialah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Sewaktu di sana, mereka dibawa bertemu Kerajaan Hamas untuk mendapat maklumat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas mereka sejak memenangi pilihan raya pada 2006.

Delegasi bertemu dengan Kementerian Kesihatan, Pertanian, Pendidikan dan Tahanan dan mendengar laporan mereka mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk peristiwa pengeboman 22 hari berturut-turut oleh AS.
Pengeboman itu bukan sahaja menyebabkan kematian tapi trurut memberikan kesan jangka panjang termasuk kecacatan dan pencemaran air di negara yang dihuni 1.5 juta penduduk itu. -Hrkh

Rasuah: Malaysia terus merudum .......Lembu boleh !!

azlanKedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi

KPergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.
Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.

Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.

Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.
Gambar: BEBERAPA pekerja pilihan raya parlimen mengira undi di Luxor, Mesir kelmarin.

"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922.
Ikhwanul Muslimun pertahan Artikel 2 Perlembagaan Mesir

Perkembangan politik dan sosial yang berlaku di bumi Mesir sangat mengujakan. Setelah sekian lama Ikhwan diharamkan dan Regim Hosni Mubarak tidak meluluskan permohonan Ikhwanul Muslimun (IM) untuk menubuhkan sebuah parti politik telah berubah pasca revolusi. Kebebasan IM untuk bergerak dan kelulusan Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwan kini membantu mencorakkan suasana baru bagi umat Islam di Mesir. Bahkan kumpulan Salafi yang dulunya tidak mahu melibatkan diri dalam politik pun turut terlibat dalam unjuk rasa dan penglibatan politik demokrasi.

Ikhwan mewajibkan seluruh anggotanya menjadi ahli kepada parti baru mereka namun parti Kebebasan dan Keadilan adalah parti terbuka untuk semua rakyat Mesir walaupun beragama bukan Islam. Parti baru ini tidak dikawal melalui arahan IM Mesir secara terus namun semua pimpinan parti ini adalah daripada pimpinan utama Ikhwan dan menjayakan agenda Ikhwan dengan kuasa pentadbiran yang independan. Parti ini terus menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti dalam article 2 ( Constitutional Declaration 2011) "Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation. "

Keperihatinan Ikhwan menyokong dan mempertahankan dasar Islam di dalam perlembagaan yang diproklamasikan oleh Majlis Tentera adalah bertepatan dengan dasar-dasar Islam yang diperjuangkan Ikhwan. Meskipun parti mereka Hizbu Hurriyah wal Adalah adalah parti yang diasaskan mengikut kehendak perlembagaan yang melarang wujud parti basis agama dan bangsa, mereka tetap menjaga dan memelihara dasar dan perjuangan Ikhwan. Sudah tentu ini menggambarkan kebijaksanaan dan pemeliharaan prinsip teras yang wajar sentiasa dipelihara.

Setiausaha Agungnya Dr. Mohamed Saad Katatni, (Secretary-General of the Freedom and Justice Party (FJP) menjelaskannya kepada wartawan Al-Jazeera malam tadi.

Pendirian bijak Ikhwan ini hendaklah menjadi input dan pengajaran kepada parti-parti baru yang ingin menubuhkan usaha politik di negeri masing-masing. Meskipun adanya anggota pengasasnya terdiri dari Coptic Kristian dan Wanita namun semua mereka telah menerima dasar-dasar Islam di dalam parti dan juga menjunjung Artikel 2 yang menjadikan Islam sebagai agama bagi negara dan bahasa arab sebagai bahasa resmi. Prinsip undang-undang Syariah adalah sumber utama Legislasi.

Gerakan Islam yang ingin mengambil kesempatan ruang politik janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Rakyat bukanlah penentu kebenaran, namun Islam lah asas dan dasar yang harus dipertahankan sesuai dengan perjuangan Nabi-nabi dan rasul yang seringkali mendapat bantahan kaum mereka. Sikap mencairkan prinsip atas nama demokrasi dan kebebasan bukan hanya bertentang dengan prinsip akidah namun akan mengheret gerakan Islam ke kancah perpecahan ummah.

Ketika ditanya oleh wartawan Jazeera apa bezanya Parti Hurriyah wal Adalah @ FJP berbanding dengan Parti AKP di Turki, SU Agung Parti menjelaskan bahawa keadaan politik yang berperlembagaan sekular di Turki sejak dulu lagi adalah berbeza dengan Mesir yang menjadikan Islam sebagai agama negara. Sesungguhnya ini adalah jawapan yang sangat tepat. Waqik atau realiti Turky bukan menjadi asas pendekatan yang sama. Parti AKP yang cenderung kepada Islam bertindak dalam kerangka perlembagaan Turki yang sekular manakala Parti FJP (Parti IM) bergerak dalam kerangka perlembagaan Mesir yang menjadikan Islam agama negara sudah tentu punya ruang yang lebih luas dan Islamik.

Di Libya, Majlis Peralihan (NTC) juga mengambil pendekatan ini. Morocco yang baru menerima kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan mungkin akan mengambil pendekatan yang sama. Mereka yang menggunakan sistem propotional representation perlu bekerjasama dengan parti-parti lain yang memenangi pilihanraya baru-baru ini.

Ada maklumat mengatakan mereka akan bekerjasama dengan parti politik yang cenderung menyokong Raja Morocco yang telahpun mengurangkan sedikit kuasa mutlaknya kepada kuasa rakyat bagi mengelakkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman raja-raja yang memerintah sebelum ini.

Perubahan lanskap politik Mesir telah membuka peluang kepada kumpulan Islam. Namun dalam masa yang sama juga membuka peluang kepada golongan liberal dan sosialis. Ianya juga membuka ruang kepada gerakan hak asasi manusia melalui pemuda-pemuda Mesir yang condong kepada Barat. Jesteru apapun yang telah berlaku memberi ruang yang luas kepada demokrasi yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Peristiwa seorang gadis muda Mesir yang mendedahkan seluruh tubuhnya di dalam Face Book mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Mesir yang masih mempertahankan jati diri masyarakat Timur. Walaupun begitu wanita-wanita Israel dengan bangganya menubuhkan fan group dan menyokong gadis Alia El-Mahdy ini sebagai tanda sokongan kepada sekularisasi dan liberalnya atas nama kebebasan mutlak individu.

Sejak kebangkitan rakyat yang disokong oleh Majlis tentera keadaan politik masih belum stabil. Setelah 10 bulan selepas tamatnya Regim Hosni Mubarak, seramai 50 juta pengundi akan memilih wakil mereka di parlimen. Dimaklumkan 50 buah parti terlibat dalam Pilihanraya pertama kali ini. Meskipun demikian Pilihanraya di Mesir semalam telah mendapat sokongan luar biasa rakyat. Peratus keluar mengundi meningkat walaupun ada sesetengah tempat mengundi menghadapi krisis pengurusan pilihanraya. Namun golongan wanita antara yang awal keluar mengundi.

Proses peralihan dari kerajaan tentera yang sifatnya sementara kepada kerajaan awam adalah hasrat rakyat yang telah melakukan revolusi tempohari. Namun adanya usaha melewat-lewatkan proses ini serta wujudnya anasir luar dan asing yang mahu menghuru harakan keadaan, melakukan demonstrasi tidak terkawal, membakar bangunan kerajaan, serta mewujudkan rasa tidak tenteram hubungan antara Islam dan Kristian dicetuskan oleh golongan yang mahukan kerajaan Tentera terus berkuasa atau mahukan kerajaan yang wujud selepas ini semaklin liberal dan condong kepada Barat.

Sekarang terpulanglah kepada rakyat Mesir untuk menentukan destini mereka. Semoga Islam yang sudah sekian lama mendarah daging dalam jantung umat dan pendekatan bijak Ikhwan sejak sekian lama serta perpaduan umat Islam di Mesir memungkinkan rakyat memilih kepimpinan dari kalangan mereka yang memperjuangkan Islam dan memungkinkan kemenangan besar parti-parti yang cenderung kepada Islam. Dari kajian yang dibuat 40% rakyat akan memilih Parti politik dari IM.

Akhirnya dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam itulah pra syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Serangan pemikiran dan perubahan yang di dokong kepentingan Barat akan terus berusaha melebarkan pengaruh mereka di kalangan generasi muda. Tanpa adanya ketahanan dan keteguhan iman generasi muda akan hanyut diganyang idea-idea Barat dan faham liberalisme serta libertarianisme yang menjadikan hak individu sebagai satu yang sacred dan suci tanpa adanya pengaruh agama di dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT memberi taufik dan inayah serta kejayaan bagi umat Islam di Mesir mengharung hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan yang didasari agama Islam serta kebaikan ekonomi dan pendidikan bagi Rakyat Mesir. -Hrkh

Sepertimana di Tunisia, penggunaan dakwat kekal telah memenangkan parti Islam di sana, begitu juga nampaknya di Mesir. Lihat video di bawah ini: -GB