Sabtu, 3 Disember 2011

Inilah wajah UMNO...lagi suka kata kat DAP dari bahas bab Ekonomi

Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut.

Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.

Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula, beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang?

Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.

Mereka lebih suka mendengar pembahas membawa cerita lucu dan tidak mahu mendengar cerita serius seperti usul ekonomi ini.

Datuk Rosni Aziz dari Pahang mencadangkan pemimpin Umno dilantik sebagai Pengerusi GLC. Benarkah bila orang Umno jadi Pengerusi GLC, orang Melayu mudah ditolong? Cuba tanya Idris yang juga Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sudah banyak mana PNS menolong usahawan Melayu?

Ramai usahawan Melayu kecewa kerana PNS tidak semudah itu memberi pinjaman kepada usahawan Melayu, sebaliknya kroni menteri mudah dapat pinjaman walaupun tiada perniagaan yang mereka buat.

Wakil Sabah, Datuk Hasnor Ayub menceritakan kejayaan kerajaan Sabah mendapat pengiktirafan sijil bersih audit tiga tahun berturut-turut.

Sepatutnya wakil Sabah buat cadangan kepada Umno pusat apa yang mahu dibuat lagi di Sabah dan bukannya menceritakan apa yang dicapai oleh kerajaan Sabah.

Wakil Selangor, Sudirman Rahmat mengingatkan orang Cina jangan takut bila orang Melayu dapat projek kerana mereka juga dapat nikmat. Biasanya orang Melayu akan beri subkontrak kepada orang Cina.

Sementara itu, wakil dari Wilayah Persekutuan, Datuk Azim Zabidi mencadangkan penubuhan Perbadanan Tabung Kampung Baru bagi orang yang tidak bersetuju tanah mereka diambil kerajaan untuk dimajukan.Wakil Wanita, Normala Abdul Samad pula meminta kerajaan melaksanakan segera gaji minimum bagi pekerja-pekerja swasta.

Ketika usul ekonomi dibahaskan, Dewan Merdeka kelihatan kosong.

Ramai perwakilan berada di luar dewan. Mereka tidak berminat mendengar usul serius ini dibahaskan apatah lagi mereka tidak dapat gelak-ketawa seperti mana usul politik yang mana pembahasnya banyak mengelaurkan cerita lucu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan