Sabtu, 16 Julai 2011

Makan malam Najib dan Ro$mah dihidang dengan air Kuning pula


Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..


Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).

Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia).

Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning..

Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah..

Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh
TV3 atau Utusan sila lihat di (
SINI)

Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..


Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.

Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."

Gambar dari
Pulakdah


video bawah demo kutuk Najib

Bongkarr....Polis Akui Salah Guna Dana Awam..

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan sejauh mana kebenaran polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam.

Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soalnya.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Chegubard berkata, ini bermakna, polis telah mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat.

Sebaliknya beliau mendakwa hanya sekitar RM5 digunakan untuk kos makanan terbabit, nammun selebihnya sebanyak RM20 tidak diketahui kemana perginya?

Malah, katanya ia telah melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Tambahnya, beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.-TVS

'Polis bengis macam nak makan saya'

Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan - TG Nik Aziz

TokGuru NikAziz di tengah-tengah.
KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.
Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.
"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.
Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.
Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.
Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan

NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH!

DEY MACHA!!!
很好笑咯!!!!
很可笑的备忘录... ...
KAH! KAH! KAH!

PANAS!! Liow Tiong Lai rasuah Hospital Tung Shin RM2 Juta??


Berita yang dipetik daripada
Malaysia Chronicle sebentar tadi mengatakan bahawa bekas Menteri Kesihatan dan juga Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng mendapat bukti bahawa Menteri Kesihatan sekarang, Liow Tiong Lai "membayar" sejumlah RM2 JUTA kepada lembaga pengarah Hospital Tung Shin!

Pendedahan ini dibuat susulan daripada penafian Liow sendiri Rabu lalu yang mendakwa pihak hospital dan kakitangannya tidak terkena tembakan gas pemedih mata dan air kimia yang sengaja dihalakan ke arah perkarangan hospital berkenaan.


Jui Meng menambah, sekiranya benar maklumat yang disampaikannya itu, Liow sudah tidak ada maruah dan harga diri kerana sanggup menipu rakyat Malaysia terutamanya Tionghua yang masih terkesan dengan kejadian Sabtu lalu.


Tetapi Liow menafikannya dan menambah, kedatangannya ke hospital berkenaan dan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital), kedua-duanya terletak di Jalan Pudu berhampiran dengan Hentian Puduraya, adalah untuk memberi cek sebanyak RM2 juta yang dijanjikannya pada 12 Januari 2010 lalu.


Jui Meng mencabar Tiong Lai supaya mengemukakan bukti kukuh termasuk rakaman video pada tarikh berkenaan untuk mengesahkan bahawa tiada rasuah diberikan kepada pentadbir kedua-dua hospital berkenaan.


Ini bermakna satu lagi tamparan buat Kementerian Kesihatan yang imejnya sudah tercalar teruk akibat penafian demi penafian yang dilakukan hanya untuk menutup kekejaman polis menyembur air kimia dan menembak gas pemedih mata ke arah kawasan hospital.


Sementara itu,
Tiong Lai mengesyaki maklumat yang diperolehi Jui Meng (sumbangan terbaru RM2 juta) kepada kedua-dua hospital berkenaan didalangi oleh musuhnnya sendiri dalam MCA!!

Lagi laporan lanjut menyusul


JALAN PULANG



Jui Meng slams Liow for cooking up stories to get off Tung Shin hook


In hot soup after being caught trying to cover up for the police, Health Minister Liow Tiong Lai denied he paid RM2 million to the Tung Shin hospital board to get them to refute allegations that tear gas and acid-laced water had been fired into the facility's compound.


Liow, who is also the MCA deputy president, even accused 'someone' of trying to pressure him into steeping down. But he was immediately rebuked for making up new "conspiracies" in order to get himself and his boss, MCA president Chua Soi Lek, off the hook.


"Rather than cook up more conspiracies to save face, they should just admit the truth and that is, Liow and Chua Soi Lek and the police tried to hide the truth from the people," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.


Speculation has been swirling for the past few days and finally found its way into the Chinese press this morning, with many online reports accusing Liow and the hospital board for putting politics first rather the health of the people.


This afternoon, Liow lambasted the reports, which he said were based on a 2010 event whereby he had allocated the amount to the Tung Shin hospital.


"This is essentially nonsense, which is clearly intended to humiliate me and Tung Shin Hospital," Liow said in a statement.


"The truth is I had gone to Tung Shn Hospital on Jan 12, 2010 to allocate RM2 million to them and also to Chinese Maternity Hospital."


Face up to the fact and apologize


But perhaps, Liow should blame himself the most because he totally ignored the wealth of available evidence in the form of the hundreds of eyewitnesses' accounts and video clips on You Tube.


The visuals showed clearly the police had indeed discharged toxic material into the Tung Shin compound, which is against international convention.


At a press conference held earlier this week, Liow even brushed off reporters who offered to show him the pictures and tapes.


It was only after he was labelled a 'liar' by critics and Chua Soi Lek also slammed for trying to blame "camera angle" for the pictures, that they realized the amount of anger that they had stirred.


Late last night, Liow announced he would set up a probe to be headed by the Ministry of Health secretary-general. But this was again seen as a ploy to appease public anger using the simplest but least sincere method.


"At the end of the day, what can the MOH committee do? Censure the police, censure the Cabinet, censure Prime Minister Najib? Do you see the MOH and Liow doing that, so why waste time?" said Jui Meng.


"The honourable thing for Liow and the police to do is to graciously admit the truth. There is no way for them to get past the avaliable evidence. They should straightaway apologise to Tung Shin, the staff and patients and to all Malaysians for their lies.

Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!

SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu, 480613105880 dan 480513105568.

Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.






Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]. Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.

Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong!

ReJaM© "Jika SPR terus buat bodoh, nantikan BERSIH 3.0!"