Selasa, 12 Julai 2011

Video : Husam Musa tembusi rintangan Polis

Video - Tangapan najib tentang bersih 2.0 ...sikit je ...


Dalam kehangatan yang masih terasa kesan dari perhimpunan aman Bersih 2.0 kelmarin, ada kebetulan yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai.

Kebetulan yang dikatakan itu ialah berkenaan pihak yang mengarahkan sekatan dan pihak yang menjadi kambing hitam atas sekatan kepada perhimpunan itu.

Jika dilihat kepada Misi Kemanusiaan International Freedom Flotilla 2, pasukan bantuan itu telah disekat oleh rejim Israel dengan menggunakan Greece sebagai kambing hitam mereka.

Pasukan itu yang turut disertai oleh Umno telah menyatakan bantahan mereka kepada Greece kerana menghalang pasukan itu dari meneruskan pelayaran ke Palestin kerana tekanan rejim Israel.

Sementara dalam perhimpunan kelmarin, pihak polis nyata telah dijadikan kambing hitam sebagai perisai hadapan bagi Umno yang berada di belakang mereka.Inilah kebetulan yang terjadi.

Diminta mengulas berkenaan persamaan ini, Ustaz Mohd Nor dengan tegasnya menyatakan bahawa hal ini membuktikan 1Malaysia sememangnya ditaja oleh yahudi yang bertopengkan APCO.

“Umno menyatakan bantahan dan marahkan Israel kerana berada di belakang Greece yang menyekat pasukan Flotilla, tetapi mereka juga berbuat hal yang sama kepada perserta perhimpunan aman Bersih 2.0 kelmarin.

Umno pula cuba menggagalkan Bersih 2.0 dengan menggunakan polis,” katanya.

Misi kemanusiaan Flotilla untuk membantu rakyat palestin yang tertindas, begitu juga misi perhimpunan Bersih 2.0 adalah untuk membantu rakyat Malaysia keluar daripada kezaliman dan ketidakadilan sistem pilihanraya di Malaysia.

Oleh itu, tiada alasan lain kecuali sememangnya Umno mengikut cara Israel dalam menangani hal yang mereka fikirkan akan merugikan mereka walaupun dengan mengkambing hitamkan pihak lain.

“Dengan akta-akta rimba seperti ISA yang masih dikekalkan oleh Umno, yang mana ianya adalah hasil tinggalan warisan Israel melalui British kepada Umno.

Maka tidak menghairankan jika tindak tanduk Umno menyamai Israel,”ujar beliau. -
 
http://dunbpayong.blogspot.com

Selalu kencing, mulut hancing... kahkahkah...

 
SPR boleh nafi, tapi rakyat dah tau pasai apa depa kena nafi... nak hidup maaa.... haha... SPR boleh berkali kali kencing, biaq semua tutup hidung pasai terlalu hancing... kahkahkah... kalau tidak, masakan beratus ribu penyokong BERSIH 2.0 sanggup turun kejalan raya pada 9 Julai lepas untuk menyokong apa yang depa percaya sebagai satu perjuangan suci untuk masa depan anak isteri...

Baca seterusnya dibawah nie...


*********************************

Penafian dan penjelasan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung kesahihan Daftar Pemilih menunjukkan ‘Kepandiran’ beliau berhubung ‘validiti’ dan ‘kredibiliti’ sebuah Suruhanjaya Pilihanraya di sebuah negara ‘Merdeka’ yang mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan. Pada 1999, saya menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Pengundi Untuk Disewa’ (Voters For Hire) dalam bentuk majalah setebal 132 muka surat termasuk kulit, tetapi agak malang kerana Kerajaan Malaysia yang ketika itu dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun) mengharamkan buku tersebut untuk satu tempoh yang agak lama. 

Saya dimaklumkan bahawa pengharaman tersebut bukan kerana isi kandungannya, tetapi kerana kulit luarnya yang memetik kenyataan Dr Mahathir kepada Wartawan Australia, Bob Reece yang berbunyi;

“Why not call a spade a spade? Why not say bravely that the people of Malaysia are too immature for a workable democracy? Why not say that we need some form of the authoritarian rule? We are doing that anyway and it looks as if we are going to do that for a very time to come.... Authoritarian rule can at least produce a stable strong government....We must accept that there is not going to be a democracy in Malaysia; there never was and there never will be."

Memandangkan saya tidak mahu menukar kulit buku berkenaan, maka buku tersebut tidak dapat dijual dan pihak SB menggertak penjual buku agar jangan menjual buku berkenaan, sedangkan harganya mampu dibeli semua rakyat Sabah kerana berharga RM10 senaskhah.

Walaupun buku tersebut mendedahkan pelbagai ‘Dosa’ dan ‘Modus Operandi’ SPR termasuklah senarai terperinci pengundi hantu dan seangkatan dengannya, namun hanya selepas pilihanraya baru buku berkenaan dapat dijual; setelah rayuan saya diterima dengan kerjasama media Australia yang memberikan saya salinan rakaman wawancara Bob Reece dengan Dr Mahathir.

Dalam buku ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ yang diterbitkan pada 1999, saya mendedahkan ribuan ahli UMNO yang menjadi pemilih berdaftar berkongsi kad pengenalan dengan pemilih lain dan ribuan warga asing menjadi ahli UMNO dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan projek.

Setelah saya memberi keterangan di hadapan Hakim Mohd Kamil Awang bersama beberapa saksi lain, beliau memutuskan Pilihanraya DUN Likas tidak sah dan batal kerana penglibatan pengundi hantu dan warga asing yang menjadi pemilih berdaftar.

Selepas buku ‘Pengundi Untuk Disewa’ dibenarkan dijual kepada umum, SPR telah mengambil tindakan drastik membersih daftar pemilih kerana sejak 2004, tidak lagi kedengaran nama pemilih bertindih; namun kembali lagi bergema pada 2008-2010 dalam siri pilihanraya kecil dan Pilihanraya Umum DUN Sarawak.

Dalam buku ‘Pengundi Untuk Disewa’, saya mengesan dan mendedahkan ratusan ribu pemilih berkongsi kad pengenalan yang sama; puluhan ribu berkongsi dengan dua pemilih lain serta ratusan yang berkongsi dengan tiga pemilih berasingan.

Sebagai contoh, seorang pemilih, TAN AH JEE (Segamat ,Johor) yang menggunakan nombor kad pengenalan 0001384 turut berkongsi nombor kad pengenalan yang sama dengan WASIL B ASDI (Tg. Puteri, Johor); IBRAHIM BIN MOD TAHIR (Batu Pahat, Johor) dan PERMIAN B AWIN (Temerloh, Pahang).

Begitu juga dengan seorang pemilih RAZALI B MOHD NOR (Hulu Langat, Selangor) yang berkongsi kad pengenalan 0003397 dengan LATCHUMANAN KABUR (Sg. Benut, Johor) dan LONG B PANDAK (Sg. Siput, Perak).

Namun semakan saya mendapati modus operandi yang serupa diwujudkan kembali dalam ‘Daftar Pemilih’ terkini kerana SPR meninggalkan ‘Najis’ ketika melakukan kerja kotor mendaftar nama ‘Pengundi Hantu’; mungkin dengan kerjasama parti politik atau dengan subahat Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang mencipta nombor MyKad yang baru, tetapi masih menggunakan nombor kad pengenalan asal yang sama.

Semakan rambang mendapati, lebih 20,000 pemilih di Perak berkongsi kad pengenalan dengan orang lain atau mempunyai hak mengundi dua kali kerana tersenarai dua kali menggunakan MyKad berlainan, sama seperti modus operadi di Sabah pada 1994.

Sebagai contoh, KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH yang menggunakan MyKad 490925086219/1358075 (Pusat Mengundi 056/05/14/004) disenaraikan sekali lagi dengan menggunakan Mykad bernombor 490825086289/1358075 (Pusat Mengundi 069/39/01/006)Begitu juga dengan OSMAN BIN ARSHAD yang menggunakan Mykad 490112086027/ 4172570 (Pusat Mnegundi 076/56/10/011) disenaraikan sekali lagi dengan menggunakan Mykad bernombor 490117085939/4172570 (Pusat Mengundi 076/56/10/011)
PARMAISVAERY A/P SUPPIAH yang menggunakan MyKad 550118086126/4749245 merupakan pemilih berdaftar bagi 065/28/06/005; tetapi turut mempunyai hak untuk mengundi sekali lagi dengan Mykad bernombor 550108086026/4749245 di lokasi 070/41/02/010.

Rakannya, PAPATHY A/P CHANDRAN yang menggunakan MyKad 591023025794/ 6840801 merupakan pemilih berdaftar di lokasi 066/31/01/009 tetapi SPR mendaftarkan beliau sekali lagi dengan menggunakan MyKad 591023025014/6840801 bagi lokasi 074/52/05/012.

Contoh lain boleh disemak dalam Daftar Pemilih yang sudah diwartakan atau disemak melalui Laman Web SPR.

Persoalannya, apakah motif SPR mengotorkan daftar pemilih sedangkan SPR bercadang mahu menggunakan Sistem Biometrik? Dapatkah Sistem Biometrik JPN mengklonkan geometri biometrik pemilih berdaftar, kerana hanya Tuhan yang tahu mencipta cap jari yang berlainan identiti untuk lebih 6 billion penduduk dunia?

Mungkin Pengerusi SPR buta IT atau belum bertamaddun untuk membersihkan daftar pemilih yang dibuat secara terang-terangan dalam bentuk penipuan ketara dan pengklonan MyKad dan gagal memasukkan ‘Mayat Hidup’ ke dalam keranda sedangkan jenazah pemilih berdaftar sudah lama bersemadi di pusara!

Apakah lebih bermaruah jika SPR bekerjasama dengan Guinness Book of World Record untuk mengiktiraf Malaysia mempunyai lebih 25,000 lelaki dan wanita tertua di dunia kerana ada yang berusia antara 115 hingga 166 tahun sedangkan manusia tertua di dunia hanya berusia 114 tahun?

Saya mohon jasa baik pembaca Sabahkini.net untuk memberikan saranan dan resolusi agar dapat dikemukakan kepada SPR bagaimana mahu memastikan daftar pemilih yang akan diwartakan untuk pilihanraya umum akan datang, bukan sahaja berbau bersih, kelihatan bersih malah senang dibersihkan SERTA MERTA!/Sabahkini
 
Sumber:  shalehudin

ADEGAN YANG TIADA DI TV3SUKU




DEY MACHA!!!
TV3SUKU ADA BERANI KA SIAR INI VIDEO?
MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
LEPAS TU HIDUP MAMPUIH BALIK
LEPAS TU MAMPUIH HIDUP BALIK
PUN DEPA TAK BERANI SIARKAN...
KAH! KAH! KAH!

Inilah hero Bandar Sungai Buaya dalam memperjuangkan keadilan menentang kezaliman……takbiiiirrrr………….

Perjuangannya Mengalahkan Orang Muda


Tabik Springg!!!! Pakteh Mad Isa Ditahan Polis..

Gambar Selebriti Popular TV Ini Turut Sertai Himpunan BERSIH 2.0... Syabas..

KEMPEN PAKAI BAJU KUNING

KUALA LUMPUR — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 dan tindakan Putrajaya mengharamkan kemeja-T warna kuning tertera lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya, Pemuda PAS merancang memulakan kempen warga kuning ketika sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Bulan Ramadan bermula awal Ogos dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri sebulan kemudian.

“Saya juga memberi perhatian kepada cadangan sahabat saya (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar dianjurkan Minggu Bersih dengan menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 sepanjang minggu dalam pelbagai aktiviti harian sama ada secara rasmi atau tidak.

“Cuma saya menambah agar momentum Bersih 2.0 ini dikekalkan sehingga lapan tuntutan menjadi kenyataan,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, momentum itu boleh diterjemah atau direalisasikan oleh rakyat dalam apa jua aktiviti dan kreativiti mereka.

“Saya mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda negara ini sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 agar menjadikan tema pakaian dan perhiasan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini ialah warna kuning... tidak mengapalah tema kuning itu menampilkan warna kuning air, kuning emas, kuning bercorak, kuning bersulam, kuning berjalur, kuning berpetak, kuning sedondon, kuning berbatik dan sebagainya, asalkan temanya kuning,” katanya.

Dalam kenyataannya, Nasrudin, salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur semalam berkata, biarpun tanpa baju Bersih 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai lapan tuntutan, “namun kandungan tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta Bersih 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman gas pemedih mata.”

“Tidak hilang seri himpunan Bersih 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai lapan tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata-mata,” katanya.

Nasrudin yang menyifatkan perhimpunan mereka semalam berjaya berkata peserta tidak memakai baju Bersih 2.0 kerana mematuhi ketetapan penganjur yang memberi kebebasan kepada peserta himpunan untuk tidak memakai baju rasmi ekoran tekanan menggila dari pihak pemerintah.

“Biarpun sekatan dikenakan dari segenap penjuru alam beserta ugutan, ancaman, tekanan, fitnah, tohmahan, tangkapan dan halangan, ternyata tidak mampu menghalang rakyat dari seluruh negara mewakili keseluruhan rakyat yang prihatin memasuki ibu kota untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0.

“Pastinya mereka kehairanan, setelah sedemikian rupa tindakan mereka ke atas Bersih 2.0 termasuklah menggunakan televisyen, radio dan iklan sebagai propoganda membusuk dan mengotorkan imej Bersih 2.0, namun Bersih 2.0 tetap bersih dan himpunannya tetap mencapai matlamat serta objektif penganjurannya,” kata beliau lagi.
 

BONGKAR: Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani Bersih 2.0

Kuala Lumpur - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan lain-lain pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

sumber:
TheMalaysianInsider

Nota: Terima kasih kepada penterjemah

Cincin Rosmah Mansor berharga RM24.5 Juta?


SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri.


Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga RM 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden United Malays No Otak, UMNO. Rujuk printscreen di atas.

Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes]


Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga RM 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu?

Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[Harakah]

Di dalam paparan print screen tersebut tertulis no kad pengenalan 720413-08-5731 milik individu yang bernama, A. KRISHNAN, atau nama sebenarnya KRISHNAN A/L AIYAVOO jika disemak melalui website daftar pemilih SPR [Daftar pemilih].


Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM benar-benar telus dan berani untuk menyiasat kes ini, sila ke alamat yang tertera di atas untuk memulakan siasatan. Jika SPRM tidak berani, tak mengapa ayuh tumbangkan Regim Rosmah Mansor, sejarah membuktikan Imelda Marcos, Laila Trabelsi ke penjara selepas regimnya tumbang!

ReJaM© "Undi anda akan membuka pintu penjara bagi pencuri wang rakyat!" - Milo suam

Hentikan Pembohongan Dan Putar Belit Himpunan Bersih!

Pemimpin Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13.

Media umno cuba hendak memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan. Pengamal media pro BN juga sudah melanggar etika laporan yang penuh dengan prajudis dan fitnah. Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi

Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.

Kita menasihat pemimpin BN dan media pro BN hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini. Biarlah kamu meninggalkan
pemerintahan kamu dengan tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang. InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang. Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri umno pada masa akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

TERKINI : Mat Sabu SEDANG BERCERAMAH Di Atas Kerusi Roda

Kesan daripada perhimpunan Bersih menyebabkan sambutan orang ramai menghadiri program ceramah di Pulau Pinang. Dianggarkan 8 ribu orang hadir untuk mendengar ceramah daripada DS Anwar Ibrahim yang memakai pendakap leher, Mat Sabu di atas kerusi roda.
Mat Sabu sedang berucap dari atas kerusi roda di hadapan kira-kira 8 ribu hadirin di Penang sambil di sambut teriakan Najib Razak pembohong

Bapak Anjing Ini Gelak Tengok Anak Anjing Belasah Pendemostran BERSIH



Gelagat polis yang seronok melihat anak-anak buahnya membelasah salah seorang yang terlibat dalam demonstrasi BERSIH baru-baru ini membuktikan tiada apa makna bagi polis. Mereka akan kata "kami ikut arahan orang atas" dan "kami menjalankan tugas". Inilah ayat-ayat yang selalu digunakan oleh anjing UMNO/BN untuk meyekat kemaraan rakyat.

Pihak polis membelasah lelaki yang tangan terikat dengan memegang bendera Malaysia seolah-olah nilai bendera Malaysia hanya terletak di kaki polis. Cuba perhatikan video di bawah dengan teliti gelagat sikap anggota polis yang tidak bertamadun ini. Polis lebih ganas dari pengganas.

Paling menyakitkan ialah, tindakan anggota polis datang beramai-ramai menyepak lelaki yang tidak berlawan itu. Mereka hanya berani bertindak demikian kepada yang lemah tetapi bacul untuk bertindak kepada gangster-gangster di sekitar pusat bandar. Bagaikan seekor anjing yang menuruti perintah tuannya.


Sekarang keganasan polis telah ditunjukkan ke dunia luar betapa ganasnya polis Malaysia melayan peserta demonstrasi seperti binatang. Tindakan ganas itu lebih ganas dari binatang dan jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jika mahu melihat jin, lihatlah sikap polis seperti video di atas.

Hari ini mereka terajang, tendang dan belasah orang awam. Suatu hari nanti mereka akan lumpuh dan terkena stroke seperti ketua polis yang terdahulu kerana belasah orang awam. Kita tidak perlulah cerita siapa anggota polis yang kena stroke dan berkerusi roda.

Kebanyakan polis akan menerima musibah dari penciptaNya kerana berlaku zalim. Jangan sampai ada anggota polis yang menyepak dan terajang ini lumpuh akibat kezaliman mereka kerana mendapat balasan dari ALLAH. Sesungguhnya orang yang dizalimi akan dimakbulkan doanya.
sumber

Video A Samad Said: "Apa namanya ni?"

Bersih 2.0 Berita Sebenar Dari TV Singapore



Ada Bukti Video Yang Jelas… Tapi Masih Lagi Nak Menipu Rakyat

2011-07-09, 02:26pm, Bersih 2.0 Rally – In Front of Tung Shin Hospital

BERSIH 2.0: Hospital Tung Shin nafi dakwaan

11/07/2011 7:10pm
KUALA LUMPUR 11 Julai – Pihak pengurusan Hospital Tung Shin menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas, memasuki kawasan hospital itu.
Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ng Beh Tong berkata, tidak ada gas pemedih mata disembur ke dalam kawasan hospital.
“Malah, pihak polis membawa beberapa orang penyokong demonstrasi yang cedera ringan semasa kejadian itu berlaku ke dalam hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas memberikan taklimat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong yang mengadakan lawatan ke hospital itu.
Beh Tong berkata, pada perhimpunan haram itu, polis juga tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap penyokong perhimpunan haram yang melarikan diri ke dalam hospital itu.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, pada masa kejadian itu, polis hanya melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong perhimpunan haram tersebut yang berkumpul di atas jalan raya di Jalan Pudu, di hadapan hospital berkenaan.
Mengenai rakaman video yang didakwa menayangkan polis menyembur meriam air ke arah hospital, beliau berkata, polis menyembur ke bangunan bersebelahan, di mana para penyokong berkumpul, bukan ke dalam hospital, dan perkara tersebut disokong oleh Beh Tong. – Bernama
…………………………………………………………………………….

Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.
Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
“Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital,” katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.
Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.
“Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital,” kata timbalan presiden MCA itu lagi.
Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.
Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.Malaysiakini..

AKU KATAKAN BAHAWA BAHARUDDIN ADALAH SYAHID !!



Demontrasi BERSIH telah berlaku. Tindakan polis dengan menembak gas pemedih mata meragut nyawa seorang demonstran, iaitu Saudara Baharuddin Ahmad. Ramai yang mempersoalkan status kematiannya; Apakah dikira syahid atau tidak?

Malahan tidak ketinggalan, ada juga dari kalangan orang UMNO (UMNO : Laknat Allah terhadap orang-orang zalim) yang agak biadap sehingga melebelkan kematiannya sebagai mati katak.

Secara peribadi, tanpa aku memaksa orang lain menerimanya bahawa Aku menyatakan, kematian Saudara Baharuddin Ahmad boleh dikira sebagai MATI SYAHID. 

Pendapatku ini didokong Hujjah-hujjah seperti berikut;

Kandungan tuntutan BERSIH adalah perkara yang boleh disifatkan sebagai hak keadilan. Hak keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. 

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikanlah hak kepada setiap orang yang mempunyai hak ”

Sebagai kerajaan, tuntutan bersih itu wajib ditunaikan. Tidak menunaikan tuntutan bersih itu, bermaksud menafikan hak rakyat. Menafikan hak itu merupakan tindakan zalim. Apabila ada pihak yang terbunuh dalam usaha mendapatkan hak mereka, maka mereka dikira sebagai syahid.

Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda;

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ

Maksudnya;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”

Dalam hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya juga sudah dikira syahid. Makanya, terlebihlah dikira sebagai syahid bagi mereka yang terbunuh mempertahankan hak kebebasan yang merupakan unsur keadilan yang dituntut dalam Islam.

KALAU BEGITU, TIDAK PERLU DIMANDIKAN?

syahid itu ada dua jenis; syahid dunia dan syahid akhirat. Ada sebilangan ulama, menambahkanya menjadi tiga, iaitu syahid dunia dan akhirat. Dalam menafsirkan maksud syahid-syahid ini, ulama ada perbincangan panjang. 

Secara umumnya, makna bagi tiga jenis syahid ini adalah seperti berikut;

Pertama: Syahid dunia

Syahid dunia adalah syahid bagi orang yang mati berperang, dalam keadaan hatinya berjihad bukan kerana Allah, seperti kerana riya’, sum’ah dan seumpamanya. Hukum bagi jenazahnya adalah tidak dikenakan mandi dan tidak disolatkan. Dengan erti kata lain, jenazahnya diurus seperti orang mati dalam berjihad. 

Sabda Nabi SAW;

إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya aku tidak disuruh untuk mengorek apa yang ada dalam hati manusia, dan tidak disuruh untuk mengoyak perut-perut mereka ”

Saidina Umar bin Al-Khattab juga pernah berkata;

وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمْ الْآنَ بِمَا ظَهَرَ لَنَا مِنْ أَعْمَالِكُمْ فَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا خَيْرًا أَمِنَّاهُ وَقَرَّبْنَاهُ وَلَيْسَ إِلَيْنَا مِنْ سَرِيرَتِهِ شَيْءٌ اللَّهُ يُحَاسِبُهُ فِي سَرِيرَتِهِ وَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا سُوءًا لَمْ نَأْمَنْهُ وَلَمْ نُصَدِّقْهُ 

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu menilai kamu sekarang berdasarkan apa yang zahir bagi kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kepada kamu kebaikan, kami akan akuinya dan hampirinya. Tidaklah kami mempunyai hak terhadap perkara yang tersembunyi. Allah SWT akan menilai pada perkara yang tersembunyi itu. Barangsiapa yang menzahirkan kepada kami perkara yang jahat, kami tidak akan akuinya dan tidak membenarkannya ”

Kedua: Syahid Dunia dan Akhirat

Syahid dunia dan akhirat adalah orang yang mati dalam peperangan untuk menegakkan kalimah Allah. Hatinya ikhlas dengan mahu menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi. 

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan Allah ”

Jenazahnya diuruskan sebagai orang yang mati berjihad, iaitu tidak dimandikan, tidak disembahyangkan dan seumpamanya. 

Ketiga; Syahid Akhirat

Syahid akhirat adalah orang yang mati dan mendapat ganjaran pahala seperti ganjaran syahid. Namun, jenazahnya tidak diurus sebagai orang yang berperang, tetapi diurus sepertimana orang ramai, iaitu dimandikan dan disembahyangkan.

Antara jenis syahid ini, disebut oleh Nabi SAW dalam hadis;

الْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ

Maksudnya;
“Orang yang sakit perut (sehingga cirit beret yang mati) dikira sebagai syahid; orang yang tertimpa penyakit Taun (yang mati) dikira sebagai syahid ”

Dalam hadis yang lain, banyak lagi perkara yang mati dikira sebagai syahid. Seperti mati lemah dikira syahid, mati kebakaran dikira syahid, perempuan mati melahirkan anak dikira syahid dan seumpamanya.

Jadi, dalam isu kematian Baharuddin bin Ahmad ekoran mempertahankan hak keadilan rakyat yang telah dinodai kerajaan memerintah pada hari ini, tidak salah dikira sebagai syahid pada jenis yang ketiga ini. Iaitu jenazahnya dimandikan dan disolatkan, tetapi ia tetap dikira sebagai syahid.

BERSIH DIKETUAI ORANG BUKAN ISLAM?

Namun begitu, ada pihak yang menafikan syahid atas kematian Saudara Baharuddin dengan alasan himpunan Bersih ini diketuai oleh Ambiga yang tidak beragama Islam. Bagi menjawab alasan ini, dikemukakan hujjah seperti berikut;

Pertama;

Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”

Malahan, Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”

(Hud : 117)

Jadi, tidak menjadi salah dikira sebagai syahid kepada orang Islam yang mati bersama dengan orang bukan Islam dalam perjuangan mempertahankan keadilan dan usaha menuntut hak. Ini kerana, Allah SWT tidak menolak keadilan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, malahan mengakuinya.

Kedua:

Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”

Juga sabda Nabi SAW;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”

Dalam hadis ini, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri berbelah pihak kepada non Muslim yang dizalimi berbanding Muslim yang menzalimi. Jadi, jika tidak ada salahnya jika Saudara Baharuddin dikira sebagai syahid ekoran kematiannya dalam usaha menuntut hak keadilan rakyat agar ditunaikan oleh pihak kerajaan.

PENUTUP

Sesuatu kematian itu dikira syahid atau tidak, perkara utama yang perlu dipastikan bahawa si mati itu adalah seorang yang beragama Islam. Orang yang tidak beragama Islam yang mati, tidak dikira sebagai syahid, waima dia bersungguh-sungguh untuk memenangkan Islam sekalipun. Jadi, jika dia mahu dikira syahid juga, hendaklah dia mengucap syahadah dan mati dalam keadaan islam.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Wahai orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati kecuali kamu dalam keadaan beragama Islam”

(Al-Imran : 102)

Dan lagi, kelebihan orang yang mati syahid ini, dinyatakan oleh nabi SAW bahawa mereka mendapat ganjaran yang cukup besar. Antaranya disabdakan oleh nabi SAW;

لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَيَأْمَنُ مِنْ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ الْيَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنْ الْحُورِ الْعِينِ وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ

Maksudnya;
“bagi syahid itu disisi Allah enam kelebihan; diampunkan baginya pada pancutan darah yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dirinya dari azab kubur, diamankan dari kesusahan mati yang besar, dipakaikan di kepalanya tengkolok wiqar dari yaqut yang ia lebih baik dari dunia dan kandungannya, dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga dan dia diberikan peluang untuk memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya ”

Dalam menafsirkan makna kaum kerabat ini, ulama berbeda-beda pendapat. Ada memaksudkannya sebagai anak beranak, sepupu sepapat dan seumpamanya. Tetapi di sana, terdapat tafsiran bahawa maksud bagi kaum kerabat itu adalah saudara seislam. 

Aku berharap agar aku termasuk dari 70 kalangan orang yang mendapat syafaat yang bakal disyafaatkan oleh Saudara Baharuddin bin Ahmad di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al-‘Alamin. Kalau orang UMNO (laknat Allah terhadap orang-orang Zalim) tak nak, itu dorang punya pasal.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Video: Lagi Sekor Polis Bodoh Undang-undang

 



Cuba kita hayati video ini dengan teliti dengan sikap polis yang munafik. Janji mahu tengok tetapi merampasnya. Beginikah sikap polis melayan seorang rakyat yang mencintai demokrasi? Sudahlah tiada nombor pegawai polis yang tertera tapi cuba berlagak. Mana nombor pegawai?

Tanda-tanda polis takut ialah tidak memaparkan nombor pegawai. Walaupun mereka menafikan untuk memaparkan nombor mereka, video ini jelas menunjukkan sesiapa sahaj boleh menyamar menjadi seorang anggota polis dengan syarat mempunyai pakaian seragam.

Jika ini selalu diamalkan oleh polis, tidak mustahil selepas ini akan ada ramai penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis yang tidak mempunyai nombor keahlian anggota polis yang sah. Polis akan dipermainkan dengan sesuka hati dan kepercayaan orang ramai kepada polis akan terhakis.


Polis juga tidak boleh bersikap keras terhadap rakyat sebaliknya perlu menjaga keamanan dan bukannya pencetus huru-hara. seperti dalam video di bawah, polis tidak menunjukkan sikap profesional sebaliknya marah kepada orang dipersekitaran. Apa masalah yang menyebabkan mereka melenting?


Tindakan polis yang merampas pasportnya juga dipertikai. Mengapa perlu dirampas pasportnya? Supaya beliau ikut pergi balai? Tetapi perjuangan pakcik ini perlu kita contohi kerana beliau mempunyai prinsip mempertahankan pasportnya yang diambil oleh polis tanpa sebab.


Cuba kita perhalusi apa yang diperkatan oleh orang tua dalam video tersebut. Beliau meminta polis jelaskan apa kesalahannya namun polis tersebut gagal menjelaskan sebaliknya cuba bawa beliau ke balai. Bila pakcik tu tanya, "Saya ikut arahan saja". Sudah tidak ada ayat lain untuk melepaskan diri. Harap polis profesional dengan rakyat.




Bekas SU Politik Che Det kata Najib pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.


Gambar pemuda ini telah diedit seolah-olah memegang senjata dan disiarkan oleh Berita Harian pada 10 Julai.
[HD] KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sehari selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, para penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib disifatkan gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed),
Matthias Chang dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Sebelum Matthias, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah turut mempertikaikan strategi BN dalam menghadapi Bersih 2.0.

"Selepas perhimpunan 9 Julai 2011, saya mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh pemimpin BN, bahawa keutamaan mereka sekarang adalah
membuang semua penasihat politik yang tidak ada pengalaman langsung dalam realiti politik,
" tulis Matthias mengulas peranan penasihat politik Najib  yang dikatakan pakar dalam “Blue Ocean Strategy” (strategi lautan biru).

Kerajaan BN, kata Mathias,
membelanjakan bilion ringgit
untuk membayar para 'pakar strategi' ini namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang hasil yang jelas 'di alam realiti dan di peringkat akar umbi.'

Tulisan Mathias membayangkan cerita sebenar di sebalik kegelisahan dan tindakan berlebihan kerajaan pimpinan Najib dalam mengendalikan Bersih 2.0.

Sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0, Najib menghimpunkan 6,000 para penyokongnya di PWTC dan memberikan ucapan berapi kononnya Bersih 2.0 tidak ada sebarang kesan.

Sebelum itu, beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yasin telah membuat kenyataan bahawa semua urusan mengendalikan perhimpunan kali ini diserahkan kepada polis.

Hasilnya,
seluruh bandaraya Kuala Lumpur dikepung dan tidak ada sebarang kenderaan yang dibenarkan masuk sejak tengahmalam sebelum 9 Julai
.

Namun, pelbagai pihak menganggar lebih 100,000 penyokong Bersih berhimpun di ibunegara walaupun mendapat tentangan ganas dari pihak keselamatan.

Seorang peserta, Baharudin Ahmad, 58 tahun telah meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur dan Najib sendiri mendakwa ia berpunca dari sakit jantung tetapi keluarganya berkata, Allahyarham, seorang
bekas tentera
yang segar bugar mustahil terkena komplikasi jantung.

Keluarganya juga berkata, jenazah Allahyarham menunjukkan tanda
empat tulang dadanya patah manakala tiga batang giginya turut patah.
Di samping Baharudin, 1697 peserta ditahan sepanjang operasi polis itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.

Kesan dari itu, Mathhias yang menyebut dia adalah bekas setiausaha politik PM sebelum ini berkata, jika pilihan raya diadakan tahun ini, BN tidak akan berjaya mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen mahupun mengambil balik empat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Yang lebih teruk lagi, beliau menjangkakan PM akan dihalau keluar enam bulan selepas itu.

Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:

1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton  siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa  jiwanya  untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Bagi Mathias, perhimpunan 9 Julai 2011 menimbulkan tujuh persoalan untuk dijawab oleh Najib:

1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang? 

4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?