Selasa, 12 Julai 2011

Hentikan Pembohongan Dan Putar Belit Himpunan Bersih!

Pemimpin Umno dan media pro umno diminta hentikan pembohongan dan putar belit himpunan Bersih 9 Julai 2011. Kenyataan pemimpin umno sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas. Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13.

Media umno cuba hendak memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan. Pengamal media pro BN juga sudah melanggar etika laporan yang penuh dengan prajudis dan fitnah. Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi

Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.

Kita menasihat pemimpin BN dan media pro BN hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini. Biarlah kamu meninggalkan
pemerintahan kamu dengan tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang. InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang. Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri umno pada masa akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan