Selasa, 12 Julai 2011

Bapak Anjing Ini Gelak Tengok Anak Anjing Belasah Pendemostran BERSIH



Gelagat polis yang seronok melihat anak-anak buahnya membelasah salah seorang yang terlibat dalam demonstrasi BERSIH baru-baru ini membuktikan tiada apa makna bagi polis. Mereka akan kata "kami ikut arahan orang atas" dan "kami menjalankan tugas". Inilah ayat-ayat yang selalu digunakan oleh anjing UMNO/BN untuk meyekat kemaraan rakyat.

Pihak polis membelasah lelaki yang tangan terikat dengan memegang bendera Malaysia seolah-olah nilai bendera Malaysia hanya terletak di kaki polis. Cuba perhatikan video di bawah dengan teliti gelagat sikap anggota polis yang tidak bertamadun ini. Polis lebih ganas dari pengganas.

Paling menyakitkan ialah, tindakan anggota polis datang beramai-ramai menyepak lelaki yang tidak berlawan itu. Mereka hanya berani bertindak demikian kepada yang lemah tetapi bacul untuk bertindak kepada gangster-gangster di sekitar pusat bandar. Bagaikan seekor anjing yang menuruti perintah tuannya.


Sekarang keganasan polis telah ditunjukkan ke dunia luar betapa ganasnya polis Malaysia melayan peserta demonstrasi seperti binatang. Tindakan ganas itu lebih ganas dari binatang dan jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jika mahu melihat jin, lihatlah sikap polis seperti video di atas.

Hari ini mereka terajang, tendang dan belasah orang awam. Suatu hari nanti mereka akan lumpuh dan terkena stroke seperti ketua polis yang terdahulu kerana belasah orang awam. Kita tidak perlulah cerita siapa anggota polis yang kena stroke dan berkerusi roda.

Kebanyakan polis akan menerima musibah dari penciptaNya kerana berlaku zalim. Jangan sampai ada anggota polis yang menyepak dan terajang ini lumpuh akibat kezaliman mereka kerana mendapat balasan dari ALLAH. Sesungguhnya orang yang dizalimi akan dimakbulkan doanya.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan