Khamis, 17 November 2011

PSC: Tiada halangan bagi guna dakwat kekal

Tiada halangan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara, Datuk Seri Maxmus Ongkili.

NONEMenurutnya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberitahunya, perkara itu cukup sekadar pindaan pada peraturan pilihan raya (perjalanan pilihan aya) 1981, tanpa perlu meminda perlembagaan.

“Beliau jelaskan, ini boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu meminda peraturan ataupun perlembagaan,” kata Maximus kepada wartawan selepas mempengerusikan jawatankuasa itu.
Ongkili berkata pindaan atau pertambahan peraturan yang perlu dibuat itu melibatkan Perkara 19, Peraturan Pilihan Raya, di mana sebaik sahaja mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong, penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, tetapi perlu dibentangkan
kepada Parlimen.

pulau ketam village head election 310711 indelible ink"Secara lisan Peguam Negara jelaskan mengenai penggunaan dakwat kekal dan PSC berpuas hati dengan pandangan beliau.

"Pandangannya ialah jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang melaksanakan dakwat kekal pada bila-bila masa, ia tidak melibatkan pindaan Perlembagaan. Hanya perlu pinda peraturan pilihan raya. Jawatankuasa akan timbang perkara ini sebelum buat resolusi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Parlimen.

Abdul Gani ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai mesyuarat tersebut.

NONEMengenai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun, Ongkili berkata, Abdul Gani memaklumkan ia memerlukan pindaan Perlembagaan serta peraturan-peraturan berkaitan.

Perkara Perlembagaan yang perlu dipinda adalah Perkara 119 (4)(b) berkenaan "tarikh kelayakan" -- iaitu tarikh seseorang itu memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata perkara itu juga akan ditimbang dan ditetapkan pada mesyuarat PSC akan datang.

Ditanya mengenai kenyataan bercanggah Abdul Gani sebelum ini ketika dakwat kekal ingin diperkenalkan buat kali pertama pada pilihan raya umum 2008, Ongkili berkata: "Dia (Abdul Gani) masih konsisten dengan pandangannya. Cuma dulu jika tak mahu ubah peraturan maka perlu pinda Perlembagaan. Tapi dalam kes ini kita boleh ubah peraturan."

Oleh itu, kata Ongkili, PSC telah meminta Abdul Gani menyediakan dokumen hitam putih bagi menyatakan tiada keperluan meminda Perlembagaan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal, dan diserahkan kepada PSC pada Isnin depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan