ALOR SETAR - Hanya mahkamah yang berhak menentukan sama ada Kedah berhak menuntut kembali Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.
Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Mohd Rozai Shafian berkata, satu semakan lengkap perundangan yang dibuat sewaktu perjanjian dimeterai antara Kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, perlu dilaksanakan bagi memastikan sama ada perjanjian itu bercanggah dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan ataupun tidak.
Menurutnya, Perkara 4 Perlembagaan menyatakan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka, yang didapati berlawanan dengan perlembagaan, ianya terbatal setakat mana berlawanan dan Kerajaan Negeri perlu memastikan sama ada isu Pulau Pinang ini terikat dengan perkara itu atau tidak sebelum membuat tuntutan.
“Isu pokok perdebatan di sini ialah mengapa nilai pajakan masih dibayar kepada Kerajaan Kedah setiap tahun dan sekiranya perkara itu dijadikan rujukan, hakikatnya Pulau Pinang masih milik Kedah.
“Bagaimanapun, satu semakan semula perundangan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada perjanjian pihak Inggeris dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini boleh dicabar atau tidak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mohd Rozai berkata, sekiranya isi kandungan perjanjian itu bercanggah dengan Perlembagaan, mahkamah perlu mengetahui sejauh mana tahap percanggahan itu bagi membolehkan satu keputusan yang adil dapat dibuat.
Beliau berpendapat, masih ada asas untuk Kedah menuntut Pulau Pinang dengan syarat, segala isi perjanjian yang diperhalusi dapat memberi gambaran jelas bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
“Bagi saya, kajian semula terhadap nilai pajakan yang diterima lebih logik kerana RM10,000 yang dibayar ketika ini tidak relevan dengan nilai 10,000 syiling emas Sepanyol (Spanish Gold Coin) yang dibayar dahulu.
“Justeru, Kerajaan Negeri perlu membuat pilihan sama ada menuntut kenaikan nilai pajakan atau hak ke atas Pulau Pinang kerana agak mustahil untuk kedua-dua tuntutan itu dipenuhi dalam satu masa,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan