Kebelakangan ini sudah ramai mantan
"orang-orang besar" mula menzahirkan diri mengkritik kerajaan. Antaranya mantan
IGP Musa Hasan.Marah betul dia pada sepupu PMNajib ,Hishamuddin merangkap
Menteri Bukit Aman dan Kem Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa
pada Hishamuddin ialah kerana sepupu Najib itu tidak menyambung
IGPnya.
Marah Musa menyebabkan beliau
mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas
polis.
Sebelum ini, Musa terkenal dengan
tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar. Tugasnya bersama mantan KP Melaka
Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan pangkatnya sebagai IGP melangkaui
senior-senior yang lain.
Tiada diketahui mengapa secara
sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang bekas majikannya. Adakah beliau
ingin bersihkan dirinya atau bertaubat?
Jika mahu bersihkan dirinya, dia perlu
mengikut apa yang dilalui oleh bekas seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab
soalan Datuk Mat Zin Ibrahim.
Nama Ramli sudah dibersihkan oleh
perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli dan Mat Zin masih "menyerang" Musa
walaupun Musa kelihatan seperti pro- pembangkang pula
Kini, Musa seperti mengikut jejak
tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik penggantinya Abdullah Badawi. Musa
pula mengkritik IGP Ismail Omar.
Jika Mahathir marahkan Pak Lah kerana
Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, Musa pula marahkan Ismail kerana tidak
raikannya untuk majlis persaraan sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis
Hishamudin kerana tidak sambung IGPnya lagi.
Tidak seperti mantan IGP yang dahulu
yang ditawarkan jawatan yang hebat sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat
Judi seperti Hanif Omar. Tiada jawatan buat Musa untuk beliau
kerja.
Barangkali PMNajib atas nasihat
Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru
rancangan Muqaddam!
Apapun, Musa perlu istiqamah dan
buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan
BN.
Musa perlu buktikan. Kini beliau sedang
jalanii ujian pertama iaitu diekori anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang
tidak pernah difikirkan beliau semasa jadi IGP dulu.
Ujian kedua sebagai tanda bencikan
kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai atau berarak bersama rakyat pada 12
Januari 2013 di Dataran Merdeka.
Diekori SB
sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu
buktikan. -tokpepijat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan