Rabu, 26 Disember 2012

Konspirasi Isa Samad Ambil Alih Koperasi Permodalan Felda Gagal!

 



Hakim Mahkamah Tinggi KL, Abang Iskandar Abang Hashim, membenarkan KPF untuk mencabar keshahihan keputusan Panel Rujukan Pertikaian SKM pada 26 Nov lalu yang membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan KPF ke 31, 20 Jun lalu.Mahkamah juga membenarkan permohonan KPF untuk menggantung arahan SKM yang mengarahkan KPF mengadakan semula AGM pada 27 Dis ini.

Alhamdulillah, konspirasi Isa Samad yang memperkudakan Ismail Sabri Yaakob dan Dato' Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM untuk mengambilalih KPF telah GAGAL!

Keputusan berani hakim yang menyelamatkan caruman dan aset berbilion ringgit milik 246,000 ahli KPF.

ANAK mengalu2kan keputusan yg sangat melegakan ini. Syukur kpd Allah SWT.

Marilah kita sujud syukur bagi menzahirkan kemenangan bermakna ini..

ALLAHUAKBAR 3x -mazlan aliman


Mahkamah Tinggi batalkan AGM KPF 27 DisKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

- Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.

- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.

- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013.

Mengulas keputusan mahkamah itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, keputusan tersebut melegakan 246,000 ahli KPF.

"Saya bagi pihak Anak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keputusan berani hakim.

"Ia sangat melegakan 246,000 ahli KPF dan menyelamatkan berbilion caruman dan aset KPF daripada penyamun yang diketuai (Tan Sri) Isa Samad," katanya kepada Harakahdaily.

Anak sebelum ini mendakwa wujud konspirasi untuk melantik Isa dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dalam KPF.
-HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan