Selasa, 25 Disember 2012

GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?

 

Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.
Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?

Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen
Polis berdiam diri saja?

Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.

Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.

Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.

Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan,
yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! -GB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan