Umno-BN "Tidak Matang" Kendali Politik Dan Urustadbir Negara, Kata Khalid
SHAH ALAM 3 MAC : Walaupun tiga tahun sudah berlalu selepas tsunami politik 2008, Kerajaan Persekutuan masih belum "matang" untuk mengasingkan politik kepartian dan urustadbir negara yang merangkumi kerajaan-kerajaan negeri daripada pembangkang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Akibatnya, Putrajaya terus menggunakan budaya menekan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk meraih kembali sokongan rakyat di situ namun taktik itu nyata akan gagal seperti yang terbukti dalam kes Kelantan, kata beliau dalam wawancara khas dengan TVSelangor.
"Saya rasa kematangan (Umno-BN) ini hanya akan mula terserlah apabila mereka mendapati cara merajuk dan menggertak (kerajaan negeri), tidak lagi memberikan apa-apa makna.," kata Khalid.
Khalid melahirkan rasa kesal kerana kerajaan pusat masih tidak mengamalkan dasar permuafakatan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat demi membawa pembangunan untuk rakyat.
Sebaik sahaja Khalid dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Umno-BN dikatakan bertindak balas dengan memulau agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan menubuhkan agensi lain yang dikawal secara langsung dari Putrajaya.
Radio Televisyen Malaysia juga diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dan tidak lagi menerbitkan program-program yang membolehkan mesej kerajaan negeri disampaikan kepada rakyat Selangor, sebagaimana di negeri-negeri pimpinan BN.
Di Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng terpaksa berdepan dengan kerajaan pusat yang kerap meminggirkan Pulau Pinang dalam rancangan rancangan pembangunan jangka panjang negara, Rancangan Malaysia ke 10 dan prgram Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Selain itu tunjuk perasaan anjuran Umno atau pertubuhan bukan kerajaan yang pro-parti itu kerap diadakan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mencerminkan pelbagai lapisan rakyat tidak berpuas hati di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Pada pandangan saya, apabila kita bandingkan keadaan ini dengan apa yang berlaku di England dan Australia, kita kurang matang dari segi menerima hakikat bahawa politik itu hanya sebahagian daripada proses dan bukan satu pengakhiran. Apa yang penting akhirnya, adalah pembangunan masyarakat dan negara," tegas Khalid.
Menurut Khalid, tindakan pemimpin-pemimpin BN membelakangi Perlembagaan Persekutuan tentang pengasingan kuasa dan hak kerajaan pusat dan negeri adalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menguasai beberapa negeri.
Justeru pelbagai helah digunakan menafikan hak kerajaan negeri sungguhpun ia bertentangan dengan perlembagaan yang sedia ada.
Kontroversi pelantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor secara terus oleh Putrajaya dan usaha kerajaan negeri menguruskan industri air yang masih tertunda hanya dua contoh yang mencerminkan kekangan kerajaan Selangor dalam berurus dengan Putrajaya.
" Saya fikir kita masih belum ada kematangan dalam politik dan pentadbiran negara untuk menyedari politik boleh berubah-ubah tetapi misi kita dalam memberikan pentadbiran yang terbaik untuk rakyat harus menjadi konsep bersama (antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan)," jelas Khalid.
Namun apa yang berlaku ialah kerajaan persekutuan Umno-BN tidak selesa berurusan secara telus dan terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan pembangkang, kata Khalid.
"Walaupun Perlembagaan Persekutuan itu jelas tentang tatacara dan susila mengenai peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, tetapi kerajaaan persekutuan berasa janggal untuk berbincang secara professional dengan kerajaan negeri yang di pimpin oleh parti lain,” kata Khalid.
“Ini (tidak patut kerana) perbincangan adalah untuk pembangunan dan bukan dari segi visi (politik),” kata Khalid yang sekali lagi melahirkan harapan kerajaan Persekutuan dan jentera pentadbirannya lebih terbuka dan ikhlas dalam berurus dengan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan