Rabu, 31 Ogos 2011

Mat Sabu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.

Katanya, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.

"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini Isnin.

"Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri," katanya.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.


Ceramah 21 Ogos,Utusan menyiarkan pada 27 Ogos. Jelas utusan berniat jahat. Polis pula perihal Mat Sabu, cepat siasat sepantas kilat dan keluar kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dan PAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan