Khamis, 26 Mei 2011

Azizan tanding AJK, tolak timbalan presiden

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memutuskan untuk bertanding merebut jawatankuasa pusat PAS dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri turut menolak bertanding jawatan timbalan presiden bagi memberi tumpuan kepada Kedah, lapor Harakahdaily.

Azizan antara enam azlanpemimpin yang dicalonkan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Selain beliau, dua lagi pemimpin - Salahudin Ayub dan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa - turut menolak pencalonan itu.

Ekoran penarikan diri tiga pemimpin tersebut, persaingan merebut jawatan berkenaan memperlihat pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa Mohamad Sabu.

Ketiga-tiga calon itu telah mengesahkan bertanding jawatan tersebut.

Muktamar PAS akan berlangsung di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan