HULU TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan pembahagian kerusi diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak sama sebagaimana dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Menurutnya, Pakatan Rakyat hanya ditubuhkan selepas PRU-12 dan pembahagian kerusi PRU-12 adalah agihan sebelum Pakatan Rakyat.
Katanya, formula-forlmula yang digunakan dalam PRU-12 turut berubah selepas penubuhan Pakatan Rakyat dan juga beberapa pilihanraya kecil yang berlangsung sejak itu.
[Gambar - Ustz Naharuddin menerima cenderahati dari Ustaz Harun di akhir majlis perasmian mesyuarat Agung PAS Hulu Terengganu]
"Hanya selepas PRU-12, barulah tertubuh Pakatan Rakyat, PRU-13 merupakan pilihanraya umum yang pertama disertai atas nama Pakatan Rakyat,
"formula yang digunakan untuk PRU-13 tidak akan sama dengan apa yang digunakan dalam PRU-12 tahun 2008,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Hulu Terengganu, disini, 29 April.
Mesyuarat Agung kali ke 27 itu diadakan di Dewan Besar Kolej Darul Quran Islamiah (KUDQI) Kubang Lembek, Manir dekat sini.
Turut hadir adalah Dato' Ustaz Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu dan Bendahari PAS Terengganu Haji Muyiddin Abdul Rashid yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu. -BO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan