PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi.
Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.
“Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN,” kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.
“Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah,” tambah beliau.
Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya.
“Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.
“Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu,” kata Surendran.
Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar.
Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional.
Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan.
Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut.
Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya.
Namun sehingga kini, trio ‘Datuk T’ yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11260

Tiada ulasan:
Catat Ulasan