Nazri Abdullah |
SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dr Badrul Amin, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan. Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, hancur Umno dan reformasi' sepanjang perarakan. Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK. Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan. Petang ini, Menteri Besar turun sendiri menerima memorandum tersebut yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman. Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR. "Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan. Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat. Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. -Hrkh |
Khamis, 13 Januari 2011
1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor , at 12.1.11,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan