Khamis, 13 Januari 2011

Mungkinkah PERKASA dan GAPS mengamuk??



Jika sebelum ini pelbagai isu melibatkan orang Melayu Islam, PERKASA dan GAPS dilihat berlagak menjadi Hero Pembela Melayu, adakah isu ini juga mereka akan lantang menentang atau menimbulkan pertikaian??

Apakah pula reaksi pemimpin UMNO berhubung tindakan yang dibuat MPSJ ini?

===========

Apapun syabas diucapkan kepada MPSJ yang melaksanakan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar dibawah kerajaan PR Selangor. Laksanakan apa yang termampu. Soal penutupan terus kilang arak Carlsberg atau Guinness Stout atau Tiger Beer yang rata-rata orang Muslim yg bekerja di sana, adalah lebih kepada soal kerajaan Pusat/Federal.

Biarpun kilang arak tersebut berada di dalam peta dan kawasan Negeri Selangor, dan berkebetulan Kerajaan PR Selangor baru memerintah,maka pelaksanaan step by step ini dilihat satu cara yang wajar dipuji. Perlu diingatkan, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat penutupan secara terus kepada kilang besar Casberg kerana lesen besarnya rata-rata terdiri daripada investor yang mendapat kelulusan dari kerajaan Pusat sendiri, bahkan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya juga ada orang yg berkepentingan dgn Kerajaan Pusat.

Jadi pelaksanaan berperingkat dengan mengambil tindakan kepada pusat hiburan yang menggaji org Muslim bekerja dgn melibatkan arak/ada menjual arak sebagai satu langkah permulaan. Dan diharapkan selepas ini, pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang menjadi tokey besar pula terlibat dengan pengharaman ini.


Kepada pekerja-pekerja Muslim, ingatlah. Rezeki Allah ada di mana mana jua.Bumi Allah luas terbentang.

Seperti mana maksud ayat ayat 2 & 3 Surah At Talaq,

" Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah( yakni mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)nescaya dijadikan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya.

Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.Allah telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu.

MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Islam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan