Khamis, 13 Januari 2011

Najib Salah Tafsir

 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Najib Razak telah silap mengatakan bahawa pelan reformasi Pakatan Rakyat akan membawa Malaysia menuju kemuflisan, sepertimana yang dialami republik Yunani.

Situasi politik dan ekonomi Yunani ketika negara itu muflis mempunyai kesamaan yang menakutkan dengan Malaysia dibawah pentadbiran sekarang.

Lantas, Buku Jingga mengemukakan strategi yang terbukti, bagi mengubati penyakit rasuah dan penyelewengan yang semakin parah.

"Janji seratus hari yang disebut buku jingga itu dirangka supaya kebijakan ekonomi kita itu berlandaskan fakta, kekuatan ekonomi semasa, dan tumpuan kepada keperluan masyarakat sederhana dan rendah.

"Greece itu lingkup ekonominya kerana pengurusan buruk, angka tipu, rasuah, dan pimpinan angkuh menutup kenyataan dan fakta. Di Malaysia perkara sama berlaku, malah kadar hutang negara nisbah KDNK melonjak naik semasa Najib jadi Perdana Merdeka," katanya dalam Program Terus Terang Tv Selangor.

Anwar menjelaskan beberapa strategi yang diambil Najib cenderung untuk mempertahankan kekayaan kelas tertentu.

Saranan dan teguran dari ketua audit negara menggesa tindakan diambil ke atas kesusutan perbendaharaan negara akibat penyelewengan dan pembaziran, tidak diikuti.

Manakala bantuan, bon-bon dan subsidi terus diagihkan kepada golongan terpilih, dan keperluan untuk rakyat kebanyakan diketepikan.

"Menurut Ketua Audit Negara, ketirisan perbelanjaan dan rasuah mencecah RM28 bilion. Kalau kita ambil-alih, kita tetapkan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, Menteri dilarang terlibat dalam perniagaan dan rasuah, maka saya percaya mesej itu sampai ke bawah dan kita dapat selamatkan puluhan bilion.

"Subsidi kita kepada IPP RM19 bilion. siapa yang punyai IPP ini? Tauke judi Genting, YTL, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan. Mereka ini diberi subsidi RM19 bilion. Kalau kita tadbir kita batalkan ini. Mana munasabah bagi subsidi pada bilionaire? soalnya.

Anwar menjelaskan Buku Jingga adalah langkah awal untuk menyelamatkan ketirisan, melalui langkah-langkah yang mudah, tetapi berkesan.

"Kalau kita kira semua, kita boleh berjimat. Kita tidak perlu bincang ekonomi secara menyeluruh, tetapi kita ambil langkah-langkah untuk selamatkan ketirisan," katanya lagi.- tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan