Rabu, 19 September 2012

Laaa... tak habih lagi kisah Fathul Bari neh...


Admin terkejut kenapa sehingga tahap ini Ustaz Fathul Bari beria-ia menyebelahi UMNO/BN? Seolah-olah beliau sengaja menidakkan sesuatu yang pasti..
P/s: ustaz Fathul Bari kini kelihatan suka “menegakkan benang yang basah”..

** Sesuatu yang salah apabila cuba ditegakkan kelak akan menjadi fitnah...
FB
Posted bu  shalehudin

Laaa... tak habih lagi kisah Fathul Bari neh...


Admin terkejut kenapa sehingga tahap ini Ustaz Fathul Bari beria-ia menyebelahi UMNO/BN? Seolah-olah beliau sengaja menidakkan sesuatu yang pasti..
P/s: ustaz Fathul Bari kini kelihatan suka “menegakkan benang yang basah”..

** Sesuatu yang salah apabila cuba ditegakkan kelak akan menjadi fitnah...
FB
Posted bu  shalehudin

Laaa... tak habih lagi kisah Fathul Bari neh...


Admin terkejut kenapa sehingga tahap ini Ustaz Fathul Bari beria-ia menyebelahi UMNO/BN? Seolah-olah beliau sengaja menidakkan sesuatu yang pasti..
P/s: ustaz Fathul Bari kini kelihatan suka “menegakkan benang yang basah”..

** Sesuatu yang salah apabila cuba ditegakkan kelak akan menjadi fitnah...
FB
Posted bu  shalehudin

Ulama Muda Umno Bukan Latar Belakang Agama?


Terbaca tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di halaman twitter milik beliau. Nampaknya beliau ingin mendedahkan sesuatu tentang Ulama Muda Umno.
Bila sebut "Ulama Muda" dan dikaitkan dengan parti, parti mana lagi yang dimaksudkan kalau bukan kumpulan Ulama Muda yang ditubuhkan oleh Umno.

Dr Asri menulis,
"Ada parti trtipu dgn pnggunaan nama ulama muda. Padahal kbnyakan mrk bukan dr latar agama ttp mnulis guna nama ulama"
Rasulullah saw bersabda:
“Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran”
Apabila ditanya “Bagaimanakah caranya disia-siakan amanah?”
Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.
Posted by Addin 77

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

 

 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Update: 09/06/2011, 0:14
 
Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus
 
Update: 13/06/2011, 17:09
 
Salinan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor terpaksa dikeluarkan dari website ini atas sebab-sebab tertentu. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti di bawah:
 
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
 
Tel: 603-5514 3400
Mufti: 603-5514 3738
Timb. Mufti: 603-5514 3730
Fax: 603-55197584
Email: mufti_sel@selangor.gov.my
Web:
www.muftiselangor.gov.my
 
P/S: Sila share artikel ini untuk kebaikan bersama :)
 

Najib Heret Suaram Ke Mahkamah Kerana Balas Dendam Kes Scorpene?

 
KUALA LUMPUR 18 September - Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing. Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang.
Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene,” tempelak Surendran.

“Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar,” katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram,” kata beliau lagi.

Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum. ~keadilandaily

Perarakan Mahasiswa Tuntut Pilihanraya Kampus Bebas & Adil

Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) akan menghantar memorandum bagi mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menambah baik sistem Pilihan Raya Kampus (PRK).
Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, memorandum itu akan dihantar dalam masa terdekat.

Ia turut disertai beberapa persatuan mahasiswa termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).

Akram berkata, pihaknya menuntut KPT melaksana enam tuntutan berkaitan PRK iaitu penetapan tarikh, mahasiswa terlibat menguruskannya, pemantauan, sistem pengundian telus, kebebasan berkempen, dan peruntukan dana kepada calon.

“Kita akan hantar memorandum untuk terus mendesak supaya KPT melaksanakan tuntutan ini. Setakat ini tiada tanda-tanda tuntutan kami akan dipenuhi walaupun PRK dijangka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, seramai 800 pelajar yang terdiri daripada beberapa persatuan mahasiswa menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur bagi menuntut PRK yang bersih.

Perarakan bermula di kawasan Masjid Jamek kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir di pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Penetapan tarikh PRK

Menurut Akram, tindakan KPT melengah-lengahkan PRK seolah-olah menafikan hak mahasiswa dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus.

“Kebanyakan MPP di IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) sudah dibubarkan kerana habis penggal. Tetapi sehingga kini pihak yang bertanggungjawab masih belum menetapkan tarikh pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mendakwa mahasiswa tidak diberi ruang untuk menguruskan PRK, sebaliknya ia diuruskan oleh pentadbiran universiti yang penuh dengan konspirasi dan campur tangan politik kerajaan.

“Kita dapat maklumat adanya pertemuan-pertemuan sulit antara kerajaan Umno BN dengan pentadbiran universiti untuk menentukan kemenangan calon aspirasi (calon pro-kerajaan) dengan memberikan suntikan dana kepada mereka,” katanya.

Lantik Suhakam, Mafrel jadi pemantau

Akram berkata, disebabkan campur tangan tersebut, pihaknya menuntut supaya PRK dipantau oleh badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel).

Selain itu katanya, Gamis turut mencadangkan beberapa ahli akademik untuk menjadi pemantau antaranya, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.

Menurutnya, Gamis telah menghantar surat jemputan kepada badan-badan pemantau berkenaan supaya dapat bekerjasama memastikan PRK dijalankan dengan adil dan bersih.

“Kita juga sedang menunggu lampu hijau daripada KPT supaya dibenarkan badan-badan ini membuat pemantauan,” katanya.

Tuntut pengundian telus

Akram mendedahkan, beberapa IPTA mengamalkan sistem pengundian tidak telus apabila terdapat nombor siri pada kertas undi.

Tindakan itu bertujuan mengenal pasti sama ada mahasiswa menyokong pro-mahasiswa atau pro-aspirasi.

“Berlaku juga kepincangan dalam sistem undian online atau E-Voting. Melalui sistem ini kita tidak boleh membuat bantahan ataupun semakan. Kita tidak tahu apa yang berlaku dan hanya menunggu keputusan sahaja.

“Justeru itu, kita menuntut penambahbaikan dengan memberikan salinan kepada mereka yang mengundi secara online,” katanya.

Mahu tempoh kempen lima hari

Gamis, menurut Akram menuntut tempoh berkempen selama lima hari waktu berkuliah berbanding tiga hari pada masa ini.

“Tempoh pilihan raya kampus diadakan selama lima hari tetapi ia dipendekkan kepada tiga hari. Justeru kita menuntut ia diadakan lima hari sesuai dengan kempen yang dijalankan,” katanya.

Dana untuk semua calon

Beliau turut menuntut supaya semua calon diberikan dana untuk berkempen tidak hanya terhad kepada calon aspirasi sahaja.

“Kita tak bersetuju apabila hanya calon pro-aspirasi sahaja yang diberikan dana pilihan raya. Kalau nak bagi kena bagi semua calon sama ada mereka pro-mahasiswa ataupun pro-aspirasi,” katanya. -KD
Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan ‘Orang Politik’
Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil ‘OPS 2020′.

Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.

Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.

Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.

“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.

“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.

“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.

“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,” katanya.

Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya.

Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.
-selangorku

Hashim Jasin umum tidak bertanding lagi

Selepas tiga penggal menjadi Adun dan 21 tahun menjadi pemimpin utama PAS Perlis, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun beliau telah mempersiapkan segala-galanya untuk PAS Perlis menghadapi Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini. Ikuti wawancara wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dengan beliau baru-baru ini.

Harakahdaily: Apa perkembangan berlaku di Perlis sekarang ini terutama dari segi persediaan hadapi pilihan raya umum ke 13?

Hashim Jasin: Pertamanya terima kasih kepada Harakahdaily yang sudi datang ke Perlis ini. Pertamanya dari segi persediaan pilihan raya terutama dari segi kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Sebenarnya, sejak Mei tahun lalu (2011), kita sudah selesai pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat.

Selepas itu, kita iaitu PAS telah membuat re treat dua hari satu malam yang disertai oleh wakil-wakil dari DUN dan Kawasan-kawasan sebab kita dah tahu kawasan yang kita bertanding. Ia bertujuan untuk menentukan bakalbakal calon. Dengan re treat itu kita sudah dapat cadangan dari wakil-wakil yang hadir, nama-nama yang bakal bertanding. Pihak Perhubungan khasnya Dewan Harian kemudiannya atur mereka mengikut keutamaan dan kita serahkan nama-nama itu kepada Pusat. Baru-baru ini, kesemua nama-nama yang kita hantar itu diluluskan oleh Majlis Syura.

Langkah kedua yang kita buat adalah memperkemaskan jentera melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN). Kali ini pengarah dia, kita bagi orang baru, orang muda jadi pengarahnya iaitu Saudara Hasharudin dan dia susun kerja-kerjanya. Kita telah banyak belanja untuk JPN, hampir RM200,000 untuk membuat pelbagai persiapan. Ia banyak kerana Perlis ni negeri kecil sahaja.

Yang kedua, Pemuda. Juga kita banyak gerakkan parti melaluinya termasuk penubuhan PKC iaitu Pasukan Kerja Calon yang diuruskan Pemuda. PKC ditugaskan untuk membantu calon kita mendekati pengundi melalui aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat. Kita juga telah belanjakan RM107,000 untuknya kerja-kerja ini. Bukan yang PAS, Pemuda saja. Antaranya kita bagi daging, buah kurma semasa Ramadhan dan lain-lain. Ini sebenarnya banyak membantu kita untuk memasuki mana-mana kawasan di negeri ini. Ia macam pembuka jalan.

Seterusnya kita perkuatkan jentera di peringkat UPU. Ini sedang berjalan sekarang dengan tumpuan kepada cula. Dari lapan kawasan DUN kita tanding, enam sudah siap. Kita pula jalankan ikut taktik Kelantan ketika nak rampas negeri semula menjelang tahun 1990. Sekarang ini ia masih terus berjalan lagi tetapi tinggal tak banyak dah, dalam 20 peratus lagi untuk kita selesaikan.


(Ustaz Hashim mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Perlis)
Bagaimana dengan pembahagian kerusi?

Kita telah berbincang ketiga-tiga parti dan selesai pada Mei tahun lepas lagi. Ia kemudiannya ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga parti. Saya telah wakili PAS. Kita kemudian telah hantar kepada Pusat.

Jadi Perlis antara yang awal?


Ya, saya rasa kita antara paling awallah yang selesai. Walaupun ada usaha untuk ubah, tetapi kita di Perlis sudah selesai.
Dari segi kerjasama antara PAS, PKR dan DAP di negeri ini?


Kita telah sekian lama menubuhkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat negeri. Kita telah adakan empat atau lima kali mesyuarat di mana saya adalah pengerusinya. Yang tak pernah putus mesyuarat adalah Sekretariat Pakatan Rakyat negeri yang adakan mesyuarat setiap bulan dan kadang-kadang dua kali sebulan. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS.
Bagaimana kedudukan pengundi Cina di Perlis?


Perubahannya sangat menarik di Perlis ini. Mereka sangat banyak cenderung kepada Pakatan sekarang. Misalnya di Sanglang, kawasan saya bertanding sebelum ini. Dulu masa pru 12, saya dapat 30 undi sahaja dari 800 pengundi Cina yang ada. Sekarang ini saya rasa, BN akan dapat 30 undi itu dan selebihnya calon PAS akan dapat.
Secara keseluruhannya di Perlis ini, bagaimana kecenderungan mereka?

Saya kira antara 70 - 80 peratus dari mereka menyokong Pakatan dalam pilihan raya akan datang ini. Dan yang menariknya, ini kali pertama fenomena ini berlaku di negeri ini.
Maknanya pilihan raya 2008 lalu, hal ini tidak berlaku?

Ya kali ini baru bergerak macam tu, dulu tak begitu.
Yang menarik juga Ustaz kata tadi adalah PKC. Apa makna PKC ini dan tugas mereka ustaz?

PKC ialah Pasukan Kerja Calon. Mereka ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda. Mereka dibentuk untuk membantu setiap calon kita yang akan bertanding. Merekalah barisan hadapn kita yang akan menemui masyarakat dengan memasuki kampung-kampung, berjumpa orang. Mereka membawa bersama sumbangan PAS, pemimpin PAS atau bakal calon kita kerana kita telah kenalpasti calon kita.


Maknanya semua calon PAS sudah tahu mereka adalah calon?

Ya mereka telah tahu mereka adalah calon.

Seterusnya, ada kajian yang menunjukkan perpecahan dalam Umno Perlis sekarang ini sangat ketara. Ikut kajian itu, penduduk Perlis tidak tahu isu NFC misalnya tetapi mereka tahu perpecahan dalam Umno Perlis ini. Sebenarnya setakat mana kebenaran perkara ini?

Ia memang betul berlaku. Misalnya dalam sidang DUN Perlis baru-baru ini, (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) bantai MB, bantai Exco. Saya mencelah, nampaknya Umno pecah dua. Dia (Shahidan) jawab, dok bukan dua...tiga. Baru-baru ni, saya tanya lagi...bagaimana doh jadi tiga. Dia kata lagi...dok, empat.

Dalam sidang itu juga, ADUN Mata Air, Khairy berucap. Dia kata, anak muda tidak menyokong BN. Kerana dihasut pembangkang, dia kata. Saya kata, bijak pembangkang. Ada antara mereka beritahu saya, kamu senanglah dah tau dah nak buat apa. Kami tak tau lagi. Nak buat kerja pun tidak boleh, takut saja je. Buat kerja pun takut tak lekat langsung (jadi calon). Ini dilema yang mereka hadapi berbanding dengan kita yang tidak ada masalah itu.
Tetapi perpecahan yang berlaku dalam Umno Perlis ini sejak dari dahulu lagi? Adakah darjahnya berbeza sekarang?

Ooooh berbeza, berlain. Tengoklah, dulu (Datuk Seri) Najib mai sekali je. Sekarang dah berapa kali dah Najib datang. (Tan Sri) Muhyidin pun datang . Dulu mereka buat keputusan, bagi kawasan Arau misalnya, Shahidan tentukan calon. Bahagian ini pula ketua bahagian. Tetapi sekarang tak boleh. Shahidan dah kontrol semua JKKK dengan cara dia bayar elaun JKKK selain kerajaan negeri. Dia bagi dahulu, tiada yang tertangguh. Banjir, kerajaan bagi RM300 juta sahaja tetapi Shahidan bagi RM600,000.
Selain Shahidan, siapakah lagi pemimpin yang mengawal kumpulan Umno Perlis ini?

Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu iaitu diketuai Shahidan, Datuk Seri Mohamad Isa Menteri Besar, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan Datuk Azmi Khalid, bekas menteri.
Sikap PAS Perlis dalam menghadapi perpecahan dalaman Umno ini?


Kita tidak kesah dan biarlah kepada mereka untuk selesaikannya.


(Komplek PAS Perlis yang dibina dengan harga RM1.8 juta sahaja)

Negeri Perlis ini, negeri miskin. Kalau federal tidak sokong, boleh ke negeri ini hendak bayar gaji pegawai dia apatah lagi membuat pembangunan. Apa komen ustaz?

Hal ini juga berbangkit dalam Dewan Undangan Negeri. Saya kata senang je, pendapatan kerajaan negeri dalam RM120 juta saja. Bagaimana nak hidup. Saya jawab, komplek PAS Perlis, orang nilai RM6 ke RM7 juta. Dengan tanah, tar dan segalanya. Barang yang orang bagi pun kami kira duit. Jumlahnya kami buat RM1.8 juta. Semua orang tidak percaya. Sampai Menteri Dalam Negeri Singapura yang datang ke sini pun tidak percaya. Kita boleh buat.

Jadi Umno, dengan RM200 juta pun tidak cukup, kita yakin dengan RM100 juta tu cukup untuk mentadbir negeri. Kita yakin, pintu rezeki Allah akan buka.

Perlis juga menarik kepada orang luar dengan pelancongannya. Ramai yang datang untuk melancong. Dasar PAS dengan pelancongan ini macamana?


Memang ramai orang luar datang ke Perlis kerana pelancongan. Namun sekarang ini, banyak yang terbengkalai. Kalau kita buat pelancongan ilmu dan perubatan alternatif di Perlis ini akan mendapat sambutan baik. Maknanya, kita akan majukan lagi pelancongannya. Kita juga suka kerana dari segi negatif pelancongan di Perlis ini masih terkawallah.
Akhir sekali apa harapan Ustaz dalam pilihan raya akan datang ini?


Pertama saya nak maklumlah, dalam pilihan raya akan datang ini saya tidak bertanding dah. Ini Ustaz Hadi (Presiden PAS) tahu dah. Saya dah cari ganti saya dan dah ada dah (untuk DUN Sanglang) dan ada dalam Dewan Harian. Saya pun dah tolong perkenal dia.

Kita telah gariskan kabinet bayangan. Kalau diizinkan kita kemenangan kita dah sedia. Kita juga yakin, kalau menang, saya yakin bahawa PAS mesti menguasai kerajaan dalam bentuk apa aktivitipun. Parti yang menguasai kerajaan. -Hrkh

AMACAM !!! Kepala dia RM10 juta

 
Iran menaikkan ganjaran AS3.3 juta (RM10 juta) kepada mana-mana individu yang dapat memenggal kepala penulis murtad, Salman Rushdie atas penghinaannya terhadap Nabi Muhammad SAW, melalui penulisan bukunya berjudul The Satanic Verses pada tahun 1988.
Pengumuman itu dilakukan Pengurus Yayasan Khordad 15, Ayatullah Sheikh Hassan Sane’ei dalam satu kenyataan sebagai susulan protes di seluruh dunia terhadap produksi film menghina Nabi Muhammad SAW yang telah berlanjutan pada hari kelima.

“Hari ini adalah masa paling sesuai untuk menjalankan pemburuan kepala Rushdie.Kami tidak memberi ruang terhadap sebarang konspirasi anti-Islam yang dilakukan oleh rejim Zionis dan ini adalah waktu terbaik untuk melakukan jihad”, katanya.

Pada Februari 1989 bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan perintah agama dengan menuntut kematian ke atas novelis berdarah Inggeris-India itu.

Ketika itu, beliau menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.5 juta) kepada mana-mana individu yang berjaya membunuh novelis tersebut.

P/S- Berapa juta agaknya untuk kepala penghina Islam terbaru???
-
sumber

Pemenang Cabutan Bertuah Program Kementerian Kena Tipu Hadiah Blackberry Palsu! ,


Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China.

Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.

Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

“Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

“Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

“Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu,” katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

“Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai,” katanya lagi.
-sumber