Ahad, 26 Disember 2010

Lantak Kaulah UMNO!!!


Penulis Tamu - Drs. Harun Jaafar,

Barangkali rakyat Malaysia sudah loya dengan tindakan kebudak-budakan para menteri UMNO. Mereka tidak memberi penjelasan tentang isu yang menjadi persoalan, sebaliknya mengemukakan fakta tidak betul untuk mewajarkan sesuatu tindakan yang mereka ambil.
 
Kita boleh lihat hal yang dipertikaikan itu dalam tindak-tanduk Nazri. Dia hendak mengatakan bahawa Anwar menipu rakyat. Lalu dikemukakanlah dua dokumen dari APCO yang menafikan keterlibatan mereka dalam 1 Israel. Kita kena tahu bahawa dokumen itu tidak ada semasa jawatankuasa memutuskan untuk menggantung Anwar dan hanya dikeluarkan setelah penggantungan dibuat. Maknanya, surat itu tidak berguna kerana datangnya daripada pihak yang dituduh. Sudah tentulah pihak tersebut mahu melepaskan diri. Nazri perlu tahu bahawa terlalu sukar untuk memperdayakan rakyat pada masa ini.

Kata Prof. Dr. Aziz Bari pula, "Yang kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia bahawa dia ada bukti APCO ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang dan terus digantung (6 bulan)."

Sesiapa juga yang merenungi isu ini dengan dada yang terbuka akan dapat mengesan bahawa ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh UMNO-BN, bukanlah sangat tentang siapa benar, siapa bohong. Nazri dan UMNOnya silap besar jika menganggap penjelasannya mengenai dokumen cabuk itu ditelan bulat-bulat oleh semua rakyat kerana mereka sudah pun mengetahui tentang pelbagai pembohongan yang dibuat oleh menteri-menteri BN dari UMNO yang kononnya Melayu dan Islam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan