Jumaat, 24 Disember 2010

Punca Kemalangan Di malaysia Ialah Rasuah


Baru-baru ini media utama negara dipenuhi dengan berita kemalangan jalanraya,sebab  dan cara penyelesaiannya.Pelbagai pihak memberi komen dan cadangan dari pihak kerajaan hinggalah kepada rakyat biasa.

Ada yang kata punca terbesar masaalah kemalangan melibatkan bas ialah kerana keadaan bas yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan JPJ,sistem breake tidak berfungsi lah ,enjn lama lah ,tidak diselenggaralah dan macam-macam lagi.Ada juga yang yang salahkan pemandu bas expres ,kerana nak mendapat duit lebih sanggup bekerja lebih masa sehingga menggunakan dadah untuk mendapat tenaga.

Ada pihak yang kata puncanya kerana keadaan jalanraya yang tidak sempurna membahayakan pengguna dan macam-macam lagi.Bagi saya masaalahnya satu saja iaitu rasuah.Kenapa rasuah..Kerana rasuah lah menyebabkan kenderaan yang sepatutnya ditahan PUSPAKOM kerana tak selamat ,dilepaskan oleh pegawai yang tak bertangungjawab,akibatnya orang lain yang jadi mangsa bila terjadi kemalangan.Kerana rasuah juga Bas hantu(tak ada permit) boleh terus meluncur laju di jalan raya membahayakan nyawa penumpang.Tidak mustahil bas takdak brakepun boleh terlepas kerana rasuah.

Kerana rasuah orang-orang berduit tak risau bila melanggar undang2 jalanraya kerana mereka ada duit untuk menjamu puak-puak serigala jalanan ni yang sentiasa menunggu di tepi jalan mencari daging busuk untuk disuap pada anak isteri dirumah.

Kerana rasuah menyebabkan orang yang tidak sepatutnya boleh naik jadi YB dan Menteri.Akhirnya menggunakan kuasanya hanya untuk kepentingan diri dan kroni tanpa pedulikan nasib rakyat.Jadi YB dengan beli undi(rasuah) pegang jawatan dalam partipun dengan rasuah, akhirnya menyebabkan terbentuknya sebuah kerajaan yang  hanya mencari keuntungan dari kedaifan dan kejahilan rakyat.Kerajaan yang diterajui oleh perasuah-perasuah negara.

Bukan hanya kemalangan jalanraya,kerana rasuah juga boleh menyebabkan orang yang bersalah dibebaskan dan orang yang tak bersalah dipenjarakan.
Kesimpulannya rasuah akan menyebabkan negara sentiasa tidak aman..

-Soalan cepu emas: rasuah adalah punca segala masaalah di Malaysia,setuju atau tidak?
 
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/punca-kemalangan-di-malaysia-ialah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan