Sabtu, 29 Januari 2011

OSTAD CHUA SOI SEX DIBIDAS LAGI..!


TG Nik Aziz: Sedang Umno tolak Islam, MCA usah cakap hal Islam

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA - rakan Umno dalam BN - yang terus menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?

“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.

“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.

“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).

“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

“Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

“Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini,” katanya.

Dalam kempen itu,beliau sempat mkn tengah hari dirumah penduduk kampung dan berjumpa pengundi2 cina..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan