Pejabat Adun Sri Muda Disimbah Cat Merah
SHAH ALAM: Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning di sini disimbah dengan cat berwarna merah seperti amaran ala ejen pengutip hutang haram 'ah long'.
Shuhaimi dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata seorang petugas di pejabatnya yang tinggal di premis berkenaan terbau cat kira-kira pukul 6 pagi tadi dan sebaik memeriksa di bahagian bawah bangunan empat tingkat itu, mendapati pintu bawah dan kawasan sekitarnya dipenuhi percikan cat.
"Petugas terbabit juga mendapati ada kesan retakan pada cermin tingkap premis berkenaan," katanya yang kini berada di Indonesia.
Pembantu khas Shuhaimi Azmizam Zaman Huri berkata satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini berhubung kejadian itu.
Beliau berkata pihaknya menolak kejadian itu berpunca daripada ah long dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Premis ini juga dilengkapi dengan kamera litar tutup (CCTV) dan biarlah polis menjalankan siasatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Supritendan Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Januari lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.
Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf. - BERNAMA
Mujur juga ada rakaman CCTV. Mungkin ia akan banyak membantu mengesan "penjenayah" berkenaan dan motifnya. -GB

Tiada ulasan:
Catat Ulasan