Sabtu, 22 Januari 2011

Ramai Mati, Patutkah Wakil Rakyat Uji Kesihatan?


KL, 22 Jan 11: Wajibkah Kementerian Kesihatan cadang kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat menjalani ujian kesihatan, samada secara berkala, setiap tahun atau sebaliknya, kerana ramai yang mati mengakibatkan pilihan raya kecil?
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
“Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah,” kata beliau di Labis.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang “sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat.” Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau. (IH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan