Adakah kita sedang menyaksikan Timur Tengah versi kebangkitan 1989 seluruh Eropah Timur yang menjatuhkan rejim komunis dan Kesatuan Soviet?
Ada persamaan ketara antara blok Soviet Timur dan merebaknya intifada mengasak 'Maharaja-maharaja' Timur Tengah boneka Amerika. Rasuah, kekejaman dan penindasan kerajaan, tamak haloba sang penguasa, pengangguran tinggi para belia dan keadaan yang tiada perubahan, perasaan kekecewaan yang meluas, kehampaan dan kemarahan.
Tapi ada juga perbezaan besar. Pemimpin berprinsip Soviet, Mikhail Gorbachev, dan pemimpin-pemimpin komunis Timur Eropah , enggan mengunakan senjata tentera terhadap rakyatnya yang memberontak.
Di Tunisia, di mana pemberontakan Arab bermula, pihak tentera setakat ini berkecuali. Tapi di negara Arab lain yang bergelora dengan pemberontakan - Mesir, Algeria, Yaman, Morocco, Libya - mungkin tidak ada pengecualian .
Kerakusan pihak keselamatan dan tentera mereka boleh dengan pantas menghapuskan pemberontakan itu melainkan tentera enggan menembak rakyatnya sendiri, seperti terjadi di Moscow tahun 1991.
Washington sedang memerhati perkembangan intifada ini terhadap maharajanya di Timur Tengah dengan cemas dan kekeliruan. Pedulikan pentadbiran Obama yang hanya berpura-pura sehingga tidak bererti lagi bagi 'demokrasi' di Timur Tengah. Semua pihak pemerintahan berkuasa Arab yang kini tergugat oleh rakyat mereka telah dilengkapi senjata, kewangan dan sokongan selama berdekad oleh Amerika Syarikat. Hanya di negara-negara pengeluar minyak Arab teluk sahaja ada kestabilan dan keprihatinan telus terhadap kebajikan rakyatnya .
Setiausaha negara Hillary Clinton mendesak ' kesabaran' kepada kedua belah pihak. Agaknya ia bermaksud yang dipukul dengan belantan, atau penderaan dengan pengerudi elektrik mesti menunjukan kesabaran yang betul. Mesir, seperti yang telah lama diperkatakan, adalah sebuah bom jangka. Setengah dari 85 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan Bangsa-bangsa Bersatu dengan US$2 sehari.
Hosni Mubarak telah memerintah Mesir secara kuku besi sejak 1981. Semua pembangkang terhadap rejimnya telah dimusnahkan. Tapi kini ia kesuntukan masa. Penyandang hadiah Nobel Mohammed al-Baradei telah pulang ke Mesir mencabar Mubarak dan lantikannya sebagai pengganti,iaitu anaknya Gamal. Ketua Liga Arab Amr Moussa juga kemungkinan menentang Mubarak.
Washington pernah dulu memuji Mubarak kerana "kebijaksanaan memimpin" dan "kestabilan". Amerika Syarikat membayar Mesir lebih USD2bilion setiap tahun untuk tidak menentang Israel, memenjarakan pejuang Islam, dan memenjarakan Hamas di dalam penjara terbuka di Gaza.
Kongres Amerika membekalkan setengah dari keperluan makanan Mesir. Kerana Israel dengan berkesan menguasai kongres Amerika, Israel secara luarbiasa mempunyai pengaruhnya ke atas Mesir.
Sejak dulu, tiada dari kebanyakan intifada dari segenap pelusuk bumi Arab menghasilkan pemimpin yang berkesan dan berwibawa. Tapi kini mungkin semua akan berubah.
Kini, terima kasih pada kejutan "Kertas Palestin" yang dibocorkan pada Al-Jazeera, pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas telah didedahkan sebagai terlampau ghairah mahu bersubahat dengan Israel dan penaklukan Tebing Barat. "Rundingan perdamaian" yang berpanjangan antara Israel-Palestin hanya menunjukkan satu pembohongan besar. Mossad Israel dan pembelot Palestin telah bekerjasama untuk menghapuskan pihak Hamas yang telah dipilih secara demokratik untuk memeritah Gaza.
Kita juga mendapat tahu dari kertas bocor itu pada tahun 2008, Setiausaha Negara Amerika Condoleeza Rice mencadangkan penghantaran berjuta-juta pelarian Palestin ke Amerika Latin. Ini selepas Israel ,dibiayai Amerika Syarikat membawa masuk satu juta penduduk Rusia, yang kebanyakan bukan pun yahudi. Ini mengingatkan pula pada tahun 1930-an cadangan British menghantarkan kaum yahudi ke Kenya.
Inilah cara moden Washington dengan pembiayaan pembayar cukai Amerika menghapuskan puak etnik Muslimin dan Kristian.
"Kertas Palestin" dan Wikileaks kerap menunjukkan kerajaan Amerika tidak dapat dibezakan dengan Israel, dan selalu menyebelahi Israel. Konon menjadi pendamai-jujur.
Pihak Berkuasa Palestin tajaan Amerika-Israel telah hilang walau secebis kredibiliti. Berita ini tentu merebak menyalakan api keseluruh benua Arab dan dunia Islam tentang sejauh mana pembelotan terhadap rakyat Palestin.
Perkembangan dramatik ini sukar difahami oleh kebanyakan rakyat Amerika Utara. Media Amerika dan Kanada mengkabarkan intifada di rantau-rantau ini sebagai bentuk penentangan terhadap keganasan, dan kepalsuan memilih antara diktator kestabilan dan puak pelampau Islam. Kebanyakan pandangan terhadap semua kejadian dilihat menerusi kacamata Israel, dan teruk diputar.belitkan.
Menolak kenyataan kelentongan yang kerap digunapakai, Amerika tidak menaruh keyakinan untuk membawa demokrasi dan masyarakat moden sebenar ke dunia Arab. Washington hanya mahu ketaatan, bukan memegang lebih daripada satu jawatan pada satu masa, di antara maharaja-maharajanya di Timur Tengah. Juga macam Empayar British, demokrasi dalam negara adalah baik tapi bukan baik untuk negara dunia Arab.
Eric S.Margolis
Pemenang hadiah gabungan kolumnis antarabangsa,
penulisan khusus Timur Tengah dan Asia Selatan.
Pemenang hadiah gabungan kolumnis antarabangsa,
penulisan khusus Timur Tengah dan Asia Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan